Saturday, July 3, 2010

MACAM2 CADANGAN..TAPI TAK CADANG PUN UNTUK LAKSANA UNDANG2 ISLAM


Polis guna anjing jejak perogol lari masuk hutan 

Oleh Hassan Omar

2010/07/03

KOTA KINABALU: Polis terpaksa menggunakan anjing pengesan bagi menjejaki seorang petani yang melarikan diri ke dalam hutan di Kota Marudu, kira-kira 150 kilometer (km) dari sini sejak Selasa lalu kerana disyaki merogol tiga anak kandungnya berusia 11, 13 dan 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof, berkata polis melancarkan gerakan memburu suspek berusia 40 tahun sejak petang Selasa lalu selepas menerima aduan daripada ketiga-tiga mangsa, pagi Selasa lalu.

“Kami menubuhkan pasukan khas memburu suspek. Anjing pengesan terpaksa digunakan untuk memburu suspek yang dipercayai melarikan diri ke dalam hutan berhampiran rumahnya di Kampung Talangkapas.

“Kami ada menerima maklumat, suspek dipercayai pulang ke rumahnya pada malam Rabu lalu dan masuk semula ke hutan pada awal pagi. Gerakan memburu dipertingkatkan,” katanya kepada Berita Harian, ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata, polis yakin mampu menahan suspek tidak lama lagi.

Selasa lalu, polis menerima laporan daripada ibu mangsa dan tiga beradik terbabit yang mendakwa suspek merogol tiga anak kandungnya sejak awal tahun ini.

Suspek yang sudah berpisah dengan isterinya sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama tiga anak perempuannya di kampung berkenaan, dipercayai mula melakukan perbuatan terkutuk itu di rumahnya sejak awal tahun ini dan yang terakhir pada Jumaat lalu.
Suspek dikatakan menjadikan anaknya yang berusia 14 tahun sebagai mangsa pertama apabila merogolnya dalam sebuah bilik di rumah papan di kampung berkenaan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Kota Marudu sebelum dua lagi adik mangsa dijadikan sasaran melepaskan nafsu buasnya.

Kejadian itu dipercayai dilakukan secara berulang dan mangsa dikatakan diugut supaya merahsiakan kejadian itu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 11 tahun dipercayai tidak tahan dirogol lalu menceritakan kejadian kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran.

Wanita terbabit segera menghubungi ibu mangsa yang bekerja di Sandakan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Bagi saya, pendidikan seks tidak boleh diperkenalkan di sekolah kerana ia adalah satu `barang’ yang amat indah serta berharga dan harus dihormati, bukan boleh pandai-pandai buat.

“Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibu perlu memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam

Pornografi, bahan lucah bukan punca jenayah seks
Oleh Sharifah Salwa Syed Akil dan Faridzwan Abdul Ghafar

2010/07/03

Salah laku moral kerana tekanan perasaan, kurang kesedaran

KUALA LUMPUR: Tekanan perasaan atau kurang kesedaran mengenai jenayah salah laku seks menjadi antara faktor mendorong pelaku terbabit dalam gejala itu.

Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, jenayah salah laku seks tidak ada kena mengena dengan internet dan hiburan yang dipaparkan media, sebaliknya terjadi kerana pilihan pelaku jenayah atas sebab tertentu

Pihak yang mendakwa salah laku seks berlaku kerana hiburan yang dipaparkan media dan capaian internet tanpa sekatan adalah pihak yang enggan mengaku kesilapan sendiri. Dalam hal ini, ibu perlu memainkan peranan untuk mendidik serta memberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara kepada anak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kamal Affendi berkata, situasi sosial yang berlaku di negara yang membenarkan orang awam memiliki bahan lucah seperti Jepun, misalnya, mencatat jenayah seks yang rendah manakala negara yang mempunyai sekatan terhadap bahan lucah merekodkan kadar jenayah seks tinggi.

“Ini terbukti jenayah membabitkan seks dan salah laku seks yang berlaku di negara maju adalah kurang. Mereka diterapkan dengan pendidikan seks secara formal di sekolah.

