Perut terburai
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Mayat Azmol Hussain berusia 30-an ditemui dalam hutan bersebelahan sungai oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin daripada orang awam yang menyaksikan kejadian bunuh itu.
“Saksi mendakwa melihat seorang lelaki berlari sambil memegang perutnya. Saksi yang pelik melihat mangsa berlari mendapati dia dikejar sekumpulan empat lelaki yang menunggang tiga motosikal.
“Mungkin kerana takut, mangsa terjun dari jambatan kira-kira 100 meter berhampiran sungai itu. Saksi menghubungi polis sebelum sepasukan penyelamat dihantar ke tempat kejadian,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini, semalam.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, polis mendapati tompokan darah pada permukaan jalan sebelum pasukan menyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat
Difahamkan, mangsa yang mempunyai pasport dan permit kerja sah bekerja di sebuah kilang di Shah Alam.
“Akibat hujan lebat, operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 11 malam dan disambung semula jam 8 pagi tadi (semalam).
“Kira-kira jam 11 pagi, sepasukan polis menemui mayat mangsa dalam kawasan hutan kira-kira 100 meter dari tempat mangsa terjun,” katanya.
Sakaruddin berkata, berdasarkan siasatan mendapati mangsa masuk ke dalam hutan itu kerana mahu melarikan diri daripada suspek, namun maut kerana mengalami pendarahan serius.
Mangsa cedera di perut dengan kesan torehan pada sebelah kiri sehingga menyebabkan perutnya terburai. “Tiada unsur samun kerana dompet mangsa masih bersamanya. Berdasarkan penemuan permit kerja mangsa, polis menemui majikan, namun mangsa sudah dua tahun berhenti kerja dan bekerja di tempat lain,” katanya.
Polis tidak menolak kemungkinan dendam menjadi motif mangsa ditikam, namun siasatan lanjut masih dalam siasatan.
Menurutnya, saksi kejadian gagal mengenal pasti suspek ekoran tiada nombor plat pada motosikal ditunggang mereka ketika kejadian.
Sehingga kini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ahli perniagaan, anak ditikam
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, anak bongsu ahli perniagaan terbabit berusia 22 tahun yang berada di ruang tamu bersama bapanya itu turut ditikam di kepala.
Difahamkan, ketika kejadian dua lelaki berusia 20-an menyelinap masuk ke rumah banglo itu untuk mencuri barang kemas, namun kecewa apabila diberitahu tiada barang bernilai itu. Anak kedua mangsa, Parul Girisha Kumar, 28, yang terselamat berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik sebelum mendengar pertengkaran di ruang tamu. “Saya ke ruang tamu dan terkejut apabila mendapati bapa dan adik terbaring berlumuran darah akibat ditikam bertubi-tubi di kepala,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Parul berkata, sejurus mengambil barang berkenaan, kedua-dua perompak terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah Proton Wira berwarna kelabu. Menurutnya, kejadian itu disaksikan jirannya yang melihat kelibat dua lelaki berlari keluar dan menaiki sebuah kereta selain kelihatan dua lagi suspek di dalam kereta terbabit. “Jiran saya membawa bapa dan adik ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan, manakala saya menghubungi polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kes itu dan usaha memburu keempat-empat suspek giat dijalankan
Ayah tergantung di alang pintu
Kejadian jam 4.30 petang itu disedari dua anak mangsa yang berusia 6 dan 11 tahun selepas menemui bapa mereka tergantung pada satu alang pintu bilik di rumah mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Difahamkan, mangsa yang berusia 36 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori dipercayai melakukan perbuatan terbabit dengan mengambil kain langsir dan menggantungnya pada alang pintu berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata sebaik melihat bapa mereka tergantung, dua beradik terbabit menjerit sekuat hati kerana terkejut sebelum memaklumkan kepada abang sulung mereka berusia 15 tahun yang pulang ke rumah.
Menurutnya, remaja itu meminta bantuan jiran terdekat untuk menghubungi Balai Polis Karak, dekat sini, sebelum mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Bentong (HB)
Ditoreh penarik kereta
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Norlieza Mohd Isa, 24, cedera di lengan kiri akibat ditoreh dengan pisau serta cedera di beberapa bahagian badan akibat dipukul kumpulan lelaki terbabit.
Menceritakan semula kejadian itu, Norlieza berkata, ketika kejadian dia berseorangan di rumah sewanya manakala rakannya keluar sebelum melihat dua kereta dinaiki enam lelaki berhenti di depan rumah.
“Empat daripada mereka kemudian bertindak membuka pintu pagar yang tidak berkunci sebelum menceroboh ke kawasan rumah serta membuka pintu kereta Proton Wiranya dengan mengumpil menggunakan peralatan tajam.
