Sunday, December 5, 2010

APABILA KEADILAN TAK DAPAT DITEGAKKAN...UNDANG2 ALLAH DIRAGUI....MENCURI ORANG TAK TAKUT...BERZINA TAK TAKUT...MENINGGALKAN SOLAT TAK TAKUT....AKHIRNYA KITA TELAH DIDIK ORANG ISLAM RAGU2 HUKUM ALLAH...DAN TAK TAKUT LAGI DENGAN ALLAH...SEGALA MAKSIAT SERTA KEMUNGKARAN DILANGGAR IKUT SUKA SAJA....

Gagal lolos diri

Oleh SALMAN HAMAT
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Siapa sangka seorang lelaki berusia 57 tahun yang masih segak dan memandu Toyota Camry sebenarnya kaki pecah rumah profesional yang memiliki 11 rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis.
Namun, lagak suci penjenayah tua kutuk ini menemui penghujungnya apabila dia ditangkap selepas dikejar selama setengah jam oleh lima kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Danga, dekat Taman Laguna, awal pagi semalam.

Terdahulu dalam kejadian jam 2.30 pagi, suspek dipercayai memecah masuk kediaman Ketua Biro Harian Metro, Ahmad Nazri Mohamad di Bandar Baru Uda dan melarikan barangan berharga sebelum disedari pemilik rumah yang mengekori kenderaan penjenayah terbabit.
Menurut Ahmad Nazri, dia yang asyik melayari Internet dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah dikejutkan dengan bunyi bising di tingkat bawah.

“Saya menjenguk melalui tingkap dan ternampak seorang lelaki membawa dua beg tangan warna hitam keluar dari kawasan pagar rumah dalam keadaan mencurigakan.

“Dia dilihat menuju ke kereta Toyota Camry berwarna gelap yang ditinggalkan berhampiran dengan tergesa-gesa

“Mengesyaki ada yang tidak kena, saya turun dan mendapati lampu ruang tamu terpasang dan pintu serta jeriji gelungsur ternganga.

“Saya mengekori dan mengesan kereta suspek dihentikan di Jalan Padi Malinja 2, Bandar Baru Uda dan melihat lelaki itu keluar dari kawasan sebuah rumah yang dipercayai cuba dipecah masuk,” katanya yang segera menghubungi polis dan memberi maklumat mengenai kenderaan suspek.
Suspek kemudian keluar dari rumah terbabit dan mangsa terus mengekorinya ke jalan utama hingga ke Jalan Pucung, Taman Perling, sebelum dihubungi pasukan polis peronda yang memberi maklum balas segera dan bertanyakan kedudukan penjenayah terbabit.

“Menyedari kehadiran kereta peronda polis (MPV), suspek memecut laju termasuk memandu secara berbahaya apabila melanggar lampu isyarat merah, melanggar kon pembinaan dan berpusing-pusing dalam kawasan taman perumahan,” katanya yang turut mengekori MPV dari jarak jauh.

Difahamkan, kenderaan suspek yang pecah tayar depan gagal dikawal sebelum terbabas ketika sampai di Jalan Sungai Danga.

Lelaki itu keluar dari kenderaan untuk meloloskan diri, namun berjaya ditahan polis


Internet tanpa kawalan binasa



KUALA LUMPUR: “Penggunaan Internet yang tidak dikawal oleh ibu bapa bakal membinasakan anak. Laman sosial kini memberi lebih banyak impak negatif kepada golongan remaja jika tidak dipantau,” kata Panel Sosial, Ahli Majlis Perunding Islam Malaysia, Dr Mastura Badzis.
Menurut Mastura, penularan pelbagai gejala kurang sihat menerusi Internet dan rangkaian televisyen turut menjadi faktor wujudnya golongan homoseksual seperti lesbian dan gay.

Malah, katanya, pendidikan awal untuk remaja menjadi agenda penting dalam mendidik peribadi golongan itu.
“Kebanyakan ibu bapa membenarkan anak mereka menggunakan Internet tanpa had dan kawalan. Selain itu, ramai tidak memantau rancangan televisyen ditonton mereka,” katanya.

“Sedikit sebanyak, ia menjadi faktor golongan remaja sering terpedaya dan kemudian terjerumus ke dalam masalah itu. Kemudian, bila mula menular ia sukar dibendung,” katanya.

Menurutnya, selain ibu bapa, peranan masyarakat penting dalam memastikan Internet tidak disalahguna.

Wujudnya pelbagai ‘kelab’ kurang sihat, antaranya kelab lesbian, menunjukkan masyarakat tidak memandang penting perkara itu.

“Semuanya perlu memainkan peranan. Jika diharap ibu bapa saja tetapi masyarakat hanya buat endah tidak endah, masalah sama pasti tidak akan selesai. Lagipun, banyak perkara boleh membuatkan remaja perempuan memilih ‘lesbian’ sebagai jalan penyelesaian.
“Ada juga yang ‘berpaling tadah’ daripada lumrah kehidupan dengan memilih kehidupan songsang seperti itu. Antaranya kecewa dengan lelaki, tidak mempercayai golongan itu dan terpengaruh dengan rakan.

“Walaupun ia bukan perkara baru dalam masyarakat kita, ia masih boleh dibendung. Cuma, caranya perlu sesuai. Jangan sesekali gunakan kekerasan, sebaliknya lebih menjurus kepada psikologi serta memahami masalah sebenar dialami mereka,” katanya



Gadis papar profil ghairah



GEMAR... dedah identiti di laman facebook.
GEMAR... dedah identiti di laman facebook.
KUALA LUMPUR: ‘Sweet’, ‘Less’, ‘Lessy’ dan ‘Noty’ antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.
Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat ‘galak’ mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.
Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan ‘sealiran’ serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.
Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia.

Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.




Harga minyak naik beban banyak aktiviti rakyat


KOTA BHARU – Kenaikan empat barangan kawalan termasuk minyak dan gula mulai semalam membebankan rakyat Kelantan kerana banyak aktiviti harian masyarakat terjejas akibat pengumuman mengejut kerajaan itu.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailah Mohd Yusof berkata, kenaikan barangan keperluan harian rakyat itu amat membebankan rakyat khususnya ketika sibuk membuat persiapan persekolahan anak-anak yang akan bermula tidak lama lagi.

“Saya kesal dengan kenaikan harga barangan itu yang berterusan sejak awal tahun ini dan ia membuktikan slogan Perdana Menteri perlu ditukar kepada “rakyat didahulukan untuk dibebankan”.

“Berapa kali kenaikan itu berlaku setahun sehinggakan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah terbeban akibat kesannya yang berterusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, untuk jangka masa panjang kenaikan harga itu dengan sendirinya menyebabkan harga makanan, pengangkutan awam, pakaian sekolah dan barangan keperluan lain meningkat seterusnya rakyat yang menjadi mangsa.

“Kini harga gula dinaikkan lagi 20 sen dan sudah tentu harga makanan akan naik juga. Kenaikan harga petrol lagi teruk kesannya kepada bebanan rakyat tambahan pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin lembap,” kata Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan itu


Urut guna mulut


PETALING JAYA – Mengejutkan apabila sebuah pusat urut di Sungai Buloh dikesan menawarkan pakej oral seks kepada pelanggannya.

Pakej urutan menggunakan mulut istimewa hanya ditawarkan kepada pelanggan setianya dengan bayaran serendah RM80 hingga RM100 sahaja.

Perkara itu terbongkar dalam Ops Noda & Dadu Cawangan Kongsi gelap perjudian dan maksiat D7 Iibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, kelmarin.

Ketua Operasi, Asisten Supritendan Mohd Nazri Daud berkata, dalam serbuan di dua buah premis di Sungai Buloh dan Sungai Way, pihaknya berjaya menahan seorang wanita tempatan dan 12 wanita warga Thailand dan China berusia lingkungan 30-an.

”Kita turut menahan dua lelaki warga asing yang turut bekerja sebagai tukang urut dan pemeriksaan mendapati ke semua mereka masuk ke negara ini sebagai pelancong,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan lain, sebanyak 49 set komputer dirampas di dua pusat kafe siber judi di Sea Park dan Kelana Jaya.

Dua lelaki tempatan yang menjadi penjaga pusat siber judi terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan diambil dibawa Sekysen 39 b peraturan-peraturan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Tindakan diambil di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya



Siswi bergetah kena cekup


GEORGETOWN - Dua wanita warga China yang kononnya masih menunggu visa pelajarnya dikeluarkan pihak berkuasa dan seorang wanita Vietnam yang pasportnya dirampas oleh mahkamah kerana sedang menunggu perbicaraan kes antara 42 pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam Ops Noda di sini, semalam.

Operasi itu yang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyerbu sebuah pusat hiburan, G-Planet di sini kira-kira jam 10.45 malam.

Diketuai Asisten Superintendan Khairi Anuar Rosli, pasukan itu berjaya menahan 35 wanita warga China, lima Vietnam, dan masing-masing seorang dari Thailand dan Indonesia.

Turut ditahan, pengurus pusat hiburan itu yang berusia 38 tahun, 15 pekerja dan 45 pelanggan untuk siasatan dan pemeriksaan air kencing.

Khairi Anuar berkata, ketika serbuan, kesemua wanita itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun usaha mereka gagal kerana permis itu telah dikepung anggota polis.

Menurutnya, Pemeriksaan ke atas pusat hiburan itu mendapati permis berkenaan dilengkapi lampu isyarat amaran di setiap bilik bagi memudahkan GRO melarikan diri jika diserbu pihak berkuasa.

“Sebaik polis berjaya memasuki pusat hiburan itu, mereka masih mahu lari malah ada yang tanggalkan kasut tumit tinggi untuk memudahkan mereka lolos. Namun usia mereka sia-sia kerana anggota kita sudah siap menunggu di luar,” katanya.

Menurutnya, daripada pemeriksaan, 27 didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, enam menggunakan permit berkahwin dengan lelaki tempatan, seorang menggunakan visa pelajar kolej,seorang menggunakan visa sebagai pekerja restoran, seorang pasportnya dirampas oleh mahkamah dan enam lagi tiada pasport,”katanya ketika ditemui selepas selesai operasi itu.

Khairi Anuar berkata, dua daripada enam wanita yang tidak mempunyai pasport itu memberi alasan sedang menunggu visa pelajar dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen sementara empat lagi gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri.

Menurutnya, pemeriksaan air kencing mendapati enam positif dadah. Pelanggan dan pekerja pusat itu bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan mereka diambil manakala kesemua GRO dan pengurus pusat hiburan itu dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit yang jika sabit kesalahan boleh dihukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kita juga akan menyiasat pemilik premis berkenaan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit,”katanya.



Penyamun tidak serik


MUAR - Seorang penyamun yang baru dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara selama dua bulan kerana melakukan jenayah pecah rumah tidak pernah serik dengan hukuman diterimanya apabila dia mengulangi kegiatan tersebut.

Bagaikan kemaruk dengan kegiatan mencuri, lelaki berusia 23 tahun itu bersekongkol dengan seorang lagi rakannya selama enam bulan untuk mendalangi lebih 10 jenayah yang sama sejak dari tempoh dia dibebaskan.

Namun, kelicikan suspek dalam menjalankan semua kegiatan tersebut terbongkar apabila sepasukan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu 17, Air Hitam dekat Bakri di sini pada 30 November, lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 6 pagi itu, kedua-dua suspek turut ditahan dalam keadaan berkhayal selepas dipercayai menggunakan dadah jenis heroin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan, berkata kedua-dua suspek yang ditahan masing-masing berusia 29 dan 23 tahun.

“Dalam serbuan ini, polis berjaya merampas sejumlah barangan yang dipercayai dicuri iaitu sebuah motosikal, tiga televisyen, dua pemain cakera video, sebuah radio dan sebuah mesin meracun hidraulik.

“Suspek turut membawa polis ke sebuah lagi rumah dan berjaya menemui barangan curi lain termasuk kamera digital, gelang tangan emas, rantai perak, komputer riba dan telefon bimbit,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Choon Guan berkata, dengan penahanan kedua-dua suspek, pihaknya berjaya menyelesaikan lebih 10 kes pecah rumah yang berlaku sejak enam bulan lalu di sekitar Bakri dan Sungai Balang.

Kesemua barangan yang dirampas ini dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 4 Disember lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dan pecah rumah,” katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara maksimum sehingga 14 tahun.



Hasrat keluarga mangsa bunuh


JOHOR BAHRU – Keluarga wanita mengandung yang ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai dilakukan suaminya sendiri meminta supaya polis menyiasat kes tersebut secara menyeluruh.

Bapa mangsa, Hamzah Mohd, 51, berkata, dia bersedia untuk menghantar sepucuk surat kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman, Kuala Lumpur, sekiranya siasatan sedia ada tidak dapat menegakkan keadilan terhadap anak perempuannya.

“Bukti sudah dapat dan kes ini adalah berat sekali gus memerlukan siasatan terperinci untuk mendakwa lelaki terbabit kerana ternyata dia mempunyai niat membunuh.

“Saya berharap kes ini dapat disiasat seadilnya dan tidak melepaskan penjenayah hidup bebas begitu sahaja tanpa dikenakan sebarang hukuman setimpal,” katanya kepada Sinar Harian di Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor, di sini, kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Hamzah bersama isterinya, Maimon Hamid, 49, dijemput hadir ke pejabat Perkeso Johor untuk menerima cek Faedah Pengurusan Jenazah berjumlah RM750 setiap seorang.

Hamzah berkata, dia amat berharap Perkeso Johor tidak melakukan pembayaran Pencen Penakat yang akan diterima oleh bekas suami mangsa berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

“Kami (keluarga) yang kehilangan nyawa anak tidak meraih sebarang faedah, tetapi bekas suami pula menerima sejumlah wang pencen selepas melakukan membunuh.

“Menjadi harapan saya sekeluarga supaya bekas suami anak perempuan tidak meraih bayaran pencen secara bulanan.

“Tidak mengapa bekas suami menerima bayaran pencen bulanan ini sekiranya anak perempuan saya meninggal dunia kerana sakit atau sebab lain, tetapi dia dibunuh kejam oleh lelaki terbabit,” katanya.

Selain itu, katanya, dia sekeluarga bersyukur di atas keprihatinan Perkeso Johor yang bertindak menguruskan faedah caruman anak perempuannya dan memberikan cek pengurusan jenazah.

Pengarah Perkeso Johor, Che Hamid Che Ahmad berkata, pihaknya mengucapkan takziah di atas pemergian mangsa dan usaha dilakukan oleh itu berdasarkan arahan daripada ibu pejabat sejurus akhbar tempatan melaporkan berita berhubung kes tersebut.

“Selepas membuat siasatan terperinci mendapati mangsa mempunyai bilangan caruman yang dibuat sebanyak 24 bulan dalam tempoh 40 bulan sebelum kematian seperti termaktub dalam akta.

“Justeru, kami menyampaikan cek pengurusan jenazah kepada keluarga mangsa pada hari ini (kelmarin) seterusnya akan menguruskan pembayaran Pencen Penakat mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Perkeso Johor juga akan meneliti permohonan bapa mangsa supaya bayaran Pencen Penakat tidak dibayar kepada bekas suami berikutan kes ini sedang di bawah siasatan polis dan segalanya bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Berdasarkan akta yang sudah termaktub, sekiranya orang berinsurans meninggal dunia di luar waktu kerjanya, balu atau duda mereka akan menerima Pencen Penakat.

“Bagi kes ini, Perkeso Johor akan melakukan penelitian dan siasatan terlebih dahulu berhubung kelayakan terima Pencen Penakat kepada bekas suami kerana terdapat bantahan daripada keluarga mangsa,” katanya.

Terdahulu, media massa tempatan melaporkan kematian seorang wanita mengandung yang ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri pada 22 November lalu.

Mangsa, 26, ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah.

No comments:

Post a Comment