Tuesday, August 7, 2012

ALQURAN JANGAN JADI PENAWAR SAJA...MALAH JADI SUMBER HUKUM...IAITU HUKUM HUDUD...BILA NAK NAK LAKSANA...ADAKAH KITA TUNGGU BALA ALLHA TURUNKE....

Tindih anak sampai mati

Oleh Isma Ismail dan Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my

BERI KETERANGAN...anggota polis menyoal ahli keluarga mangsa.
BERI KETERANGAN...anggota polis menyoal ahli keluarga mangsa.
BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.
“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.

Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama.

 


8 suspek direman 6 hari

BUKIT MERTAJAM: Siasatan awal polis mendapati semua suspek kejadian tindih seorang kanak-kanak hingga meninggal dunia melakukan upacara pemujaan dan jampi tanpa diketahui sebabnya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, pihaknya percaya mereka melakukan upacara pemujaan hingga gagal mengawal diri sebelum sanggup bertindak demikian.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar termasuk menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa.
Katanya, lapan suspek yang terdiri keluarga mangsa dan pembantu rumah ditahan bagi membantu siasatan. “Ketika mangsa ditemui didapati mayat mangsa masih panas dan dipercayai baru saja meninggal dunia akibat sesak nafas,” katanya. Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Majistret Arif Mohamad Shariff membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap tujuh suspek yang dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, di sini pagi semalam.
Ibu mangsa pula yang dirawat di HSJ sejak semalam turut direman bagi tempoh yang sama selepas Arif ke hospital bagi mengeluarkan perintah tahanan reman terhadapnya.

2 keluarga bertempur di restoran



CEDERA...seorang remaja cedera.
CEDERA...seorang remaja cedera.
JEMPOL: Akibat perselisihan faham, dua keluarga bertempur membabitkan 11 suspek termasuk sembilan remaja di sebuah restoran di Taman Meranti, Bahau, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, dalam pergaduhan jam 10.30 malam pada 4 Ogos lalu itu semua suspek ditahan berikutan terbabit dalam pergaduhan ganas sehingga menggunakan senjata termasuk pisau kecil, kayu dan botol minuman.

“Suspek yang terbabit pergaduhan itu berumur 12 hingga 42 tahun termasuk remaja perempuan berusia 15 dan ibunya berumur 38 tahun.
“Kejadian berpunca daripada seorang bapa remaja terbabit yang cuba menyelamatkan anaknya dalam kejadian itu. Bapa remaja berumur 42 tahun itu pemilik restoran berkenaan.

“Kemudian, keadaan lebih tegang sebelum tercetus pergaduhan menggunakan beberapa senjata seperti pisau kecil, kayu dan botol minuman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat polis daerah (IPD), semalam.

Bagaimanapun Hamzah berkata, kejadian itu tiada unsur pergaduhan berkumpulan.
“Susulan itu, tujuh individu daripada 11 yang terbabit cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jempol dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan akibat merusuh menggunakan senjata,” katanya.

Panahan petir sambar kepala

Oleh Zul Ikhwan Muhammad
am@hmetro.com.my

SEDIH...ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun.
SEDIH...ahli keluarga menatap gambar Mohd Nazrun. Gambar kecil, Mohd Nazrun.
ENDAU: “Saya mahu kerja hari ini saja, esok tidak lagi sebab saya masih bercuti, maklumlah raya dah dekat,” itu kata-kata akhir Mohd Nazrun Othman, 27, yang maut disambar petir di rumah kongsi tempat dia bekerja, kelmarin.
Kejadian jam 7 malam itu berlaku di Ladang Sungai Merbau, Ulu Sungai Endau, dekat sini, ketika Mohd Nazrun memasang alat pengecas telefon sebelum sambungan berkenaan disambar petir lalu menyambar kepalanya.
Ibu saudara mangsa, Mariani Omar, 30, ketika ditemui di rumahnya di Felda Selendang, Rompin berkata, perubahan sikap mangsa yang seolah-olah berat hati untuk pergi bekerja sebenarnya petanda dia meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Katanya, arwah yang bekerja sebagai pemandu lori masih bercuti namun bekerja pada hari kejadian kerana mahu mengumpul lebih banyak wang menjelang Aidilfitri, namun pada masa sama berat hati meninggalkan keluarga dan dilihat termenung di depan rumah biarpun enjin motosikalnya sudah dihidupkan.

“Tak sangka rupa-rupanya perubahan itu petanda hari terakhirnya bersama kami.
Kami sangat terasa kehilangannya memandangkan dia anak lelaki tunggal dalam keluarga,” katanya.

Pesan polis tutup mayat

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Hancur luluh hati seorang bapa apabila mengetahui mayat dilihat terbaring di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berdekatan Cheng Height di sini, akibat kemalangan adalah anak lelakinya sendiri, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa, Mohd Nasiruddin Shah Ishak, 28, yang menuju ke tempat kerjanya di Sungai Putat, di sini, maut selepas motosikal Honda Wave ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Mitsubishi.

Ishak Mohd Amin, 60, berkata, dia yang memandu teksi dari Peringgit ke Bukit Rambai sempat melihat kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.
“Sewaktu melalui tempat kejadian, saya sempat berpesan kepada anggota polis supaya menutup mayat yang terbaring di tengah persimpangan itu atau segera menghantarnya ke hospital.

“Namun, saya tidak menyangka mayat berkenaan anak lelaki saya kerana keadaan agak gelap ketika itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi anaknya, Fatimah Zaharah, 25, yang turut melalui jalan sama dan singgah melihat kejadian.
Kata Ishak, jenazah Allahyarham dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Peringgit.

Pemandu kereta Perodua Kancil, Lee Siew Tee, 58, yang turut terbabit dalam kemalangan itu berkata, ketika kejadian dia sedang memberhentikan kenderaan di lampu isyarat.
“Saya ketika itu mahu menuju ke Cheng Height untuk mengambil anak saudara. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, saya terkejut melihat sebuah motosikal tercampak dan melanggar bahagian depan kereta saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, mangsa pekerja landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mati di tempat kejadian berikutan parah di kepala dan patah kaki kanan.

“Akibat pelanggaran itu, kereta Mitsubishi berkenaan terbabas dan hampir melanggar sebuah surau berhampiran simpang terbabit. Manakala, motosikal mangsa tercampak dan merempuh sebuah Perodua Kancil yang berhenti di lampu isyarat.

“Mangsa yang maut di tempat kejadian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurut beliau, pemandu kereta Mitsubishi itu cedera ringan manakala pemandu Kancil tidak mengalami kecederaan.


Pejabat kadi tetap diketuk

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

BETONG: Ketibaan Ramadan sedikitpun tidak menghalang hasrat pasangan ‘kekasih bermasalah’ melintasi sempadan dan melangsungkan perkahwinan di Pejabat Kadi dan Agama Islam Betong, di sini.
Kebanyakan pasangan ini termasuk golongan warga emas dan golongan kenamaan tempatan didapati sanggup bersabar menunggu giliran ditemu duga sebelum dinikahkan.

Jurucakap Pejabat Kadi dan Agama Islam Betong berkata, jumlah pasangan dari Malaysia yang berkahwin di pejabat itu tidak berkurangan walaupun pada bulan Ramadan.
Menurutnya, walaupun pejabat kadi Betong ditutup sempena bulan Ramadan namun pihaknya akan menjalankan majlis pernikahan bergantung tempahan atau permintaan orang ramai.

“Biasanya pasangan berasal dari Malaysia ini memohon untuk bernikah di sini dengan membawa semua dokumen peribadi bagi melicinkan proses pernikahan.

“Setakat ini sudah berpuluh pasangan bernikah di pejabat ini sejak awal Ramadan lalu dan semua proses ini berjalan lancar,” katanya ketika ditemui wartawan, semalam.
Wartawan Harian Metro yang berada di pejabat kadi berkenaan mendapati satu pasangan warga tempatan sedang menjalani upacara pernikahan manakala dua lagi pasangan berasal dari Kedah menunggu giliran untuk diijabkabulkan.

“Pernikahan di sini bukan hanya di kalangan pasangan muda atau pertengahan usia malah turut membabitkan golongan warga emas yang mahu proses pernikahan ini disegerakan tanpa masalah birokrasi,” katanya.
Sementara itu beliau yang juga ahli jawatankuasa Pejabat Kadi berkenaan menyelar tindakan segelintir ejen tempatan mengenakan kadar upah terlalu tinggi terhadap pasangan ingin berkahwin di negara jiran itu.

