Pelepah pinang wajah manusia
KLUANG – Seorang warga emas, Tan Gek Yong, 70, terkejut apabila pokok pinang yang ditanam di tepi rumahnya di Jalan Haji Manan, di sini mengeluarkan pelepah yang menyerupai wajah manusia.
Menurutnya, pokok pinang tersebut sudah hampir 10 tahun ditanam namun tidak pernah menunjukkan sebarang keanehan sebelum ini.
Katanya, kejadian aneh itu disedari sejak seminggu lalu sewaktu dia mahu menyiram pokok di halaman rumah dan terkejut apabila melihat pelepah terbabit.
“Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dan saya membersihkan pelepah itu setiap hari. Tetapi pada kali ini amat mengejutkan kerana wajah yang terdapat di pelepah itu lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambahnya, dia tidak berani mendekati pokok pinang itu kerana mempercayai ia ada kaitan dengan unsur paranormal namun anaknya menyatakan itu adalah kejadian biasa.
Sementara itu, terdapat enam pokok pinang ditanam di kawasan rumahnya tetapi hanya satu sahaja yang mengeluarkan pelepah berwajah manusia.
“Bagaimanapun, saya tidak akan jualnya kerana pokok itu sudah lama saya tanam dan saya sayang pokok itu,” katanya.
Sementara itu, anaknya, Teng Num Ting, 37, berkata, dia melihat pelepah pokok itu dua hari lepas setelah diberitahu ibunya.
“Pelepah itu memang menyerupai wajah manusia dan saya terkejut apabila melihatnya. Walaupun sebelum ini pokok itu mengeluarkan banyak pelepah tetapi pada kali ini ia amat berlainan.
“Bagi saya, ia sangat unik dan pelik malah ibu saya yang selalu melihat pokok terbabit turut terkejut dengan kejadian yang berlaku itu,” katanya.
Sinar
Nekad peluk Islam selepas bermimpi
ALOR SETAR – “Seorang lelaki berjanggut putih dengan berpakaian jubah putih datang kepada saya dengan menghulurkan kain putih,” itu mimpi yang pernah dilalui seorang saudara baru, Kalsom Chin Abdullah kira-kira 30 tahun lalu sebelum dia nekad memeluk Islam.Kalsom Chin yang berasal dari Sungai Tiang, Pendang dan berketurunan Siam memeluk Islam seorang diri ketika dia masih berusia 16 tahun.
Menurutnya, salah satu yang menarik perhatian Kalsom Chin terhadap Islam termasuklah ketika mendengar alunan azan yang membuatkan dia berasa tenang.
“Banyak perkara mengenai Islam yang membuatkan jiwa ini tenang namun, saya menganggap apa yang berlaku adalah hidayah yang diberikan oleh ALLAH SWT.
“Setelah mendapat petunjuk termasuklah mimpi itu, saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada 3 Februari 1981,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Nyonya.
Selepas memeluk Islam Kalsom Chin tinggal di rumah saudara baru di Sungai Petani selama enam bulan sebelum mempelajari ilmu mengenai Islam dengan lebih mendalam di Pondok Jeneri, Sik.
Kalsom Chin berkata, sepanjang berada di rumah baru dia dapat berkongsi pengalaman bersama rakan saudara baru lain yang berasal daripada pelbagai agama sebelum memeluk Islam.
Menurutnya, ketika mengikuti pengajian di pondok pula dia belajar membaca al-Quran, hukum tajwid dan Sifat 20.
Enam tahun rahsia peluk Islam
IBU kepada Mohamad Shawal Ahmad, 12 dan Nur Sakinah, 8, merahsiakan keputusan memeluk Islam daripada pengetahuan ibu bapanya selama enam tahun kerana bimbang dimarahi.
Biarpun merahsiakan status agamanya sekian lama, Kalsom Chin bersyukur apabila ibu bapanya menerima keputusan yang dibuat dengan hati terbuka.
Menurutnya, walaupun ibu bapanya boleh menerima keputusan itu namun anak sulung daripada enam beradik itu masih mendapat tentangan daripada lima adiknya.
“Saya masih ingat nasihat bapa, dia kata, jika saya sudah memeluk agama Islam, saya tidak boleh lagi berpatah balik kepada agama asal. “Hubungan saya dengan ibu sehingga kini masih akrab seperti dahulu namun tidak dengan adik-adik yang masih belum dapat menerima keputusan yang saya lakukan,” katanya.
Kalsom Chin berkata, dia menganggap kehidupannya kini yang seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebagai dugaan daripada ALLAH SWT untuk menguji tahap kesabaran dan keutuhan dirinya terhadap agama Islam.
Menurutnya, dia tidak pernah terlintas di hatinya walau sedikit untuk dia kembali ke agama asal disebabkan kemiskinan hidup.
“Bagi saya biarlah saya susah di dunia ini tetapi senang di akhirat kerana sedar ini adalah salah satu ujian dari-Nya. “Saya juga tahu Islam sentiasa mengajar umatnya untuk bersabar dengan ujian yang diberikan sebab itulah saya sentiasa berfikiran positif,” katanya.
