Rakan Wendy Wong Hampir Masuk Perangkap Penjenayah
Wendy atau nama Islamnya Wani Wendy Wong Abdullah, 49, berkata, rakan-rakannya mempercayai mesej yang dikirim bertujuan meminta bantuan itu selepas mendapati ia datang daripada e-mel sebenar milik Wendy.
“Ada kawan saya yang berada di Jakarta dan seorang peguam di London sudah bersiap sedia untuk menghantar wang kepada individu yang menyamar sebagai saya.
“Mereka bernasib baik kerana dapat berhubung dengan saya terlebih dahulu menerusi telefon sebelum berhasrat memasukan wang kepada penjenayah terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Biro Pengaduan Awam MCA, Jalan Ampang, di sini.
Hadir sama ketua biro aduan tersebut Datuk Seri Michael Chong.
Dalam kejadian pada Selasa, rakan-rakan pelakon itu telah menerima kiriman e-mel dengan mendakwa kononnya Wendy sedang menghadapi masalah selepas dompet yang mengandungi wang dan kad kreditnya tercicir ketika mengikuti satu program di Sepanyol.
Isi kandungan mesej itu antara lain turut menyebut insiden berkenaan telah menyebabkan pasportnya ditahan oleh pihak hotel kerana gagal membuat pembayaran.
Kejadian itu berlaku selepas Wendy menghantar komputer riba miliknya di Mid Valley dekat sini untuk diservis.
Sementara itu Wendy berkata dia telah mengenal pasti maklumat mengenai individu berkenaan selepas menyamar kononnya mahu memberikan wang sebagaimana diminta.
Berdasarkan maklum balas yang diterima, individu berkenan meminta wang dalam jumlah tersebut dan perlu disalurkan melalui pindahan wang Western Union yang akan dituntut di satu lokasi di Madrid, Sepanyol.
Berdasarkan beberapa maklumat itu kata Wendy, beliau berhasrat membuat laporan di pejabat kedutaan Sepanyol di negara ini bagi memastikan siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan dapat dilakukan.
Tambah Wendy lagi, dia juga bercadang untuk memperdayakan individu tersebut dengan mengirimkan wang sebagaimana yang diminta bagi membolehkannya ditahan.
“Saya berharap individu berkenaan dapat ditangkap agar orang lain tidak terpedaya dengan taktik liciknya. Saya tidak berasa rugi untuk memasukkan wang yang diinginkan asalkan ada cara untuk memberkas penjenayah itu,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Travers, di sini, pada Selasa.
Sementara itu Michael Chong berkata, pihaknya akan meminta Interpol menyiasat perkara itu berdasarkan maklumat yang diperoleh.
Pihaknya juga menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya apabila menerima mesej sedemikian melainkan selepas berhubung dengan individu terbabit terlebih dahulu.
PRODUSER drama Wendy Wong menjelaskan beberapa orang rakannya hampir
terpedaya sehingga mahu mengirimkan wang berjumlah Euro$2,850 (RM11,000)
kepada beliau selepas menerima mesej palsu yang dikirimkan individu
tidak bertanggungjawab menerusi e-mel miliknya pada Selasa. Wendy atau
nama Islamnya Wani Wendy Wong Abdullah, 49, berkata, rakan-rakannya
mempercayai mesej yang dikirim bertujuan meminta bantuan itu selepas
mendapati ia datang daripada e-mel sebenar milik Wendy.
PILU...adik ipar mangsa, Fazilah (tengah) tidak dapat menahan kesedihan. Gambar kecil, Ngatinah.
ALOR GAJAH: Kegembiraan seorang guru menerima kepulangan anaknya dari
Jepun untuk sama-sama meraikan Aidilfitri bertukar sebaliknya apabila
dia bersama anak bongsunya terbunuh selepas kereta Perodua Kancil
dinaiki mereka melanggar seekor lembu di Kilometer 213, arah selatan
Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, Ngatinah Kemin, 47, dan anaknya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Ngatinah yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Simpang Renggam, Johor, menetap di Jalan Kenanga 1, Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Kemalangan itu turut mengakibatkan suami mangsa, anggota Pasukan Gerakan Am, Lans Koperal Mokhtar Abu Bakar, 50, parah, manakala anak kedua mereka yang baru pulang bercuti kerana melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan di Jepun, Siti Nasuha, 21, cedera ringan.
Abang Ngatinah, Kamsani Kemin, 52, berkata, empat sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas menjemput Siti Nasuha baru tiba dari Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang
TEWAS...tiga penjenayah pecah masuk rumah mati ditembak polis.
GEORGETOWN: Menyedari diri terkepung, sekumpulan penjenayah yang
terdesak bertindak menyerang anggota polis dengan parang panjang dalam
kejadian di Taman Jesselton, di sini, pagi semalam.
Bagaimanapun, tindakan mereka itu memakan diri apabila tiga lelaki terbabit maut ditembak polis dalam kejadian, kira-kira jam 3.30 pagi.
Tiga lelaki dipercayai warga Indonesia lingkungan 30-an terbabit yang juga ahli ‘Kumpulan Rimba’ disyaki cuba memecah masuk sebuah rumah sebelum disedari penduduk yang menghubungi polis.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan maklumat, ketiga-tiga suspek itu dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menyebabkan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, polis kemudian terserempak dengan ketiga-tiga suspek yang ketika itu cuba melarikan lari, tetapi berjaya dihalang dan dikepung menyebabkan mereka gagal melepaskan diri.
SEDIH...Chong Wei tidak dapat menahan kekecewaan semasa majlis penyampaian pingat, malam tadi.
WEMBLEY Arena masih lagi menghadirkan igauan buruk buat Lee Chong Wei
yang terpaksa mengakui hakikat dia tetap kedua terbaik kepada Lin Dan.
