Friday, December 3, 2010

JODOH KUASA ALLAH...BILA SAMPAI ...KAHWINLAH...CARILAH YANG TAQWA UNTUK JADI SUAMI ATAU ISTERI BUKAN YANG ISLAM HANYA PADA NAMANYA AJER





Suami terpana belaian mak nyah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: “Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,” kata seorang wanita.
Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan ‘bencong’.

Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan

Lin berkata, suaminya yang bekerja sendiri mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.

“Mulanya saya tidak curiga kerana kami sudah lama berkahwin, namun perangainya mula berubah apabila dia semakin jarang untuk ‘bersama’ saya.

“Malah, ada kalanya dia lebih selesa tidur di ruang tamu dan jarang berbual dengan saya dan anak-anak. Bila ditanya dia memberi alasan kepenatan, sakit badan dan macam-macam lagi.

“Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengannya, apatah lagi dia kerap kali menyembunyikan dua telefon bimbitnya daripada saya setiap kali ia berbunyi,” katanya.

Lin berkata, segala-galanya terbongkar apabila dia mendapatkan nombor telefon bimbit yang sering menghubungi suaminya dengan melakukan semakan pada bil diterima.

“Saya menghubungi satu nombor yang kerap tertera dalam bil berkenaan sebelum ia dijawab suara seakan-akan wanita. Apabila diajukan soalan, ‘wanita’ bersuara sedikit garau itu memperkenalkan diri sebagai Yuni. Namun, apabila ditanya lebih lanjut, dia yang bercakap dengan loghat Indonesia mematikan telefon.

“Saya yang masih tak berpuas hati menghantar SMS bertanyakan identiti dan hubungannya dengan suami saya, namun tidak dijawab. Berikutan itu, saya minta bantuan adik menyiasat dan mengekori suami setiap kali dia keluar rumah,” katanya.

Menurutnya, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan seorang pondan jelita yang berpeleseran di Lorong Haji Taib 2, di sini.

“Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan berkenaan hampir setiap malam.

“Saya diberitahu, suami menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan terbabit di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu,” katanya.

Menurutnya, dia yang menjejaki pondan terbabit akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut itu menjaja tubuh di kaki lima kawasan terbabit dengan bayaran RM50 sekali perkhidmatan.

“Saya tak dapat bayangkan apa yang ditawarkan pondan itu kepada suami saya, namun yakin ia menyebabkan suami saya ketagih. Saya dilayan seolah-olah tidak wujud padahal saya juga inginkan perhatiannya.

“Jika ikutkan hati mahu saja saya mengupah orang memukul pondan terbabit, namun bimbang ia akan lebih mengeruhkan rumah tangga kami. Apa yang saya tahu pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta,” katanya



Halang dedah maklumat sulit



SYED ABDULLAH HUSSEIN...defendan pertama
SYED ABDULLAH HUSSEIN...defendan pertama
KUALA LUMPUR: Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, terhadap Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers selepas mendakwa lelaki itu mendedahkan maklumat sulit beliau.
Dalam saman itu, Siti Aishah menamakan Syed Abdullah Hussein sebagai defendan pertama dan bapa pengamal perubatan tradisional berkenaan, iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Gunaselan & Associates di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.

Kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 22 Disember ini.

Siti Aishah memohon perintah injunksi bagi melarang Syed Abdullah dan bapanya tidak mendedahkan sama ada secara lisan, blog, akhbar atau wakil berhubung sebarang maklumatnya.

Siti Aishah juga memohon perintah untuk melarang kedua-dua defendan menerbitkan buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Berdasarkan penyata tuntutan, Siti Aishah mendakwa pada Jun lalu, beliau ada meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantunya menangani masalah emosi yang dihadapi selepas lelaki itu memberitahu boleh mengubati dan menjalankan kaunseling.

