Thursday, December 2, 2010

PENIPUAN MEMANG ADA...JIKA TAK MENGIRA HALAL HARAM...DAN MUNGKIN SIJIL DIBELI DAN BUKA KLINIK....NASIBLAH SAPE YANG TERKENA....YANG DATANG PULA BUAT MAKSIAT...YANG TERTIMPA MUSIBAH IALAH NEGARA MALAYSIA...

3 tahun berlagak doktor pakar

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my

KLANG: Dia pernah menyambut sembilan kelahiran selain merawat ratusan pesakit, namun penyamaran seorang doktor palsu sejak tiga tahun lalu berakhir apabila dia ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, pada 22 November lalu.
Doktor palsu itu ditahan jam 11.30 pagi di sebuah klinik di Klang Utara, di sini, ketika merawat seorang pesakit yang hendak bersalin di Klang Utara, di sini.

Malah, bagi mengelak kegiatan liciknya dikesan, lelaki berusia 41 tahun berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan itu berpindah-randah serta bekerja sebagai pakar perubatan di beberapa klinik sekitar Lembah Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, berkata temberang doktor palsu itu terbongkar apabila seorang remaja berusia 18 tahun yang bekerja di klinik itu membuat laporan pada 11 November lalu mengadu dicabul suspek.

Katanya, sejurus menerima aduan itu, polis dari IPK Klang Utara mengesan suspek, tetapi dia bercuti di kampung.

“Sejurus pulang daripada cuti, kami mengesannya di sebuah klinik sebelum menahannya untuk siasatan berhubung kes cabul

“Bagaimanapun, siasatan lanjut ke atas suspek mendapati dia doktor palsu dengan membuat dakwaan kononnya menerima pendidikan daripada sebuah pusat perubatan di Turki,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Suspek yang juga bekas tentera pernah menyamar doktor dan bekerja di klinik di Rawang, Batang Berjuntai dan terbaru, Klang Utara.
Mohamad Shukor berkata, pemeriksaan latar belakang lelaki terbabit mendapati dia lulusan diploma pembantu perubatan dari sebuah kolej di Seremban sebelum diterima masuk dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, suspek berhenti kerja pada 2006 ketika bertugas di Melaka dan sejak itu menyamar doktor dan bekerja di beberapa klinik.

“Suspek beristeri dan mempunyai sembilan anak kini direman,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, Mohamad Shukor berterima kasih kepada orang awam yang menahan dua peragut di Bandar Baru Klang, pada 9 November lalu.

Katanya, dengan tertangkapnya dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun itu, pihaknya dapat menyelesaikan 13 kes ragut dan samun di sekitar Bandar Baru Klang, Meru dan Bukit Raja, di sini. “Seorang ditahan ketika cuba meragut seorang wanita, manakala rakannya melarikan diri.

“Dia bagaimanapun ditahan pada 14 November di daerah ini,” katanya



Guru diaib lapor polis



IPOH: Berang selepas akaun laman sosial Facebook miliknya diceroboh, seorang guru tampil membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam bagi membolehkan satu siasatan dibuat untuk mengesan penceroboh terbabit.
Lebih mengaibkan, penceroboh menggunakan akaun laman sosial guru berkenaan dan memaparkan komen di laman peribadi guru itu termasuk membuat pengakuan pernah meraba punggung pelajar lelaki dan perempuan selain fitnah lain yang mencemar maruahnya.

Isnin lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina memaparkan komen yang terdapat pada Facebook guru berkenaan serta mendapatkan kenyataan guru berkenaan mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, guru berkenaan, Lim Beng Lee, 42, yang mengajar di Sekolah Menengah Poi Lam (Suwa) menafikan perkara itu dengan mendakwa akaun Facebooknya diceroboh dan penceroboh turut memalukannya dengan memaparkan komen berunsur fitnah.

Menurutnya, dia kesal dengan laporan akhbar berbahasa Cina berkenaan kerana mendakwa dia mengakui terbabit dalam semua fitnah dipaparkan dalam laman peribadi itu hingga mencemarkan maruahnya termasuk pihak pentadbiran sekolahnya.

Katanya, pada mulanya dia marah dengan paparan berita itu kerana tersebar ke seluruh negara, namun akhbar berkenaan sudah memperbetulkan kesilapan itu Selasa lalu

“Saya menyedari akaun Facebook diceroboh pada 28 November lalu selepas gagal memasukinya kerana penceroboh menukar kata laluan. Sebaik gagal, saya memasuki satu lagi akaun Facebook saya bagi melihat akaun yang diceroboh itu dan terkejut melihat komen fitnah dipaparkan.

“Saya mengakui tersilap kerana membiarkan akaun berkenaan tanpa mendaftar keluar terlebih dulu menyebabkan penceroboh memasukinya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Pengetua Suwa, Leon Ping Chow, 54, berkata, gara-gara fitnah membabitkan gurunya itu, imej sekolah berkenaan tercalar, malah ada sebahagian ibu bapa pelajar yang mahu menukarkan anak mereka ke sekolah lain kerana bimbang fitnah terbabit.

“Ketika ini, kami tetap menyokong Beng Lee bagi menghadapi fitnah yang tersebar itu dan mengembalikan keyakinannya,” katanya.

Semalam, hampir 30 orang termasuk pelajar dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa pelajar hadir pada majlis pertemuan khas bagi menjelaskan kekeliruan dan fitnah itu selain memberi sokongan kepada guru berkenaan


'Tiga lawan satu'

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila sepasukan penguat kuasa yang melakukan operasi memburu pendatang asing tanpa izin berjaya membongkar kegiatan pesta seks membabitkan tiga lelaki dan seorang gadis Myanmar sebagai pemuas nafsu secara beramai-ramai.
Dalam operasi jam 12.30 tengah malam semalam, tiga lelaki warga asing terbabit sedang mabuk sambil bergilir-gilir memuaskan nafsu dengan gadis berusia 20-an berkenaan di sebuah pangsapuri di Bukit Bintang di sini.

Ketika diserbu, pasangan terbabit yang berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menyedari rumah terbabit diserbu menyebabkan mereka leka meneruskan aktiviti tidak bermoral berkenaan tanpa rasa malu.
Pihak berkuasa kemudian mengarahkan semua pasangan terbabit bangkit dan menutup tubuh masing-masing yang dalam keadaan bogel.

Dalam operasi disertai 100 anggota Rela, 30 anggota imigresen, 14 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM3) itu sebuah pangsapuri di Bukit Bintang di sini, diserbu lewat malam semalam selepas kawasan terbabit didapati menjadi sarang penempatan pekerja asing tanpa dokumen.

Sumber imigresen berkata, berdasarkan maklumat, kawasan pangsapuri terbabit dijadikan lokasi penempatan ratusan warga asing yang menyewa rumah sebelum mendiaminya beramai-ramai mencecah hampir 15 orang bagi setiap unit kediaman

“Dalam serbuan mengejut berkenaan, kebanyakan penghuni yang nyenyak tidur langsung tidak menyedari kawasan pangsapuri terbabit dikepung pihak berkuasa. Namun sebaik beberapa rumah diserbu, ada antara penghuni di tingkat atas cuba melarikan diri.

“Agak mengejutkan apabila ada antara pendatang asing terbabit sanggup memanjat sehingga ke atas bumbung pangsapuri bagi mengelak diberkas,” katanya.
Menurutnya, anggota penguat kuasa mengesan kira-kira 30 pendatang asing yang sanggup bergadai nyawa dengan berdiri di atas bumbung kediaman berkenaan.

“Lebih mengejutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun turut berada berada di atas bumbung berkenaan dipercayai dibawa bapanya untuk bersembunyi.

“Pada masa sama, beberapa unit kediaman terpaksa dipecahkan pintu hadapan berikutan penghuninya enggan memberi kerjasama sewaktu diarah untuk diperiksa. Sebaik pintu kediaman diumpil, kebanyakan pendatang asing ini didapati cuba bersembunyi di dalam almari, di atas siling termasuk ada antaranya cuba memanjat keluar melalui balkoni,” katanya


Juruteknik ugut bunuh, sebar gambar bogel kekasih

AMPANG: Tertekan selepas teman wanitanya mahu memutuskan hubungan cinta, seorang lelaki sanggup mengugut membunuh dan menyebarkan gambar separuh bogel mangsa.
Padahnya, lelaki berusia lingkungan 20-an dan bekerja sebagai juruteknik itu ditahan polis selepas teman wanitanya membuat laporan kerana tidak tahan diugut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar teman lelakinya, Isnin lalu.

Menurut sumber polis, mangsa yang berusia 20 tahun itu pada mulanya menyatakan hasrat mahu memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu kerana tidak tahan perangainya yang dikatakan suka mengongkong.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa itu dan dia kemudian menghantar SMS mahu membunuh teman wanitanya itu jika masih berdegil dan tetap mahu berpisah,” katanya

No comments:

Post a Comment