Saturday, December 4, 2010

KECURIAN..KEMALANGAN..PEMBUNUHAN...ROGOL...ZINA ..BUANG ANAK...JUDI..MINUM ARAK DAN SEJENIS DENGANNYA...BEGITU BANYAK...INILAH KESANNYA DAN IA MERUPAKAN MUSIBAH@BILA...BILA KITA MENGABAIKAN HUKUM2 ALLAH...MAKA MUHASABAHLAH DIRI...BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SWT

Ditawan perompak



AMPANG: Empat beranak menempuh detik mencemaskan apabila menjadi ‘tawanan’ penyamun yang secara tiba-tiba menyerang sejurus kereta mereka berhenti di depan rumah di Taman Keramat, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang berusia 35 tahun bersama isteri dan dua anaknya baru tiba di rumah mereka.

Ketika itu, dia memberhentikan kereta dan turun untuk membuka pintu pagar, namun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang terus meluru ke arahnya.
Mangsa kemudian masuk semula ke dalam kereta dan mengunci pintu bagaimanapun penjenayah terbabit terus menghayun parang ke arah cermin di bahagian pemandu dan penumpang hingga pecah.

Sumber polis berkata, mangsa terkejut melihat seorang daripada penjenayah terbabit mengacukan parang ke arah isterinya yang ketika itu berada di tempat duduk belakang.

“Penjenayah berkenaan meminta isteri mangsa menanggalkan barang kemas dan wanita terbabit yang mengenangkan dua anaknya berusia enam dan dua tahun yang berada dalam kereta kemudian terus keluar daripada kenderaan terbabit.

“Dia berbuat demikian kerana tidak mahu dua anaknya itu dicederakan penjenayah terbabit selain mahu memberikan barang kemas seperti yang diarahkan mereka,” katanya.

Menurutnya, melihatkan keadaan yang kelam-kabut itu, mangsa kemudian mengambil tindakan nekad mengundurkan kereta dan ketika itu seorang penjenayah berada di belakang kenderaannya.
“Akibatnya penjenayah terbabit terjatuh dan mengalami kecederaan sebelum dia dibantu rakannya yang kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal.

“Bagaimanapun, sebelum beredar, seorang daripada penjenayah terbabit yang berang kerana mangsa terlanggar rakannya sempat mengugut mahu membunuh mangsa,” katanya.

Sumber terbabit berkata, mangsa dan ahli keluarganya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya keretanya mengalami kerosakan di cermin akibat dipukul dengan parang.

“Namun, penjenayah sempat mengambil barang kemas milik isterinya iaitu dua rantai emas dan juga satu gelang tangan sebelum mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Kejadian itu membuatkan mangsa dan ahli keluarganya trauma kerana terpaksa berhadapan dengan kumpulan penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan boleh dianggap ganas,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat mengecam muka penjenayah kerana mereka memakai topi keledar berpenutup penuh dan dia juga tidak sempat mencatat nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspek kerana kejadian berlaku begitu pantas.

“Polis kini sedang memburu empat suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun secara berkumpulan,” katanya


Libas abang dengan parang



SETIU: Seorang lelaki yang hendak ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat, cedera di lengan kanannya selepas dilibas dengan parang oleh adik lelakinya dalam satu kejadian di Kampung Langkap, Sungai Tong, di sini, tengahari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di Kuala Terengganu meminta suspek meminjamkan motosikalnya untuk ke masjid.

Bagaimanapun, menurut sumber, suspek memberi kunci motosikal keluarga yang tidak boleh digunakan berikutan tayarnya pancit menyebabkan mangsa marah sebelum mengetuk kepala suspek berusia 25 tahun dengan pemegang gergaji.

“Tindakan mangsa menyebabkan suspek yang juga seorang penagih naik angin dan melibas mangsa dengan parang,” katanya.



Melambung langgar penghadang



MASJID TANAH: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun melambung kira-kira lapan meter selepas motosikal ditungganginya melanggar penghadang jalan di satu selekoh di Jalan Sekolah Sultan Alaudin, dekat sini, kelmarin.
Remaja dikenali sebagai Wan Mohamad dari Kampung Durian Daun, dekat sini, mengalami cedera ringan di muka, tangan dan kaki sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan. Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa bersama seorang rakan dikatakan datang dari Kampung Bukit Beringin menuju ke arah Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba berdepan bangunan Telekom Malaysia Berhad (TM).

“Ketika melalui selekoh di situ, saya cuba mengelak satu lubang di kiri jalan tapi gagal menyebabkan motosikal bergoyang dan terbabas ke kanan jalan lalu melanggar sebuah kereta lama sebelum merempuh pula penghadang.
“Selepas itu, kepala berpinar dan pandangan menjadi gelap. Apabila sedar saya nampak orang ramai mengerumuni saya dan mengatakan saya tercampak agak jauh dari motosikal yang tersadai,” katanya.

Menurutnya, motosikal ditungganginya bergegar dan terhoyong-hayang selepas gagal mengelak lubang sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian depan kanan sebuah kenderaan lain.

Saksi, Norsiah Said, 50-an berkata, sebelum kejadian dia melihat berlaku adegan kejar-mengejar antara dua remaja sebelum seorang daripadanya (mangsa) terbabit dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa mereka
Katanya, kedua-dua remaja berkenaan berulang-alik menunggang motosikal dengan laju di kawasan itu ketika dia sedang berehat.

Pengawal keselamatan di bangunan TM itu tergamam seketika selepas melihat satu objek terbang selepas perlanggaran dan bergegas kejadian yang berlaku.
“Saya perasan sebuah motosikal dipandu laju tetapi tidak tahu mereka sedang berlumba, sebab selepas mangsa terbabas, rakannya yang terlajak ke depan berpatah semula,” katanya



Penjual ikan curi sistem audio masjid dicekup

KUALA LIPIS: Seorang penjual ikan didapati sedang bersantai dalam bilik di rumahnya sambil menguji bunyi sistem audio yang dicurinya di sebuah masjid di Batu Sembilan, dekat sini, ketika diberkas sepasukan anggota polis, petang kelmarin.
Lelaki berusia 18 tahun berasal dari Felda Ulu Jempol, dekat Maran itu, dipercayai menceroboh masjid berkenaan sebelum mengambil set sistem audio bersama wang tunai RM200, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun, perbuatannya itu diperhatikan seorang jemaah yang ditugaskan menjaga masjid berkenaan sebelum mencatat nombor pendaftaran kereta dinaiki penjual ikan terbabit lalu menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata hasil maklumat yang diterima, polis membuat semakan melalui nombor pendaftaran kereta berkenaan sebelum mengesan rumahnya.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, polis kemudian menemui suspek sedang berehat dalam bilik sebelum menemui beberapa set peralatan sistem audio serta wang tunai RM200 yang dicuri di masjid berkenaan.

Katanya, suspek bersama barang yang dicurinya serta keretanya kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis untuk siasatan lanjut


Abdul Razak berkata, siasatan mendapati, lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

No comments:

Post a Comment