Selepas membuat persetujuan, plaintif bersetuju menjalani rawatan itu dengan bayaran RM15,000. Bagaimanapun, Siti Aishah menamatkan rawatannya selepas berlaku perselisihan faham dengan defendan pertama


NEGARA


Pencuri merayu tidak dipukul


SUSPEK (kiri) gagal mengimbangi badan selepas dibelasah penduduk kampung di Kampung Gong Tok Nasek semalam.


KUALA TERENGGANU - "Kite minta maaf kite orang Ganu (Terengganu)."
Demikian rayuan seorang lelaki untuk mengelakkan dia dibelasah sebaik dicekup ketika cuba memecah masuk sebuah kedai di Kampung Banggol dekat sini pukul 1 petang semalam.
Seorang penduduk, Johari Razali, 21, memberitahu, sebelum itu, lelaki tersebut dilihat berlegar-legar di sebuah premis mencuci kereta berhampiran kedai milik rakan rapatnya itu.
Katanya, sebaik ditanya oleh orang ramai, suspek menyatakan kedai itu milik bapa saudaranya sekali gus membuatkan mereka pelik kerana suspek tidak pernah dilihat sebelum itu.
"Pemilik kedai itu tiada kerana dia ke Kuala Lumpur. Mereka kemudian menghubungi saya dan sebaik sampai saya lihat suspek telah melarikan diri dengan menaiki sebuah basikal menuju ke Kampung Gong Pak Maseh.







Zaibo nikah kenalan lama

Oleh Abie Abdullah

SAH...Siti Hawa mencium tangan Zaibo selepas majlis akad nikah, semalam.
SAH...Siti Hawa mencium tangan Zaibo selepas majlis akad nikah, semalam.
BATU PAHAT: “Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,” kata pelakon berpengalaman, Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo).
Bertempat di Pejabat Kadi Batu Pahat, Zaibo, 54, diijabkabulkan dengan kenalan lamanya yang juga ibu tunggal, Siti Hawa Syawal, 45, oleh Kadi Daerah itu, As Sheikh Mustafa Omar, kira-kira jam 3 petang semalam.

Siti Hawa yang mempunyai sembilan anak menerima mas kahwin RM22.50. Majlis diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk keluarga rapat kedua-dua pihak saja.

Menurut Zaibo, dia dan isteri sepakat untuk mengadakan majlis yang ringkas secara tertutup kerana memandangkan usia masing-masing yang sudah meningkat dan Siti Hawa pula pernah berumahtangga


“Mulanya kami hanya nak bernikah di pejabat kadi dan mengadakan kenduri doa selamat. Bagaimanapun perancangan itu bertukar apabila ramai pula ahli keluarga sebelah perempuan yang hadir. Saya agak tadi hampir 80 orang. Namun saya bersyukur kerana mereka datang meraikan kami,” katanya yang akan mengadakan majlis resepsi Januari nanti.

Pelakon teater terkenal itu mengenali Siti Hawa sejak 10 tahun lalu dan kembali rapat selepas tiga tahun kebelakangan ini. Namun mereka tidak pernah membincangkan soal hubungan yang serius, sebaliknya atas dasar persahabatan.
Kebetulan Siti Hawa adik kepada kenalan Zaibo.

Hati Zaibo terbuka untuk lebih serius ketika Ramadan lalu dan ini dinyatakan kepada Siti Hawa. Pun begitu, kesibukannya sebagai pelakon membuatkan hasrat itu ‘hilang’ sehinggalah dua minggu lalu, mereka masing-masing serius.

“Benar, saya mengambil keputusan cepat. Malah kenalan dan keluarga pun, saya hanya beritahu dua hari sebelum majlis pernikahan diadakan. Saya percaya dengan ketetapan Ilahi terhadap perjalanan saya dan isteri. Doakan kami bahagia,” katanya.

Antara rakan artis yang hadir Betty Benafe dan penulis skrip, Wahid Nasir.

No comments:

Post a Comment