Sunday, November 28, 2010

SUSAH NAK DICERITA@KOMEN....SUSAH NAK MENYALAH SEBELAH PIHAK SAJA....HANYA ALLAH YANG TAHU...ADA BAIK DENGAR KEDUA2 BELAH PIHAK...BIASALAH SEMUA PIHAK MENGATAKAN IA BENAR LAGI BETUL....NAMPAK KESALAHAN PASANGANNYA DAN TAK NAMPAK KESALAHAN DIRI SENDIRI....INGAT PENULIS CERITA ISRAQ MIKRAJ...WANITALAH YANG PALING BANYAK PENGHUNI NERAKA...BUKANNYA LELAKI...CUBA FIKIR2 DAN RENUNG2....MASALAH EGO...LAH NI LELAKI PEREMPUAN SAMA2 EGO...

Fail mohon perceraian

MELAKA: Siti yang mendakwa didera dan diugut bunuh oleh suaminya kini dalam proses memfail permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ayer Keroh, di sini.
Peguamnya, Mohd Adli Ithnin berkata, pihaknya menyiapkan semua dokumen berkaitan dan akan memfail permohonan itu minggu depan.

Katanya, wanita terbabit memutuskan untuk memfail permohonan cerai kerana tidak sanggup lagi hidup bersama suaminya yang didakwa sering panas baran.
“Anak guam saya tidak mahu lagi hidup bersama suaminya, dan semua dokumen berkaitan bagi permohonan cerai itu sudah lengkap dan saya akan memfailnya selewat-lewatnya minggu depan.

“Selain itu terpulang kepada pihak suami anak guam saya untuk memfail apa-apa. Anak guam saya kini tinggal berasingan dengan suaminya kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan anak,” katanya

Ikut syariat Islam

MELAKA: “Episod rumah tangga sangat panjang, jadi apabila hendak berkahwin perlu berlandaskan syariat Islam kerana jika sebaliknya, perkahwinan itu akan roboh,” kata Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak Melaka, Abu Khir Jamaluddin.
Beliau mengulas nasib wanita berstatus isteri kedua bernama Siti, 29, yang dihimpit masalah rumah tangga apabila suaminya didakwa berubah sikap sehingga memukul dan mengugut membunuhnya.

Menurutnya, seperti sejarah tamadun dunia, pembangunan manusia khususnya dalam aspek ikatan perkahwinan tanpa berlandaskan syariat Islam akan roboh.
“Dalam kes ini saya difahamkan wanita itu berkenalan dengan suaminya dalam masa singkat sebelum mendirikan rumah tangga. Perasaan kasih sayang dan cinta adalah anugerah Allah dan ia perlu dibelai dan dipupuk dalam hati supaya ikatan perkahwinan itu harmoni.

“Dalam al-Quran ada menyebut mengenai perlunya menjalin kasih sayang dan setiap pasangan suami isteri juga perlu sentiasa bermuhasabah diri terhadap gejala yang boleh merosakkan rumah tangga, umpamanya menjalin hubungan dengan pihak ketiga.

“Kedua-dua pihak perlu ambil berat perkara ini, misalnya si isteri menjaga hubungan dengan rakan sekerja atau kenalan supaya tidak menimbulkan cemburu suami dan sebaliknya,” katanya

Berhubung dakwaan suami Siti memukul dan mengugut membunuh isterinya, Abu Khir menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan dan zalim.

“Sejak akhir-akhir ini saya sering terbaca atau mendengar berita di televisyen melaporkan keganasan rumah tangga dilakukan suami dengan memukul atau mendera isterinya.
“Memukul isteri yang nusyuz dengan tujuan menasihatinya hanya boleh dengan hujung selendang yang disimpulkan dan bukan menggunakan kayu atau besi.

“Jika masalah tidak boleh diselesaikan, pasangan itu wajar merujuk kepada pihak ketiga, termasuk ibu bapa dan pihak berkuasa agama, untuk memulihkan hubungan,” katanya.

Beliau berkata, memang fitrah wanita sukar berkongsi kasih sayang.

“Walaupun pada peringkat awal semuanya baik, namun jika suami tidak boleh berlaku adil dan sering melihat kekurangan pasangannya, ia boleh mengganggu gugat keharmonian rumah tangga hingga menyumbang kepada keruntuhannya,” katanya

Baran tanda sakit jiwa

KUALA LUMPUR: Suami yang panas baran dan sanggup mendera isteri sebagaimana berlaku terhadap Siti, 29, ibarat menghidap penyakit yang berpunca daripada jiwa memberontak si lelaki.
Menurut Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali, penyakit panas baran boleh melarat dan menjadi bertambah teruk jika dibiarkan berlarutan.

Katanya, dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad SAW menyamakan sifat marah sebagai barah api dan ia perlu dikawal.
“Marah dan baran bukan persoalan kecil, ia menyebabkan emosi terganggu yang boleh mengakibatkan pelbagai perkara negatif seperti mencederakan orang lain, termasuk insan yang mereka sayang.

“Kemarahan ini bersifat spiritual, jadi perlu mencari jalan terbaik bagi menanganinya. Jangan biarkan kemarahan dalam diri menguasai diri kita, sebaliknya ia perlu dibuang,” katanya

Laungan azan tetap berjudi

PETALING JAYA: Laungan azan solat Jumaat dari masjid berdekatan tidak menghalang tujuh lelaki Islam untuk terus berjudi di sebuah bangunan yang berselindung di sebalik papan tanda sebuah kedai komputer di sini.
Premis berkenaan yang pernah diserbu polis beberapa minggu dijadikan lelaki berkenaan bagi melepaskan gian judi ketika umat Islam solat Jumaat.

Mereka tidak serik dengan tindakan pihak berkuasa apabila masih lagi bermain judi di situ walaupun pernah diserbu polis.
Premis yang beroperasi di kawasan perniagaan PJ Old Town itu sekali lagi diserbu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, jam 3.30 petang kelmarin.

Dalam serbuan tersebut, seramai tujuh tahi judi berusia lingkungan 23 hingga 58 tahun dicekup bersama dua penjaga tempatan, termasuk seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.

Polis juga merampas wang RM1,200 serta menyita 74 komputer yang digunakan sebagai mesin judi di tempat itu

Superintendan Pencegahan Cawangan D7 Bukit Aman, Superintendan Maszely Minhad berkata, pihaknya mendapat maklumat wujudnya premis judi di kawasan berkenaan sebelum melakukan risikan.

Menurutnya, kawasan yang padat dengan kedai perniagaan itu juga membuatkannya menjadi antara tempat strategik untuk membuka perniagaan judi siber.
Katanya, maklumat serta kerjasama orang ramai amatlah diharapkan bagi membendung pusat perjudian seperti ini daripada terus dibuka.

Beliau berkata, polis akan memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan bagi mencatu bekalan air serta elektrik bagi melumpuhkan terus kegiatan tidak bermoral yang berlangsung itu.

Semua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1957

Pelajar cedera kena tetak

TAWAU: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) patah pergelangan tangan dan cedera parah pada lengan kiri apabila ditetak dua lelaki tidak dikenali menggunakan parang di Taman Semarak, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, Wong Wei Chung, 18, dikatakan dalam perjalanan ke kedai fotokopi untuk mencetak tugasannya sebelum didatangi suspek terbabit.

Difahamkan, seorang susprk bertanya mangsa berasal dari mana dan sebelum sempat menjawab pertanyaan itu, Wong terus dibelasah dan ditetak.
Mangsa yang terkejut dengan perbuatan lelaki terbabit menyangka dibelasah dengan kayu lalu mempertahankan diri dengan menepis objek terbabit.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang memukul menggunakan parang menyebabkan pergelangan tangan mangsa patah selain kesan kelaran sepanjang enam sentimeter pada lengannya.

Wong yang kesakitan menjerit meminta pertolongan sebelum pergaduhan itu disedari orang ramai. Kedua-dua suspek yang panik kemudian melarikan diri
Orang ramai yang melihat keadaan mangsa yang parah membawanya ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada unsur provokasi manakala mangsa tidak mengenali atau mengecam kedua-dua suspek yang memukulnya.

Polis yang giat memburu semua suspek memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Terdahulu, ibu mangsa, Dina Lucas, 40-an, ketika dihubungi mengakui anaknya tidak mengenali lelaki berkenaan yang secara tiba-tiba membelasahnya menggunakan parang.

“Wong kini dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Tawau selepas dihantar tiga lelaki,” katanya

Antara kes dera isteri
# 14 Februari 2005, Seremban, Negeri Sembilan — Seorang guru sekolah menengah di Rantau berusia 43 tahun membuat laporan polis kerana sering didera suaminya yang juga pegawai kastam berusia 47 tahun selama dua tahun. Mangsa yang berasal dari Kelantan didera suaminya di rumah mereka di Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Lelaki itu menolak isterinya ke lantai beberapa kali hingga mencederakan badan mangsa.

# 6 April 2000, Cheras, Kuala Lumpur — Seorang suami memperlakukan isterinya seperti binatang apabila mengikat leher dan kaki mangsa menggunakan rantai besi sepanjang tiga meter dan dikunci dengan mangga besar. Mangsa turut diikat pada dinding rumah. Kadangkala suaminya mengheret keluar rumah dan mengikatnya pada tiang pagar di depan rumah di depan anak serta jiran.

# 1 Februari 1997, Kuala Terengganu — Seorang wanita hamil terpaksa melarikan diri ke rumah ibunya bersama anak sulung berusia 13 bulan selepas dikatakan tidak tahan sikap panas baran suaminya yang kerap memukul dan menderanya hampir setahun. Hadarulyani Shamsi, 20, dipercayai mengandung anak kedua, berlindung di rumah ibunya di Kampung Rahmat Felda Chalok, Setiu.

# 25 Julai 1997, Petaling Jaya — Akibat terlalu mengikut perasaan, seorang pekerja binaan berusia 33 tahun menerima padah apabila ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis selepas mendera isterinya di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara. Lelaki berkenaan enggan memberi wang diminta isteri untuk membeli beras dan keperluan dapur, sebaliknya menyepak serta menumbuk isterinya

# 9 Ogos 1996, Kampung Baru, Kuala Lumpur — Jamilah Hassan dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, membuat pengakuan mengalami tekanan jiwa berikutan sering didera suaminya yang kaki mabuk dan judi selama tujuh tahun. “Dia sering memukul dan mencaci saya selain memaksa saya melakukan hubungan seks,” katanya.

# 21 Februari 1995, Pontian, Johor — Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis kerana disyaki mendera isterinya berusia 61 tahun sehingga mati di Kampung Belokok, Peradin. Siasatan polis mendapati lelaki itu dipercayai mencekik isterinya sebelum menolaknya sehingga jatuh di tangga rumah. Mangsa cedera teruk di kepala dan dada manakala leher dan mukanya lebam.

# 2 Mac 1995, Klang — Polis menahan suami seorang pekerja kilang kerana dipercayai memukul isterinya hingga parah di rumahnya di Jalan Young, Pandamaran, Klang, Selangor. Isteri lelaki itu yang berusia 35 tahun luka pergelangan tangan kanannya dipercayai terkena benda tajam serta bengkak pada mata, belakang badan, pipi dan punggung.

# 27 Disember 1995, Kuantan — Harapan seorang suri rumah untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat punah apabila dia didera sehingga memaksanya meninggalkan rumah untuk mendapatkan pertolongan. Sarimah Suan, 17, cedera di dada dan perut dipercayai didera suami, terpaksa menahan sakit untuk pulang ke rumah bapanya di Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

# 22 Ogos 1994, Hulu Klang — Wanita berusia 30-an dan isteri kedua seorang imam dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur oleh ibunya selepas tidak sedarkan diri dipercayai menghadapi tekanan jiwa berpunca daripada perbuatan suaminya.
Wanita itu kemudian membuat satu laporan bahawa ada beberapa tanda kecederaan pada tubuhnya berpunca daripada penderaan.

PERINGATAN

HARUS KITA MEMOHON CERAI DARIPADA SUAMI JIKA IA TAK BERTANGGUNG DARI SEGI SYARAK....ITU JALAN YANG PALING BAIK...WALAUPUN ALLAH TIDAK SUKA PENCERAIAN TAPI MENGHARUSKAN
TAPI AWAS
JIKA TIADA KESALAHAN SISUAMI DARI SEGI SYARAK...KITA MOHON JUGA PENCERAIAN SEBAB  ADA LELAKI LAIN ATAU SIFAT EGO ...MUNGKIN HASUTAN DARI KAWAN2 ATAU SAUDARA MARA....JIKA BERLAKU PENCERIAN...MAKA ISTERI ITU TIDAK BOLEH CIUM SYURGA TERMASUK ORANG YANG MENJADI BANTU API TERMASUK JUGA PENGUAM SYARIE YANG MEMBANTU BERLAKU PENCERAIAN TERSEBUT....(PENCERAIAN YANG TIADA HAQ DALAM MEMOHON CERAIAN DARI SEGI SYARAK)

No comments:

Post a Comment