Selepas tewas di Kejohanan Dunia tahun lalu di gelanggang sama, kekalahan 21-15, 10-21, 19-21 di final perseorangan lelaki Olimpik itu bagaikan ulangan skrip buat Chong Wei apabila tewas buat kali kedua berturut-turut selepas Beijing empat tahun lalu.
Kekalahan itu juga bermakna Chong Wei tidak berpeluang menebusnya kerana dia dan Lin Dan menjadikan London sebagai Olimpik terakhir mereka.
Lebih malang, turut sama terkubur adalah impian jutaan rakyat Malaysia yang mahu menyaksikan sejarah tercipta.
“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mereka emas. Saya tahu ramai yang kecewa tapi saya sudah cuba sebaik mungkin. Saya tidak kesal dengan kekalahan ini, mungkin memang ditakdirkan saya hanya boleh menang perak kerana Lin Dan memang terlalu handal.
“Dalam dunia ini hanya satu Lin Dan dan Lin Dan itulah yang mengalahkan saya. Tapi saya gembira kerana Lin Dan membuatkan saya bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini dan saya percaya dia juga gembira kerana saya membuatkannya bekerja keras untuk emas,” katanya.
Chong Wei yang turun untuk mengejutkan Lin Dan menampilkan corak permainan meyakinkan pada set pertama apabila mendahului 11-8 pada pertengahan permainan sebelum menamatkannya dengan 21-15.
Set kedua jelas menjadi milik Lin Dan apabila Chong Wei yang ketinggalan jauh 8-15 pada suatu ketika bagaikan membiarkan pemain China itu menang mudah bagi membolehkannya menumpukan tenaga terhadap set ketiga.
Set penentuan itu berlangsung sengit apabila mereka saling terikat
mata hingga kedudukan 18-18 dan 19-19 sebelum Lin Dan terlebih dulu
mencapai mata 20 dan kemudiannya menang 21-19.
Lin Dan memuji persembahan Chong Wei apabila berkata pemain negara itu bermain dengan bijak sepanjang perlawanan untuk memberikan tekanan kepadanya.
“Saya tidak mengambil serius set pertama tapi selepas tewas saya meningkatkan persembahan di set kedua dan mencapai keputusan yang saya mahukan di set ketiga,” katanya yang berlari mengelilingi gelanggang sebaik menewaskan Chong Wei.
Kemenangan Lin Dan itu bermakna Malaysia masih lagi tercari-cari pingat emas yang gagal digenggam sejak temasya Melbourne 1956.
SELAMBA...dua pengunjung lelaki minum di kolam memancing komersial.
KUALA LUMPUR: Restoran makanan segera, kedai mamak dan kedai
serbaneka 24 jam menjadi pilihan segelintir ‘kaki ponteng’ puasa di ibu
kota mendapatkan juadah berbuka awal.
Tinjauan mendapati antara lokasi tumpuan kalangan kaki ponteng puasa terbabit menjamu selera mereka ialah di sebuah kolam memancing komersial di sini.
Seorang penduduk berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 40-an, mendakwa jumlah pengunjung kolam terbabit bertambah setiap kali Ramadan sejak ia beroperasi kira-kira tujuh tahun lalu.
Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada operasi membanteras kegiatan ponteng puasa oleh pihak berkuasa terhadap kalangan kaki pancing termasuk orang awam sehingga ada melabelkan ia sebagai lokasi ‘selamat’.
“Setiap kali bulan puasa bilangan pengunjung kolam berkenaan bertambah khasnya pada waktu siang, tetapi sebahagian besar daripadanya tidak memancing sebaliknya duduk lepak menghisap rokok, minum dan ada lebih berani makan di bangku kolam di kawasan terbuka.
“Ia sesuatu yang menyedihkan kerana kolam berkenaan terletak berhampiran kawasan perumahan. Justeru, saya meminta pihak berkuasa memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kaki ponteng puasa terbabit,” katanya.
Sementara itu, wartawan yang menyamar pengunjung terkejut apabila mendapati majoriti pengunjung termasuk kaki pancing selamba menghisap rokok dan minum tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
Menurut seorang kaki ponteng puasa, dia mendapat tahu lokasi itu selamat untuk makan dan minum di bulan puasa daripada seorang rakan. Pada mula memang takut-takut, tetapi selepas beberapa tahun, kolam ini menjadi lokasi dia dan rakan-rakan menjamu selera setiap kali bulan puasa.
“Abang jangan risau, tempat ini selamat. Abang hisap saja rokok, orang tak kisah kerana semua tak puasa,” katanya.
KUANTAN: “Saya langsung tidak diberitahu dia (Rabiatul) ada masuk ke
dalam hutan.” Itulah reaksi spontan ibu kepada seorang pelajar
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Rabiatul Adawiyah Jamil, 21,
ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Damai, Jalan Gambang di sini,
semalam.
Semua mangsa yang sesat di dalam hutan Taman Rimba Kenong itu termasuk dua warga Austria, Giaf Michale dan Susane Stuckler masing-masing berusia 30 tahun, diikuti mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yap Chua Meng, 24, berasal Batu Pahat, Johor dan tiga lagi mahasiswi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, Rabiatul Adawiyah Jamil, 21, dari Kampung Sri Damai, Kuantan; Nadia Mohd Nazam, 24, dari Felcra Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut dan Nasorrosah Mohamad, 24, dari Sri Kembangan, Selangor itu dibawa masuk oleh jurupandu Perhilitan, Mohamad Sujaie Abdul Aziz, 35, untuk melawat Gua Gajah di kawasan taman berkenaan.
Semua mereka masuk ke Taman Rimba Kenong kira-kira jam 10 pagi, 3 Ogos lalu dan selepas tidak pulang kira-kira jam 6 petang pada hari sama, semua mereka dipercayai tersesat dan beberapa gerakan mengesan dilakukan serta-merta, tetapi gagal.
Bagaimanapun, semua mangsa ditemui di tepi Sungai Tenom jam 8 pagi semalam oleh pasukan penyelamat.
Kehadiran wartawan Harian Metro di rumahnya petang semalam untuk mendapatkan kenyataan berhubung insiden anaknya dan enam yang lain sesat selama lebih 48 jam di Taman Rimba Kenong, tetapi wanita berkenaan, Norehan Jamaludin, 58, serta suaminya, Jamil Ninggal, 61, seolah-olah tidak percaya mengenai apa yang berlaku ke atas anak bongsunya itu.
“Saya memang tidak tahu langsung. Kalau awak (wartawan) tidak datang ke rumah dan beritahu, saya tak mungkin dapat tahu. Macam mana dengan dia?,” kata Norehan sebelum diberi peluang bercakap dengan Rabiatul selepas gadis berkenaan selesai mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Merapoh.
Difahamkan, seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cuba menghubungi Norehan menerusi nombor telefon kediamannya sejurus selepas kumpulan penuntut dan warga Austria itu dipercayai sesat, tetapi Norehan dikatakan tidak berada di rumah menyebabkan usaha untuk memaklumkannya mengenai kejadian itu gagal.
“Patutlah sejak dua tiga hari lalu jantung saya berdegup kencang selain berasa tidak sedap hati, namun tidak menyangka rupanya ada petanda tidak baik akan berlaku. Bagaimanapun, saya bersyukur kepada Allah kerana anak kesayangan saya itu selamat,” katanya.
Sementara itu, Rabiatul yang menghubungi Norehan menerusi telefon
petang semalam berkata, kumpulan itu terpaksa berjalan kaki sejauh
beberapa kilometer dan tidur beralaskan daun selama dua hari tersesat
di Taman Rimba Kenong.
“Saya bersama pelancong lain dan jurupandu terpaksa berjalan naik bukit sebelum turun sejauh puluhan kilometer mengikut alur anak sungai selain terpaksa tidur beralaskan daun pokok ketika hujan,” katanya.
Mengimbas semula kejadian itu, dia berkata, insiden berkenaan berlaku ketika dia bersama dua rakannya dan seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta dua pelancong Austria sedang bersiap hendak pulang selepas mendapat arahan daripada jurupandu.
Menurutnya, ketika sedang berjalan keluar dalam keadaan hujan lebat itu, dia bersama dua rakannya, Nadia Mohd Nazam, 24, dan Nasorrosah Mohamad, 24, mula berasa tidak sedap hati apabila mendapati beberapa penanda aras laluan tiba-tiba ‘ghaib’ sebelum keadaan itu ditenangkan jurupandu berpengalaman dari Perhilitan.
Katanya, selepas gagal mencari jalan keluar, dia bersama rakan dan pelancong lain mengikut setiap arahan jurupandu yang meminta menenangkan diri selain tidak panik sebelum berusaha keras mencari jalan keluar sehingga lewat tengah malam menyebabkan masing-masing keletihan sebelum mereka tiba di Sungai Tenom.
KAMPAR : Seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta rentung
selepas tersepit dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta dan
lori di Kilometer 17, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur berhampiran RTC Gopeng,
di sini, awal pagi semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, P Srinivasan, 26, dikatakan dalam perjalanan dari bandar Ipoh ke rumah di Taman Timur, Kampar dan sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu masuk laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori, jam 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan k Proton Saga BLM dipandu mangsa, manakala lori jenis Mitsubishi tiga tan membawa muatan tilam.
“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa dari arah Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori dari arah Kampar mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbakar.
“Pemandu kereta Srinivasan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori, Mohd Nordan Enoh, 50, dan seorang kelindan sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Menurutnya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng yang dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berjaya mengawal api sebaik tiba di tempat kejadian jam 1.30 pagi.
KUALA LUMPUR: Orang yang ‘berguru’ dengan bomoh mahupun dukun aktif
melakukan sihir dan santau tidak wajar dijadikan sahabat, berikutan
keperibadian mereka mencerminkan seorang kuno, kolot serta tak
bertamadun.
Pakar Motivasi dan Psikologi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, pada zaman moden ini dengan negara menghampiri kemajuan, masyarakat sepatutnya tidak dipenuhi golongan begitu yang jelas mempunyai hati kotor dan busuk.
“Mereka berguru dengan bomoh atau dukun yang berkawan dengan jin, pertamanya sudah melakukan syirik dan juga menghimpun dosa besar yang pelbagai, malah jika tidak bertaubat takkan sesekali diampunkan Allah.
“Orang begini juga menanggung dosa yang lebih teruk daripada dosa membunuh kerana perbuatan sihir dan santau menyebabkan mangsa menderita terlalu lama sama ada mungkin membawa maut atau tidak. Dia sudah menganiaya orang.
“Ia juga menunjukkan mereka tergolong dalam orang yang jahil agama dan tak patuh pada perintah Allah kerana orang yang menjaga solatnya takkan sesekali terbabit dengan amalan terkutuk ini.
GEORGETOWN: Walaupun berjaya dibawa keluar selepas hampir 30 minit
tersepit dalam kenderaannya, tetapi usaha itu gagal menyelamatkan
seorang pemandu kereta apabila disahkan meninggal dunia ketika dalam
perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas terbabit dalam
kemalangan di Jalan Masjid Negeri, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 12.40 tengah malam ketika MB James Jayatissa, 27, yang memandu kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Jalan Scotland-Jalan Masjid Negeri ke Jalan Greenlane.
Pegawai Trafik Daerah Timur Laut, Asisten Superintendan C Ganesan berkata, siasatan mendapati sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok.
Menurutnya, siasatan mendapati, pintu kiri dan cermin hadapan pecah dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu cuba meminta bantuan orang ramai membantunya keluar dari kereta, tetapi gagal.
