Monday, June 25, 2012

INI KESAN TAK MAHU LAKSANAKAN HUKUM ALLAH@HUDUD...MAKA BALA NI AKAN BERTAMBAH...KENAPA KITA DEGIL SANGAT...KENA BATANG HIDUNG BARU TAU....

Bunuh anak sering bogel

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my

BELURAN: Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan bogel, seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua belah mata anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro Telupid, dekat sini, malam kelmarin.
Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat mangsa dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa bahagian muka sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di belakang badannya dipercayai menggunakan batang penyapu sama.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang mengalami masalah mental dikatakan berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan rumah kongsi, menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang bomoh kampung berang lalu menangkapnya.

Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati.


Selepas itu, suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat anaknya.

Apek tidak bersalah

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

Saiful Apek
Saiful Apek
PETALING JAYA: “Saya bersyukur kerana bebas dan percaya kepada ketelusan undang-undang serta Perlembagaan,” kata pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek di luar Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata demikian selepas dia bersama tiga lagi rakannya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menggunakan dadah, dua tahun lalu.

Dia turut menyuarakan rasa terharu terhadap keputusan itu dan dilihat berkali-kali menadah tangan tanda bersyukur.
“Saya berterima kasih kepada peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantu serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan.

“Penantian saya selama ini tidak sia-sia selepas dibuktikan tidak bersalah,” katanya.

Keputusan itu dibuat Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas mendapati pihak pendakwaan gagal di peringkat akhir pendakwaan bagi membuktikan kes terhadap Saiful Apek bersama Shaiful Baharom, 25; Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29. Mengikut pertuduhan, Saiful Apek dan tiga rakannya itu didakwa menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Ahmad Solihin membebaskan Saiful Apek dengan mengemukakan lima alasan utama penghakiman.
Menurutnya, pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan mengemukakan isu berkenaan percanggahan tarikh di label botol sampel air kencing; penyimpanan sampel yang terlalu lama; mempunyai dua borang ujian pengesanan air kencing serta gagal membuktikan elemen kalibrasi dan kawalan kualiti dalam ujian pengesanan. Mahkamah juga mendapati kegagalan pendakwaan mengemukakan botol sampel air kencing yang melonggarkan kes pendakwaan.

“Pendakwaan dengan ini gagal membuktikan kes (prima facie). Sehubungan itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan” katanya.

Sepanjang perbicaraan, lapan saksi pendakwaan dikemukakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui memaklumkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kes itu ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

Gadis dirogol dikahwini secara paksa



IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.
Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah keluarganya di Grik.


“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.

Jiran ludah muka isteri

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

MANGSA...Amir menunjukkan tangannya yang patah.
MANGSA...Amir menunjukkan tangannya yang patah.
AMPANG: “Pak cik itu menolak ayah hingga terjatuh dan saya yang cuba membantu juga diangkat sebelum dihempas ke lantai menyebabkan tangan kiri patah,” kata seorang remaja lelaki dikenali sebagai Amir, 17, yang mendakwa dicederakan jirannya hanya kerana tidak puas hati.
Difahamkan, suspek yang berusia 40-an itu, dikatakan menuduh mangsa merosakkan motosikal anak lelakinya menyebabkannya tidak puas hati hingga tercetus pertengkaran.

Berikutan kecederaan itu, Amir terpaksa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Taman Melawati, di sini, Khamis lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, berkata, kejadian bermula 19 Jun lalu ketika anaknya berada di rumah sebelum didatangi anak jirannya berusia 13 tahun yang meminta bantuan selepas mendakwa menjadi mangsa buli di sekolah.

“Anak saya yang bersimpati kemudian membantu menyelesaikan masalah anak jiran itu, tetapi malangnya motosikal anak jiran itu turut dipecahkan ketika diletakkan di tempat letak motosikal di sekolah mereka.

“Tanpa usul periksa, dia (suspek) menuduh konon Amir yang melakukan perkara itu menyebabkan dia bersama dua anaknya dan seorang saudara merosakkan pula motosikal anak saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, suspek mengaku bersalah dan sudi membayar ganti rugi selepas meminta penjelasan merosakkan motosikal Amir.

“Saya sangka perkara itu selesai, namun pada keesokan hari, dia datang ke rumah jam 3 petang dan mengugut mahu mencederakan isteri jika kami melintas di depan rumah mereka.
“Isteri saya turut diludah di muka dan menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.

Ahmad berkata, selepas diadu sikap biadab jiranya itu, dia dan Amir pergi meminta penjelasan daripada suspek kira-kira jam 9 malam di rumah lelaki terbabit.

“Namun, lelaki terbabit tidak mahu berbincang, sebaliknya menolak saya hingga terjatuh dan kebetulan Amir yang berdiri di sebelah cuba membantu turut sama menjadi mangsa selepas diangkat dan dihempas ke lantai,” katanya.

Berikutan itu, Amir mengadu sakit pada tangan kiri sebelum dibawa ke HKL, Khamis lalu dan doktor mengesahkan tangannya patah.

Ahmad yang tidak puas hati dengan kejadian itu akhirnya nekad membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Abang tiri tukul adik pecah rahsia



DUNGUN: Seorang gadis dibelasah abang tirinya dengan tukul besi selepas dia menceritakan perbuatan jahat abang tirinya itu yang merogolnya sebelum itu, dalam kejadian di sebuah kampung di Paka, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa yang berusia 18 tahun itu dipukul oleh abang tirinya berusia 26 tahun dengan menggunakan objek keras sehingga dia mengalami kecederaan di kaki dan pinggangnya.

Sebelum itu, pada Selasa lalu, mangsa dikatakan duduk bersendirian di rumahnya sebelum abang tirinya itu membawa pulang beberapa rakannya ke rumah untuk menghisap dadah.
Mangsa dikatakan tidak menghiraukan perbuatan abang tirinya bersama rakannya yang lain sebelum memasuki bilik untuk tidur.

Pada kira-kira jam 10.40 malam, suspek dikatakan masuk ke dalam bilik mangsa yang ketika itu sedang tidur sebelum bertindak merogolnya dan mengugut mangsa supaya tidak membongkar perbuatannya itu kepada ibunya.

Selepas beberapa hari merahsiakan kejadian itu, ketika berada di kedai runcit ibunya, mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti pemuas nafsu perbuatan jahat abangnya itu, menceritakan perkara itu kepada ibunya.

Suspek yang juga seorang penganggur mengetahui perbuatan jahatnya itu sudah terbongkar naik berang dan dia pulang ke rumah sebelum bertindak membelasah adik tirinya itu dengan objek keras.

Berikutan kejadian itu, mangsa kemudiannya ke Balai Polis Paka, pada hari sama untuk membuat laporan dan polis yang menerima laporan kemudiannya ke rumah suspek dan berjaya menahannya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Dinoda dalam tidur

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KAJANG: Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.
Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.


Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

No comments:

Post a Comment