Terkejut tahu anak hamil
2010/07/03
Malah, ibu malang terbabit turut pergi ke rumah teman lelaki anaknya itu untuk berbincang dan meminta dia bertanggungjawab, namun lelaki berkenaan melarikan diri.
Bagaimanapun, polis berjaya menahan lelaki terbabit di rumahnya selepas ibu mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu.
Menurut sumber polis, ibu remaja berusia 15 tahun itu menyedari rahsia anaknya itu Sabtu lalu dan dia membuat pemeriksaan dengan menjalankan ujian kehamilan untuk memastikan status fizikal anaknya itu yang dilihat keadaan pelik.
“Remaja berkenaan mengaku dia mengandung hampir empat bulan dan menyatakan ia hasil hubungan seks dilakukan bersama teman lelakinya,” katanya.
Berikutan itu, ibu remaja berkenaan ke rumah teman lelaki anaknya dan meminta dia bertanggung jawab.
“Teman lelaki remaja terbabit langsung tidak mahu bertanggung jawab atas apa yang dilakukannya sebelum bertindak melarikan diri.
“Berikutan itu, ibu mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit selepas perbincangan secara baik yang cuba dilakukannya tidak dilayan teman lelaki anaknya itu,” katanya
Wanita mengaku
Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my
2010/07/03
iskandar@hmetro.com.my
2010/07/03
Ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, tertuduh, Rusmiyah, 22, hanya mengangguk kepala sebagai tanda faham dan membuat pengakuan bersalah atas tuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Rusmiyah didakwa dengan sengaja membuang bayinya di atas tong sampah depan sebuah rumah di No 705, Jalan Sri Pulai 46/3, Taman Sri Pulai 3, Sikamat, kira-kira jam 4 petang pada 29 Jun lalu.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Idora Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Marsilawati Mohamad Shah membenarkan wang ikat jamin ditawarkan pendakwaan iaitu RM5,000 dikurangkan kepada RM3,800 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan tarikh jatuh hukum pada 8 September depan.
Tertuduh yang memakai baju lokap oren dan berkain batik sebelum itu merayu pengurangan kos ikat jamin berkenaan kerana hanya berpendapatan kecil. Difahamkan, bayi malang yang masih berada di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) itu di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan akan dihantar ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras selama sebulan, sementara menunggu tindakan selanjutnya dilakukan.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kepiluan hati seorang pekerja syarikat kontraktor pemungut sampah melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup itu ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, di sini. Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diang.kat beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit sebelum dibawa ke HTJS untuk tindakan lanjut.
Sejurus kejadian, polis menahan seorang wanita warga asing berusia 20-an di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
Penahanan suspek hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah berdekatan lokasi bayi itu dibuang.
Belai isteri orang
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
2010/07/03
am@hmetro.com.my
2010/07/03
Difahamkan, lelaki terbabit yang masih bergelar suami orang berasal dari Alor Gajah dipercayai mula mengenali ibu kepada enam anak berkenaan selepas suami teman wanitanya itu meringkuk di dalam penjara sejak setahun lalu. Dalam serbuan kira-kira jam 11.40 malam itu, pengawal keselamatan berusia 39 tahun itu didapati berkurung di dalam sebuah rumah tanpa sebarang ikatan sah bersama seorang wanita berusia 28 tahun yang didakwa masih bergelar isteri orang.
Wanita itu yang mendakwa sudah bergelar ‘janda’ mempunyai enam anak berusia antara empat hingga 11 tahun mendakwa baru saja berpindah ke taman perumahan berkenaan selepas suaminya dipenjarakan sebelum mengenali teman lelakinya.
Pengerusi Rukun Tetangga Taman Bidara Permai, Mohd Zain Yunus, berkata pasangan terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan hubungan sebagai suami isteri ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai syarak yang melakukan serbuan.
Menurutnya, mereka juga dikatakan kerap dilihat bersama di taman perumahan itu, malah beberapa kali hampir dicekup penduduk, tetapi nasib sering menyebelahi pasangan berkenaan kerana sentiasa terlepas.
“Kami mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum seorang wanita muncul dan membuka pintu depan, tetapi dia menafikan ada lelaki di dalam rumahnya, namun selepas didesak berkali-kali akhirnya wanita terbabit mengaku terdapat seorang lelaki berada di dalam bilik tidurnya.
“Ketika masuk ke dalam rumah, kami mendapati tiga daripada enam anak wanita itu sedang tidur di ruang tamu rumah, dan kami perlu menunggu lelaki terbabit keluar dari bilik tidur wanita berkenaan 15 minit kemudiannya,” katanya.
Serbuan turut disertai dua anggota polis peronda serta lima anggota rukun tetangga taman itu dan pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Masjid Tanah untuk membuat laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (Jaim) untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, jurucakap Jaim berkata, pasangan terbabit boleh didakwa di bawah Seksyen (53) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Dalam pada itu, Pegawai Syarak Mukim Pengkalan Balak, Imam I Ibrahim Mohd Yusof, berkata pihaknya kesal dengan tindakan pasangan terbabit yang masih bergelar isteri dan suami orang apabila berkurung di dalam rumah tanpa mengambil kira perasaan jiran.
Tonto jaga ‘gadis geli’ tewas akhirnya
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/07/03
anbia@hmetro.com.my
2010/07/03
Malah pengintip upahan yang diberikan upah lumayan terbabit turut mempunyai senarai nombor pendaftaran kereta semua pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bagi membolehkan setiap pergerakan polis diekori.
Bagaimanapun, pusat karaoke yang didirikan di bangunan pawagam lama di Taman Ipoh, Perak, terbabit akhirnya berjaya dibongkar selepas sepasukan anggota polis dari D7 Bukit Aman diketuai Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Superintendan Maszely Minhad bersama 17 anggotanya dibantu D7 Perak menyerbu premis berkenaan malam kelmarin.
Dalam operasi kira-kira jam 11.15 malam itu, kebanyakan suspek tidak sempat melarikan diri kerana premis itu sudah dikepung manakala beberapa ‘jaga air’ yang berada luar premis sudah ditahan terlebih dahulu.
Maszely berkata, cubaan polis D7 Perak membongkarkan kegiatan haram di karaoke itu sebelum ini gagal kerana pergerakan mereka diawasi pengintip khas yang diupah pemilik pusat hiburan itu.
“Lebih mengejutkan apabila pengintip upahan itu berada di setiap sudut bangunan karaoke terbabit dan mempunyai senarai nombor pendaftaran kereta hampir semua pegawai dan anggota D7 negeri berkenaan.
“Selain itu, ‘jaga air’ terbabit turut dibekalkan dengan alat perhubungan ‘walkie talkie’ selain diarah menjadi pemerhati untuk mengesan kehadiran anggota polis,” katanya.
Menurutnya, maklumat dan kemudahan dimiliki itu membolehkan pengintip terbabit mengekori kenderaan pegawai dan anggota polis D7 IPK Perak dan memaklumkan pekerja pusat hiburan itu jika polis ingin membuat serbuan, “Bukan setakat mengupah ‘jaga air’, pemilik karaoke juga mengubah suai dan memasang siren amaran dalam bangunan karaoke itu selain kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan pelayan pelanggan (GRO) warga China yang bekerja melarikan diri jika ada serbuan,” katanya. Katanya, kegiatan itu berjaya ditumpaskan selepas polis memberkas seorang `jaga air’ berusia lingkungan 30-an dalam operasi itu. Katanya, suspek kemudian membawa polis masuk ke dalam pusat karaoke berkenaan sebelum menahan lima GRO warga China, 16 pekerja dan ‘jaga air’ termasuk tiga rakyat Bangladesh.
“Turut diberkas 44 pelanggan dan seorang lelaki dipercayai rakan kongsi kepada pemilik pusat hiburan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, serbuan terbabit menghadapi kesukaran apabila polis terpaksa melonggarkan dua pintu kebal bermagnet sebelum boleh masuk ke pusat karaoke itu.
“Sebaik pintu dibuka, GRO China terbabit bertempiaran melarikan diri ke arah tangga yang menuju ke bahagian bumbung dan tingkat bawah premis terbabit. Namun semua gadis itu berjaya diberkas,” katanya Menurutnya, siasatan mendapati wanita warga China berusia 20-an terbabit memasuki negara ini sebagai pelancong, namun menyalah gunakan dokumen perjalanan mereka apabila terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.
Bagi mengelak kegiatan haram itu dikesan, pemilik karaoke menggunakan sebuah lori kontena untuk menghantar wanita terbabit ke tempat kerja atau mana-mana lokasi yang dikehendaki pelanggan.
No comments:
Post a Comment