Katanya, mangsa cuba keluar melalui pintu hadapan di tempat duduk penumpang sambil dibantu orang ramai, tetapi juga tidak berjaya hingga terpaksa menunggu bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Sepasukan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa melalui pintu sebelah kanan tempat duduk belakang dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera teruk di kepala dan dikejarkan ke HPP untuk rawatan lanjut. Menurutnya, pihaknya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pejabat Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau mana-mana balai polis berhampiran.
KUANTAN: Fasih dalam bahasa Arab dan Inggeris. Itu kelebihan pelajar
Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) berbanding pelajar sekolah tahfiz
lain.
Melangkah masuk ke pekarangan sekolah ini, jangan terkejut jika melihat semua warganya hanya bertutur dalam bahasa Arab atau Inggeris berikutan ia menjadi kebiasaan bagi mereka demi memperkasakan lagi penguasaan dalam bahasa berkenaan.
Kehebatan pelajar ini secara secara tidak langsung menepis stigma negatif masyarakat terhadap lulusan tahfiz yang sebelum ini dianggap mempunyai kebolehan terhad dalam bidang agama saja. Pengarahnya, Datuk Zulkifle Ali berkata, visi MTNP cukup jelas iaitu mahu melahirkan pemimpin masa depan dan pihaknya mempersiapkan pelajar dengan pelbagai aspek termasuk akademik dan tidak hanya memberi penekanan terhadap agama semata-mata.
Katanya, sistem pembelajaran MTNP berpandukan tiga aspek Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam melahirkan modal insan yang cemerlang iaitu kecemerlangan akademik, al-Quran dan kokurikulum.
“Pelajar perlu mempunyai ketiga-tiga kriteria itu sepanjang berada di maahad ini bagi memastikan mereka mampu bersaing dan melanjutkan pelajaran pada peringkat tertinggi apabila keluar dari sini kelak.
“Kami mempersiapkan mereka dengan keseimbangan ilmu yang seimbang supaya boleh menceburi bidang profesional walaupun mereka lulusan tahfiz,” katanya ketika ditemui di MTNP.
Menurutnya, seramai 250 pelajar maahad berkenaan termasuk jurusan Diploma Tahfiz diwajibkan untuk menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa asing iaitu Inggeris dan Arab, malah mereka juga dinilai dari segi kefasihan dalam kedua-dua bahasa itu.
Katanya, kemampuan pelajar menguasai bahasa asing itu akan memberi nilai tambah kepada mereka, malah pihaknya juga bercadang untuk menambah lagi subjek bahasa asing bagi memantapkan pelajarnya.
Hampir setiap hari pelajar akan menyertai pidato dalam bahasa
Inggeris dan Arab bagi membiasakan mereka bertutur dalam kedua-dua
bahasa itu dan pada masa sama dapat meningkatkan keyakinan pelajar.
Melihat kepada pencapaian pelajarnya dalam peperiksaan utama, MTNP mampu berbangga apabila sering tersenarai antara sekolah cemerlang bukan saja di negeri ini, malah di peringkat kebangsaan.
Zulkifle berkata, tiada petua khusus dalam mengekalkan kecemerlangan itu melainkan kesungguhan, kegigihan serta semangat kerja berkumpulan yang ditunjukkan semua pihak di sekolah berkenaan secara tidak langsung mendorong mereka mencapai kecemerlangan.
Sebagai contoh, katanya, jika ada segelintir pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik, tenaga pengajar akan memberi perhatian khusus dan cuba membimbing mereka supaya dapat mencapai keputusan cemerlang.
“Tidak hanya memberi penekanan dalam bidang akademik, pelajar kami juga mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum seperti aktiviti memanah dan berkuda di peringkat negeri dan kebangsaan.
“Ia selaras dengan matlamat MTNP yang mahu melahirkan golongan hafiz yang profesional serta berupaya menerajui kepentingan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan,” katanya.
PUTRAJAYA: “Bila berpuasa baru saya tahu erti nikmat. Ketika berbuka
air kosong pun rasa sedap dan manis, malah berpuasa juga mengajar saya
mengenai erti cinta dan menghargai orang lain terutama ibu bapa,” kata
gadis Tionghua, J Sze, 21, yang mula belajar berpuasa sejak tahun lalu
walaupun bukan beragama Islam.
J Sze, penuntut tahun dua di Maktab Perguruan Cheras, Kuala Lumpur mengakui dia mula berpuasa sekadar terikut-ikut dengan rakan Melayu yang berpuasa, selain ingin mengetahui perasaan mereka ketika menjalani rukun Islam ketiga itu, lalu mencabar diri untuk berpuasa bersama mereka.
Katanya, selepas berjaya berpuasa dia menemui apa maksud nikmat terutama ketika berbuka, apabila makanan dan minuman yang dinikmati ketika itu terasa amat berbeza dan dia dapat merasai keenakan, kesedapan dan kemanisan air kosong yang diminum.
“Tegukan pertama air terasa amat manis dan sedap. Itulah kenikmatan yang belum pernah saya rasai sebelum ini, jika saya tidak berpuasa tidak mungkin saya dapat merasainya. “Daripada berpuasa juga saya belajar bagaimana menghargai dan memahami maksud cinta sebenarnya. Saya belajar menghargai air yang mungkin satu hari nanti sukar mendapatkannya, rakan-rakan, masyarakat dan ibu bapa yang mungkin akan meninggalkan kita satu hari nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Perdana Hidayah Centre di sini, kelmarin.
Anak gadis yang enggan gambarnya dirakam berkata, dia mula berpuasa penuh sejak tahun lalu, namun tahun ini berhasrat untuk memperbaiki puasanya supaya lebih sempurna dengan menjaga tingkah laku, perkataan, perbuatan dan berpakaian.
Katanya, banyak faedah dan manfaat yang diperoleh jika seseorang berpuasa kerana mereka dapat merehatkan anggota dalaman badan yang sudah hampir setahun beroperasi memproses makanan.
