Tanam kekasih dalam penjara
Warga Belanda, Jackson Conquet mengaku mencekik hingga mati Leslie Paredes, 22, apabila dia melawatnya di sebuah penjara di ibu negara Peru ini.
Dia membunuh Leslie apabila kekasihnya itu menyuarakan hasrat untuk menamatkan hubungan mereka.
Mayat Leslie kemudian disembunyikan di bawah bangku konkrit yang dibina Conquet di atas kubur mangsa.
Polis hanya menyedari kejadian itu apabila mereka menyiasat bau busuk dari bilik kurungan itu.
Conquet, 32, mengaku melakukan pembunuhan itu di Penjara Lurigancho di Lima, tempat lebih 8,000 banduan ditahan, sebahagian besarnya penjenayah berbahaya. Warder penjara sering mengawasi bilik kurungan bagi memastikan setiap pelawat meninggalkan penjara itu selepas mengunjungi banduan
Bagaimanapun, tidak ada yang menyedari Leslie tidak meninggalkan penjara berkenaan selepas melawat Conquet pada Ogos lalu, kata Ketua Penjara Peru, Wilson Hernandez.
Beberapa jam selepas membuat pengakuan, polis menyerbu penjara itu di daerah San Juan de Lurigancho.
Ketika diwawancara sebuah rangkaian radio tempatan, Hernandez berkata, pasangan kekasih itu bergaduh di dalam bilik kurungan dan berakhir dengan Conquet mencekik wanita itu.
“Conquet mengaku membina bangku konkrit dalam bilik kurungannya dan dia menanam mayat Leslie di situ,” katanya.
Mayat wanita itu digali pegawai penjara dan dibawa ke sebuah rumah mayat.
Conquet ditahan di penjara berkenaan sejak Mei 2009 kerana kesalahan membabitkan dadah. Video yang dibekalkan polis menunjukkan beberapa pegawai bersenjata memeriksa seluruh kawasan penjara berkenaan, termasuk bilik air dan kemudian mempamerkan senjata yang mereka rampas.
Dadah dan senjata dikatakan begitu mudah dibawa masuk ke penjara berkenaan.
Ia dibina pada 1960-an untuk menempatkan 2,000 banduan tetapi kini jumlah penjenayah yang ditahan adalah empat kali ganda. - Agensi
Ayu Azhari berebut wang pusaka
Kemelut itu diceritakan Axel dalam sidang media di Jakarta, semalam.
Lahir hasil perkahwinan Ayu dengan Djody Gondokusumo yang menjadi suami pertamanya.
Apabila Djody meninggal dunia pada 2002, Axel diwariskan wang bernilai kira-kira RM52,000, tetapi disebabkan ketika itu dia masih remaja, ia diamanahkan kepada Ayu sejak 2009.
Apabila usia Axel mencapai 20 tahun pada 12 Oktober lalu, dia meminta Ayu menyerahkan wang itu seperti sepatutnya, tetapi enggan dilayan aktres terbabit.
Ketika dituntut, Ayu enggan menyerahkannya, malah berkata wang itu sudah habis digunakan untuk membiayai hidup Axel selama ini
Kata Axel, bagi Ayu wang berkenaan bukan pusaka, sebaliknya ganti rugi atas perceraiannya sebelum ini.
“Semua perbelanjaan saya, termasuk kos ubat-ubatan ketika sakit, dipotong daripada wang berkenaan,” katanya, semalam.
Turut hadir di sidang media itu adalah peguamnya, Utomo A Karim. Kata Axel, tahun lalu Ayu bersetuju membuka akaun untuk memindahkan wang berkenaan tetapi sehingga kini ia tidak dilakukan.
“Saya tak faham, malah ibu juga enggan bercakap dengan saya, sebaliknya melalui perantaraan peguam,” katanya. - Agensi
Yahudi bakar kebun zaitun Palestin
Kejadian itu disahkan pegawai Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat, Ghasan Daghlas, yang bertanggungjawab memantau aktiviti penduduk di kawasan itu.
Kata Ghasan, pendatang Yahudi menyalakan api di kebun berkenaan yang terletak di kawasan Khahlet Awana, menyebabkan kerugian besar di kalangan petani.
Penduduk Palestin berkata, kejadian itu sekali lagi menunjukkan pendatang Yahudi itu memang menjadikan produk ekonomi utama sebagai sasaran serangan.
Seorang daripada mereka berkata, taktik itu sering digunakan dan mendapat bantuan tentera Zionis.
Beberapa pertubuhan menyatakan, lebih 70 aduan mengenai serangan ke atas tanaman penting Palestin difailkan sejak empat tahun lalu tetapi tiada tindakan diambil
Ketika musim menuai pula, penduduk Yahudi sering merosak atau menebang tanaman mereka, mencuri buah zaitun selain mengganggu petani. - Agensi
Hutan Israel terbakar
Angin kencang dilapor menyebabkan kebakaran itu merebak ke arah utara Haifa sementara pihak berkuasa rejim Zionis itu memberi amaran, jumlah kematian mungkin meningkat.
“Sehingga pagi ini (semalam) kami sudah menemui 41 mayat dan masih ada tiga yang hilang,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
Menurutnya, selain itu 16 orang cedera, tiga daripada parahnya dan seorang kritikal.
Jurucakap berkenaan juga berkata, 15,000 penduduk sudah dipindahkan. Kebakaran itu memusnahkan lebih 4,000 hektar tanah dan kini sudah menghampir bahagian selatan Haifa, bandar ketiga terbesar Israel dengan penduduk berjumlah 265,000.
Polis dan anggota penyelamat mengesahkan, sebahagian besar mereka yang terbunuh ialah pengawal penjara dalam sebuah bas yang berusaha memindahkan banduan dari sebuah pusat tahanan di hutan berkenaan
“Bas itu cuba berpatah balik dan ada penumpang yang cuba menyelamatkan diri tetapi mereka terperangkap oleh kebakaran dari dua hala,” kata Rosenfed.
Dia berkata, dua anggota polis dan seorang lelaki masih hilang dan tidak menolak kemungkin jumlah kematian lebih tinggi.
“Kami belum menjalankan gerakan mencari di kawasan seperti Beit Oren yang terbakar teruk. “Kami tidak pasti apa yang akan kami temui di kawasan itu. Angka kematian mungkin meningkat,” katanya.
Awal semalam, Menteri Keselamatan Dalam Negeri rejim itu, Yitzhak Aharonovitch berkata, dia yakin kebakaran itu boleh dikawal.
“Dilihat dari udara, keadaan adalah lebih baik daripada yang anda tengok di darat,” katanya ketika ditemuramah sebuah rangkaian televisyen swasta.
Sementara itu, beberapa negara menawarkan bantuan dengan ikrar untuk menghantar pesawat dan helikopter bomba serta kakitangan. - AFP
Amah Indonesia mati jatuh apartmen
Menurut polis, wanita berkenaan cuba melarikan diri dengan menggunakan tali yang dibuat dengan mengikat beberapa pakaian.
Pemilik apartmen berkenaan memberitahu wartawan, pembantu rumah itu sebelum ini melarikan diri dari majikan asalnya di Hail.
Menurutnya, majikan asal itu menghubungi dan memintanya supaya tidak membiarkan dia keluar supaya dia boleh membawanya pulang.
“Tetapi, dia cuba melarikan diri dan akibatnya, dia mati,” kata pemilik apartmen itu.
Jurucakap polis di Balai Polis Jeddah Utara, Naif Al-Wafidi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan menemui mayat wanita berkenaan
Menurut Naif, mayat wanita itu dihantar ke bahagian Pentadbiran Perubatan Forensik untuk memastikan sama ada dia mati akibat kecederaan lain selain kerana terjatuh. — AP
No comments:
Post a Comment