Sunday, November 28, 2010

CURANG... BIASANYA MUNGKIN LELAKI...DIZAMAN LAH NI...IAITU DI AKHIR ZAMAN...WANITA JUGA PUN ADA YANG CURANG...NI KERANA RAMAI WANITA YANG TELAH BEKERJA..... RAMAI KENALAN LELAKI YANG MEREKA TEMUI...TEMPAT@PASARANA UNTUK BERJUMPA BANYAK....ALASAN KERJA SERTA KEMUDAHAN PERHUBUNGAN@PHONE SERTA INTERNET....MENJADIKAN MUDAHNYA BERLAKU KECURANGAN....LAGI PUN SYAITAN MENGHASUT SUPAYA BERZINA DAN SEBAGAINYA.....

Marah benar suami curang

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.
Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.

Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.
Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.

“Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya

“Saya sudah tidak sedap hati apabila melihat perilaku suami yang berpelukan dengan ‘adik angkat’ itu di depan mata dan percaya mereka ada hubungan sulit.

“Isteri mana yang sanggup melihat suami melakukan maksiat di depan mata. Ketika itu hancur luluh hati saya.
“Malah, anak saya turut melihat perbuatan ayah mereka itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.

Kes cerai itu katanya dirujuk ke Mahkamah Rendah Sungai Besar, di sini, dan mereka disahkan bercerai pada 10 November lalu.

Menurutnya, pernah sebelum ini dia menegur tindakan suaminya yang gemar bertukar wanita dan akibatnya dia diterajang tanpa belas kasihan.

“Saya akan disepak terajang, diketuk seluruh badan dengan tukul besi setiap kali menegur perbuatan terkutuknya yang gemar membawa kekasih ke rumah kami.

“Bukan saya saja menjadi mangsa, malah dua anak kami yang masih kecil menerima nasib sama,” katanya menceritakan nasibnya yang mendakwa sering dipukul suami jika menegur perbuatan suaminya membawa pulang wanita ke rumah sejak berkahwin 11 tahun lalu.

Menurutnya, disebabkan itu, kedua-dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun kini trauma.

“Kerana tidak tahan dengan pukulan dan hinaan suami yang memukul kami anak beranak, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan lebih lapan laporan sudah dibuat, tetapi tiada tindakan diambil ke atas bekas suami saya itu,” katanya.

Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun yang kini menghidap penyakit paru-paru berair.

Katanya, walaupun baru berstatus janda, tetapi dia reda kerana terselamat daripada menjadi mangsa belasahan suami.

“Walaupun suami sudah keluar dari rumah, tetapi dia meninggalkan hutang along berjumlah RM15,000 menyebabkan saya kini ketakutan jika samseng datang ke rumah mencari suami saya. Dulu, kami pernah berpindah rumah kerana tidak tahan menjadi buruan along. Kini tak tahu apa pula yang akan berlaku,” katanya.

Siti berkata, kini hidupnya cuma untuk tiga anaknya dan akan cuba membesarkan mereka menjadi insan yang berguna.

Selain itu, anak sulung Siti Aishah terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantunya menjaga dua adiknya. “Anak bongsu saya yang berusia dua tahun terpaksa dijaga rapi kerana menghidap penyakit paru-paru berair dan perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan setiap bulan,” katanya.

Beliau yang tidak bekerja kini buntu dan berharap sumbangan orang ramai yang simpati terhadap nasibnya. Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian 012-9433226



Dua jalan lepasi azab

Oleh Maiamalina Mohamed Amin dan Siti Norhidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Wanita ini ada dua pilihan untuk bercerai sama ada secara taklik atau fasakh, tapi lebih mudah ikut taklik,” kata Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian menimpa seorang isteri berusia 29 tahun yang mendakwa menjadi mangsa dera suaminya malah turut diugut bunuh gara-gara sikap panas baran tidak terkawal dan cemburu buta.

Noor Aziah berkata, Islam tidak pernah menghalalkan penderaan dalam rumah tangga dan mana-mana suami atau isteri yang berdepan kes itu secara berterusan hingga mendatangkan kemudaratan, boleh mengambil jalan cerai sebagai penyelesaian terakhir.
“Perceraian memang tidak digalakkan, tapi Islam juga ada menyatakan taklik yang dilafazkan suami ketika akad nikah antaranya menyebut sekiranya dia (suami) lazim menyakiti (memukul isteri) atau meninggalkannya selama empat bulan berturut-turut, maka isteri dibolehkan memohon cerai taklik.