“Bagi saya berpuasa sangat bagus untuk badan kita yang sudah bekerja keras selama 11 bulan. Namun, sepatutnya kita hanya berpuasa tidak makan dan minum, tetapi mesti menjaga tingkah laku, percakapan, pemikiran dan pandangan.
“Itu sebab saya kata bagus sebab kita mengambil berat semua aspek dalam kehidupan seharian supaya puasa kita diterima,” katanya yang masih dalam proses mendalami agama Islam.
J Sze berkata, ibu bapa dan keluarganya menerima dengan hati
terbuka dan tidak menghalang tindakannya untuk berpuasa selepas
dimaklumkan mengenai kebaikan dan manfaat yang diperoleh sekiranya
seseorang itu berpuasa.
Menurutnya, ramai kawan bukan Islam yang mempersoalkan tindakannya berpuasa sedangkan dia bukan beragama Islam dan tidak wajib melakukannya.
“Sebab itu mentor saya, sifu Naser ada memuat naik video mengenai pengalaman saya berpuasa ke laman sosial YouTube untuk memaklumkan rakan-rakan bukan Islam mengenai kebaikan berpuasa dan kebaikan yang diperoleh.
“Ia juga sebagai satu usaha untuk menarik mereka sama-sama berpuasa supaya dapat merasai sendiri pengalaman berlapar dan dahaga sepanjang hari demi kebaikan sendiri,” katanya.
Katanya dia gemar ke bazar Ramadan kerana mempunyai pelbagai pilihan makanan untuk dinikmati ketika berbuka bersama rakan-rakan.
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan berlumuran
darah hampir sejam apabila kepalanya luka teruk akibat didera pembantu
rumah warga Indonesia dalam kejadian di sebuah rumah di Kepong, di sini.
Bayi itu ditemui ibunya berusia 30 tahun jam 3.30 petang Jumaat lalu selepas wanita itu pulang dari bekerja manakala pembantu rumah berusia lewat 20-an yang bekerja lebih setahun itu, menghilangkan diri.
Wanita berkenaan segera membawa anaknya itu ke Hospital Selayang (HS), di sini, sebelum mangsa diberi rawatan kecemasan dan menerima lapan jahitan di kepala.
Sehubungan itu, wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, kelmarin untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sumber polis berkata, sebaik tiba di rumahnya, ibu mangsa terkejut apabila mendengar bayinya itu menangis dengan kuat.
“Dia bergegas ke bilik bayi berkenaan sebelum mendapati seluruh tubuh iaitu dari kepala hingga ke kaki anaknya itu dipenuhi darah membuatkannya tergamam,” katanya.
Sumber berkata, wanita itu segera membawa mangsa ke hospital berhampiran kediamannya dan mangsa dirawat lebih satu jam di situ termasuk menerima lapan jahitan di kepala.
“Mangsa (bayi) dilaporkan stabil namun pegawai perubatan mendapati dia masih trauma dan ditahan di wad hospital berkenaan untuk pemantauan,” katanya.
Katanya, biarpun berulang-kali menghubungi pembantu rumahnya itu,
wanita berkenaan gagal berbuat demikian membuatkan dia mula mengesyaki
kejadian menimpa anaknya itu berpunca daripada pembantu rumahnya.
Difahamkan, penduduk sekitar memberitahu pembantu rumah terbabit meninggalkan rumah mangsa antara jam 2 hingga 2.30 petang.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Suka jadi duka
Oleh Yusmawati Mhd Yusof dan Ariffin Saleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PILU...adik ipar mangsa, Fazilah (tengah) tidak dapat menahan kesedihan. Gambar kecil, Ngatinah.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, Ngatinah Kemin, 47, dan anaknya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Ngatinah yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Simpang Renggam, Johor, menetap di Jalan Kenanga 1, Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Kemalangan itu turut mengakibatkan suami mangsa, anggota Pasukan Gerakan Am, Lans Koperal Mokhtar Abu Bakar, 50, parah, manakala anak kedua mereka yang baru pulang bercuti kerana melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan di Jepun, Siti Nasuha, 21, cedera ringan.
Abang Ngatinah, Kamsani Kemin, 52, berkata, empat sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas menjemput Siti Nasuha baru tiba dari Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang
3 terdesak serang polis
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
TEWAS...tiga penjenayah pecah masuk rumah mati ditembak polis.
Bagaimanapun, tindakan mereka itu memakan diri apabila tiga lelaki terbabit maut ditembak polis dalam kejadian, kira-kira jam 3.30 pagi.
Tiga lelaki dipercayai warga Indonesia lingkungan 30-an terbabit yang juga ahli ‘Kumpulan Rimba’ disyaki cuba memecah masuk sebuah rumah sebelum disedari penduduk yang menghubungi polis.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan maklumat, ketiga-tiga suspek itu dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menyebabkan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, polis kemudian terserempak dengan ketiga-tiga suspek yang ketika itu cuba melarikan lari, tetapi berjaya dihalang dan dikepung menyebabkan mereka gagal melepaskan diri.
Skrip berulang
SEDIH...Chong Wei tidak dapat menahan kekecewaan semasa majlis penyampaian pingat, malam tadi.
Selepas tewas di Kejohanan Dunia tahun lalu di gelanggang sama, kekalahan 21-15, 10-21, 19-21 di final perseorangan lelaki Olimpik itu bagaikan ulangan skrip buat Chong Wei apabila tewas buat kali kedua berturut-turut selepas Beijing empat tahun lalu.
Kekalahan itu juga bermakna Chong Wei tidak berpeluang menebusnya kerana dia dan Lin Dan menjadikan London sebagai Olimpik terakhir mereka.
Lebih malang, turut sama terkubur adalah impian jutaan rakyat Malaysia yang mahu menyaksikan sejarah tercipta.