“Saya cuba menghalang mereka daripada merosakkan kereta sebelum seorang meminta kunci kereta. “Saya enggan memberinya kerana mereka tidak menunjukkan notis penarikan kereta daripada bank,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit turut bertindak kurang ajar apabila menyatakan mahu merampas kereta itu untuk kegunaan mereka dan mahu menjual peralatan kereta itu bagi mendapatkan wang. Malah, mereka turut mencabarnya menghubungi polis apabila dia cuba menghalang perbuatan itu
Katanya, cubaannya untuk menghalang menyebabkan berlaku pergelutan hingga dia dipukul dan dicederakan sebelum ditolak hingga terjatuh.
“Saya bernasib baik apabila teman serumah tiba-tiba pulang dan segera menghubungi polis menyebabkan kumpulan lelaki itu beredar dan tidak sempat merampas kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.
Menurutnya, dia menghubungi bank berkenaan dan mereka mengakui mengeluarkan notis berkenaan tetapi tidak mengarahkan kumpulan lelaki itu merampas kereta berkenaan dan memintanya membuat laporan polis.
Katanya, kejadian itu kali kedua berlaku apabila kumpulan sama menahannya di Jalan Ibrahim, di sini, pada 9 November lalu.
“Kereta saya tiba-tiba dihalang Proton Waja dinaiki dua lelaki sebelum seorang daripada mereka masuk ke dalam kereta dan mengugut menyerahkan wang jika tidak mahu kereta dirampas. Saya yang ketakutan memberikannya RM100 sebelum mereka beredar.
“Bagaimanapun, setengah jam kemudian ketika di kawasan Kampung Penghulu Him, di sini, dua lagi lelaki dipercayai rakan mereka menghalang kereta saya dan meminta RM2,000. Norlieza berkata, dia yang ketakutan memberikan RM1,500 sebelum baki RM500 diberikan malamnya.
Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan membuka kertas siasatan.
Amah terbunuh dibelasah majikan
Menurut polis, lelaki terbabit mengaku membelasah mangsa dengan batang aluminium selama empat hari berturut-turut kerana ‘cuai serta memukul anaknya yang cacat’.
Kata sumber polis, lelaki terbabit mendakwa pembantu rumahnya lari dan bersembunyi dalam sebuah bangunan yang dalam pembinaan tidak jauh dari situ.
Wanita itu kemudian cedera selepas terjatuh dan ditimpa bahan binaan.
“Suspek mendakwa mangsa enggan dirawat di hospital menyebabkan lelaki terbabit mengurungnya di dalam bilik.
“Apabila mangsa enggan menjalankan tugas, dia dipukul pula,” katanya
Wanita itu kemudian ditemui mati dalam bilik itu tidak lama kemudian. - Agensi
Budak tembak dada adik
Jurucakap polis Asir, Abdullah al-Qarni, semalam berkata mangsa dikejarkan ke hospital dan masih diberikan rawatan rapi.
Katanya, orang ramai yang memiliki senjata api mesti memastikan ia hanya disimpan di tempat selamat bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.
“Pastikan ia tidak dapat dicapai kanak-kanak,” katanya.
Sehingga semalam, katanya, polis masih menjalankan siasatan terhadap insiden itu.
“Tindakan lanjut hanya akan diambil selepas siasatan itu disiapkan,” katanya
Pada 2009, Arab Saudi mula mengeluarkan lesen kepada ahli perniagaan untuk membuka kedai menjual senjata api sebagai langkah kerajaan mengehadkan jumlah pemilikan senjata di negara itu.
Menurut undang-undang, jika berlaku kecuaian membabitkan senjata api itu, pemiliknya boleh dikenakan denda hampir RM5,000 atau penjara sehingga setahun.
Kerajaan juga mengenakan syarat tertentu bagi mana-mana pihak yang ingin memiliki senjata api. Pemohon mestilah berusia sekurang-kurangnya 21 tahun, tidak mempunyai rekod jenayah dan waras.
Peniaga pula mesti berusia sekurang-kurangnya 25 tahun dan memiliki modal RM500,000.
Penjualan dan pembelian senjata api tanpa lesen boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda hampir RM7,000.
Difahamkan, pada 2009, seramai 1,091 warga Arab Saudi memiliki senjata api. - Agensi
Lelaki Saudi pulangkan dompet jemaah haji berisi RM84,000
Beg itu dilaporkan berisi kira-kira RM84,000.
Pegawai Masjid Nabawi berkata, beg itu diserahkan ketika jemaah haji terbabit membuat aduan di pejabat menguruskan barang hilang masjid berkenaan.
Jemaah haji itu berkata, kejujuran lelaki terbabit adalah contoh terbaik bagi menggambarkan kesucian Islam. - Agensi
No comments:
Post a Comment