“Ramai yang tersalah anggap dan menyangka kos berkahwin di Pejabat Kadi dan Agama Islam Betong mencecahkan ribuan ringgit. Malah, kami dituduh masyarakat tempatan kononnya membuat keuntungan hasil khidmat menikahkan pasangan dari Malaysia.

“Tohmahan itu tidak tepat kerana kami hanya mengenakan kadar bayaran berpatutan bagi kos memproses dokumentasi perkahwinan serta bayaran kepada kadi yang menikahkan pasangan,” katanya.

Menurutnya, pihak Pejabat Kadi dan Agama Islam Betong yang terletak di bawah kuasa Pejabat Agama Islam Wilayah Yala, selatan Thailand hanya menetapkan bayaran sekitar RM450 berbanding ejen yang mengenakan caj perkhidmatan mencecah ribuan ringgit.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan kegiatan pernikahan di Betong membabitkan ribuan pasangan Malaysia sejak awal tahun lalu yang kian meningkat berbanding beberapa tahun lalu.

Al-Quran jadi penawar

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kehebatan al-Quran bukan sekadar mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, sebaliknya ia membimbing seseorang itu ke arah kebaikan.
Ini terbukti apabila kira-kira 1,500 penghuni Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) yang kebanyakannya remaja bermasalah berubah menjadi baik menerusi program hafazan al-Quran yang diadakan.

Penasihat Sidim, Hanafi Abdul Malek berkata, hafazan al-Quran yang menjadi program wajib di pertubuhan berkenaan terbukti mampu mengubah tingkah laku mereka.
Katanya, adab untuk memulihara kesucian al-Quran berkenaan diterapkan dan sedikit sebanyak ia mengubah perlakuan penghuni.

“Hampir semua remaja memang bermasalah. Ada yang menagih dadah, terjebak dalam maksiat serta melakukan jenayah.

“Jadi kami dekatkan mereka dengan al-Quran. Bila mereka mampu menjaga adab ini, ia secara tidak langsung mengubah perlakuan mereka terhadap perkara lain juga,” katanya.
Hanafi berkata, sehingga kini seramai 17 remaja yang dulunya bermasalah dan tidak pernah membaca al-Quran sudah bergelar al-hafiz apabila berjaya menghafaz semua 30 juzuk.

Katanya, kejayaan itu memberi sinar baru dalam kehidupan remaja berkenaan, sekali gus membuka peluang bagi mereka melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading seterusnya mendapat pekerjaan.
“Jika dulu hidup mereka mungkin dianggap sebagai tidak berguna atau menyusahkan masyarakat, tetapi kini tidak lagi. Mereka boleh berbangga kerana mampu berjaya sama seperti orang lain,” katanya.

Menurut Hanafi, peningkatan jumlah remaja khususnya di bawah umur dalam pelbagai gejala sosial memang membimbangkan. Katanya, jumlah berkenaan semakin meningkat setiap tahun dan dipercayai berlaku berikutan kurangnya pendedahan serta penekanan dalam bidang agama.

“Jadi, di Sidim kita dekatkan remaja bermasalah ini dengan pelajaran agama dan paling penting agar mereka membaca, memahami serta dapat menghafaz al-Quran yang sememangnya sebagai sumber rujukan terbaik kepada sesiapa pun,” katanya.

Bagi Pengetua Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah, Hafiz Hashim Qassim yang juga warga Myanmar, pendidikan agama dan hafazan Al-Quran cukup penting dalam sistem pendidikan mereka.

Ini kerana, kebanyakan anak warga Myanmar yang berhijrah ke negara ini tidak mendapat didikan agama yang sempurna menyebabkan mereka bersifat liar dan tidak menghormati orang lain.

“Saya masih ingat lagi pada awal kedatangan di negara ini, saya ada bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia tujuh tahun. Dia membalas teguran saya dengan kasar dan bila ditanya mengenai agama, dia mengakui tidak tahu bersolat atau apa-apa mengenai agama walaupun beragama Islam.

“Bermula detik itulah saya buka kelas pengajian agama dan al-Quran kepada kanak-kanak seperti itu hinggalah ia berkembang dan kini menjadi madrasah,” katanya.

Menurutnya, perkara yang paling menggembirakan hatinya, apabila pelajar berkenaan juga menunjukkan perubahan dalam tingkah laku, lebih menghormati orang lain dan tidak liar.

Malah, bagi memastikan pelajar di sana mahir dalam bidang lain, subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Myanmar dan Matematik turut diajar.

No comments:

Post a Comment