“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mereka emas. Saya tahu ramai yang kecewa tapi saya sudah cuba sebaik mungkin. Saya tidak kesal dengan kekalahan ini, mungkin memang ditakdirkan saya hanya boleh menang perak kerana Lin Dan memang terlalu handal.
“Dalam dunia ini hanya satu Lin Dan dan Lin Dan itulah yang mengalahkan saya. Tapi saya gembira kerana Lin Dan membuatkan saya bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini dan saya percaya dia juga gembira kerana saya membuatkannya bekerja keras untuk emas,” katanya.
Chong Wei yang turun untuk mengejutkan Lin Dan menampilkan corak permainan meyakinkan pada set pertama apabila mendahului 11-8 pada pertengahan permainan sebelum menamatkannya dengan 21-15.
Set kedua jelas menjadi milik Lin Dan apabila Chong Wei yang ketinggalan jauh 8-15 pada suatu ketika bagaikan membiarkan pemain China itu menang mudah bagi membolehkannya menumpukan tenaga terhadap set ketiga.
Lin Dan memuji persembahan Chong Wei apabila berkata pemain negara itu bermain dengan bijak sepanjang perlawanan untuk memberikan tekanan kepadanya.
“Saya tidak mengambil serius set pertama tapi selepas tewas saya meningkatkan persembahan di set kedua dan mencapai keputusan yang saya mahukan di set ketiga,” katanya yang berlari mengelilingi gelanggang sebaik menewaskan Chong Wei.
Kemenangan Lin Dan itu bermakna Malaysia masih lagi tercari-cari pingat emas yang gagal digenggam sejak temasya Melbourne 1956.
‘Sarang’ kaki ponteng puasa
Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my
kasdi@hmetro.com.my
SELAMBA...dua pengunjung lelaki minum di kolam memancing komersial.
Tinjauan mendapati antara lokasi tumpuan kalangan kaki ponteng puasa terbabit menjamu selera mereka ialah di sebuah kolam memancing komersial di sini.
Seorang penduduk berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 40-an, mendakwa jumlah pengunjung kolam terbabit bertambah setiap kali Ramadan sejak ia beroperasi kira-kira tujuh tahun lalu.
Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada operasi membanteras kegiatan ponteng puasa oleh pihak berkuasa terhadap kalangan kaki pancing termasuk orang awam sehingga ada melabelkan ia sebagai lokasi ‘selamat’.
“Setiap kali bulan puasa bilangan pengunjung kolam berkenaan bertambah khasnya pada waktu siang, tetapi sebahagian besar daripadanya tidak memancing sebaliknya duduk lepak menghisap rokok, minum dan ada lebih berani makan di bangku kolam di kawasan terbuka.
“Ia sesuatu yang menyedihkan kerana kolam berkenaan terletak berhampiran kawasan perumahan. Justeru, saya meminta pihak berkuasa memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kaki ponteng puasa terbabit,” katanya.
Sementara itu, wartawan yang menyamar pengunjung terkejut apabila mendapati majoriti pengunjung termasuk kaki pancing selamba menghisap rokok dan minum tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
Menurut seorang kaki ponteng puasa, dia mendapat tahu lokasi itu selamat untuk makan dan minum di bulan puasa daripada seorang rakan. Pada mula memang takut-takut, tetapi selepas beberapa tahun, kolam ini menjadi lokasi dia dan rakan-rakan menjamu selera setiap kali bulan puasa.
Tak tahu anak masuk hutan
Semua mangsa yang sesat di dalam hutan Taman Rimba Kenong itu termasuk dua warga Austria, Giaf Michale dan Susane Stuckler masing-masing berusia 30 tahun, diikuti mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Yap Chua Meng, 24, berasal Batu Pahat, Johor dan tiga lagi mahasiswi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, Rabiatul Adawiyah Jamil, 21, dari Kampung Sri Damai, Kuantan; Nadia Mohd Nazam, 24, dari Felcra Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut dan Nasorrosah Mohamad, 24, dari Sri Kembangan, Selangor itu dibawa masuk oleh jurupandu Perhilitan, Mohamad Sujaie Abdul Aziz, 35, untuk melawat Gua Gajah di kawasan taman berkenaan.
Semua mereka masuk ke Taman Rimba Kenong kira-kira jam 10 pagi, 3 Ogos lalu dan selepas tidak pulang kira-kira jam 6 petang pada hari sama, semua mereka dipercayai tersesat dan beberapa gerakan mengesan dilakukan serta-merta, tetapi gagal.
Bagaimanapun, semua mangsa ditemui di tepi Sungai Tenom jam 8 pagi semalam oleh pasukan penyelamat.
Kehadiran wartawan Harian Metro di rumahnya petang semalam untuk mendapatkan kenyataan berhubung insiden anaknya dan enam yang lain sesat selama lebih 48 jam di Taman Rimba Kenong, tetapi wanita berkenaan, Norehan Jamaludin, 58, serta suaminya, Jamil Ninggal, 61, seolah-olah tidak percaya mengenai apa yang berlaku ke atas anak bongsunya itu.
“Saya memang tidak tahu langsung. Kalau awak (wartawan) tidak datang ke rumah dan beritahu, saya tak mungkin dapat tahu. Macam mana dengan dia?,” kata Norehan sebelum diberi peluang bercakap dengan Rabiatul selepas gadis berkenaan selesai mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Merapoh.
Difahamkan, seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cuba menghubungi Norehan menerusi nombor telefon kediamannya sejurus selepas kumpulan penuntut dan warga Austria itu dipercayai sesat, tetapi Norehan dikatakan tidak berada di rumah menyebabkan usaha untuk memaklumkannya mengenai kejadian itu gagal.
“Patutlah sejak dua tiga hari lalu jantung saya berdegup kencang selain berasa tidak sedap hati, namun tidak menyangka rupanya ada petanda tidak baik akan berlaku. Bagaimanapun, saya bersyukur kepada Allah kerana anak kesayangan saya itu selamat,” katanya.