Kalsom Chin berkata, ilmu agama terutama bab solat yang merupakan tiang agama sering dititik beratkan terhadap Mohamad Shawal dan Nur Sakinah.
Dia juga bersyukur kerana suaminya, Ahmad Abd Rahim, 48, sentiasa membantu dalam mendidik ilmu agama kepada anak mereka.
Kalsom Chin turut bercadang untuk menghantar Mohamad Shawal ke pengajian di pondok bagi memastikan anak sulungnya itu mendapat ilmu agama secukupnya.
Sinar
Culik, perkosa, paksa kawin
IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.
Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.
Heliza Helimi Tempuh Pelbagai Pengalaman Kerana Makanan Halal
KUALA LUPUR: Penyanyi Heliza Helmi menjelaskan, bergelar pengacara bagi rancangan Rasa Halal Antarabangsa siaran Astro Oasis merupakan satu peluang luar biasa apabila dia dapat meneroka pelbagai jenis makanan di lima buah negara.
Heliza berkata, pengalaman berada di Turki, United Kingdom, Perancis, Australia dan Korea Selatan itu amat menarik kerana dia juga dapat melihat perkembangan Islam di negara berkenaan.
“Ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan bernilai buat saya. Bukan mudah untuk saya merasai kepelbagaian makanan halal yang terdapat di tempat orang. Ia amat menakjubkan,” katanya pada sidang media program berkenaan di sini, Isnin.
Heliza berkata, antara pengalaman menarik lain apabila dia menjadi minat terhadap Kimci iaitu sejenis makanan tradisional daripada sayur-sayuran di Korea selepas menikmatinya kerap kali sedangkan dia tidak menyukainya sebelum ini.
Dalam masa yang sama dia juga berhadapan dengan cabaran apabila sukar mencari lokasi untuk mendirikan solat sehingga terpaksa menunaikan ibadah di set penggambaran.
“Pernah juga saya berhadapan dengan masalah untuk bersolat tetapi saya dapat juga melaksanakannya kerana saya percaya terhadap kepentingan perkara itu walaupun di negara mana sekalipun kita berada,” jelasnya,
Sementara itu Izelan berkata, sambutan penonton terhadap program itu yang diperkenalkan pada tahun 2008 menyebabkan Astro Oasis terpaksa melanjutkannya sehingga ke musim yang keempat.
Program terbaru selama 26 episod itu kata beliau antara lain bertujuan untuk memudahkan rakyat negara ini yang ingin melancong ke lima negara terbabit mendapatkan informasi berhubung lokasi yang menyediakan makanan halal serta kemudahan beribadah.
“Berdasarkan kepada kajian kami, rakyat Malaysia gemar melancong ke lima negara berkenaan dan tentu sekali mereka tercari-cari di manakah lokasi makanan halal.
“Jadi, pihak kami telah mengambil pendekatan untuk memberi pengetahuan kepada mereka dengan menerbitkan rancangan ini,” kata beliau.
Rasa Halal Antarabangsa terbitan syarikat produksi E-Style Sdn Bhd ini bakal menemui penonton pada setiap Khamis bermula 28 Jun ini di Astro Oasis (saluran 106) pukul 7.30 malam.
Zizan Razak Tidak Mahu Kerja Selepas 12 Malam
KUALA LUMPUR: Pelawak Zizan Razak, 28, menetapkan syarat kepada mana-mana pihak produksi untuk tidak bekerja lebih dari pukul 12 tengah malam kerana faktor kesihatan.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak berkata, sekiranya pihak penerbit tidak boleh menerima syarat-syarat itu, dia sanggup menolak tawaran yang diberikan walaupun bayaran yang ditawarkan lumayan.
“Sejak dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot pada 29 April lalu, saya menyedari penjagaan kesihatan amat penting.
“Mujurlah setakat ini, tiada produksi yang merungut dan mereka sangat memahami dengan keadaan saya ini,” katanya.
Beritahu Zizan, kesibukannya bermula sejak menerima anugerah Pengacara Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada April lalu.
Atas dasar ingin membalas budi, dia sanggup bekerja keras agar peminat-peminatnya bangga terhadap pencapaian tersebut.
“Anugerah itu sebagai bukti peminat adalah tulang belakang utama dalam setiap kejayaan saya, mereka sanggup berhabis wang untuk mengundi.
“Sebab itu saya bekerja tanpa mengira waktu, selagi ada kudrat, selagi itulah saya bekerja. Tapi lain pula jadinya apabila saya pula yang ‘tumbang’,” selorohnya.
Sementara itu, filem lakonan Zizan iaitu Mael Lambong telah pun ditayangkan sejak 21 Jun lalu.
Menurut Zizan, dia tidak sangka jenama ‘Mael Lambong’ yang direka sendiri ketika menyertai Maharaja Lawak bersama Johan mendapat perhatian daripada pengarahnya, Ahmad Idham.
“Jujur saya katakan, ‘Mael Lambong’ adalah satu watak rekaan yang sangat saya sayangi, tak sangka pula ia difilemkan terus.
