Friday, June 29, 2012

MACAM2 DIMALAYSIA...TOLAK HUDUD...BALA2 ALLAH TURUNKAN...KATA NEGERA SELAMAT....SELAMATKAH...KUTIP JUTA2 PIHAK PUSAT ZAKAT...PEMIMPIN2 HIDUP MEWAH...RAKYAT ADA YANG MAKAN SAGU....DUDUK RUMAH NAK ROBOH...ANAK2 TAK MAMPU DIHANTAR KESEKOLAH DLL....

Dirogol ketika mandi sungai
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012
Dirogol ketika mandi sungai
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi
KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubunganseks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat
sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Lelaki derita muka bengkak mahu hidup normal
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012
Lelaki derita muka bengkak mahu hidup normal
Dari kiri: Lee Giok, Chee Ming, Thye Tai dan Yuen Keong ketika sidang media di HKL, semalam.
KUALA LUMPUR - Selama lebih 40 tahun, seorang lelaki terpaksa hidup dalam keadaan tidak normal seperti orang lain apabila menghidapi penyakit kecacatan saluran darah yang menyebabkan sebahagian besar bahagiannya mukanya membengkak.

Penyakit yang dialaminya itu juga mengakibatkan perkembangan tumbesarannya terbantut kerana dia hanya mula berjalan pada umur lapan tahun.

Kini, penyakit tersebut turut memberi kesan sampingan lain apabila telinga dan mata kirinya tidak lagi berfungsi malah tangan dan kaki kanan juga lemah.

Lebih malang, penyakitnya yang jarang ditemui itu kini berada pada tahap serius kerana tidak mendapat rawatan dari awal dan dikatakan berisiko jika dibedah.

Lelaki tersebut, Leong Chee Ming, 42, juga terpaksa berhadapan dengan kata-kata ejekan orang ramai, membuatkan dia menaruh harapan untuk kembali normal seperti orang lain.

Ibunya, Hee Thye Tai, 66, berkata, anaknya pernah menjalani pembedahan pada usia 16 tahun, membuang benjolan di bahagian dahi namun selepas itu, mukanya anaknya kembali membengkak sehingga kini.

Menurutnya, tiada apa yang diharapkan melainkan melihat anaknya normal, kerana dia sendiri tidak tahan melihat keadaan anaknya yang sering menjadi bahan ejekan disebabkan keadaan fizikalnya itu.

“Saya harap anak saya dapat kembali normal, kerana setiap kali dia diejek, saya rasa sangat sedih dan sakit hati,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Ketua MCA Datuk Liew Yuen Keong dan Ketua Wanita MCA Selangor, Chew Lee Giok.

Sementara itu, Yuen Keong berkata, beliau sudah membawa kes lelaki berkenaan untuk perhatian pihak Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan pakar untuk rawatan lanjutan.

Difahamkan pihak Wanita MCA juga membantu mendapatkan pekerjaan sambilan buat Chee Ming bagi membolehkan dia menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ibu muda rakam aksi dera bayi sendiri

29 Jun 2012
Ibu muda rakam aksi dera bayi sendiri
Bayi perempuan berumur 10 bulan ini menjadi mangsa penderaan ibunya sendiri.
CONNECTICUT - Seorang wanita didakwa mendera anaknya berumur 10 bulan dan turut merakamkan aksi kejam itu, menurut polis, kelmarin.

Kellie Park, 20, dari West Haven, Connecticut ditahan minggu lalu selepas menerima laporan dari bapa bayi tersebut yang menerima 55 khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan rakaman perbuatan tidak berhati perut isterinya itu.

Mahkamah mendapati ibu kepada dua anak tersebut bersalah atas kesalahan mengancam dan melakukan kekejaman serta menyebabkan kecederaan ke atas orang lain.

Kedua-dua anaknya kini ditempatkan di bawah jagaan sementara Jabatan Keluarga dan Kanak-kanak di Hartford.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin dan kes itu akan disebut semula 11 Julai depan.
Osman Kering meninggal dunia
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012
Osman Kering
Osman Kering
 Twitter Zed Zaidi
Twitter Zed Zaidi
KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering.

Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.

Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima  rawatan.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.

Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah "Kantoi", "Senario The Movie Episod 1", "Tentang Bulan" dan "Man laksa".

Norhidayah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah bapanya ada berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.

"Ayah ada memberitahu dia kata dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M.Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia ayah sering bermanja dengan kami dan berbual-bual," katanya.

Beliau tidak menduga gurauan bapanya sebelum ini merupakan kali yang terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias atau dikenali dengan nama Nana berkata, beliau mengenali Osman sebagai seorang pelawak yang sangat sporting.

