2'spa songsang' degil
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohd Zaidi Ya’acob
MALU...sebahagian pelanggan kelab yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti songsang.
JIJIK...antara kondom yang dijumpai selepas serbuan di dua premis di Melaka, kelmarin.
Serbuan dilakukan Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bermula kira-kira jam 10 malam kelmarin.
Dalam serbuan pertama di Jalan Kampung Pantai, pihak berkuasa menemui kondom dan sarung kondom sudah digunakan.
Bagaimanapun, dalam serbuan di premis kedua, pengusahanya dikesan licik menyembunyikan aktiviti songsang itu apabila mengetahui operasi dilakukan pihak berkuasa.
Sebelum ini, rahsia dua premis tanpa tanda perniagaan di bahagian luar itu yang menjadi tumpuan lelaki termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dibongkar pihak berkuasa hasil maklumat awam apabila ibu bapa pelajar sebuah IPT di negeri ini mengesyaki anak mereka terbabit dengan aktiviti berkenaan.
Pengarah BPPA, Shadan Othman berkata, pihaknya bimbang dengan penularan aktiviti kelab gay di negeri ini dan operasi berterusan akan dilakukan bagi menanganinya.
Katanya, ketika serbuan, kebanyakan pengunjung premis pertama hanya memakai tuala dan mandi dalam keadaan bogel serta berada dalam sauna yang terletak di tingkat atas.
“Dalam operasi itu, kita memeriksa 30 lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an yang berada dalam premis, namun tiada sebarang tangkapan.
“Bagaimanapun, Jaim mengeluarkan saman kepada empat lelaki Islam untuk hadir ke pejabat pihak berkuasa agama itu untuk sesi kaunseling manakala MBMB pula mengeluarkan dua saman kepada pemilik premis kerana menyalahgunakan lesen perniagaan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya mendapati satu daripada premis terbabit mempunyai lesen perniagaan kedai kecantikan tetapi pengusahanya disyaki menyalahgunakannya dengan menawarkan aktiviti songsang, manakala sebuah lagi masih dalam proses memohon tetapi sudah memulakan operasi.
Ragut nak pujuk isteri
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Felda Damak, dekat Jerantut, diberkas dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.
Sebelum kejadian, lelaki terbabit yang bekerja sebagai agensi mencari pekerjaan menunggang motosikal sebelum berhenti di depan kedai emas berkenaan dan masuk dalam premis itu sambil berlagak seperti pelanggan yang mahu membeli emas.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ketika berada dalam premis itu, lelaki terbabit menghampiri mangsa berusia 60 tahun dan meminta mengeluarkan dua rantai leher yang dipamerkan dalam rak kaca.
Menurutnya, ketika memegang dua rantai leher bernilai RM15,000, lelaki terbabit terus melarikan diri ke arah motosikalnya yang ditinggalkan dalam keadaan enjin dihidupkan sebelum mangsa menjerit meminta pertolongan.
Katanya, pada masa sama, dua anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah terserempak dengan lelaki terbabit berlari ke arah motosikal yang diletakkan tidak jauh daripada premis berkenaan.
Abdul Razak berkata, dua anggota polis terbabit bergegas ke arah lelaki itu sebelum berlaku pergelutan ketika memberkasnya.
“Berikutan penahanan lelaki terbabit, dua anggota polis itu menemui dua rantai leher yang masih digenggam sebelum dia dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.
“Ketika soal siasat dijalankan, lelaki terbabit mendakwa terpaksa melakukan kegiatan terbabit kerana terdesak mendapatkan wang bagi memujuk isteri yang membawa lari tiga anak kerana dikatakan merajuk,” katanya di sini, semalam.
Katanya, polis merampas motosikal yang digunakan lelaki terbabit, selain menemui sarung tangan serta tukul besi berada dalam raga motosikal berkenaan.
Abdul Razak berkata, lelaki terbabit belum pernah mencatat rekod jenayah sebelum ini ditahan di IPD Lipis untuk siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit
Sebak lihat kepala putus
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Iskandar Shah Mohamed
REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa.
Hardi Jamu, 37, berkata dia melihat lima mangsa yang berada dalam kereta berkenaan tidak bergerak dan percaya mereka sudah meninggal dunia akibat parah.
“Saya berkejar mendapatkan beberapa lagi mangsa dalam kenderaan lain untuk memberi bantuan selain cuba menahan kenderaan yang lalu lalang bagi mengelak mereka terbabit kemalangan ngeri itu.
“Keadaan kelam-kabut dan orang ramai yang berada di kawasan sekitar serta pengguna jalan raya lain datang memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui, semalam
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, lima sekeluarga yang menaiki Proton Wira dari Port Dickson maut selepas kenderaan dinaiki berlanggar sebuah trak tentera.
Mereka yang maut ialah Mohd Said Lakan, 58, isterinya, Rosnani Buyong, 50, anak mereka, Nordiana, 30, menantunya, Saipol Naaim Mat Dan, 36, (pemandu kereta) dan cucunya, Muhammad Harith Firdaus Saipol Naaim berusia empat tahun.
Kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kereta yang datang dari Port Dickson menghala Linggi memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh belakang trak tentera yang menuju Port Dickson menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh Proton Wira dinaiki lima sekeluarga berkenaan.
Dua lagi kenderaan terbabit iaitu sebuah Perodua Myvi dan Kia Spectra. Empat mangsa cedera termasuk seorang kanak-kanak dan mereka dikejarkan ke Port Dickson untuk rawatan lanjut.
Menceritakan kejadian itu, Hardi berkata, ketika kejadian, dia berada di simpang di depan lokasi nahas itu untuk keluar membeli barangan.
Katanya, tiba-tiba dia terdengar dentuman kuat sebelum melihat sebuah kereta melanggar sisi belakang trak tentera menyebabkannya hilang kawalan.
“Trak tentera itu kemudian terlanggar Proton Wira dan terbalik sambil menyeret Proton Wira itu ke tepi jalan.
“Sejurus kemudian saya terdengar beberapa lagi dentuman dipercayai akibat kemalangan susulan di belakang trak tentera berkenaan,” katanya.
Menurutnya, selepas melihat keadaan pemandu dan penumpang Proton Wira berkenaan, dia segera pergi ke beberapa lagi kenderaan yang turut terbabit dalam kemalangan untuk memberikan bantuan.
“Saya dan beberapa pengguna lain serta orang ramai yang berada di tempat kejadian memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
“Pasukan bomba dan polis yang dihubungi datang ke lokasi tidak lama selepas kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit,” katanya.
Hardi berkata, pemandu dan beberapa anggota tentera dalam trak tentera itu, bagaimanapun tidak cedera serius.
Padah menunggang lawan arus
REMUK...teksi limosin dan mayat Logeswaran di tempat kejadian, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa K Logeswaran, 22, tercampak ke cermin teksi sebelum jatuh di atas jalan.
Menurut sumber polis trafik, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang melawan arus di laluan tengah jalan yang mempunyai tiga lorong itu.
“Sebuah teksi limosin KLIA dari Kampung Pandan, dekat sini, gagal mengelak motosikal terbabit lalu merempuhnya.
“Akibat daripada itu, mangsa tercampak ke cermin teksi sebelum jatuh ke jalan dan parah serta mati di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, katanya, pemandu teksi Rostam Nordin, 42, dan isterinya tidak cedera.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan polis meminta saksi kejadian menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment