Pelajar sekolah jumpa bayi dibuang tepi semak
25/06/2012 2:05am
KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah tidak menyangka gumpalan kertas surat khabar berlumuran darah yang ditemuinya semalam dalam perjalanan ke sekolah, mengandungi seorang bayi lelaki yang masih hidup.
Mohd Razif Zaid, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas di sini berkata, dia menemui bayi berkenaan dalam kertas surat khabar di tepi semak ketika berjalan ke sekolah bersama seorang rakan pukul 7.20 pagi.
"Saya bersama rakan terkejut apabila ternampak kertas surat khabar itu penuh dengan darah di tepi semak dan apabila mendekati melihat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di situ.
"Saya kemudian memberitahu pekerja kantin sekolah mengenainya sebelum dia (pekerja kantin) menghubungi polis untuk tindakan seterusnya,” kata Mohd Razif kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Pelajar itu berkata, bayi itu masih bertali pusat dan tidak menangis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan susulan. – BERNAMA
Mencuri buah sawit: Lelaki dibelasah penduduk
25/06/2012 2:05am
BESUT – Seorang lelaki cedera teruk dibelasah penduduk kampung setelah ditangkap ketika sedang mencuri buah sawit di sebuah ladang di Kampung Gong Berangan dekat Kerandang, Jabi, kelmarin.
Dalam kejadian 8.30 malam itu, suspek berusia 29 tahun cedera dan lebam di beberapa bahagian badannya akibat dipukul ketika sedang mengisi buah sawit curi ke dalam bonet sebuah kereta Proton Saga.
Suspek dikatakan dari kampung berdekatan sedang memunggah buah berkenaan bersama dua orang rakan ketika terserempak dengan beberapa penduduk kampung yang sedang melakukan rondaan berikutan banyak kes kecurian buah kelapa sawit di ladang berkenaan.
Penduduk kampung mengejar ketiga-tiga penjenayah, namun dua daripada mereka berjaya melarikan diri ke dalam hutan berdekatan.
Seorang yang dapat diberkas itu diserahkan kepada polis yang menghantarnya ke Hospital Besut untuk dirawat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mencuri. – BERNAMA
Empat penari bikini dicekup
KUALA LUMPUR – Hajat empat gadis Melayu untuk meraih bayaran RM300 setiap seorang bagi mempersembahkan tarian bikini di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy di sini semalam berakhir dengan mereka dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).Ketika serbuan pada pukul 12 tengah malam, empat penari yang berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 18 hingga 22 tahun itu bersedia untuk menari dengan berpakaian bikini di atas pentas di kelab itu.
Ketua penari yang dikenali sebagai Baby, 22, berkata, mereka sampai ke kelab malam tersebut pada pukul 10.30 malam selepas menerima tawaran mempersembahkan tarian di kelab itu.
“Kami akan menari secara bebas selama 10 minit dengan pakaian bikini dan setiap seorang akan dibayar RM300.
“Ketika menari, kami tidak membenarkan pelanggan menyentuh atau melakukan perkara tidak senonoh terhadap kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Dakwa Baby, sebelum ini mereka telah banyak menerima jemputan mengadakan tarian di kelab malam ini tetapi terkejut kerana kali ini, kami diminta berpakaian seksi ketika mengadakan persembahan.
Satu maut, jentera bomba terbalik
SUNGAI PETANI - Seorang anggota bomba sukarela maut manakala enam lagi cedera apabila jentera bomba yang mereka naiki terbabas lalu terbalik dalam perjalanan memadam kebakaran di Padang Lembu, Gurun dekat sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 petang itu berlaku apabila jentera bomba dari Merbok di sini yang membawa tujuh anggota bomba sukarela cuba mengelak daripada bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.
Tindakan itu menyebabkan jentera bomba tersebut terbabas lalu berpusing tiga kali sebelum terbalik.
Kemalangan itu menyebabkan pemandu jentera bomba yang juga ketua operasi kebakaran, Chow Kok Kong, 51, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.
Enam lagi anggota bomba berusia 22 hingga 52 tahun cedera.
Seramai tiga mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. Mereka ialah Ong Chong Yaw, 22, Lee Kian Fong, 41, dan Ng. Eng Chai, 46.
Salah seorang mangsa, Kok Kok Chon, 40, berkata, jentera bomba itu hilang kawalan lalu terbabas selepas cuba mengelak daripada bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang laju dari arah bertentangan.
