Thursday, December 2, 2010

BILA MANUSIA HILANG MALU HINGGA LAKON LUCAH SUDAH JADI BIASA....BILA UNDANG2 MENJADI PEREMPUAN SUSAH..DENGAN MESIN IMBAS....

DUNIA


Penduduk bandar Meoqui berkabung


MAYAT Ketua Polis Meoqui, Hermila Garcia ditutupi dengan kain selepas dia ditembak mati seorang lelaki dipercayai geng dadah di Meoqui, utara Mexico pada Isnin lalu


MEOQUI - Penduduk bandar kecil di sini, utara Mexico, berkabung bagi memperingati seorang ketua polis wanita, Hermila Garcia satu-satunya penduduk yang sanggup memegang jawatan ketua polis akhirnya mati ditembak anggota kartel dadah negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Garcia, 38, menjadi ketua polis Meoqui, negeri Chihuahua dua bulan lalu sebelum dia ditembak pada Isnin lepas.
Dia diserang ketika memandu bersendirian ke tempat kerjanya.

HERMILA GARCIA


Garcia yang merupakan bekas peguam dan masih bujang, merupakan segelintir wanita yang berani memikul tanggungjawab sebagai ketua polis di beberapa buah bandar di Mexico selepas kaum lelaki mengelak untuk memegangnya kerana takut.
Dikenali dengan gelaran La Jefa Garcia, dia tidak membawa senjata atau pengawal peribadi semasa kejadian.
Keganasan dadah telah meragut nyawa hampir 30,000 orang di Mexico sejak Presiden Felipe Calderon memegang jawatan itu pada 2006.
Dia menghantar kira-kira 45,000 askar bagi memerangi kartel-kartel dadah. - Agensi









DUNIA


Polis Britain enggan tangkap pengasas WikiLeaks


Julian Assange


LONDON - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange tidak ditangkap di Britain kerana pihak berkuasa Sweden melakukan kesilapan dalam mengisi waran tangkapnya, lapor akhbar The Times semalam.
Akhbar berkenaan menyebut, polis Britain telah mengenal pasti Assange bersembunyi di satu lokasi di tenggara England tetapi mereka tidak dapat menahannya kerana waran tangkap Eropah itu tidak lengkap.
"Ia (waran tangkap) mengandungi beberapa kelemahan menyebablan kami tidak dapat menguatkuasakannya," kata seorang jurucakap polis.
Difahamkan, pihak berkuasa Sweden mengeluarkan waran tangkap berhubung dakwaan jenayah seks terhadap Assange pada 19 November lalu, sehari sebelum polis Interpol meletakkan namanya ke dalam senarai orang buruan mereka.
Sementara itu, peguam Assange yang beribu pejabat di Britain, Mark Stephens berkata, pihak berkuasa Britain mengetahui tempat persembunyian anak guamnya.
"Polis tahu bagaimana untuk menangkapnya, begitu juga pihak pendakwa raya Sweden. Namun, sehingga kini tiada siapa yang tampil memberitahu apa yang sebenarnya berlaku (mengapa Assange masih belum ditahan)," kata Stephens.
Assange tidak dilihat sejak laman webnya WikiLeaks mendedahkan sejumlah 250,000 dokumen rasmi Amerika Syarikat (AS) pada Ahad lepas. - Agensi



DUNIA


WikiLeaks dakwa tidak tahu siapa sumbernya

LONDON - Seorang kakitangan laman web WikiLeaks mendakwa dia tidak tahu bahawa seorang bekas penganalisis perisikan tentera Amerika Syarikat (AS) ditahan pihak berkuasa AS kerana menyalurkan lebih 250,000 maklumat mengenai hubungan diplomatik AS yang didedahkan laman itu pada Ahad lalu.
Menurut kakitangan itu, Kristinn Hrafnsson, WikiLeaks telah memberi sumbangan untuk membiayai kos guaman bekas penganalisis perisikan tentera itu, Bradley Manning, 23 yang kini ditahan di sebuah pusat marin dekat Washington.
Namun, para pegawai AS enggan mengesahkan sama ada maklumat yang didedahkan oleh Manning adalah sama dengan maklumat yang dibocorkan WikiLeaks.
"Saya tidak tahu dia (Manning) adalah sumbernya. Jika benar, saya fikir dia ialah seorang hero," kata Hrafnsson yang merupakan bekas wartawan televisyen di Iceland.
Pendedahan lebih 250,000 maklumat oleh WikiLeaks menerusi kerjasama dengan lima buah akhbar di Barat seperti The New York Times dan The Guardian di Britain telah menggugat dunia diplomatik AS dengan negara luar. - Reuters