"Sepanjang Nana kenal dia, dia banyak beri tunjuk ajar pada Nana, dan Nana pun rapat dengan keluarganya, Nana rasa arwah seorang yang sukar dicari ganti," katanya yang ditemui ketika menziarah di kediaman allahyarham di Bandar Sri Permaisuri. - Bernama
Lelaki sedang menunggu dalam kereta maut ditembak

29 Jun 2012
PETALING JAYA - Seorang lelaki yang sedang menunggu dalam kereta di luar sekolah anaknya, Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan dekat sini, maut selepas ditembak dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata ketika kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa berumur 32 tahun sedang menunggu isterinya yang menghantar anak lelaki tunggal mereka berusia lapan tahun masuk ke dalam sekolah.

"Mangsa yang duduk di tempat pemandu dalam kereta jenis Perodua Myvi, tiba-tiba didatangi dua lelaki bermotosikal dan bertopi keledar penuh sebelum seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan ke arahnya dari jarak dekat.

"Tembakan itu terkena rusuk kanan dan menembusi bahu kirinya. Mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit kemudian dihantar ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pukul 9 pagi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Abd Razak berkata hasil siasatan mendapati suspek menunggang motosikal jenis Yamaha LC bewarna merah dan menggunakan pistol jenis semi auto.

"Siasatan lanjut juga mendapati mangsa yang tinggal di Sungai Chua, Kajang tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan menurut isteri mangsa, suaminya tidak mempunyai musuh," katanya.

Abd Razak berkata polis dalam pada itu tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam dan telah dirancang rapi oleh suspek tersebut.

"Di sekolah tersebut tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup. Sehubungan itu kami meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan," katanya. - Bernama
Kerani bank rentung selepas diserang dan dibakar

29 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi berkata ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai P. Yoga Ambiga, 27, baru pulang dari kerja di sebuah bank di Medan Pasar pada pukul 10.15 malam.

"Mangsa diserang oleh suspek yang dipercayai lebih daripada seorang. Mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan hangus akibat dibakar," katanya kepada Bernama.

Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek menunggu mangsa pulang dari kerja.

"Barang-barang berharga milik mangsa seperti dompet dan telefon bimbit masih berada pada mangsa dan kita tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan cemburu," katanya. 

Katanya polis masih menyiasat bahan yang digunakan oleh suspek untukmembakar mangsa.

Mangsa menetap di rumah itu bersama kakaknya sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, seorang saksi kejadian itu yang hanya ingin dikenali sebagai Efa, 32, yang juga jiran mangsa berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di rumahnya sebelum terdengar bunyi bising dan suara orang menjerit di luar rumahnya.

"Saya dengar bunyi orang menjerit dua kali sahaja dan kira-kira 10 minit selepas itu saya buka pintu saya tengok ada seorang wanita berada dalam keadaan tertiarap dan seluruh badannya hangus terbakar.

"Dalam masa itu juga ada jiran lain yang datang untuk padamkan api," katanya.

Efa berkata kejadian itu berlaku begitu pantas kerana selepas 10 minit kemudian mangsa sudah tidak bernyawa dan kejadian itu tidak disedari kakak mangsa yang berada di dalam rumah memandangkan kakaknya itu pekak dan bisu.

"Saya rasa mangsa mungkin telah dipukul terlebih dahulu sebelum dibakar kerana itu jeritan suaranya hanya kedengaran sayup sahaja," katanya.

Katanya sebelum kejadian itu, terdapat jiran yang melihat kelibat orang luar di kawasan sekitar apartmen sejak pukul 7.30 malam. - Bernama
Penjenayah kampung kantoi
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012
Penjenayah kampung kantoi
Mat Petai terpaksa diangkat penduduk kampung ke kawasan lapang selepas ditemui terbaring di dalam kebun salak kerana mengalami kecederaan pada kaki kirinya.
MARANG – Kantoi. Demikianlah nasib seorang lelaki yang dipercayai aktif mencuri hasil tanaman penduduk di dua buah kampung selepas dia ditemui terbaring kesakitan kerana cedera di kawasan kebun salak di Sungai Serai, di sini.

Penjenayah kampung yang biasanya memilih buah petai sebagai habuan itu ditemui pemilik kebun salak itu, Salleh Sulaiman, 57, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Serai dan JKKK Gondang.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, JKKK, ahli Rakan Cegah Jenayah (RCJ) bersama penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian lalu menahan lelaki terbabit, sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, lelaki berusia 43 tahun itu yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Petai’ oleh pemilik kebun petai di kawasan dua kampung berkenaan mengalami kecederaan pada kaki kirinya selepas melarikan diri daripada Pengerusi JKKK Gondang, Marzuki Mat Zain.

Menurut Marzuki, sebelum Salleh menemui lelaki berkulit gelap itu terbaring di kebunnya, dia (Marzuki) terlebih dahulu terserempak lelaki itu menunggang motosikal bersama seorang rakannya di
hadapan sebuah kedai makan kira-kira jam 11 pagi.

