Thursday, December 2, 2010

BUKAN SALAHNYA..TELAH DITAKDIRKAN...CARANYA SEKOLAH SERTA KEMENTERIAN BENARKAN IA PAKAI PURDAH....DAN PIHAK SEKOLAH MENGELUARKAN PERATURAN...MURID TIDAK DIBENAR MENGEJEK.....

Malu kawan ejek hantu

Oleh Hadzlan Hassan

DERITA...Che Ku Zaimah melayan Nurul di rumah mereka.
DERITA...Che Ku Zaimah melayan Nurul di rumah mereka.
KUALA TERENGGANU: “Bayangkan perasaan anak saya apabila kawan-kawan memanggilnya hantu. Kejadian itu menyebabkan dia menjadi semakin pasif dan enggan ke sekolah tahun depan jika wajahnya belum pulih seperti sediakala.
“Saya sangat bimbang kerana emosinya terganggu, dia baru sembilan tahun dan cuba bayangkan apabila dia semakin meningkat remaja nanti,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu dua beradik yang cedera teruk di muka apabila disimbah asid oleh bapa sendiri.
Che Ku Zaimah berkata, sebelum ini, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, pernah memakai topeng ke sekolah tetapi diejek hantu menyebabkan dia membuka topeng.

“Apabila topeng dibuka wajahnya memang teruk kerana daging pipi membengkak sekali gus menyebabkan hidungnya semakin mengecil dan masih dipanggil hantu,” katanya

Menurutnya, doktor memaklumkan daging akibat simbahan asid akan membengkak dalam tempoh dua tahun dan itulah yang berlaku pada muka Nurul dan adiknya, Muhammad Irfan Firdaus, 2, malah bahagian belakang badannya yang terkena asid turut membonjol.

Sikap pasif dan malu kanak-kanak berkenaan terserlah kelmarin kerana ketika disapa wartawan Harian Metro di perkarangan mahkamah, dia hanya menundukkan muka dan enggan menjawab sebarang pertanyaan.

Harian Metro pada 16 Ogos lalu melaporkan seorang lelaki bertindak melempar asid hingga menyebabkan isteri, dua anak dan ibu mentuanya cedera berikutan berang dengan keputusan isteri berpindah ke rumah ibunya ketika mereka dalam proses bercerai.

Tertuduh, Mat Haizan Mat Yasin, 32, dikatakan memecah masuk ke rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid.

Tindakan tertuduh menyebabkan Nurul cedera parah di muka, manakala Muhammad Irfan juga cedera di muka.

Semalam, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen kerana perbuatannya.

Terdahulu, lelaki berkenaan dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah.

Ditanya sama ada dia masih mempunyai hati kerana masih sudi menjenguk suaminya di penjara, Che Ku Zaimah berkata, lawatannya ke penjara sekadar menunaikan janji kepada Nurul yang meminta untuk melihat ayahnya ketika dia masih terbaring di katil hospital.

“Saya hanya tunaikan janji, tak lebih daripada itu kerana sebagai manusia biasa saya boleh memaafkan kesalahannya tetapi yang lain biar dia dengan Tuhan...hanya Allah yang dapat memaafkan kesalahannya.

“Terus terang saya cakapkan saya sudah tiada hati untuk kembali dengannya tetapi jika anak ingin bertemu dengannya saya tidak akan menghalang kerana dia masih bapa mereka,” katanya



JIKA IA DAH KAHWIN HENDAKLAH DIREJAM SAMPAI MATI...NI HUKUM ALLAH SWT

'Dia umpama cucu kamu'

Oleh Ibrahim Isa

BATU PAHAT: “Saya tahu kamu suka sama suka, tetapi gadis ini masih kecil dan bertaraf cucu kepada kamu. Selagi mangsa berusia bawah 16 tahun, undang-undang negara mengklasifikasikan tindakan kamu sebagai kes rogol.
“Kamu sepatutnya melindungi serta menasihatkan gadis ini dan bukan memujuknya melakukan hubungan seks,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukum kepada seorang warga emas orang kurang upaya (OKU).
Tertuduh, Mohd Sairi Munajar@Munajat, 56, yang cacat kedua-dua tangannya dipenjara 10 tahun dan enam sebatan semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja berusia 13 tahun di asrama pekerja di Kampung Dalam, Ayer Hitam pada Oktober 2009.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, tertuduh sepatutnya melindungi dan menasihatkan gadis berkenaan daripada melakukan perbuatan negatif, tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

Beliau berkata, kes rogol membabitkan mangsa di bawah umur semakin berleluasa dan hukuman lebih tegas perlu dikenakan sebagai peringatan dan amaran kepada masyarakat.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman berkenaan kepada tertuduh yang juga seorang tukang kayu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sairi dituduh merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun sembilan bulan di Asrama Pekerja Kilang, Syarikat Berjaya Perniagaan Kayu Kayan T dan Y di Batu 19, Kampung Dalam, Ayer Hitam, di sini, pada jam 11.30 malam, 24 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh merogol mangsa di tempat sama antara jam 2 petang hingga 11 malam pada 25 Oktober tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Mohd Sairi yang tidak diwakili peguam dalam prosiding semalam merayu supaya tidak dikenakan hukuman sebatan dengan alasan dia menghidap asma selain faktor usia.

Bagaimanapun, Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu kerana kesalahannya serius.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiah Saini, manakala dua peguam yang pernah membela tertuduh sebelum ini menarik diri daripada kes itu.

Menurut fakta kes, tertuduh mengenali mangsa selepas gadis itu tersilap menghantar SMS kepada nombor telefon bimbitnya.

Kedua-duanya berbalas SMS selama sembilan bulan sebelum lelaki terbabit memujuk mangsa melarikan diri dari rumah keluarganya di Gemas, Negeri Sembilan, dengan berjanji membawanya ke Genting Highlands, sebaliknya ke tempat lain sebelum dirogol





ZAMAN RASULLULLAH SAW 40X SEBATAN...MANAKALA ZAMAN SYAIDINA UMAR R.A...80X SEBATAN BAGI YANG MINUM ARAK....

Pramugari maut angkara drebar mabuk



REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
GEORGETOWN: Hasrat seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan bertemu rakan serta neneknya yang akan menjalani pembedahan tidak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa, Ng Sweet Yuin, 27, dari Lebuh Maccalum, di sini, memandu Perodua Myvi seorang diri dari pusat bandar raya menuju Jambatan Pulau Pinang.

Seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui berkata, mangsa keluar rumah untuk bertemu rakannya sebelum menziarahi neneknya yang akan menjalani pembedahan di sebuah hospital hari ini (semalam).

Menurutnya, Ng baru pulang ke rumah Selasa lalu untuk bertemu neneknya, tetapi hasratnya tidak kesampaian apabila terbabit kemalangan terbabit

“Ng dipercayai menjadi mangsa keadaan berikutan kelalaian pemandu lain menyebabkan dia pergi buat selama-lamanya dan saya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulai Pinang (HPP), di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu, kereta mangsa dipercayai bertembung sebuah Proton Satria dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, Proton Satria itu baru keluar dari sebuah stesen minyak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, siasatan turut mendapati lelaki berkenaan yang baru pulang dari luar negara dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Akibat rempuhan kuat itu, kereta mangsa terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas manakala bahagian depan kedua-dua kereta itu remuk teruk menyebabkan serpihan kaca bertaburan atas jalan.

“Mangsa dipercayai tersepit dalam kereta sebelum dibantu orang ramai yang membawanya keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu perubatan HPP,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pemandu Proton Satria itu cedera di muka dan badan serta dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kemalangan termasuk mengambil sampel darah lelaki terbabit untuk ujian kimia bagi menentukan sama ada memandu di bawah pengaruh alkohol atau sebaliknya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke HPP dan hasil bedah siasat mangsa disahkan mati akibat parah di kepala dan dada.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Abd Rahim Din, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dan denda RM5,000 atau maksimum RM20,000 atau kedua-dua sekali.

No comments:

Post a Comment