Misteri hantu pocong terjawab
RAWANG – Pengunjung terutama pelancong asing di kawasan rekreasi air terjun Hutan Lipur Kanching di sini didakwa sering diganggu lembaga misteri.
Kelibat lembaga dikatakan berpakaian putih seolah-olah hantu pocong itu menakutkan pengunjung dan ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, menurut penduduk, perbuatan itu merupakan tindakan segelintir individu dipercayai penagih dadah yang mencuri barangan pengunjung.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, beberapa kes dilaporkan berlaku sebelum ini dan kejadian terakhir berlaku dua minggu lepas.
“Individu ini berpakaian seperti hantu untuk menakutkan pengunjung yang berkelah dan apabila pengunjung melarikan diri, barangan mereka akan dicuri. Ada kes pengunjung juga diragut,” jelasnya.
Perkara yang sama pernah berlaku pada empat tahun lalu tetapi selepas individu itu ditangkap oleh pihak berkuasa, ia kini timbul semula.
“Kami penduduk menggelar lembaga itu hantu pocong kerana dia berpakaian dengan menyelubung kepala sebelum meragut dan menyamun mangsa,” jelasnya.
Katanya, lembaga itu disyaki mereka yang mahir selok-belok hutan kerana menjadikan jalan hutan sebagai laluan keluar masuk.
Remaja mulut celupar dibunuh
BATU PAHAT - Gara-gara menghamburkan kata-kata maki hamun, seorang remaja lelaki maut dibelasah dan ditikam berdekatan sebuah pusat beli-belah di Taman Flora di sini malam kelmarin.Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Aw Soon Meng, 17, ditikam dengan pisau dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai di sini.
Suspek yang berusia 20-an bersama tiga rakannya dikatakan ke pusat beli-belah itu untuk mencari lelaki yang hanya dikenali sebagai Kelvin bagi menyelesaikan masalah berhubung satu sindiran di Facebook.
Bagaimanapun, mereka gagal menemui orang yang dicari sebaliknya bertemu dengan mangsa yang merupakan rakan kepada Kelvin.
Mangsa yang dipercayai enggan bekerjasama telah membangkitkan kemarahan suspek menyebabkan suspek mengetuk kepala mangsa dengan objek keras menyebabkan mangsa membalas dengan menghamburkan kata-kata kesat.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kata-kata kesat dikeluarkan mangsa
Jurutol cedera ditembak perompak terpaksa guna kaki palsu
SEREMBAN - Seorang jurutol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Mohd. Haffiz Zamri, 26, yang kehilangan kaki kanan dalam kejadian samun lalu terpaksa menggunakan kaki palsu untuk berjalan.
Mohd. Haffiz yang ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini semalam memberitahu, kaki palsu itu akan disumbangkan oleh majikannya tidak lama lagi.
Katanya, dia dipindahkan ke hospital itu kelmarin selepas menjalani rawatan dan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur selama beberapa hari.
"Majikan saya memaklumkan bahawa saya akan dibantu untuk mendapatkan kaki palsu selepas sembuh kelak dan beberapa bantuan lain.
"Buat masa ini saya tidak mahu mengingati apa yang berlaku dan reda dengan dugaan ini," katanya.
Derita 6 tahun hidap kanser tulang
PETALING JAYA - Seorang ibu merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatan pembedahan anak lelakinya, Mohd. Alif Aiman Juyana, 14, yang menghidap penyakit kanser tulang sejak enam tahun lalu.
Zalina Ibrahim, 37, berkata, anaknya telah menjalani pembedahan sebanyak 52 kali untuk memastikan tiada jangkitan pada anggota badan yang lain.
"Saya runsing memikirkan kos pembedahan anak saya yang dijadualkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bulan depan kerana ia mencecah RM38,000.
"Sebelum ini saya telahpun membelanjakan kira-kira RM200,000 untuk membiayai kos rawatannya," katanya ketika ditemui di PPUM di sini semalam.
Mohd. Alif Aiman terlantar di PPUM sejak Disember tahun lalu dan terpaksa meninggalkan alam persekolahan kerana dia perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh doktor.
Bas terbalik lapan maut, 44 cedera
|
ZAGREB, Croatia - Lapan orang maut dan sekurang-kurangnya 44 orang cedera apabila sebuah bas dari Republik Czech yang membawa lebih 50 penumpang merempuh halangan berhampiran sebuah terowong di sini kelmarin.
Kemalangan berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan) di sebatang jalan raya yang menuju ke satu destinasi pelancongan terkenal di bandar Adriatic, Split.