“Saya menegur kedua-dua lelaki terbabit lalu menyoal kenapa membawa bersama guni dan dua bilah senjata tajam iaitu sebilah pisau dan parang. Saya tegur kerana mengesyaki mereka ingin mencuri hasil tanaman penduduk, namun mereka bercakap kasar.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara kami lalu mereka memegang dua bilah senjata yang dibawa. Kerana bimbangkan keselamatan, saya bertindak dahulu dengan menyerang mereka termasuk berjaya merampas dua senjata tajam itu,” katanya.

Marzuki berkata, kedua dua lelaki itu kemudiannya melarikan diri dengan meninggalkan motosikal di hadapan kedai makan sebelum salah seorang daripada mereka ditemui terbaring di dalam kebun salak, manakala seorang lagi masih menghilangkan diri.

Menurutnya, penduduk dua kampung iaitu Gondang dan Sungai Serai percaya kedua-dua mereka yang terbabit menjadikan aktiviti mencuri hasil tanaman penduduk sebelum dijual bagi mendapatkan bekalan dadah dan keperluan lain kerana tidak bekerja.

Sementara itu, lelaki terbabit ketika ditemui mengakui mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan sekali serta ditahan di pusat pemulihan dadah sebanyak dua kali.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu, namun enggan mengulas
lanjut kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.
4 wanita berkhalwat dipenjara
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012
PERMAISURI - Empat wanita terpaksa meringkuk selama sebulan dalam penjara kerana masing-masing mengaku bersalah melakukan kesalahan khalwat dan persediaan melakukan persetubuhan haram.

Mereka dijatuhkan hukuman itu selepas gagal membayarkan denda yang dikenakan Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Setiu di sini. Mereka juga sebelum ini berdepan waran tangkap kerana gagal hadir  eberapa kali ke mahkamah bagi mendengar sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Besut.

Dua daripada mereka ditangkap dalam sebuah rumah bersama seorang lelaki di Kampung Jawek, Jertih pada 11 April tahun lalu. Wanita berkenaan berusia 35 tahun berasal dari Thailand dan rakannya, 40, warga tempatan itu  sebelum ini telah berpindah rumah dipercayai untuk mengelak dikesan penguat kuasa dan kedua-dua mereka didenda RM2,400 atau sebulan penjara kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah  Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Lelaki yang merupakan pasangan dua wanita itu pula masih gagal dikesan. Sementara itu, untuk kes kedua, seorang janda berusia 40 tahun didakwa atas kesalahan sama apabila dia ditangkap pihak berkuasa di dalam pondok di  sebuah kebun getah bersama dua lelaki berusia 28 tahun dan 16 tahun berdekatan Kampung Darau, Hulu Besut selepas mendapat aduan orang ramai, Ahad lalu.

Lebih mengejutkan, wanita berkenaan pernah ditangkap berkhalwat seorang lelaki berusia 28 tahun di sebuah chalet di Seberang Kastam pada 13 Mei tahun lalu. Dia didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 29  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 kerana persediaan mengadakan seks luar nikah menyebabkan dia didenda RM2,900 atau sebulan penjara.

Manakala seorang lagi wanita berusia 32 tahun yang ditangkap kerana bersekedudukan dengan seorang lelaki berusia 42 tahun di sebuah rumah di Kampung Padang Bual, Hulu Besut pada 12.20 malam, 4 Julai tahun lalu turut  didakwa di mahkamah sama.

Usaha mereka melarikan diri gagal kerana penguat kuasa Pejabat Agama Islam Besut berjaya menahan mereka di rumah masing-masing pada Ahad lalu sebelum didakwa di mahkamah. Wanita berkenaan didenda RM2,500 atau  sebulan penjara atas kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) manakala pasangannya telah menjalani hukuman penjara pada 27 Mac lalu selama sebulan kerana gagal membayar denda.

Kesemua mereka dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan kerana gagal membayar denda.
Anak terpaksa diberi makan sagu kerana dihimpit kemiskinan
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012
'Mak makanan apa ni',
Suharni bersama anak-anak dan suaminya, Zuki, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
DUNGUN – Luluh hati seorang ibu tatkala melihat anaknya terpaksa diberi makan sagu untuk mengisi perut kosong setelah bekalan beras di dapur kehabisan.

Namun, kemiskinan hidup menyebabkan Suharni Basir, 43, yang pernah tinggal di sebuah pondok usang di kampung Gong Beting dekat sini, tiada pilihan melainkan menghidangkan makanan yang pada masa kini hanya sesuai untuk makanan ternakan sahaja, demi memastikan lima anaknya berusia tujuh hingga 13 tahun itu tidak mati kelaparan.

Kisah duka keluarga malang ini dikongsi Suharni bersama Sinar Harian, setelah dia yang mendirikan rumah tangga bersama Zuki Hashim, 45, sejak lebih 10 tahun lalu, tidak lagi sanggup melalui detik getir ini setelah pelbagai bantuan gagal dinikmatinya, biarpun dari segi zahir mereka lebih daripada layak untuk menerimanya.

Menurut Suharni, hidangan sagu menjadi rutin kehidupan buat keluarganya yang sentiasa dihimpit kemiskinan itu.

“Ketika menghidangkan sagu untuk diberi makan kepada anak-anak, mereka pernah tanya, mak, makanan apa ni?

“Hati saya luluh mendengarnya, tapi saya tetap pujuk anak supaya makan kerana kalau tidak makan sagu itu, kami akan mati kelaparan," katanya.

Suharni bersama anak-anak dan suaminya, Zuki, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Suharni berkata, dia terpaksa menjadikan pondok buruk yang hanya layak dijadikan kandang ternakan sebagai tempat berlindung daripada panas dan hujan kerana telah dihalau dari rumah didudukinya sekeluarga sebelum ini kerana gagal menjelaskan sewa rumah, biarpun kadar sewanya tidak sampai RM200 sebulan.

Katanya, dia terpaksa membawa empat anaknya mencari tempat berlindung sehinggalah menemui sebuah pondok usang yang terbiar itu.

“Saya pernah dihalau keluar rumah kerana gagal membayar sewa dan kami tujuh beranak terpaksa menumpang teduh di sebuah pondok buruk dalam semak tanpa kemudahan air dan elektrik.

“Kami tidur bertemankan pelita minyak tanah, tiada kemudahan air dan elektrik dan waktu malam kami dikerumuni nyamuk, bayangkanlah daifnya kehidupan kami ketika itu,” katanya.

Untuk meringankan beban suami yang hanya bergantung harap kepada kerja tukang rumah itu, dengan kudrat yang masih ada, Suharni terpaksa mengayuh basikal sejauh tiga kilometer setiap hari untuk bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan
pendapatan RM15 sehari.

Dengan duit itulah dia dapat membeli keperluan makanan jika suaminya gagal memperoleh pendapatan.

5 anak tidak dapat sekolah

DENGAN nada sebak Suharni meluahkan, lebih menyedihkan, kemiskinan hidup juga menyebabkan lima anaknya tidak dapat bersekolah, biarpun jauh di sudut hatinya ingin melihat kesemua permata hatinya itu berjaya dalam pelajaran seperti anak-anak jiran lain.

Katanya, segalanya berpunca setelah kesemua anaknya, Nazihan, 7, Nasarudin, 9, Nurshafiqah, 11, Zulfitri, 13, yang jika bersekolah antara tahun satu hingga tingkatan satu itu tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran kerana sewaktu dia melahirkan anak, dia tidak mempunyai wang untuk menjelaskan bil hospital.

“Kadang-kadang saya berendam air mata sebab tengok anak-anak orang lain semuanya bersekolah.

“Saya sudah berikhtiar untuk mendapatkan semula dokumen kelahiran diperlukan di Pejabat Pendaftaran, namun saya kecewa kerana masih gagal berurusan atas pelbagai alasan, selain tidak berkemampuan untuk menjelaskan denda dikenakan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang anak Suharni, Nashafiqah Zuki berkata, dia teringin menikmati alam persekolahan seperti kanak-kanak lain, namun masalah ketiadaan dokumen kelahiran menyebabkan dia gagal diterima masuk di sekolah rendah, biarpun jarak rumahnya dengan sekolah tidak sampai 50 meter.

“Saya teringin sangat nak sekolah seperti rakan lain, tapi tak dapat, nak buat macam mana,” katanya.

Suami Suharni, Zuki pula berkata, dia sudah puas berikhtiar, namun sehingga kini lima anaknya itu masih tidak dapat bersekolah kerana ketiadaan dokumen.

“Saya hanya bekerja sebagai tukang rumah, berapalah sangat pendapatan saya, hanya cukup makan sahaja.

“Nak selesai dokumen anak saya tu, kena pergi Kuala Lumpur, semuanya kena pakai duit, saya manalah mampu,” kata Zuki yang kini menyewa sebuah rumah papan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Nyiur, Paka.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional Zuki Hashim: 11004-41-0003019-1.

Maklumat lanjut berkaitan keluarga malang ini boleh hubungi wartawan sinar di talian 019-9391369.

Zuki dan Suharni masih mengharapkan satu keajaiban tuhan untuk mengubah nasibnya setelah lima anaknya berusia antara tujuh hingga 13 tahun tidak bersekolah selain terpaksa menjadikan sagu sebagai makanan rutin harian susulan kemiskinan
hidup.

No comments:

Post a Comment