‘Tak tahan lagi’
Oleh Roslen Fadzil
roslen@mediaprima.com.my
roslen@mediaprima.com.my
SAAT BAHAGIA...perceraian Jailani dan Raja Azmi dijangka difailkan hari ini.
Raja Azmi berkata, perceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama, malah mereka akan diwakili peguam sama, Roslizam Rahim.
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu.
“Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” katanya ketika ditemui Harian Metro, petang semalam.
Raja Azmi berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia dan Jalani kerap menjadi mangsa fitnah pihak tertentu dan kesannya benar-benar menjejaskan reputasi bukan saja mereka berdua, malah keluarga.
Tangisan dalam but kereta
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
MALANG...waris Alias Daniel dicari.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku jam 3.55 petang pada 27 Mei lalu ketika wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zura, 27, memandu seorang diri menuju ke Kangkar Pulai, di sini.
Menurutnya, ketika ditemui bayi yang sihat dan cukup sifat itu dipercayai baru berusia tidak sampai 20 hari dan kini umurnya mencecah dua bulan.
Manayi berkata, dalam laporannya kepada polis, Zura memaklumkan, pada mulanya dia menyangka bunyi tangisan bayi didengarnya datang daripada radio keretanya.
“Zura kemudian menutup radio keretanya, namun bunyi tangisan bayi berkenaan masih kedengaran. Dia kemudian memberhentikan kereta dan membuka but sebelum terkejut mendapati ada bayi lelaki di situ.
Parah dilibas penyamun
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
shamsulmunir@hmetro.com.my
PARAH...Suraya menunjukkan kecederaan yang dialami Rokiah.
Kejadian berlaku di Kampung Felda Chuping, di sini, ketika mangsa, Rokiah Sirun, 78, sedang memberi makanan kepada kucing di belakang rumahnya pada kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu.
“Saya langsung tidak sedar dia datang dari belakang dan melibas pedang ke kepala saya. Tiba-tiba saya rasa sakit dan basah di belakang kepala sebelum rebah,” kata Rokiah.
Akibat mukanya jatuh tersembam ke atas batu, wanita itu turut menerima tiga jahitan di dahi.
Rokiah berkata, selepas meragut gelang emas bernilai RM2,000 yang dipakainya, suspek melarikan diri kerana menyangka dia sudah mati berikutan berlumuran darah di kepala.
18 September mula bicara
Pada prosiding semalam, Beego dan dua rakannya itu baru melantik Fakhrul Azman Abu Hasan untuk mewakili mereka.
Fakhrul Azman kemudian memohon satu tarikh lain kerana mahu membuat representasi dan mendapatkan dokumen berkaitan kes itu.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membenarkan permohonan itu selepas Pegawai Pendakwa Jabatan Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli tidak membuat bantahan. Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula semalam dan pendakwaan memaklumkan pihaknya membawa seorang saksi. Akhbar sebelum ini melaporkan pada 8 Mei lalu Beego, 32, dan dua pekerja swasta, Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, masing-masing berusia 20-an mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat. Bagaimanapun, dua lagi kenalan wanita mereka, Azlina Yazit@Aziz dan Hadijah Mohamad Mohar didenda RM3,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan tiga tertuduh lelaki berkenaan di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini, jam 6 pagi, 23 Februari 2011. Mereka membayar denda berkenaan.
Tauke nekad lawan penyamun berpistol
Dalam kejadian jam 11.35 malam itu, dua lelaki masing-masing memakai topi keledar berpenutup penuh masuk ke dalam kedai runcit mangsa sambil mengacukan pistol.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 48 tahun sedang mengemas kedainya.
“Seorang suspek kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai sambil mengacukan pistol ke arah mangsa. Manakala seorang lagi menyelongkar kaunter wang.
“Mangsa yang menyangka pistol berkenaan palsu tidak mengendahkan permintaan itu sebaliknya cuba melawan hingga berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, suspek melepaskan tembakan dan terkena pada dinding kedai,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, mangsa kemudian dibelasah menggunakan senjata berkenaan menyebabkannya cedera pada kening kiri.
Norel berkata, suspek kemudian melarikan diri tanpa mendapat sebarang barang berharga atau wang tunai.
“Suspek dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini usaha memburu suspek sedang dijalankan.
Kasih sejati
Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my
riadz@hmetro.com.my
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Molee dan suami, Ahmad Daniel Sharani, 36, yang tidak bekerja kini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan hingga RM17,000 bagi membeli ubat untuk Molee bagi tempoh dua bulan.
Molee, pereka laman web di sebuah syarikat penerbitan di Shah Alam, berkata dia disahkan menghidap penyakit itu beberapa hari selepas ulang tahun pertama perkahwinan mereka 4 Mac 2010.
“Pada mulanya saya lenguh-lenguh badan dan perut tidak selesa seperti kembung perut. Doktor mengesyaki buah pinggang bernanah, namun apabila melakukan ujian biopsi, terdapat darah pada buah pinggang dan pemeriksaan selanjutnya disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap 1,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Molee berkata, kira-kira sebulan kemudian dia berasa sakit kembali dan selepas diperiksa, kanser itu merebak ke bahagian tulang belakang, rusuk dan salur pernafasan.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya mula terfikir bagaimana untuk menjaga Ahmad Daniel dan saya bimbang saya tidak mampu melakukannya dengan keadaan saya sekarang,” katanya.
Molee berkata, dia perlu menjalani rawatan radioterapi selain mengambil sejenis ubat untuk kemoterapi berharga RM4,500 sekotak untuk tempoh sebulan.
Katanya, syarikat pengeluar ubat itu memberi tawaran kepadanya supaya membeli 17 kotak ubat berkenaan bernilai RM54,000 dan selepas itu bekalan ubat diberikan percuma seumur hidup.
“Mereka menawarkan sejenis ubat lebih berkesan tetapi harganya RM17,000 sekotak. Setiap kotak mengandungi 30 biji kapsul perlu dimakan sebiji sehari. Namun kami ditawarkan dengan setiap pembelian, sekotak percuma bulan depan.
“Maksudnya dalam setahun, kami perlu membeli lebih kurang empat kotak ubat dengan jumlah keseluruhan RM68,000. Kos ini tidak termasuk kos rawatan dan bil perubatan lain,” katanya yang menggunakan ubat berkenaan dua bulan lalu.
Molee berkata, dengan keadaan suaminya tidak boleh bekerja dan pendapatannya tidak mencukupi, dia buntu memikirkan masalah itu.
Orang ramai yang inginkan menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Ahmad Daniel di talian 012-2216605 atau e-mel molldanny@gmail.com.
BB Plaza diroboh awal tahun depan
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
maiamalina@hmetro.com.my
Difahamkan, kerja meruntuh pusat beli-belah milik Uda Holdings Bhd (Uda) itu akan dijalankan awal tahun depan seperti dirancang, namun peniaga yang menyewa di situ sudah diarah mengosongkan bangunan menjelang Disember ini.
Perkara itu disahkan Naib Presiden Kanan Pengurusan Hartanah Uda, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman yang menjelaskan kedudukan sebenar kepada 167 penyewanya dengan 60 peratus Bumiputera, selepas timbul beberapa kekeliruan.
“Mereka (penyewa) terkejut seperti kita terkejut apabila diberitahu perlu berbuat demikian (mengosongkan bangunan untuk diroboh)...menyerahkan ikon kita (ibu pejabat Uda di situ) yang sudah berada 38 tahun kepada projek ini.
“Tetapi, sebagai syarikat di bawah Kementerian Kewangan, kita akur projek ini adalah penting dan secara keseluruhanpun penyewa bersetuju ia adalah agenda nasional. BB Plaza perlu diruntuh untuk pembinaan stesen MRT yang mungkin terbesar di sini.
“Memang wujud kekeliruan apabila laporan sebelum ini menyebut BB Plaza tak perlu diroboh sedangkan dalam mesyuarat terakhir bersama MRT Corporation (MRT Corp) jelas kita perlu keluar pada hujung tahun ini. Bukan penyewa saja malah kami di bangunan Uda sendiri.
“Berikutan itu, pihak kami adakan perjumpaan bersama penyewa selepas mereka sebelum ini menghantar memorandum dan diberitahu (menerusi media) BB Plaza tak perlu dikosongkan. Kekeliruan itu diperjelaskan,” katanya.
Beliau ditemui pada sidang media selepas sesi dialog bersama penyewa BB Plaza yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Uda, Ahmad Abu Bakar, di sini semalam.
Notis mengenai pembangunan itu sudah diedar kepada penyewa selain bahagian lain yang terbabit adalah sebahagian tempat meletak kenderaan aras bawah tanah BB Plaza. Peniaga di dalam bangunan tidak perlu pindah, melainkan jika pembangunan semula dijalankan.
Bagaimanapun, MRT Corp tidak berhasrat memiliki bangunan berkenaan atau membangunkannya semula, namun terdapat beberapa pihak sudah menyatakan hasrat untuk tujuan berkenaan termasuk Tradewinds Corporation Bhd.
Menjelaskan lebih lanjut, Syed Ahmad Nazri berkata, setakat ini tiga penyewanya di laluan pejalan kaki sudah menerima notis berpindah sebelum akhir Julai, manakala penyewa lain khususnya di dalam bangunan tidak diarah berbuat demikian sehingga hujung tahun.
“Penyewa menuntut bertemu dan berbincang dengan MRT Corp. Kami akan aturkan dan perlu seminggu untuk mengurus pertemuan berkenaan. Itu keutamaan kami. “Sama ada perlunya penyewa dipindahkan ke tempat lain, buat masa ini pusat perniagaan lain yang ada seperti di Kompleks Pertama dan Pudu Sentral tiada kekosongan, tetapi berjanji akan mengutamakan peniaga ini sekiranya mereka dipindahkan.
“Penyewa juga menuntut kami menyampaikan kepada MRT Corp supaya projek di lambatkan (sehingga Aidilfitri) dan kita akan cuba meminta ditunda. Tapi, projek ini pun telah tertangguh selama sembilan bulan. Apapun, itu keutamaan kami (minta tangguh kerja pembinaan),” katanya.
Penceroboh kekenyangan
Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my
abdulrahman@hmetro.com.my
Perbuatan remaja berusia 13 hingga 15 tahun itu disedari jiran mangsa yang curiga selepas terdengar bunyi bising di rumah mangsa, jam 3.30 pagi.
Sumber berkata, ketika kejadian, pemilik rumah itu tiada kerana pergi ke Brunei sejak beberapa hari lalu.
“Selepas mendengar bunyi yang mencurigakan, jirannya berusia 40-an itu memberanikan diri membuat pemeriksaan dan mendapati pagar di belakang rumah mangsa terbuka.
“Apabila menjenguk ke dalam rumah, dia melihat kelibat lima remaja lelaki tidur lena di ruang tamu. Beberapa penduduk kampung menahan kumpulan remaja itu dan menyerahkan mereka kepada polis. “Siasatan awal polis mendapati mereka tertidur selepas makan biskut dan makanan ringan lain di dalam rumah itu,” katanya.
Menurutnya, penduduk kampung mengenali seorang suspek dan menghubungi keluarganya memaklumkan kejadian itu.
“Penduduk kampung pada mulanya tidak mahu melaporkan kejadian itu kepada polis tetapi ibu bapa suspek terbabit mengarahkan laporan polis dibuat kerana berang dengan sikap anak mereka yang sering mencetuskan masalah.
Sementara itu, jurucakap polis ketika mengesahkan kejadian itu berkata, semua suspek dibawa ke Balai Polis Sentral Miri dan polis memanggil ibu bapa mereka untuk diambil keterangan.
Lambaian akhir papa
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my
rnorain@hmetro.com.my
“Masih terbayang lambaian papa sebelum dia menaiki kereta, namun saya tidak sangka itulah kali terakhir saya melihatnya dan selepas ini tiada lagi lambaian serta senyuman daripadanya,” kata Nurul Afiqah Shazleen Mohd Azman, 22, anak sulung pegawai polis yang maut dalam kemalangan, awal pagi semalam.
Cif Inspektor Mohd Azman Ariffin, 48, maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah treler membawa muatan bijih besi di Kilometer 197, Lebuh raya Pantai Timur (LPT) arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan, dekat Sri Jaya, di sini, pada jam 1.20 pagi, semalam.
Katanya, ayahnya sedang mengikuti program pembelajaran jarak jauh (PJJ) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan sering berulang-alik dari Kuantan ke Shah Alam.
“Kebiasaannya papa ke Shah Alam setiap Khamis dan Sabtu, tetapi semalam (kelmarin) kelas ganti kerana pada Khamis minggu lalu kelasnya dibatalkan.
Van putih muncul lagi
Oleh Raja Noraina Raja Rahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Meor Azlan Meor Kamarul Shahid
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari, Khamis lalu, mangsa adalah remaja perempuan berusia 16 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ida.
Daripada tujuh kejadian sebelum ini, dua mangsa berjaya dilarikan penculik, termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar dan dalam kebanyakan kes, kumpulan penjenayah menggunakan van berwarna putih.
Dalam kejadian membabitkan Ida, Khamis lalu, remaja itu terselamat apabila berjaya meloloskan diri selepas menjerit sekuat hati ketika seorang lelaki cuba menekup mulutnya sebelum cuba membawanya masuk ke dalam van putih.
Ida berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan berjalan kira-kira dua kilometer bersama rakannya sebelum berpisah.
‘Dendam saya tidak habis’
Oleh Adi Safarman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Menurut Embol, dia amat yakin buaya yang membunuh isterinya masih berkeliaran di sepanjang Sungai Sebelak dan akan berusaha mencarinya sehingga ia berjaya ditangkap atau dibunuh.
“Sehingga kini, saya masih berdendam dengan buaya yang mengorbankan isteri dan mahu lihat sendiri ia ditangkap hidup-hidup atau dibunuh,” katanya.
Dia berkata, khidmat seorang bomoh buaya dari Betong, Indet Senabong, 49, digunakan untuk memburu haiwan itu dengan dibantu beberapa rakannya serta penduduk kampung.
“Operasi dimulakan semalam (kelmarin) dan setakat ini kami belum menjumpai tanda-tanda Bujang Sebelak timbul walaupun mengesan 10 ekor buaya lain yang timbul selepas upacara dilakukan bomoh berkenaan,” katanya.
Sebelah badan lumpuh dirempuh babi hutan
Hashim yang ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kelmarin berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku apabila anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Temala Dilir, Marang.
Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba seekor babi hutan keluar dari semak berhampiran lalu merempuhnya menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal dan tercampak di atas jalan raya.
Katanya, dia yang baru pulang dari tempat kerjanya di Kerteh, Kemaman, bergegas ke HSNZ sebaik diberitahu rakan mengenai kemalangan menimpa anaknya itu.
“Di hospital, saya diberitahu anak dalam keadaan koma kerana kepalanya terhempas pada jalan sebaik dirempuh babi hutan berkenaan.
“Doktor terpaksa menjalankan pembedahan segera ke atasnya kerana tempurung kepala bahagian kiri Mohd Nursyahid retak dan dia ditempatkan selama seminggu di Unit Rawatan Rapi,” katanya.
Bapa kepada lima anak itu berkata, walaupun keadaan Mohd Nursyahid kini dilaporkan stabil, kesan kecederaan pada otak kiri menyebabkan bahagian kanan badan anaknya lumpuh selain patah tulang selangka.
No comments:
Post a Comment