Tuesday, August 7, 2012

INGATLAH DAN FIKIRKANLAH HARI KIAMAT...ALLAH AKAN MUSNAH DUNIA INI...KITA AKAN LIHAT MANUSIA TERPINGGA2...MANUSIA YANG SOMBONG SERTA EGO BARU MENGAKUI KEBENARAN PERKHABARAN DARI ALQURAN...TAPI DAH TERLAMBAT UNTUK BERTAUBAT

Tempah tiket sebelum 10 Ogos


ORANG ramai dinasihatkan supaya menempah tiket untuk pulang berhari raya lebih awal untuk memudahkan pengusaha menyediakan bas tambahan yang secukupnya.


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) meminta orang ramai yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi belum mendapat tiket supaya membuat tempahan di kaunter-kaunter tiket bas ekspres sebelum 10 Ogos ini.
Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, perkhidmatan bas tambahan akan disediakan oleh pengusaha bas ekspres berdasarkan tempahan yang dibuat oleh orang ramai.
“Semua orang boleh balik untuk menyambut hari raya dan mereka yang belum dapat tiket, pergi ke kaunter dan buat tempahan supaya pengusaha dapat menyediakan bas tambahan.
“Berdasarkan tempahan juga, pengusaha bas ekspres masih boleh mengatur semula perjalanan bas mereka dengan menambah bilangan perjalanan ke mana-mana destinasi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Agama Islam tidak harus dipolitikkan – Najib


NAJIB melambaikan tangan kepada orang ramai sebaik saja tiba untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Johor Bahru semalam.


JOHOR BHARU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, agama Islam tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak di negara ini.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, agama Islam seharusnya diletakkan di tempat yang paling tinggi, sekali gus banyak permasalahan yang membelenggu umat Islam pada masa kini dapat diatasi.
“Jika politik mengatasi Islam dan diletakkan lebih tinggi, maka banyak permasalahan menghantui umat Islam dan menyebabkan perpecahan yang kini telah jadi punca kelemahan umat Islam dan menjadi punca musuh-musuh Islam memperlekehkan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tadarus dan khatam al-Quran serta majlis berbuka puasa di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di sini semalam.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri sentiasa mengutamakan Islam dalam mentadbir urus negara dan mengikut landasan serta tuntutan syiar Islam.

Isteri koma, suami maut

KAJANG – Seorang lelaki Vietnam maut manakala isterinya cedera parah selepas dipercayai diserang di rumah mereka di Jalan Dayang 52/8, Bandar Mahkota Cheras di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 6 petang setelah dimaklumkan oleh jiran pasangan itu yang terdengar jeritan dari rumah tersebut.
“Sebaik tiba di rumah teres dua tingkat, polis menemui seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah sedang duduk di ruang tamu.
“Pemeriksaan kemudian menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring sudah tidak bernyawa di bilik tidur utama,” kata beliau ketika dihubungi di sini.
Menurut beliau, pasangan itu dipercayai ditetak menggunakan parang oleh suspek yang dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu depan.

Budak korban pemujaan keluarga


ENAM suspek wanita dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas direman semalam.


BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati akibat ditindih lapan ahli keluarganya termasuk seorang amah Indonesia ketika melalui satu upacara pemujaan di rumahnya di Taman Bukit Minyak di sini malam kelmarin.
Kejadian tersebut disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu pada pukul 10 malam.
Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tersebut tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu dia segera memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, polis yang menerima laporan daripada bapa saudara mangsa yang mengesyaki sesuatu perkara pelik berlaku di rumah dua tingkat yang diduduki keluarga berkenaan terus menghantar pasukan penyiasat.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan, polis mendapati keadaan rumah tersebut gelap dan apabila pemeriksaan dilakukan polis menemui lapan individu berada dalam keadaan sudah lemah di bilik utama yang berkunci.
“Pemeriksaan kemudian menemui seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Cina yang sedang ditindih oleh kesemua lapan individu berkenaan dan mangsa sudah mati,” kata beliau sambil memberitahu mangsa dan lapan individu itu ditemui berada dalam satu selimut besar.

Samseng 969 parah dibelasah


ABDUL MAJID (dua dari kanan) menunjukkan kayu yang digunakan dalam pergaduhan di sebuah restoran pada sidang akhbar di Kluang semalam.