“Walaupun mereka sentiasa didedahkan dengan unsur lucah tetapi mereka dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan serta penerapan sifat hormat menghormati antara jantina,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal Affendi berkata, pendidikan seks yang pernah dicadangkan sebelum ini sebenarnya lebih menekankan kepada peranan dan fungsi lelaki sebagai pelindung dan penjaga wanita selain memberi kesedaran pentingnya menjaga martabat lelaki.
“Tanggapan yang salah terhadap cadangan itu oleh segelintir pihak yang konservatif mengakibatkan cadangan itu yang pernah dikemukakan beberapa tahun
lalu ditolak kerajaan, sedangkan isi kandungannya berkonsepkan menghormati maruah wanita dan memperkasakan martabat lelaki,” katanya.

Kamal Affendi berkata, punca kejadian rogol, salah laku seks dan pembuangan bayi adalah disebabkan kurangnya kesedaran dan pengetahuan mengenai ilmu reproduktif serta kehendak biologi lelaki dan wanita mengikut peringkat usia masing-masing.

“Jenayah berkaitan seks di kalangan remaja terjadi kerana tiada perasaan hormat kepada diri dan pasangan serta kurang pengetahuan mengenai apa itu seks. Kita perlu beritahu masyarakat bahawa semua pihak mesti memainkan peranan serta lebih proaktif bagi menangani masalah itu.

“Remaja juga diajar bagaimana memainkan peranan sebagai ibu dan bapa serta penekanan terhadap pentingnya institusi kekeluargaan serta tanggungjawab mendidik anak. Jadi, saya kecewa apabila cadangan ini ditolak tanpa memikirkan isi kandungan secara lebih mendalam dan kesannya kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa pornografi dan bahan lucah adalah punca terjadinya keruntuhan moral di kalangan remaja di Malaysia adalah tidak tepat




‘Pendidikan seks harus dilaksana ikut peraturan’


2010/07/03

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan seks sebagai satu perkara yang cukup bernilai serta berharga dan pendidikan mengenainya harus dilaksanakan mengikut peraturan, prosiding serta kronologinya yang tertentu.

Sehubungan itu, katanya, untuk melaksanakan pendidikan seks di sekolah bukannya sesuatu perkara mudah kerana ia sudah tentu akan membabitkan pelbagai pihak, termasuk dari segi undang-undang, tidak hanya menjuruskan kepada seks itu semata-mata.

“Bagi saya, pendidikan seks tidak boleh diperkenalkan di sekolah kerana ia adalah satu `barang’ yang amat indah serta berharga dan harus dihormati, bukan boleh pandai-pandai buat.

“Islam sudah sebut perkara ini (pendidikan seks) dalam kitab Fiqah, bermula dari usia kanak-kanak lelaki 10 tahun, harus dipisahkan tempat tidur sehingga berkahwin; melakukan jimak dan mendapat anak, semuanya ada diajar mengenai tatasusila serta pengurusannya, sekali gus menunjukkan seks ini barang yang dihormati.

“Di situ sudah letaknya pelajaran seks dalam Islam dan kita jangan meletakkannya (pendidikan seks) atas motor kerana itu bukan kerja Islam. Semua ini Islam hendak menunjukkan bahawa seks itu sesuatu barang amat dihargai dan melakukannya harus mengikut peraturan, prosiding dan kronologinya,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita apabila ditanya mengenai usaha hendak melaksanakan pendidikan seks di sekolah, selepas selesai kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Kelmarin, pelbagai pihak menggesa kerajaan memperkenalkan segera pendidikan seks secara formal di sekolah serta memperketatkan undang-undang bagi membendung capaian remaja terhadap unsur pronografi sebagai langkah membanteras salah laku seks dan pembuangan bayi yang berleluasa.



Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri
Jul 2, 10 3:55pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.

- Bernama

Indonesia, India jadi lokasi larikan kekasih


2010/07/04

GEORGETOWN: Indonesia dan India dikenal pasti lokasi utama wanita tempatan, baik yang sudah bergelar isteri serta gadis bawah umur dibawa lari rakyat dua negara itu sejak beberapa tahun ini.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh, yang mengakui pihaknya menerima beberapa kes seumpamanya. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan
bilangan kes berkenaan.

“Kebanyakan wanita dibawa lari ke Indonesia membabitkan golongan bawah umur dan mereka ikut lelaki ke sana atas dasar cinta walaupun tahu ia salah dari segi undang-undang.

“Bagi kes wanita dibawa lari ke India pula, ia membabitkan isteri orang yang dibawa lari buruh dari negara itu,” katanya.

Namun bagi kes di India, ia adalah terasing dan kami kadang-kala tidak boleh mencampurinya kerana ia membabitkan hal dalaman keluarga,” katanya ketika ditemui sebelum merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tanjung.

Muhammad Khairun juga tidak menafikan kemungkinan kes wanita yang dibawa lari itu turut membabitkan negara asal kebanyakan buruh asing di sini seperti Vietnam, Bangladesh dan Myanmar.

“Negara terbabit adalah negara yang warganya bekerja di Malaysia sebagai buruh. Inilah harga sosial perlu kita bayar berikutan kemasukan pekerja asing ke Malaysia,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu memperketatkan kemasukan pekerja asing terutama mereka yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan bekerja di negara ini secara haram.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Khairun berkata, pihaknya menyambut baik kesediaan kerajaan untuk membantu penghuni Rumah Titian Kasih Titiwangsa, Kuala Lumpur yang berdepan kehilangan tempat tinggal.

“Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika melawat rumah itu menyatakan pihaknya mungkin menempatkan penghuni ke pusat jagaan milik kerajaan.

“Ini satu daripada cadangan kami dan Pemuda UMNO menyambut baik langkah positif itu bagi memastikan penghuninya dapat tinggal dengan lebih selesa,” katanya

'Cuti' lelaki miang rosakkan keluarga
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
2010/07/04

Aktiviti tak sihat warga tempatan di negara jiran undang peningkatan kes perceraian

MACHANG: Kecenderungan lelaki tempatan yang gemar berhibur secara terlampau di negara jiran terutama pada hujung minggu dikhuatiri menyumbang kepada keretakan institusi keluarga sekali gus meningkatkan risiko perceraian membabitkan pasangan di Malaysia.

Sambil menyuarakan kebimbangannya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘bala’ yang mengundang padah, termasuk keluarga berantakan.

Sehubungan itu, beliau menasihati golongan lelaki tempatan supaya mengutamakan keluarga sebelum terjebak dalam gejala tidak sihat sedemikian.

“Mereka sepatutnya memberikan sepenuh komitmen kepada keluarga masing-masing daripada mementingkan keseronokan semata-mata.

“Sudah pasti tindakan ini akan menyumbang kepada keretakan institusi keluarga. Ini adalah salah satu punca perpisahan serta perceraian... janganlah mencari bala.

“Kita memang tidak menggalakkan langsung budaya (berseronok di negara jiran secara melampau) ini menular.
“Jagalah keluarga yang ada di depan hidung ini. Sudahlah di depan hidung pun tak terjaga, yang nak pergi ke seberang ini buat apa?” katanya selepas merasmikan Persidangan Wanita UMNO Bahagian Machang 2010 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Machang, Datin Rahimah Mahamad.

Beliau mengulas laporan Berita Harian semalam mengenai pekan Golok, Narathiwat dan Danok, di Selatan Thailand serta Pulau Batam di Indonesia yang terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama lelaki untuk berhibur di hujung minggu.

Selain tukaran mata wang asing yang lebih murah, keseronokan itu turut dikaitkan dengan tarikan hiburan serta khidmat seks di sana.

Mereka sama ada pergi balik siang, bermalam atau pakej tiga hari dua malam, dengan alasan membeli-belah atau bermain golf, tetapi tujuan utama untuk menikmati pelbagai jenis hiburan seperti karaoke, urutan tradisional, spa serta keseronokan lain termasuk khidmat seks.

Lelaki tempatan juga, seperti diakui tukang urut wanita di sebuah hotel dekat Sungai Golok, digambarkan sebagai pelanggan yang diharapkan kerana tidak lokek memberi tip.