"Sebuah bas dengan nombor pendaftaran Republik Czech merempuh halangan keselamatan dan terbalik dekat terowong di Sveti Rok, 230 kilometer dari Zagreb," kata Direktorat Penyelamat dan Perlindungan Nasional.
Media tempatan melaporkan, tujuh mayat mangsa ditemui, sementara mangsa kelapan dikeluarkan tidak lama kemudian daripada bangkai bas.
Duta Republik Czech ke Croatia, Karel Kuhnl dipetik akhbar Jutarnji List sebagai berkata, pemandu bas maut dalam kemalangan itu. Sementara pembantunya cedera dan dimasukkan ke hospital.
"Semasa kemalangan, semua penumpang sedang tidur," kata Kuhnl.
Menurut pasukan penyelamat, mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital berhampiran bandar Gospic. Tiga mangsa yang cedera parah iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak dibawa oleh helikopter tentera ke Zagreb.
Seorang jurucakap agensi pelancongan, Martin Vasulin berkata, semua penumpang bas merupakan warga Republik Czech. - AFP
AKIDAH
1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA :
-percaya
- DARI SEGI ISTILAH :
-Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
- membentuk insan muslim sejati
- supaya istiqamah dalam ibadat
- melahirkan generasi berakhlak mulia
3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
· SYIRIK
· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
· JENIS-JENIS SYIRIK :
1. Syirik Jali
- Maksud :
-perlakuan syirik secara terang-terangan
- Contoh :
-menyembah patung dan berhala
-menyembah bulan atau matahari
-mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
- Akibat :
-rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat
2. Syirik Khafi
- Maksud :
-tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
- Contoh :
-riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
-ujub (mengagumi diri sendiri),
-takbur (membangga diri)
- Akibat :
-dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
-sukar menerima pandangan orang lain
3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
· Ia membatalkan iman seseorang
· Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
· Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
· Mencemarkan kesucian agama Islam
4. Cara mengelak perbuatan syirik
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik
5. Kesan syirik
· Membatalkan iman
· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
· Dimurkai Allah
· KUFUR
· MAKSUD :
- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W
· JENIS-JENIS KUFUR :
1. Kufur Hakikat :
- Maksud :
-ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
- Contoh :
-tidak mengakui balasan diakhirat
-menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
-menyatakan solat fardhu merugikan masa
-menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2. Kufur Nikmat :
- Maksud :
-mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
- Contoh :
-menggunakan nikmat kejalan maksiat
-enggan mengeluarkan zakat / sedekah
-boros membelanjakan harta
· FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
-pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
-terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
-kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
· KESAN PERBUATAN KUFUR
· RIDDAH
· MAKSUD :
- berpaling atau keluar daripada agama islam
· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam
· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
- lemah pegangan agama
- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
- terpengaruh dengan tawaran kebendaan
· AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
- hubungan suami isteri terfasakh
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
- haram dikebumikan diperkuburan Islam
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya
· CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum
· TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh
· HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara
· LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
- berpegang teguh dengan ajaran islam
- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
- mendalami ilmu-ilmu agama
· LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad
· KESAN PERBUATAN MURTAD
· KHURAFAT
· MAKSUD
- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat
· CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
- membuang ancak bagi menghalau hantu
- mengunjungi kubur yang dianggap keramat
· FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
· CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
- menyebabkan syirik dan batal iman
- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
· SIHIR
· MAKSUD
- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia
· CONTOH
- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
- ada perasaan benci terhadap seseorang
· CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut
· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
- merosakkan akidah dan membatalkan iman
- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan
· HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
- supaya akidah seseorang tetap terpelihara
- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar
· CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
- membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
· NIFAK
· MAKSUD
- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
· CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
- berdusta apabila bercakap
- khianat apabila diberi amanah
- bersikap melampaui batas apabila bertengkar
- selalu mungkir janji
· CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
- bercakap benar apabila berbicara
- bersifat jujur dan amanah
- menunaikan janji
· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
- menghilangkan sikap percaya-mempercayai
- melemahkan perpaduan masyarakat
- menghancurkan kekuatan umat islam
4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
· Berpegang teguh pada ajaran Allah
· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah
5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
· Dilaknat dan dibenci oleh Allah
· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah
6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK
· Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
· Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK
· Keimanan mereka berpura-pura sahaja
· Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN
· Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
· Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
· Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan

No comments:
Post a Comment