“Saya bersama pelancong lain dan jurupandu terpaksa berjalan naik bukit sebelum turun sejauh puluhan kilometer mengikut alur anak sungai selain terpaksa tidur beralaskan daun pokok ketika hujan,” katanya.
Mengimbas semula kejadian itu, dia berkata, insiden berkenaan berlaku ketika dia bersama dua rakannya dan seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta dua pelancong Austria sedang bersiap hendak pulang selepas mendapat arahan daripada jurupandu.
Menurutnya, ketika sedang berjalan keluar dalam keadaan hujan lebat itu, dia bersama dua rakannya, Nadia Mohd Nazam, 24, dan Nasorrosah Mohamad, 24, mula berasa tidak sedap hati apabila mendapati beberapa penanda aras laluan tiba-tiba ‘ghaib’ sebelum keadaan itu ditenangkan jurupandu berpengalaman dari Perhilitan.
Katanya, selepas gagal mencari jalan keluar, dia bersama rakan dan pelancong lain mengikut setiap arahan jurupandu yang meminta menenangkan diri selain tidak panik sebelum berusaha keras mencari jalan keluar sehingga lewat tengah malam menyebabkan masing-masing keletihan sebelum mereka tiba di Sungai Tenom.
Eksekutif rentung kereta terbakar dalam nahas
Sebelum kejadian, mangsa, P Srinivasan, 26, dikatakan dalam perjalanan dari bandar Ipoh ke rumah di Taman Timur, Kampar dan sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu masuk laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori, jam 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan k Proton Saga BLM dipandu mangsa, manakala lori jenis Mitsubishi tiga tan membawa muatan tilam.
“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa dari arah Ipoh dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori dari arah Kampar mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbakar.
“Pemandu kereta Srinivasan tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori, Mohd Nordan Enoh, 50, dan seorang kelindan sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Menurutnya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng yang dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berjaya mengawal api sebaik tiba di tempat kejadian jam 1.30 pagi.
Hati kotor, busuk
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
maiamalina@hmetro.com.my
Pakar Motivasi dan Psikologi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, pada zaman moden ini dengan negara menghampiri kemajuan, masyarakat sepatutnya tidak dipenuhi golongan begitu yang jelas mempunyai hati kotor dan busuk.
“Mereka berguru dengan bomoh atau dukun yang berkawan dengan jin, pertamanya sudah melakukan syirik dan juga menghimpun dosa besar yang pelbagai, malah jika tidak bertaubat takkan sesekali diampunkan Allah.
“Orang begini juga menanggung dosa yang lebih teruk daripada dosa membunuh kerana perbuatan sihir dan santau menyebabkan mangsa menderita terlalu lama sama ada mungkin membawa maut atau tidak. Dia sudah menganiaya orang.
“Ia juga menunjukkan mereka tergolong dalam orang yang jahil agama dan tak patuh pada perintah Allah kerana orang yang menjaga solatnya takkan sesekali terbabit dengan amalan terkutuk ini.
Maut tersepit 30 minit
Kejadian berlaku jam 12.40 tengah malam ketika MB James Jayatissa, 27, yang memandu kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Jalan Scotland-Jalan Masjid Negeri ke Jalan Greenlane.
Pegawai Trafik Daerah Timur Laut, Asisten Superintendan C Ganesan berkata, siasatan mendapati sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok.
Menurutnya, siasatan mendapati, pintu kiri dan cermin hadapan pecah dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu cuba meminta bantuan orang ramai membantunya keluar dari kereta, tetapi gagal.
Katanya, mangsa cuba keluar melalui pintu hadapan di tempat duduk penumpang sambil dibantu orang ramai, tetapi juga tidak berjaya hingga terpaksa menunggu bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Sepasukan tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa melalui pintu sebelah kanan tempat duduk belakang dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera teruk di kepala dan dikejarkan ke HPP untuk rawatan lanjut. Menurutnya, pihaknya minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pejabat Trafik Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Fasih cakap Arab, Inggeris
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my
rnorain@hmetro.com.my
Melangkah masuk ke pekarangan sekolah ini, jangan terkejut jika melihat semua warganya hanya bertutur dalam bahasa Arab atau Inggeris berikutan ia menjadi kebiasaan bagi mereka demi memperkasakan lagi penguasaan dalam bahasa berkenaan.
Kehebatan pelajar ini secara secara tidak langsung menepis stigma negatif masyarakat terhadap lulusan tahfiz yang sebelum ini dianggap mempunyai kebolehan terhad dalam bidang agama saja. Pengarahnya, Datuk Zulkifle Ali berkata, visi MTNP cukup jelas iaitu mahu melahirkan pemimpin masa depan dan pihaknya mempersiapkan pelajar dengan pelbagai aspek termasuk akademik dan tidak hanya memberi penekanan terhadap agama semata-mata.
Katanya, sistem pembelajaran MTNP berpandukan tiga aspek Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam melahirkan modal insan yang cemerlang iaitu kecemerlangan akademik, al-Quran dan kokurikulum.
“Pelajar perlu mempunyai ketiga-tiga kriteria itu sepanjang berada di maahad ini bagi memastikan mereka mampu bersaing dan melanjutkan pelajaran pada peringkat tertinggi apabila keluar dari sini kelak.
“Kami mempersiapkan mereka dengan keseimbangan ilmu yang seimbang supaya boleh menceburi bidang profesional walaupun mereka lulusan tahfiz,” katanya ketika ditemui di MTNP.
Menurutnya, seramai 250 pelajar maahad berkenaan termasuk jurusan Diploma Tahfiz diwajibkan untuk menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa asing iaitu Inggeris dan Arab, malah mereka juga dinilai dari segi kefasihan dalam kedua-dua bahasa itu.
Katanya, kemampuan pelajar menguasai bahasa asing itu akan memberi nilai tambah kepada mereka, malah pihaknya juga bercadang untuk menambah lagi subjek bahasa asing bagi memantapkan pelajarnya.
Melihat kepada pencapaian pelajarnya dalam peperiksaan utama, MTNP mampu berbangga apabila sering tersenarai antara sekolah cemerlang bukan saja di negeri ini, malah di peringkat kebangsaan.
Zulkifle berkata, tiada petua khusus dalam mengekalkan kecemerlangan itu melainkan kesungguhan, kegigihan serta semangat kerja berkumpulan yang ditunjukkan semua pihak di sekolah berkenaan secara tidak langsung mendorong mereka mencapai kecemerlangan.
Sebagai contoh, katanya, jika ada segelintir pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik, tenaga pengajar akan memberi perhatian khusus dan cuba membimbing mereka supaya dapat mencapai keputusan cemerlang.
“Tidak hanya memberi penekanan dalam bidang akademik, pelajar kami juga mampu mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum seperti aktiviti memanah dan berkuda di peringkat negeri dan kebangsaan.
“Ia selaras dengan matlamat MTNP yang mahu melahirkan golongan hafiz yang profesional serta berupaya menerajui kepentingan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan,” katanya.
‘Air kosong pun sedap...’
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
ya_t@hmetro.com.my
J Sze, penuntut tahun dua di Maktab Perguruan Cheras, Kuala Lumpur mengakui dia mula berpuasa sekadar terikut-ikut dengan rakan Melayu yang berpuasa, selain ingin mengetahui perasaan mereka ketika menjalani rukun Islam ketiga itu, lalu mencabar diri untuk berpuasa bersama mereka.
Katanya, selepas berjaya berpuasa dia menemui apa maksud nikmat terutama ketika berbuka, apabila makanan dan minuman yang dinikmati ketika itu terasa amat berbeza dan dia dapat merasai keenakan, kesedapan dan kemanisan air kosong yang diminum.
“Tegukan pertama air terasa amat manis dan sedap. Itulah kenikmatan yang belum pernah saya rasai sebelum ini, jika saya tidak berpuasa tidak mungkin saya dapat merasainya. “Daripada berpuasa juga saya belajar bagaimana menghargai dan memahami maksud cinta sebenarnya. Saya belajar menghargai air yang mungkin satu hari nanti sukar mendapatkannya, rakan-rakan, masyarakat dan ibu bapa yang mungkin akan meninggalkan kita satu hari nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Perdana Hidayah Centre di sini, kelmarin.
Anak gadis yang enggan gambarnya dirakam berkata, dia mula berpuasa penuh sejak tahun lalu, namun tahun ini berhasrat untuk memperbaiki puasanya supaya lebih sempurna dengan menjaga tingkah laku, perkataan, perbuatan dan berpakaian.
Katanya, banyak faedah dan manfaat yang diperoleh jika seseorang berpuasa kerana mereka dapat merehatkan anggota dalaman badan yang sudah hampir setahun beroperasi memproses makanan.
“Bagi saya berpuasa sangat bagus untuk badan kita yang sudah bekerja keras selama 11 bulan. Namun, sepatutnya kita hanya berpuasa tidak makan dan minum, tetapi mesti menjaga tingkah laku, percakapan, pemikiran dan pandangan.
“Itu sebab saya kata bagus sebab kita mengambil berat semua aspek dalam kehidupan seharian supaya puasa kita diterima,” katanya yang masih dalam proses mendalami agama Islam.
Menurutnya, ramai kawan bukan Islam yang mempersoalkan tindakannya berpuasa sedangkan dia bukan beragama Islam dan tidak wajib melakukannya.
“Sebab itu mentor saya, sifu Naser ada memuat naik video mengenai pengalaman saya berpuasa ke laman sosial YouTube untuk memaklumkan rakan-rakan bukan Islam mengenai kebaikan berpuasa dan kebaikan yang diperoleh.
“Ia juga sebagai satu usaha untuk menarik mereka sama-sama berpuasa supaya dapat merasai sendiri pengalaman berlapar dan dahaga sepanjang hari demi kebaikan sendiri,” katanya.
Katanya dia gemar ke bazar Ramadan kerana mempunyai pelbagai pilihan makanan untuk dinikmati ketika berbuka bersama rakan-rakan.
Bayi berlumuran darah disyaki didera amah
Bayi itu ditemui ibunya berusia 30 tahun jam 3.30 petang Jumaat lalu selepas wanita itu pulang dari bekerja manakala pembantu rumah berusia lewat 20-an yang bekerja lebih setahun itu, menghilangkan diri.
Wanita berkenaan segera membawa anaknya itu ke Hospital Selayang (HS), di sini, sebelum mangsa diberi rawatan kecemasan dan menerima lapan jahitan di kepala.
Sehubungan itu, wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, kelmarin untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sumber polis berkata, sebaik tiba di rumahnya, ibu mangsa terkejut apabila mendengar bayinya itu menangis dengan kuat.
“Dia bergegas ke bilik bayi berkenaan sebelum mendapati seluruh tubuh iaitu dari kepala hingga ke kaki anaknya itu dipenuhi darah membuatkannya tergamam,” katanya.
Sumber berkata, wanita itu segera membawa mangsa ke hospital berhampiran kediamannya dan mangsa dirawat lebih satu jam di situ termasuk menerima lapan jahitan di kepala.
“Mangsa (bayi) dilaporkan stabil namun pegawai perubatan mendapati dia masih trauma dan ditahan di wad hospital berkenaan untuk pemantauan,” katanya.
Difahamkan, penduduk sekitar memberitahu pembantu rumah terbabit meninggalkan rumah mangsa antara jam 2 hingga 2.30 petang.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
No comments:
Post a Comment