Saturday, December 4, 2010

BILA AGAMA KITA ABAIKAN SEJAK KECIL...UMUR 7 TAHUN SEPATUT TELAH KITA AJAR ASAS ISLAM DAN MEMBUATNYA....DAN UMUR 10 TAHUN BOLEH MEMUKULNYA SEBAGAI PERINGTAAN SERTA PENEKANAN....AGAR MEREKA TAHU ASAS AGAMA INI WAJIB DITUNAIKAN APABILA BALIGH KELAK...

Bunyi dentuman belakang treler

Oleh MOHD NUR ASNAWI dan ISKANDAR SHAH MOHAMAD
metahad@hmetro.com.my

TERKEJUT... mereka yang  dipanggil untuk membuat pengecaman di HTJS, semalam.
TERKEJUT... mereka yang dipanggil untuk membuat pengecaman di HTJS, semalam.
REMBAU: “Saya cuba buka pintu kereta untuk mengeluarkan mangsa tetapi gagal berikutan asap tebal,” kata pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut menyebabkan tiga mangsa rentung di Kilometer 241 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), dekat sini, semalam.
Menurut lelaki berusia 40-an yang dikenali sebagai Pie itu, selepas beberapa kali cuba membuka pintu kereta namun gagal, dia terpaksa melarikan diri kerana ia mulai terbakar.

Menceritakan kejadian itu, Pie berkata, ketika kejadian dia yang berada di lorong ketiga memandu menghala ke utara dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di belakang kenderaan dipandunya.
“Saya kemudian berhenti di tepi lebuh raya untuk melakukan pemeriksaan kerana menyangka tayar treler meletup.

“Bagaimanapun, saya terkejut melihat sebuah Perodua Myvi melekat di belakang treler,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, tiga mangsa di dalam kereta berkenaan rentung selepas Perodua Myvi dinaiki merempuh belakang treler membawa muatan jengkaut itu.

Setakat jam 5 petang semalam, identiti mangsa belum dikenal pasti.

Menurut Pie, melihat keadaan itu, dia cuba membantu mangsa namun gagal berikutan asap tebal sebelum tiga mangsa di dalam kenderaan berkenaan rentung.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.15 pagi dan sepasukan anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Berdasarkan siasatan awal polis, Perodua Myvi dinaiki tiga orang itu dalam perjalanan ke utara merempuh belakang treler yang bergerak ke arah sama.

“Rempuhan itu menyebabkan kereta terbakar dan tiga mangsa rentung. Pemandu treler yang terdengar dentuman kuat berhenti kira-kira 300 meter kemudian untuk tujuan pemeriksaan sebelum menyedari kereta merempuh belakang trelernya.

“Pemandu lori membuat laporan tidak lama kemudian dan diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil bagi membantu siasatan.

Metro Ahad difahamkan, sebuah keluarga dari Rumbia, Melaka datang ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar (HTJS) Seremban untuk membuat pengecaman mayat petang semalam.


Tiga penculik tumpas

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

TANGKAP... dua daripada tiga suspek ditahan reman dengan kes culik di Rawang.
TANGKAP... dua daripada tiga suspek ditahan reman dengan kes culik di Rawang.
RAWANG: Impian tiga penculik untuk bersenang lenang dengan wang tebusan bernilai RM30,000 tidak kesampaian apabila mereka ditumpaskan dalam serbuan Ops Scorpion, dekat sini, awal pagi semalam.
Rancangan mereka membebaskan mangsa culik iaitu seorang penuntut kolej swasta bagi mendapat wang tebusan terbabit memakan diri sendiri apabila tindak tanduk mereka dikesan polis.

Penuntut berusia 22 tahun itu diculik di depan rumahnya di Selayang Baru kira-kira jam 5.45 pagi pada 1 Disember lalu ketika menunggu rakan untuk ke kolej di Petaling Jaya. Dia dilarikan dua lelaki menaiki kereta.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, usaha menangkap penculik dibuat selepas keluarga penuntut perempuan itu menyerahkan wang tebusan di kawasan Bukit Bintang, jam 2.45 petang semalam.

“Keluarga menyedari kehilangannya apabila suspek menghubungi mereka beberapa jam selepas kejadian untuk meminta wang tebusan RM30,000,” katanya, semalam.

Beliau berkata, keluarga mangsa yang bimbangkan keselamatannya segera membuat laporan polis pada hari sama.

“Polis merancang dengan keluarga mangsa untuk menetapkan tempat dan waktu untuk menyerahkan wang,” katanya.

Selepas keluarga menyerah wang tebusan dan mangsa dibebaskan, pasukan pantau polis dalam operasi berkenaan mengekori tiga suspek dengan seorang lelaki menunggang motosikal manakala dua lagi suspek, termasuk seorang wanita, menaiki kereta Toyota Avanza.
Polis mengekori penculik terbabit hingga kira-kira jam 3.05 pagi sebelum suspek panik melihat polis.

Ini mengakibatkan kereta dipandu suspek terbalik pada jarak kira-kira 500 meter berdekatan Tesco Rawang.

Dua suspek ditahan manakala suspek yang menunggang motosikal ditahan berhampiran lampu isyarat di tempat kejadian.

Abdul Rahim mengesahkan suspek berumur lingkungan 20-an dengan seorang bekerja di kilang, pejabat peguam serta penganggur.

Mereka ditahan reman bermula semalam untuk membantu siasatan polis.

“Kami masih menyiasat motif penculikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1996, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup,” katanya.


Cari kepuasan diri

Oleh ISMA ISMAIL dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my

Shira
Shira
KUALA LUMPUR: Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook.
Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.

Hakikat ini diakui oleh Ling, 23, dan Shira, 25, yang turut menyertai pelbagai ‘kelab’ lesbian di alam siber itu.
Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.

“Hanya wanita memahami perasaan wanita lain. Sebab itu saya menyertai kelab seperti ini kerana beberapa kali kecewa dipermainkan lelaki. Kebanyakan lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.

“Bila bercinta dan menjalin hubungan dengan golongan sejenis, saya rasa dihargai. Malah, golongan lesbian lebih baik daripada lelaki dan lebih memahami jiwa dan kemahuan sesama sendiri


“Ada juga beberapa rakan saya sering bertukar-tukar pasangan selepas mengenali wanita lain di Facebook. Namun, ia tidak seperti bertukar-tukar pasangan dengan lelaki. Mereka tidak dipermainkan dengan sesuka hati seperti berkawan dengan lelaki yang hanya mahukan seks semata-mata.

“Paling tidak, golongan lesbian hanya melakukan seks ‘ringan’ sesama sendiri. Malah, masing-masing tahu cara untuk kepuasan sendiri dan bagaimana mahu memenuhinya,” katanya yang ditemui Metro Ahad.
Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.

“Bagi saya, tidak perlu menjalin hubungan hingga ke bilik tidur. Cukup sekadar berkawan dan berkongsi perasaan kasih. Lagipun, golongan ini bersifat terbuka dan lebih baik daripada lelaki. Mereka tidak berkira jika saya memerlukan pertolongan.

“Ia juga sama seperti kelab lain yang ditubuhkan pelbagai individu. Selain menambah kenalan, Ia bertujuan mengeratkan hubungan sesama kami menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan. Bezanya, ia hanya dihadiri golongan wanita,” katanya.

Bagi Shira pula, kelab lesbian seperti yang diwujudk di Facebook bukan bertujuan mengadakan aktiviti negatif saja.

Sebagai contoh, kebanyakan wanita lesbian tidak bercampur dengan golongan lain, justeru kelab itu memastikan mereka tidak tersisih.

“Kadangkala, orang ramai yang tahu kami lesbian akan memandang dengan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak, ia membuatkan kami tersisih.

“Jadi, kewujudan kelab seperti ini mampu membuatkan kami berasa dihargai dan mendapat perhatian individu lain. Walaupun kami tidak ambil pusing pandangan orang, dalam diam ia masih memberi impak terhadap diri sendiri,” katanya.

Menurutnya, saluran Facebook banyak membantunya mencari kenalan yang ‘sealiran’ dan membuatkannya lebih mudah menambah rakan yang sama minat sepertinya.

Katanya, meskipun ada cara mudah untuk menambah kenalan yang mempunyai minat kepada golongan sejenis seperti itu, terserah kepada seseorang individu itu untuk menentukan sejauh mana hubungan mereka iaitu hingga melakukan hubungan seks atau sekadar berkongsi minat.

“Saya akui ada yang terlanjur selepas terpengaruh mengenai ‘kelab’ yang ada, malah saya juga hampir terjebak untuk menjalin hubungan istimewa dengan rakan lesbian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menyedari kesan negatifnya.

“Namun, hingga kini minat dan keghairahan saya kepada golongan sejenis tidak pernah padam walaupun ada lelaki cuba mendekati saya.

“Akhirnya, saya terpaksa menolak kerana kini saya tidak mempunyai sebarang perasaan kepada golongan itu,” katanya'

No comments:

Post a Comment