KLUANG – Polis memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan ala gengster Hong Kong melibatkan dua kumpulan kongsi gelap hingga mengakibatkan seorang pemuda terpaksa menerima 10 jahitan di kepalanya akibat dipukul dengan pelbagai jenis senjata dalam kejadian di Taman Suria di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam itu melibatkan pergaduhan lebih 40 lelaki daripada kumpulan Kaw Lak Kaw (969) dan Jin Ngee Thong yang bersenjatakan parang panjang, rotan, kayu snuker, kayu beluti dan pisau. Pemuda yang cedera itu merupakan ahli kumpulan 969.
Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan bukan sahaja enggan menyertai kumpulan Jin Ngee Thong, malah didakwa cuba merampas kawasan untuk melebarkan kekuasaannya.
Mangsa sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan baik dengan kumpulan Jin Ngee Thong tetapi keengganannya menyertai mereka telah membuatkan dia dilabelkan orang yang tidak mengenang budi dan ingin melanggar kawasan.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, ketika kejadian mangsa dan enam rakannya sedang minum di sebuah restoran di situ sebelum dua daripadanya beredar awal.

Terkejut lihat mayat anak


ANGGOTA polis mengawal mayat Mohd. Nasiruddin yang terkorban dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang pemandu teksi terkejut apabila mendapati mayat mangsa kemalangan yang terbaring di atas jalan persimpangan lampu isyarat Cheng Heights Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di sini semalam merupakan mayat anaknya sendiri.
Nahas pukul 6.15 pagi itu mengakibatkan Mohd. Nasiruddin Shah Ishak, 28, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Mitsubishi dipandu seorang pelajar sekolah.
Mohd. Nasiruddin merupakan pekerja landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Mengimbau semula kejadian itu, Ishak Mohd. Amin, 60, memberitahu, ketika melalui jalan tersebut, dia ternampak mayat mangsa kemalangan terbaring atas jalan. Dia tidak perasan muka mayat itu kerana keadaan pada waktu itu masih gelap.

Mesir ikrar balas dendam


SEORANG askar Israel semalam memeriksa sebuah kenderaan berperisai yang digunakan para militan Islam dekat pos sempadan Kerem Shalom.


KAHERAH - Tentera Mesir semalam berjanji akan membalas dendam kematian 16 pengawal sempadan dalam satu serangan di sebuah pos kawalan dekat sempadan Israel pada hari sebelumnya, menurut satu kenyataan oleh agensi berita rasmi MENA.
Para pengawal sempadan itu mati selepas sekumpulan miltan Islam melancarkan serangan.
Kejadian itu berlaku di pos sempadan Kerem Shalom.
"Kami bersumpah dengan nama Tuhan kami akan membalas kematian mereka.
"Rakyat Mesir tidak perlu menunggu lama untuk melihat tindak balas kami ke atas serangan pengganas ini," kata kenyataan Majlis Agung Angkatan Bersenjata (SCAF).
"Sesiapa yang mengadakan hubungan dengan kumpulan-kumpulan yang menyerang tentera kami di Semenanjung Sinai sejak beberapa bulan lalu akan membayar dengan harga yang tinggi sama ada mereka berada di dalam atau luar Mesir," tambah kenyataan tersebut.
Presiden Mohamed Morsi (gambar kecil) sebelum ini turut berikrar lewat kelmarin untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan mengambil alih kawalan di Semenanjung Sinai.
Kumpulan penyerang militan Islam itu melintas masuk ke Israel dengan menaiki sebuah kenderaan berperisai selepas melakukan serangan tersebut.
Israel kemudian menyatakan, lima orang lelaki bersenjata dibunuh dalam serangan melibatkan beberapa buah kereta kebal dan helikopter rejim Zionis.
Di bawah perjanjian damai 1979 dengan Israel, Mesir dibenarkan menempatkan pasukan tentera dalam jumlah yang terhad di Sinai.
Jurucakap tentera Israel, Yoav Mordechai memberitahu Radio Tentera semalam bahawa para militan Islam itu merupakan anggota kumpulan jihad global yang berpangkalan di Sinai.
Sinai menjadi pangkalan para militan global kerana kelemahan Mesir mengawal semenanjung tersebut. - Agensi

Polis cari motif serangan


SEBAHAGIAN penduduk Sikh berhimpun dalam tunjuk perasaan di New Delhi semalam bagi mengutuk serangan di sebuah kuil Sikh di Amerika Syarikat.


OAK CREEK, Wisconsin - Seorang lelaki bersenjata membunuh enam orang dan mencederakan tiga yang lain di sebuah kuil Sikh di Amerika Syarikat (AS) kelmarin sebelum dia ditembak mati dalam serangan yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai satu keganasan domestik.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut melakukan siasatan bagi mengetahui motif serangan.
Media tempatan melaporkan identiti lelaki bersenjata itu sebagai Wade Michael Page yang merupakan seorang veteran tentera AS.
Dipercayai anggota kumpulan rasis kulit putih, lelaki bertatu itu bersenjatakan sepucuk pistol separa automatik dan memakai baju-T putih ketika dia ditembak mati polis AS.
Menurut pihak berkuasa, lelaki berkulit putih, tinggi dan berkepala botak berusia dalam lingkungan 40-an melepaskan tembakan sejurus sebelum upacara keagamaan di sebuah kuil Sikh di sini pinggir bandar Milwaukee pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan).
Tindakan tersebut menyebabkan ramai penganut Sikh bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Beberapa orang saksi berkata, lelaki itu mempunyai tatu 9/11 yang merujuk kepada peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas AS oleh militan Islam.
"Dia mempunyai tatu, saya tidak tahu jika ia membawa sebarang maksud atau ia mewakili mana-mana kepercayaan dan pegangan," kata jurucakap Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan AS, Thomas Ahern.
Seramai empat orang mangsa ditembak mati di dalam kuil tersebut manakala tiga yang lain termasuk suspek terbunuh di luar kuil tersebut.
Ketua Polis Oak Creek, John Edwards berkata, suspek turut menyerang dan menembak seorang anggota polis yang sedang membantu mangsa tembakan.
Anggota polis kedua yang berada ditempat kejadian kemudian bertindak menembak mati suspek.
Sejak serangan pengganas di AS pada 11 September 2001, penganut Sikh kerap disalah anggap sebagai penganut Islam.
Presiden AS, Barack Obama menyatakan beliau sedih dengan kejadian tersebut.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh berasa terkejut dengan serangan itu.
"Ia merupakan tindakan keganasan yang tidak masuk akal," katanya.
Perdana Menteri itu berharap pihak berkuasa akan menyiasat siapa yang mendalangi serangan tersebut.
Sejumlah penduduk Sikh di India turut melakukan tunjuk perasaan bagi mengutuk serangan tersebut. - Agensi

'Koboi bogel' ada saingan


IMEJ video agensi berita AFP yang disiarkan di laman YouTube kelmarin menunjukkan 'koboi bogel' membuat persembahan di Times Square, New York.


NEW YORK - Selama 13 tahun, seorang lelaki yang bertubuh sasa, memakai topi dan but koboi bermain gitar dalam keadaan separuh bogel semasa menyanyi untuk mencari 'makan' di Times Square di sini.
Lelaki itu, Robert Burck memperoleh pendapatan AS$1,000 (RM3,106) sehari dan ramai wanita merakamkan gambar dengannya.
Burck, 41, amat dikenali dalam kalangan pelancong di bandar raya ini.
Dia memakai seluar dalam semasa membuat persembahan.
Bagaimanapun, dia kini berdepan saingan daripada seorang lagi lelaki yang memakai seluar dalam ketat dan menggelarkan dirinya sebagai 'Indian bogel'.
Lelaki Indian itu menggelarkan dirinya sebagai raja baharu di Times Square.
"Terdapat daya tahan lebih lama, lebih bertenaga dalam diri saya," kata lelaki Indian itu yang enggan memberikan nama penuhnya.
Namun, dia dilaporkan bernama Adam David.
"Koboi itu, kakinya kelihatan lemah. Kedudukannya kini semakin terancam," katanya.
Kedua-dua mereka membuat persembahan dalam jarak yang dekat.
Lelaki Indian yang memakai topi tradisi yang mengandungi pelepah haiwan itu berkulit lebih gelap dan muncul di Times Square pada bulan lalu.
Menurutnya, dia yang bertubuh lebih sasa daripada 'koboi bogel' memperoleh pendapatan antara AS$200 (RM621.36) hingga AS$500 (RM1,553) sehari.
Dia muncul dengan gendang dan berteriak dalam bahasa Indian.
Burck menggunakan ancaman akan mengambil tindakan undang-undang untuk memaksa lelaki Indian itu tidak menggunakan logo 'Indian bogel' pada seluar dalamnya.
Menurutnya, penggunaan itu melanggar identitinya sebagai 'koboi bogel'.
'Koboi bogel' itu telah membina empayar perniagaannya sendiri sejak beberapa tahun lalu termasuk penjualan baju-T, but koboi dan seluar dalam yang boleh diperoleh di laman www.nakedcowboy.com. - AFP

Bangunan runtuh dalam masa enam saat


BANGUNAN Rangkaian Radio runtuh dnegan menggunakan bahan letupan di Christchurch kelmarin.


CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah bangunan Rangkaian Radio setinggi 14 tingkat yang rosak kerana gempa bumi yang berlaku pada 2011 diruntuhkan di sini kelmarin.
Bangunan itu diruntuhkan dengan menggunakan 63 kilogram bahan letupan dalam tempoh hanya enam saat.
Seorang pesakit kanser berusia enam tahun, Jayden Halliwell diberi penghormatan menekan butang untuk meletupkan bangunan tersebut.
Ratusan orang menyaksikan letupan itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment