Tuesday, November 30, 2010

ISLAM@ADAT TIMUR BUKAN JADI PEGANGAN HIDUP PADA SELURUHNYA....HINGGA BERCIUM ....DAPAT DILIHAT...YANG TAK DAPAT DILIHAT..LAGI LAH BANYAK....

NEGARA


Bekas suami dakwa lihat Iking dicium, dipeluk Darren

KUALA LUMPUR - Bekas suami model dan pengacara televisyen, Daphne Eleanor Iking memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau melihat Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming mencium pipi Daphne, yang ketika itu masih isterinya, di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 2008.
Ryan Chong Yiing Yih, 32, berkata, beliau nampak gelagat itu sejurus Daphne bersama Darren tiba dari London pada 5 Julai 2008.
"Saya terperanjat melihat kehadiran Darren bersama Daphne ketika sampai kerana saya tidak diberitahu mengenai lelaki itu (Darren).
"Saya juga terkejut apabila melihat Darren sedang memeluk bahu dan kemudian mencium pipinya," katanya yang merupakan saksi pertama kes itu


NEGARA


Pokok reput penyebab ajal


ISTERI Mohd. Helmi melihat mayat suaminya yang mati dihempap batang pokok reput di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, (gambar kecil) mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang.
Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis.
Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut



NEGARA


Hanya 187 premis ada sijil halal

CYBERJAYA – Hanya 187 daripada ribuan premis makanan dan restoran di seluruh Malaysia memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, bilangan yang sedikit itu ada kaitan dengan faktor kesukaran peniaga dan pengusaha di negara ini untuk mendapatkan bekalan bahan mentah halal.
Salah satu prosedur penting untuk mendapatkan sijil halal bagi premis makanan dan restoran adalah penggunaan bekalan bahan mentah yang diiktiraf halal.
“Ketika ini belum banyak syarikat yang mengeluarkan bahan mentah halal dan kebanyakannya tidak menjual bahan mentah dalam kuantiti yang kecil.



NEGARA


Jangan guna jalan pintas beli organ manusia

KUALA LUMPUR – Mereka yang menderita penyakit jantung, buah pinggang atau paru-paru dinasihatkan supaya tidak mengambil jalan pintas dengan membeli organ tubuh manusia di pasaran gelap kerana perbuatan itu menyalahi peraturan selain berisiko mendatangkan kesan sampingan.
Ketua Penyelaras Pusat Sumber Pemindahan Nasional (NTRC) Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr. Lela Yasmin Mansor berkata, urusniaga jual beli organ tubuh manusia begitu rancak satu waktu dulu dengan pesakit yang terdesak sanggup membayar di antara RM100,000 hingga RM300,000 bagi mendapatkannya.



NEGARA


Aduan kakitangan awam biadab meningkat

IPOH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadab dan bersikap perkauman terhadap orang ramai.
Beliau berkata, masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkat berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA).
"BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadab dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini semalam.

No comments:

Post a Comment