Wednesday, June 30, 2010

NAK TERGELAK PUN ADA SEDIH PUN ADA...MANA DIA JUTAWAN2...GURU2 AGAMA@PENCERAMAH BERKERETA MEWAH...SANA SINI BERCERAMAH AJAR ORANG BUAT BAIK,CARI PAHALA,CARI SYURGA....JGN CARI DUNIA....ALLAH TAK BOLEH KITA TIPU....

Tiada siapa sudi bantu

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my
2010/06/30

KUALA LUMPUR: Seramai 73 penghuni wanita, termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Rumah Titian Kasih (RTK) di sini, sedang menghitung detik untuk ‘bersesak-sesak’ bersama lebih 50 penghuni lelaki di sebuah lagi rumah perlindungan selepas diarah keluar dari kediaman itu.
TERKILAN...Sharifah menjawab soalan pemberita mengenai perintah 
mengosongkan RTK, di sebelahnya Muhammad Khairun.
TERKILAN...Sharifah menjawab soalan pemberita mengenai perintah mengosongkan RTK, di sebelahnya Muhammad Khairun.
Mereka terpaksa berpindah dalam tempoh 24 jam dari rumah yang disewa di Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa di sini, selepas pemilik meminta mahkamah mengeluarkan arahan keluar dari rumah itu, April lalu.
Pengasas RTK, Sharifah Adlan atau lebih dikenali dengan Mak Pah berkata, dia amat terkilan dan sedih dengan nasib penghuni wanita, terutama kanak-kanak dan golongan OKU kerana keadaan tidak selesa yang bakal dirasai mereka.

“Ini kerana saiz rumah perlindungan bagi lelaki yang menempatkan lebih 50 orang itu agak kecil. Kita tak mungkin boleh menempatkan semua penghuni di situ,” katanya ketika sidang media Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di sini, semalam.

Menurutnya, RTK yang sudah beroperasi selama 12 tahun sebelum ini pernah mengutip dana untuk memiliki rumah bernilai RM2.5 juta itu, namun gagal.

“Ada pihak yang prihatin dengan nasib kami menderma 10 peratus daripada nilai rumah itu, namun tetap gagal membelinya kerana dana masih tidak mencukupi.

“Malah, tiada pihak pun termasuk bank dan agensi bertanggungjawab mengambil berat perkara ini atau bersetuju membantu dalam usaha pembelian itu,” katanya. Katanya, hatinya berat untuk berpindah kerana tiada lokasi strategik setakat ini sedangkan RTK sekarang berdekatan sekolah dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Ini kerana ada lima penghuni bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (enam) dan empat lagi bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Lagipun, jika ada penghuni sakit, sini dekat dengan HKL,” katanya.

Menurutnya, dia pernah cuba meminta bantuan dari semua saluran sejak menerima notis berpindah, namun maklum balas diterima amat mengecewakan. “Selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kami juga membuat permohonan kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), namun gagal,” katanya.

Katanya, kira-kira RM30,000 diperlukan RTK setiap bulan untuk perbelanjaan makan dan minum penghuni selain sewa bagi rumah itu berjumlah RM5,000.


“Kami mempunyai sebuah lagi rumah perlindungan untuk penghuni lelaki yang bakal kami tumpang pada awal bulan ini dan sewanya RM2,700,” katanya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata pihaknya akan berunding dengan agensi kerajaan hari ini bagi menyelesaikan masalah dihadapi RTK, sekali gus mendapatkan rumah sementara.

“Ini soal kemanusiaan kerana nasib 73 penghuni itu tidak menentu...lebih-lebih lagi selepas mereka terpaksa tinggal bersama di rumah perlindungan lelaki,” katanya.




70 penghuni RTK dihalau


Nasib penghuni Rumah Titian Kasih kini kabur setelah banglo mereka berteduh di Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur diarah dikosongkan mulai hari ini.


KUALA LUMPUR - Tujuh puluh penghuni wanita berusia antara dua bulan dan 85 tahun akan hilang tempat tinggal apabila mereka diarah keluar dari rumah perlindungan Rumah Titian Kasih (RTK) yang disewa selewat-lewatnya hari ini.
Pengusaha RTK, Sharifah Adlan berkata, mereka telah diarah keluar atas perintah mahkamah dari banglo No. 15 Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa apabila pemiliknya mahu menjual kediaman berkenaan untuk tujuan komersial.
"Kami menyewa kediaman ini sejak tahun 2008, namun pada tahun lepas, pemilik banglo ini mengambil keputusan untuk menjual kediaman itu atas dasar komersial.
"Kami tidak mampu untuk membeli banglo ini dengan harga RM2.7 juta," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment