Sunday, November 28, 2010

BILA MAUT MENGUNDANG...MAKSUDNYA TAKDIR TELAH YANG DITENTUKAN OLEH ALLAH SAMPAI...DENGAN KATA LAIN...MATI ITU KITA TIDAK KETAHUI BILA...PENGAJARANNYA BERHENTILAH MEMBUAT MUNGKAR....MAKA GANTIKAN DENGAN KETAATAN KEPADA ALLAH....ALLAH TAK RUGI SATU ZARAH PUN HASIL DARI KEJAHATAN ATAU KEDEGILAN KITA...MALAH KITA YANG MENZALIMI DIRI KITA SENDIRI

NEGARA


Risiko menunggu organ baru


SEMUA penerima organ mengimpikan nasib gadis kelahiran Batu Pahat, Tee Hui Yee, 16, yang berjaya meneruskan kehidupan selepas pembedahan jantung pada tahun 2007.


KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, lebih 11,000 pesakit di negara ini sedang bertarung nyawa menunggu giliran bagi mendapatkan organ baru.
Sebahagian daripada mereka berdepan dengan risiko kematian jika tidak menerima organ baru dalam tempoh beberapa bulan hingga dua tahun akan datang.
Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Penyelaras Pusat Sumber Pemindahan Nasional (NTRC) Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr. Lela Yasmin Mansor berkata, daripada jumlah itu, 11,000 pesakit sedang menanti buah pinggang, hati (18), paru-paru (enam), jantung (tiga) dan tiga orang pesakit memerlukan kedua-dua organ iaitu jantung dan paru-paru.
"Jumlah pesakit buah pinggang yang memerlukan bantuan pula bertambah sebanyak 3,500 orang setahun dengan jumlah keseluruhan yang menjalani dialisis melebihi 22,000 orang.
"Purata jangka hayat mereka terutamanya pesakit jantung, paru-paru dan hati semasa menunggu saat kematian adalah dalam lingkungan 24 bulan sahaja. Tempoh ini berbeza untuk pesakit buah pinggang yang boleh mengharapkan rawatan dialisis selama berpuluh tahun untuk hidup," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini



NEGARA


Jeritan sayu wanita OKU


SAODAH melihat keadaan rumahnya yang hangus di Kampung Banggol Ubi Keling, Lemal, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS - Seorang lelaki hanya mampu memandang rumahnya runtuh menyembah bumi selain adik tirinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong, Lemal dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.45 petang itu mengakibatkan wanita yang mengalami cacat penglihatan dan lumpuh anggota badan, Fatimah Said, 50, rentung dijilat api apabila dia gagal diselamatkan. Ketika kebakaran itu, mangsa dikatakan telah menjerit meminta tolong.
Ketika kejadian, adik tiri lelakinya, Mazani Omar, 33, yang mengalami masalah mental turut berada di situ tetapi hanya mampu melihat mangsa terbakar. Dia yang hilang upaya pemikiran dikatakan tidak tahu apa yang terjadi.
Bagaimanapun, Mazani terselamat kerana ketika itu dia berada di luar rumah



NEGARA


Berjudi RM7 juta sehari


CHEE BOON melihat iklan-iklan ah long yang begitu banyak sehingga memudahkan peminjam meminjam wang untuk berjudi di sebuah kasino di Singapura di sekitar Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Kerajaan disaran berbuat sesuatu bagi menghalang rakyat negara ini daripada terus berjudi di sebuah kasino di Singapura sehingga mencecah RM7 juta sehari.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, jumlah tersebut adalah hasil perbelanjaan 3,000 rakyat Malaysia yang ke kasino tersebut setiap hari.
"Mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM2,400 seorang sehari dan jumlah tersebut akan menjadi RM210 juta sebulan.
"Perkara itu dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai, Datuk Tee Siew Kong baru-baru ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Pelangi di sini semalam.
Menurut Chee Boon, apa yang membimbangkan, kegiatan pinjaman ah long pula semakin menjadi-jadi sejak kasino tersebut mula beroperasi pada April lalu.
"Kumpulan ah long semakin banyak di Johor Bahru dan sasaran mereka adalah untuk golongan yang gemar berjudi.



NEGARA


Pensyarah ditahan edar ganja 12.5kg


YAHYA (kanan) menunjukkan sebahagian daripada 12 ketulan mampat ganja yang dirampas daripada seorang pensyarah wanita pada sidang akhbar di Seremban semalam.


SEREMBAN - Taktik seorang pensyarah wanita warga asing menyeludup ganja seberat 12.5 kilogram (kg) bernilai RM50,000 dengan menaiki sebuah bas ekspres terbongkar apabila dia ditahan di Plaza Tol Seremban di sini kelmarin.
Wanita yang merupakan pensyarah animasi sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur berusia 50 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri dan Bukit Aman.
Timbalan Ketua JSJN negeri, Deputi Supritendan Yahya Othman berkata, pihaknya terus menahan bas tersebut sebelum melakukan pemeriksaan pada sebuah beg pakaian yang dibawa suspek



NEGARA


Mayat dibuang lepas disembelih


MAYAT seorang lelaki dibawa dengan kenderaan polis selepas ditemui di Kampung Batu, Jinjang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Ditikam bertubi-tubi selain lehernya disembelih.
Demikian nasib seorang lelaki yang ditemui mati dibunuh dengan kejam, mayatnya kemudian dibuang di tepi jalan menuju ke tangki air di Kampung Batu, Jinjang di sini semalam.
Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui pada pukul 1.30 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, ketika ditemui mangsa lengkap berpakaian baju kemeja T belang dan berseluar panjang.
“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dan berbadan gempal. Kita juga mendapati terdapat lebih lima kesan tikaman di depan dan belakang badan mangsa selain lehernya disembelih,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, polis tidak menemui sebarang senjata di situ dan pihaknya percaya mangsa telah dibunuh di tempat lain beberapa jam sebelum itu.
Menurut Zakaria, setakat ini, tiada ahli keluarga yang datang untuk membuat pengecaman




NEGARA


Usahawan diserang sakit jantung ketika memandu


ORANG RAMAI melihat operasi menaikkan sebuah kereta Mercedes Benz yang terhumban
ke dalam longkang di Kajang Utama kelmarin.


KUALA LUMPUR - Keasyikan seorang usahawan dari Shah Alam memandu keretanya berakhir dengan tragedi apabila dia mati selepas dipercayai diserang sakit jantung sebelum kenderaannya itu terbabas ke dalam longkang di kawasan Kajang Utama dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 8.30 malam itu berlaku ketika Gan Teck Sin, 41, yang lebih dikenali sebagai Eric memandu kereta jenis Mercedes Benz warna perak miliknya bersendirian.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, sebelum kejadian, kereta yang dipandu mangsa sedang menuruni bukit di kawasan berkenaan.
Katanya, kereta mangsa hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan sebelum terhumban ke dalam longkang sedalam 20 meter

No comments:

Post a Comment