DUNIA


Lambang Zionis di atas bangunan di Iran


GAMBAR enjin carian Google menunjukkan lambang rezim Zionis (dalam bulatan), Bintang David terdapat di atas bumbung bangunan syarikat penerbangan Iran Air di Teheran.


TEHERAN - Pemerintah Iran marah selepas imej satelit enjin carian Goggle Earth mendapati terdapat lambang rejim Zionis, Bintang David di atas bumbung ibu pejabat syarikat penerbangan Iran Air, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pegawai-pegawai Iran telah mengarahkan supaya simbol itu dibuang selepas timbul desas-desus bahawa lambang berkenaan itu sudah ada sebelum Revolusi Islam berlaku pada 1979 di negara berkenaan.
Bintang itu jelas kelihatan berada di bahagian tengah bangunan Iran Air tetapi kesahihannya masih dipertikaikan.
Media Iran mendakwa bangunan tersebut telah dibina oleh para jurutera Israel semasa negara itu diperintah oleh Shah Mohamed Reza Pahlavi.
Semasa pemerintahan Shah, hubungan antara kedua-dua buah negara itu amat rapat.
Ketika itu, terdapat penerbangan antara Lapangan Terbang Mehrabad di Teheran, Iran ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel.
Israel turut menjual senjata kepada pemerintah Iran ketika itu bagi mendapatkan tukaran minyak.
Namun Iran kini memutuskan hubungan dengan Israel.
Satu laman web Iran menyatakan: "Sangat menghairankan, walaupun sudah 32 tahun Revolusi Islam berlaku, bintang Zionis ini masih belum dibuang dari bangunan itu."
Pada Ogos lalu, kewujudan lambang yang sama menimbulkan kemarahan apabila ia ditemui di bahagian atas sebuah bangunan di Tapak Revolusi di Teheran. - Agensi





DUNIA


JLo halang klip video seks




LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez (gambar) kini bergelut bagi menyelamatkan imej bersihnya daripada tercemar, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi berusia 41 tahu itu terpaksa naik turun mahkamah bagi menghentikan bekas suaminya, Ojai Noa dan ejennya, Ed Meyer daripada menjual dan memasarkan beberapa klip video yang dirakamkan semasa perkahwinan mereka selama 11 bulan pada 1997.
Dalam satu klip video tersebut, Lopez yang lebih dikenali sebagai JLo dilihat berbogel semasa menaiki sebuah skuter di tempat awam, menurut beberapa dokumen mahkamah yang difailkan pada Selasa lepas.
Peguam Noa berhujah bahawa rakaman itu dibuat dengan kebenaran Lopez. Namun peguamLopez memberitahu, ia adalah untuk tujuan peribadi dan bukan untuk didedahkan kepada umum atau dijual bagi tujuan komersial.
Pendedahan mengenai klip video seks itu membimbangkan Lopez yang cuba menonjolkan imej bersih selepas dia berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony dan mendapat sepasang anak kembar. - Agensi




DUNIA


Orang Utan paling gemuk di Britain


ORANG Utan yang bernama Oshine memakan makanan dalam program diet untuk menguruskan badannya.


LONDON - Seekor Orang Utan betina bernama Oshine di Britain mencetuskan sensasi di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Oshine menjadi tumpuan selepas ia muncul sebagai Orang Utan paling gemuk di Britain dengan beratnya mencecah 100 kilogram atau sekali ganda berat Orang Utan biasa.
Pakar-pakar percaya gaya hidupnya sebagai haiwan peliharaan selama 13 tahun di Afrika Selatan telah menyebabkan Oshine menjadi gemuk.
Bimbang dengan tahap kesihatannya itu yang akan terjejas akibat kegemukan, Oshine kini menjalani terapi diet serius bagi menurunkan berat badannya kepada normal sejak awal tahun ini. - Agensi



DUNIA


Penumpang cuma berpakai dalam


TAMMAY BANOVAC.