“Bagus juga, kerana saya juga mahu Mael Lambong dijadikan sebuah drama berepisod,” tuturnya.
Filem itu mengisahkan tentang Mael Lambong (Zizan), seorang penarik kereta profesional terjebak dengan sebuah komplot apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) secara tidak sengaja.
Antara pelakon lain yang membintangi filem tersebut ialah Shenty Feziliana, Shuib (Sepah) dan Sabri Yunus.
mStar
Serang peninju negara: Anak VVIP didakwa
JOHOR BAHRU – Seorang anak kenamaan bersama seorang lagi rakannya dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sinihari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24.Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 27, dan Alex Foo Hee Wee, 41, bersama empat lagi yang masih bebas dituduh sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Farkhan pada 6 Mei lalu.
Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke kamar pertuduhan dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Sementara itu, Hakim Zamri Bakar menetapkan tarikh 12 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan jaminan sebanyak RM12,000 bagi setiap tertuduh.
Sinar
Kes Wanita Diserang Dan Dirompak Semakin Kerap Berlaku
KUALA LUMPUR: Wanita yang bersendirian dan sedang menghampiri kereta mereka kini menjadi sasaran perompak bersenjata.
Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes melibatkan wanita yang berseorangan dan mereka diserang oleh penyerang yang memiliki senjata. Terbaru kes melibatkan seorang wanita apabila jarinya hampir terputus diserang oleh perompak yang memiliki senjata dan ia berlaku berhampiran Taman Tun Dr Ismail di sini.
Insiden tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi, Ahad.
“Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk beg tangan mereka.
Wan Abdul Bari berkata dalam pergelutan tersebut perompak berjaya melarikan diri dan dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak mangsa. Perompak tersebut akhirnya berjaya membawa lari beg tangan mangsa.
Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang dan dirompak kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini.
“Kami menerima laporan bahawa wanita yang berusia dalam linkungan 20 an itu dikelar di kepala ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada Jumaat,” katanya,
Beliau berkata ketika kejadian wanita wanita tersebut baru sahaja keluar dari lif berhampiran panggung wayang pada pukul 10 malam apabila dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki bersenjata dengan objek yang tajam.
“Mangsa bergelut dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu kepada perompak berkenaan supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa ditetak di kepala,” katanya sambil menambah bahawa wanita berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4 pagi Ahad.
Wan Abdul Bari berkatapolis kini sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.
Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata wanita berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menaiki ambulans 25 minit selepas kejadian itu berlaku. Mangsa dibenarkan pulang keesokan paginya.
“Manga kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad banknya,” katanya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan dan rompakan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Kes-kes yang melibatkan wanita menjadi sasaran perompak menjadi perhatian apabila seorang pedagang saham Internet Chin Xin-Ci memaklumkan di laman sosial Facebook mengenai serangan dan cubaan menculik yang dilakukan oleh dua lelaki terjadi ke atasnya di pusat membeli belah berkenaan pada 27 Mei lalu.
mStar
Hidupan laut di kawasan bencana nuklear dijual
TOKYO – Sejumlah hidupan laut yang ditangkap di luar pantai Fukushima, timur laut Jepun mula dijual semalam selepas bencana nuklear melanda negara itu pada Mac tahun lepas.Menurut sebuah agensi perikanan di wilayah Fukushima, hanya sotong kurita dan siput kong dibenarkan dijual kerana ia bebas daripada bahan radiaokatif.
Hidupan laut itu ditangkap pada Jumaat lalu.
Kelulusan untuk jualan ikan masih samar kerana tahap radiasinya melebihi had yang ditetapkan kerajaan.
Gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu menyebabkan loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi mengalami kebocoran radioaktif.
“Saya mendapati pasar raya tempatan telah menjual (hidupan laut itu) pada pukul 3 petang,” kata seorang pegawai di bahagian penjualan di agensi perikanan itu, Hirofumi Konno di bandar Soma.
Beliau berharap ketam akan dijual tidak lama lagi.
Menurutnya, sejumlah orang membeli hidupan laut tersebut bagi memberi tanda sokongan kepada nelayan tempatan. – Agensi
Subhanallah! Labah-labah Makan Ular
Pelik! Tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Seekor labah-labah mampu menjadikan ular sebagai mangsanya apabila ia tersangkut di sarang tersebut.
Labah-labah ini menggunakan kaedah yang sama iaitu menjadikan sarangnya sebagai umpan untuk mengumpan mangsa. Serius pelik, bila masa pula sarangnya mempunyai kekuatan mampu melekat sehingga begitu sekali. Jom layan gambar labah-labah makan ular.
Subhanallah! Kuasa Allah. Haiwan sekecil ini yang kita tahu, ia hanyalah haiwan pemangsa yang kecil tetapi mampu memerangkap seekor ular yang ternyata berbisa. Kecil-kecil cili padi. Tetapi jika dilihat daripada bentuk fizikal labah-labah tersebut, ternyata labah-labah tersebut amat berbisa.
Sumber: Melayukini
No comments:
Post a Comment