Wednesday, December 8, 2010

MENIPU..MELAKUKAN KEMUNGKARAN@MAKSIAT SUDAH MENJADI LUMRAH..TIADA UNDANG2 YANG MAMPU MENGATASINYA KECUALI UNDANG2 ALLAH...TAK CAYA TANYA MUFTI2 SERTA ILMUAN ISLAM....KITA HURU HARA DENGAN MAKSIAT...SEDANGKAN IRAN MEMBINA KEKUATAN TERSENDIRI....

NEGARA


Sein, Nana mangsa ketujuh badi cerai Sehati Berdansa


NANA dan Sien



SHAH ALAM – Glamor menari, rumah tangga tunggang terbalik. Bagaikan terkena badi, satu demi satu rumah tangga pasangan yang pernah menyertai program hiburan realiti, Sehati Berdansa berdepan krisis yang berakhir dengan perceraian.
Terbaru, pasangan juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Sein dan Nana merupakan pasangan ketujuh program realiti Sehati Berdansa yang bercerai setelah rumah tangga mereka dilanda badai.
Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak satu pada pukul 2.45 petang semalam selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Nana atau nama penuhnya Noor Diyana Muhammad, 26.
Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dalam penghakimannya memuji langkah yang dibuat oleh pasangan itu untuk menyelesaikan isu perceraian mereka secara baik.
“Setelah mendengar tuntutan, fakta kes dan keterangan kedua-dua pihak, mahkamah berterima kasih kepada kedua-duanya kerana mengikut peraturan sebagaimana apabila bernikah, begitu juga bila hendak bercerai,” katanya.



NEGARA


Kahwin lagi, beranak sebelum cerai


AZUAN menunjukkan gambar bekas isterinya, Hasli Azuwa di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR – Seorang kakitangan kerajaan di sini, Azuan Abu Bakar, 32, terkejut apabila mendapati isterinya yang baru disahkan bercerai dengannya oleh mahkamah semalam rupa-rupanya sudah berkahwin lain dan mendapat anak baru.
Dia yang berasal dari Taman Desa Ilmu dekat Pokok Sena memberitahu, perceraiannya dengan Hasli Azuwa Johari, 21, melalui cara tebus talak sebanyak RM35,000 baru diputuskan oleh Mahkamah Syariah Alor Setar semalam.
Azuan berkata, dia bernikah dengan Hasli Azuwa pada 19 Ogos 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Amri Helmi yang kini berusia dua tahun enam bulan.
“Tapi pada 11 Februari 2009, isteri saya telah bertindak keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan saya,” katanya di sini semalam.
Menurut Azuan, dia sebelum ini tidak pernah melafazkan cerai kepada Hasli Azuwa malah isterinya itu keluar dari rumah pun ketika dia tiada di rumah kerana bekerja.
“Sejak itu, dia tidak pulang ke rumah dan saya ada membuat laporan polis mengenai kehilangannya tetapi semalam saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lalu,” ujarnya.



NEGARA


Penangan e-mel wanita England


PENGGUNA Internet dinasihatkan agar lebih berhati-hati sekiranya mendapat e-mel yang mengajak mangsa untuk berkenalan bagi mengelak dari ditipu. - Gambar hiasan



KUALA TERENGGANU - Sikap miang seorang lelaki warga emas untuk berkenalan dengan seorang wanita England bernama Alice mengundang padah apabila dia bukan sahaja kempunan untuk menatap wajahnya malah kerugian RM2,500 apabila diperdaya satu sindiket Sabtu lalu.
Episod malang mangsa yang merupakan pesara guru tersebut bermula apabila dia menerima satu e-mel yang dihantar Alice pada 2 Disember lalu menyatakan hasratnya untuk berkenalan dengannya. Ketika itu mangsa berada di Bandar Jertih dekat sini.
Mangsa yang teruja terus membalas e-mel tersebut. Dua hari kemudian, Alice sekali lagi menghantar e-mel kepadanya menyatakan hasratnya untuk datang ke negara ini untuk bertemunya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam berkata, pada 6 Disember, mangsa menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Alice meminta lelaki itu supaya menghubunginya.
Katanya, sebaik dihubungi, wanita itu mendakwa dia telah ditahan oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa barangan berlebihan dan meminta bantuannya


NEGARA


Letupan khianat awal pagi


PENDUDUK melihat sebahagian daripada 17 buah motosikal yang rosak teruk akibat dibakar tiga lelaki di Kota Damansara semalam.



PETALING JAYA - Penghuni di Blok A Flat Kota Damansara di sini semalam gempar apabila mendapati sebanyak lima buah motosikal yang diletakkan di tingkat bawah kediaman itu hangus terbakar manakala 12 lagi rosak teruk disyaki menjadi mangsa perbuatan khianat tiga lelaki.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku pukul 5.10 pagi dan disedari oleh penghuni flat yang terdengar bunyi letupan. Kerugian dianggarkan bernilai RM60,000.
Katanya, sebelum kejadian, seorang penghuni memberitahu, dia ternampak tiga lelaki berjalan ke arah tempat meletak motosikal flat tersebut dalam keadaan yang mencurigakan.
Difahamkan, polis masih menyiasat sama ada kes itu melibatkan perbuatan khianat.
"Ketiga-tiga suspek kemudian dikatakan telah mencurah sesuatu ke arah motosikal di situ sebelum bertindak menyalakan api.
"Flat itu turut dikawal oleh pengawal keselamatan tetapi mereka mendakwa tidak menyedari ada orang terlibat membakar motosikal tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.
Jurucakap berkenaan menambah, polis masih memburu ketiga-tiga suspek yang telah dikenal pasti identitinya itu.



NEGARA


Orang ramai serbu balai polis


SEORANG anggota polis trafik memeriksa saman seorang pengguna di Unit Trafik, IPD Ipoh semalam.



IPOH – Sejak kadar diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) diumumkan pada 1 Disember lalu, Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini tidak menang tangan melayan pengguna yang ingin menjelaskan saman tersebut.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, setiap hari hampir 300 pengguna datang untuk berbuat demikian.
Ekoran itu, katanya, pihaknya berjaya mengutip bayaran saman sebanyak RM1 juta dalam tempoh berkenaan.
“Purata kutipan bayaran saman di Unit Trafik IPD Ipoh adalah RM35,000 sehari.
“Malah ada seorang pesalah saman trafik hadir untuk menjelaskan 50 keping saman sekali gus di sini beberapa hari lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau perjalanan pembayaran saman trafik oleh orang ramai di Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini semalam.
Azisman berkata, beliau percaya kesesakan unit trafik itu berkaitan dengan pengumuman tawaran kadar diskaun sehingga 50 peratus ke atas saman trafik PDRM baru-baru ini.



NEGARA


Liong Sik dapat dokumen rahsia


REAKSI Liong Sik ketika berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam dimaklumkan barisan pendakwaan akan membekalkan pihak pembelaan dengan dokumen-dokumen rahsia kerajaan berhubung kes penipuan RM1.08 bilion berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyediakan dokumen tersebut, sebagaimana diminta oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili bekas presiden MCA itu.
"Kami akan membekalkan lebih daripada 200 dokumen tersebut, yang sesetengahnya adalah rahsia," kata Abdul Gani yang memberitahu dokumen tersebut akan diserahkan bulan depan.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi kemudian menetapkan 3 hingga 20 Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan terhadap Liong Sik, 67. Beliau menghadapi pertuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek mega di Pelabuhan Klang.
Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).


NEGARA


Majikan cemburu punca dibunuh


PEMBANTU rumah warga Indonesia dibawa keluar setelah diperintah ditahan reman di Mahkamah Majistret Pasir Mas semalam.


PASIR MAS – Polis percaya perasaan cemburu majikan terhadap pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka sebelum mangsa dibunuh di rumahnya di Kampung Lubok Tapah di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mangsa, Yeap Seok Pen, 60, dipercayai mengesyaki pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Faridah, 21, mempunyai hubungan sulit dengan suaminya yang berusia 64 tahun.
“Walaupun suspek sebelum ini dilihat malas bekerja, tetapi suami mangsa tetap memberi layanan baik dan mangsa cemburu dengan sikap suaminya itu,” katanya di sini semalam.Kosmo! semalam melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh majikannya, seorang warga emas sebelum melarikan diri di Kampung Lubok Tapah.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang juga menghidap Parkinson dipercayai telah bertengkar mulut dengan pembantu rumahnya itu.
Tambahnya, suspek yang dipercayai tidak tahan dengan sikap mangsa lalu mengambil sebilah pisau dan menikam mangsa bertubi-tubi di muka



NEGARA


Lelaki tidak mengaku salah cederakan isteri ketika lakukan seks


TENGKU SHAIFUL NIZAM (kanan) tidak mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan isterinya di Mahkamah Majistret Melaka semalam.


MELAKA - Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan dua tahun lalu.
Tertuduh Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd. Jalal, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan ketika persetubuhan dengan isterinya yang berumur 29 tahun di sebuah rumah di Jalan Melaka 2/3 Taman Melaka Baru pada pukul 5 pagi, 3 Jun 2008.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 375 A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama lima tahun.



DUNIA


Tentera Iran bina bot laju 'berani mati'


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan bot Iran yang mengandungi bahan letupan.



TEHERAN - Tentera Laut Iran membina lebih 9,000 buah bot laju 'berani mati' yang dilengkapi bahan letupan untuk tujuan merempuh kapal-kapal musuh, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah bot laju itu yang sepanjang enam meter, berupaya membuat lubang berdiameter lebih tujuh meter apabila ia melanggar kapal perang musuh sekali gus menenggelamkannya.
Kira-kira 30,000 kapten 'kamikaze' telah dilatih untuk mengemudi bot-bot laju itu yang kini meronda perairan Teluk Parsi manakala pemerintah Iran merancang untuk membina sejumlah 15,000 bot tersebut.
Akhbar The Sun mendedahkan strategi perang kamikaze Iran itu didedahkan baru-baru ini oleh seorang bekas jurutera tentera Iran yang belot dan melarikan diri ke Britain.
"Mereka mahu saya membantu membina armada besar bot berani mati. Ia amat mengejutkan," katanya.
Iran mencetuskan kemarahan Barat kerana meneruskan program nuklearnya yang menurut pemerintah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik negara. - Agensi

No comments:

Post a Comment