BANDAR RAYA OKLAHOMA - Seorang wanita berusia 52 tahun yang berkerusi roda, Tammy Banovac hanya memakai coli dan seluar dalam berwarna hitam semasa dia diperiksa oleh ejen-ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (TSA) di sebuah lapangan terbang di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam insiden pada Selasa lepas, wanita jelita tersebut dipaksa menjalani pemeriksaan badan selama sejam walaupun dia tiba di lapangan terbang itu dengan cuma memakai coli dan seluar dalam.
Pemeriksaan panjang yang dianggap tidak munasabah itu menyebabkan Banovac, 52, ketinggalan penerbangannya ke Phoneix.
Wanita itu memberitahu sebuah akhbar tempatan, dia memakai pakaian dalam itu kerana mahu mengelak daripada menjalani pemeriksaan badan.
Dua minggu lalu, dia menjalani pemeriksaan bagi tempoh yang lama disebabkan masalahnya menggunakan kerusi roda.
"Dalam situasi lain, pemeriksaan badan ini dipanggil serangan seksual," katanya.
Insiden pada Selasa lalu itu dirakamkan oleh seorang penumpang lain.
Dia ketinggalan pesawat selepas ejen-ejen TSA mengambil masa lama memeriksa dirinya yang cuma berseluar dalam dan coli.
Ejen-ejen itu kemudian mengesan kehadiran bahan kimia nitrat yang boleh membuat bom pada kerusi rodanya.
Namun, kata wanita itu, kesan tersebut mungkin berpunca daripada ubat-ubatan atau ekspedisi memburu yang disertainya baru-baru ini.
Akibat insiden itu, dia terpaksa pulang ke rumah selepas ketinggalan pesawat akibat pemeriksaan tersebut.
Pada Rabu lalu, dia kemudian sekali lagi ke lapangan terbang dengan memakai seluar dalam dan coli bagi memudahkan pemeriksaan.
Dia kemudian memakai semula pakaian yang dibawanya selepas pemeriksaan itu.
Tiada bahan letupan ditemui kali ini menyebabkan dia dibenarkan menaiki pesawat. - Agensi



DUNIA


Keranda penembak bekas Presiden AS dilelong


KERANDA pembunuh Presiden John F. Kennedy pada 1963 diletakkan di Rumah Lelongan Nate D. Sanders di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Sebuah keranda yang pernah menempatkan mayat Lee Harvey Oswald yang merupakan penembak Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada 22 Novermber 1963 mulai dilelong kepada orang ramai, kata pihak pengurusan Rumah Lelongan Nate D Sanders kelmarin.
Pengurus rumah lelongan itu, Laura Yntema berkata, lelongan tersebut akan berakhir pada 18 Disember depan.
Harga pembukaan untuk lelongan itu ialah AS$1,000 (RM3,100).
Keranda yang diperbuat daripada kayu pine itu rosak akibat terkena air selepas 18 tahun diletakkan di bawah tanah sebelum kubur Oswald digali semula pada 4 Oktober 1981.
Sebelum ini terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa terdapat mayat ejen Kesatuan Soviet (kini Rusia) yang mempunyai wajah sepertinya dikebumikan dalam kubur Oswald.
Namun, mayat yang digali semula itu disahkan Oswald yang kemudiannya diletakkan ke dalam keranda lain.
Oswald mati ditembak dua hari selepas dia menembak Kennedy.
Mayat Oswald dikebumikan pada 25 November 1963.
Dia ditembak mati oleh Jack Ruby yang di bawah pengaruh dadah di ibu pejabat polis Dallas.
"Kami telah mendapati ramai pelanggan yang berminat dan ia merupakan lelongan pertama seumpamanya di pasaran, keranda tersebut diperbuat daripana pokok pine yang biasa. Keranda itu berada dalam keadaan usang tetapi ia mudah diperbaiki," kata Yntema - Agensi

No comments:

Post a Comment