Rakyat kita langgan seks di sempadan kena selar


2010/07/04

KUALA LUMPUR: Kecenderungan rakyat Malaysia terutama lelaki berhibur termasuk mendapatkan khidmat seks di lokasi pelancongan murah dibidas pelbagai pihak yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak bertamadun, rendah moral dan cetek agama.

Tokoh agama, pakar motivasi dan ahli akademik berpendapat keghairahan rakyat tempatan mengunjungi beberapa lokasi tumpuan di sempadan untuk melakukan aktiviti terlarang hanya merugikan negara dari aspek pengaliran keluar keluar wang.

Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin), Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, kecenderungan warga tempatan terutama lelaki menggunakan alasan bercuti tetapi sebenarnya berfoya-foya dengan gadis sosial di pusat karaoke, rumah urut tradisional, spa dan keseronokan lain mencerminkan kepincangan akhlak dan peribadi.

“Golongan ini tidak gerun kepada balasan Tuhan. Mereka fikir selamat kerana tiada siapa mengenali mereka selain terlepas daripada hukum serta undang-undang Islam yang melarang berkhalwat.

“Namun, mereka silap kerana semakin dalam terjebak, semakin tidak tenang hati seterusnya membawa kepada pergaduhan suami isteri lalu mengakibatkan perpecahan keluarga,” katanya di sini, semalam.

Tengku Asmadi berkata, kebiasaan ‘makan luar’ turut menjejaskan hubungan intim pasangan berkahwin berikutan sikap suami suka membuat perbandingan serta merendah-rendahkan keupayaan isteri.

“Kebanyakan kes membabitkan golongan lelaki berkahwin berusia 30 tahun ke atas, mempunyai gaji lumayan namun gagal menyelami serta menghayati prinsip berumah tangga. Ternyata usia matang belum tentu menjamin perlakuan baik, munasabah serta berupaya menghindar seseorang itu dari terjebak dengan seks haram,” katanya.
Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan pelaku seks haram sebagai golongan tidak beriman dan enggan percaya pembalasan hari akhirat.

“Mereka tidak percaya Allah maha melihat dan cuba menafikan perbuatan keji itu dilaknat Tuhan. Hakikatnya, ini adalah amalan masyarakat jahiliah dan tidak sepatutnya berlaku dalam dunia bertamadun,” katanya.

Noh berkata, penganut ingkar terbabit bukan saja merosakkan nama baik dan
reputasi peribadi malah mewujudkan kepincangan institusi keluarga melalui pembohongan kepada isteri dan penyebaran penyakit maut seperti Aids dan HIV.

“Demi melepaskan diri dan mendapat apa yang dihajati, mereka sanggup berbohong kepada isteri serta anak-anak. Namun, apabila dijangkiti penyakit membawa maut seperti Aids dan HIV, kesengsaraan itu tidak ditanggung seorang tetapi isteri yang turut dijangkiti penyakit sama,” katanya.

“Ini hasilnya jika pendidikan agama sekadar diamal di luar kulit dan bukan meresap jauh ke dalam hati yang menebalkan iman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kawalan Penyakit Berjangkit Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, amalan seks bebas dan secara haram adalah penyumbang utama penyakit berjangkit seperti penyakit kelamin, Aids dan HIV.

Beliau berkata, penduduk Asia adalah golongan paling tinggi terdedah kepada risiko jangkitan penyakit berbahaya serta membawa maut akibat perlakuan seks bebas dan secara haram.

“Kebanyakan kes membabitkan mereka yang tidak mengamalkan seks selamat khasnya menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seks,” katanya




cerita diatas semua berkaitan zina...adakah ni diluar ilmu Allah...sudah tentu semua dalam ilmu Allah...Allah mengetahui segala perkara termasuk perkara yang belum berlaku...Sudah tentu hukum zina dalam Quran@Kalammullah tepat dan boleh diguna pelbagai zaman dan tempat...ni kita sibuk mencari pelbagai teori...kenapa tak mahu hukum Allah...laksanakan dulu..baru lihat kesan jangan fikir negatif dulu...Ini bermakna kita memandang hukum Allah negatif....dengan secara tak langsung memperlekeh dan menghina Allah swt...fikir2kan...adakah kita tak rosak iman dan Islam...

No comments:

Post a Comment