“Jadi dalam kes ini, apabila si isteri mengatakan dipukul suaminya dengan kerap serta mempunyai saksi dan bukti yakni dokumen perubatan, dia boleh mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Syariah dan hakim akan mengadili dengan baik.

“Berbanding fasakh yang mengambil masa lebih panjang disamping kemungkinan suami membantah, lebih baik lakukan cerai taklik dengan syarat perlulah sertakan bukti kukuh bagi menyokong permohonan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam
Metro Ahad semalam melaporkan Siti, 29, mendakwa suaminya berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkan daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, Melaka, malah turut mengacukan pisau ke lehernya dengan kuat menyebabkan luka pada 4 November lalu.

Mengulas lanjut, Noor Aziah yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), berkata, beliau melihat faktor tekanan dalam hidup berumah tangga antara punca menyebabkan suami isteri bergaduh.
“Dibandingkan pasangan lama dengan pasangan muda kini, jauh bezanya kerana orang lama lebih bijak menyelesaikan masalah dalam keluarga, sedangkan suami isteri sekarang cenderung bergaduh disebabkan tekanan dihadapi tambahan jika dua-duanya (suami isteri) bekerja.

“Apabila tertekan, mana-mana suami atau isteri akan mudah naik tangan dan kalau si isteri buat provokasi lagilah burukkan keadaan. Jadi bukan kita kata kes penderaan dalam rumah tangga isu baru, tapi ia sebenarnya semakin banyak dilaporkan kini kerana kesedaran wanita,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar, berkata suami yang tergamak mencederakan isteri dan menggugut bunuh mungkin menghidap masalah gangguan impuls yang mengganggu otak.

Katanya, golongan itu juga cenderung mengalami masalah sadistik iaitu memperlihatkan kepuasan berpanjangan selepas melakukan penderaan tanpa mengira rayuan mangsa, justeru wajar dibawa berjumpa pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan




Warga emas putih mata barang kemas RM85,000 dikebas

KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang wanita warga emas yang hanya tinggal di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi, di sini, mampu menyimpan barangan kemas yang dianggarkan mencecah nilai lebih RM85,000.
Namun tindakan mangsa sengaja menyimpan semua barang berharga itu di dalam bilik tidur, bagaimanapun mengundang padah apabila kediamannya dimasuki pencuri sebelum semua barang berharga terbabit dilarikan, semalam Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman (gambar) berkata, mangsa yang berniaga di Pasar Pekan Sungai Besi, di sini, hanya menyedari kejadian itu apabila mendapati cermin tingkap rumahnya, di tingkat 14, pangsapuri PPR berkenaan dibuka dan palang besinya di bengkokkan. Menurutnya, mangsa yang mengesyaki rumahnya dipecah masuk segera membuat pemeriksaan dan terkejut mendapati barang kemas yang disimpan sejak beberapa tahun lalu hilang



Polis masih buru 2 suspek



PETALING JAYA: Polis masih memburu dua suspek utama yang memperkosa seorang ibu berusia 34 tahun di hadapan anak mangsa, selain turut merakam perbuatan keji itu di rumah mangsa di Kampung Melayu Subang, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih mengesan kedua-dua suspek, termasuk memantau sama ada berlaku penyebaran video rakaman perbuatan jenayah berkenaan.

Menurutnya, setakat ini tiada lagi maklumat atau laporan mengenai penyebaran video perbuatan rogol itu, sama ada di Internet ataupun melalui telefon.
“Tiada tangkapan lagi setakat ini,” katanya selepas program bertemu penduduk Taman Sea Park, semalam.

Jumaat lalu Harian Metro melaporkan, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan anak gadisnya berusia 12 tahun oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, ibu muda berkenaan diikat tangan dan diberi pilihan oleh penjenayah untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya, ibu itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an itu

Ikat, tikam, sembelih

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

SENTUL: Diikat, ditikam dan disembelih. Itulah azab ditanggung seorang lelaki yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan dengan lebih 23 kesan tikaman ditemui pada badannya di Kampung Batu, Kilometer 5, Jinjang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan gelap berhampiran tangki air, di kampung berkenaan. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa dipercayai seorang India Muslim, memakai baju kemeja belang, berseluar panjang, berselipar dan berbadan agak gempal.

“Ketika ditemui, tangan mangsa dalam keadaan terikat ke belakang dengan beberapa kesan tikaman di depan dan belakang badannya. “Sepasukan pegawai dan anggota polis daerah Sentul yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai dibunuh sejam atau dua jam dengan keadaan tangannya diikat sebelum mayatnya dicampak di kawasan tangki air itu. Lebih mengerikan terdapat kesan mangsa disembelih,” katanya.
Menurutnya, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen diri ditemui pada mayat berkenaan.

“Kami tidak dapat kesan lagi motif pembunuhan mangsa sama ada kerana dendam atau disamun. Oleh itu saya minta sesiapa yang mengenali mangsa atau kehilangan ahli keluarga tampil ke Balai Polis Sentul untuk memberi maklumat lanjut,” katanya. Zakaria berkata, tiada senjata pembunuhan ditemui di tempat kejadian, malah pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain beberapa jam sebelum dicampak ke kawasan tangki air itu.

“Polis tidak menolak kemungkinan lebih dari seorang suspek terbabit. Motif masih lagi dalam siasatan dan mayat mangsa kini masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


KOMEN


BAGI LELAKI YANG BERUMUR...ATAU USIA PERKAHWINAN YANG TERLALU LAMA
BERLAKU CURANG ATAU PENCERAIAN...FAKTORNYA BANYAK...MUNGKIN...

1.ADA RASA BOSAN HIDUP SETARA@SAMA SAJA

2.MASALAH HUBUNGAN ZAHIR BATIN SUDAH TAWAR

3.BAGI WANITA SUDAH LAMA MASANYA MELAYAN SUAMI DAN MOOD TELAH BERKURANGAN

4.WANITA SUDAH BERUMUR LEBIH MENGUTAMAKAN JAGA CUCU ATAU ANAK2 JIRAN
KERANA UPAH LUMYAN.

5.MENJAGA MAKAN MINUM ANAK ATAU MENANTU...SEBAB ANAK BAGI DUIT

6.MENGEMAS RUMAH DAN SEGALA MAK NENEK KERJA MEREKA BUAT..

7.INI MENJADIKAN SUAMI TERABAI...SUAMI TELAH TIADA NOMBOR ...MUNGKIN NOMBOR TERAKHIR....YANG PERTAMA MUNGKIN CUCU...2..ANAK2...3.ANAK BESAR@BEKERJA ATAU MENUNTUT DAN MENANTU...4. KEMAS RUMAH SEBAB CUCU SELERAKKAN...JADI SUAMI NOMBOR LIMA ATAU ENAM.....SEDANGKAN TUGAS UTAMANYA MENJAGA SUAMI.....WALAUPUN NI BUKAN SEMUA BEGINI.....YANG TERLIBAT HARUS SEDAR DAN INSAF...

8.HASUTAN KIRI KANAN ...INI PERANAN SYAITAN...MEREKA INI MEMANG SUKA MENCARI JALAN AGAR TAK CIUM SYURGA...MEREKA INI SEBENARNYA SUKA RUMAH TANGGA ORANG BERCERAI BERAI...RUMAH TANGGANYA TIDAK...MENUNJUK IA BAGUS MENTADBIR RUMAH TANGGA....

9.PEMBAZIRAN PENDATANG ASING...WANITA JELITA2 ATAU MUDA...MEMANGGIL ABANG...LAYANANNYA MANJA DAN BAGUS...SEDANGKAN DIRUMAH..FAHAM2LAH....
DATUKNYA...ABAHNYA....MAKA KASIH SAYANG KEARAH KETEMPAT LAIN...


KESIMPULANNYA...DALAM HAL INI...HANYA ALLAH SAHAJA YANG MENGETAHUI SIAPA YANG BENAR....INI BERLAKU ADA SEDIKIT SEBANYAK DARI SUMBANGAN ANAK PEREMPUAN BEKERJA...NENEK JAGA CUCU...ATUKNYA TERABAI....

2 comments:

  1. good morning, nice to visit your blog, this is a blog containing good information and interesting, congratulations to you.
    don't stop to be creative, hopefully I can come back here again
    do not forget
    I wait your comments on our new blog

    ReplyDelete