Duit habis isteri hilang
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KASIH IBU...Siti Liah di sisi Mahmud sambil diperhatikan Mat Yakob.
Itu kata Mat Yakob Salleh, 61, mengenai tindakan kakak iparnya yang tergamak meninggalkan suami, Mahmud Hamid, 63, sejak sembilan bulan lalu selepas pasangan hidupnya itu lumpuh dan tidak dapat bercakap akibat serangan angin ahmar.
Menurutnya, akibat tindakan wanita berusia 38 tahun itu, abang tirinya kini dijaga ibu mereka, Siti Liah Tahir, 83, yang sudah tua dan uzur di Kampung Panji, di sini.
“Kami terkilan kerana begitu mudahnya dia meninggalkan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri,” katanya ketika ditemui.
Mat Yakob berkata, Mahmud dan isterinya hidup sebagai suami isteri selama 15 tahun dan kehidupan mereka pada mulanya bahagia dengan dikurniakan tiga anak berusia antara lapan dan 14 tahun.
Gelora cintai isteri kawan
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
PARAH...Thenagaran menunjukkan kecederaan pada kepala serta jari kiri isterinya.
Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun itu adalah rakan sekerja suami mangsa yang tinggal di taman sama dan menaruh hati terhadap wanita itu sejak tujuh tahun lalu.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, P Anjalai, 27, sedang tidur bersama anak bongsunya berusia tiga tahun di dalam bilik selepas suaminya, P Thenagaran, 31, keluar bekerja.
Manakala empat lagi anaknya iaitu T Yogeswaran, 9, T Phavitra, 8, T Thiviya, 5, dan T Sutharshini, 4, tidur di ruang tamu rumah berkenaan sebelum seorang lelaki meluru masuk ke dalam bilik tidur mangsa.
Anjalai dikatakan cuba mempertahankan diri ketika lelaki itu cuba menanggalkan baju dan seluarnya sebelum berlaku pergelutan hingga menyebabkan mangsa pengsan akibat dipukul dengan senjata tumpul.
Persiapan nikah tinggal kenangan
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
zatuliffah@hmetro.com.my
HIBA...Che Ku Nurul Hamizah (tengah) mencium baju raya milik kakaknya yang sudah siap sambil ditemani Tuan Roshani (kiri) dan Che Ku Md Amin. Gambar kecil, majlis pertunangan arwah (kiri).
Dalam kejadian jam 7 malam itu, seorang warga emas, Ngah Ismail, 70, yang berada di dalam ambulans berkenaan turut meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada jam 10.30 malam kelmarin.
Che Ku Nurul Hamimie pula yang dijadual berkahwin selepas Aidilfitri meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital yang sama pada jam 8.15 malam akibat cedera parah di kepala dan organ dalaman.
Ketika kejadian, Che Ku Nurul Hamimie yang bekerja sebagai jurujual kedai bunga di bandar raya ini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kepong, di sini, dengan menunggang motosikal.
Difahamkan, setiba di lokasi kejadian, dia ingin membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat Kampung Kepong, di sini, namun bertembung dengan ambulans yang dalam perjalanan ke HSNZ.
Hukuman ditambah
Panel tiga hakim bersidang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 22 sebatan terhadap R Shanmuganathan selepas menolak rayuannya mengurangkan tempoh hukuman penjara.
Hakim Abdul Malik berkata, hukuman berat perlu dikenakan sebagai amaran kepada perayu (Shanmuganathan).
Pada 26 Julai, 2010, Mahkamah Sesyen mendapati Shanmuganathan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta lima sebatan kerana merogol dan penjara empat tahun serta lima sebatan kerana merompak.
Pada 14 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menambah hukuman kepada penjara 18 tahun dan 12 sebatan tetapi mengekalkan hukuman kerana merompak. selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
Mengamuk isteri ke bazar
Suri rumah berusia 35 tahun menerima azab itu apabila suaminya berusia lewat 30-an mengamuk hanya kerana isterinya keluar membeli makanan di bazar Ramadan berhampiran kediaman mereka, jam 5 petang.
Akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala dan badan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kajang.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang sedang menukar lampin anak lelaki mereka berusia empat bulan dihampiri suaminya yang baru pulang bekerja.
Melutut mahu sembunyi
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
REMUK...kenderaan dicuri suspek rosak teruk akibat terbabas.
ROSAK..pagar rumah dirempuh kereta curi.
Beliau berkata demikian ketika menceritakan kejadian dia dirayu seorang wanita berusia lewat 20-an yang cedera dan menjadi buruan polis dalam kejadian jam 2 petang di rumahnya di Jinjang Selatan, di sini, semalam.
Menurutnya, dia tidak sampai hati melihat wanita itu dalam keadaan kesakitan dan berlumuran darah membenarkannya bersembunyi di dalam rumah.
“Saya bagaimanapun menjadi gelisah selepas membenarkan dia masuk ke dalam rumah. Saya kemudian menghubungi anak lelaki yang bekerja dan menceritakan apa yang berlaku.
“Anak saya menasihatkan supaya mengunci semua pintu dan tingkap rumah sebelum menunggunya pulang,” katanya.
Katanya, selepas dinasihatkan berulang-kali, dia akur untuk menghubungi polis dan melaporkan kejadian itu.
Menurut sumber, sebelum kejadian, wanita terbabit bersama tiga lagi rakannya berusia antara 20 hingga 30 tahun dilaporkan melarikan sebuah kereta Volkswagen GTI di Ampang Jaya sebelum pemiliknya melaporkan kehilangan kenderaannya. “Pihak berkuasa kemudian mengesan kedudukan kenderaan itu menggunakan Sistem Pengesanan Global (GPS) dan mendapati kenderaan itu sedang bergerak di Jalan Duta,” katanya.
Sumber berkata, suspek dan rakannya merempuh sekatan berkenaan menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran.
“Menyedari dikejar polis, kumpulan itu memecut laju. Suspek yang gagal mengawal kenderaan terbabas sebelum merempuh pagar sebuah rumah di Jinjang Selatan.
“Dua lelaki yang gagal keluar daripada kereta itu dicekup serta-merta manakala wanita berkenaan dan seorang lagi rakannya sempat melarikan diri,” katanya.
Katanya, disebabkan tercedera, mangsa kemudian meminta bantuan daripada pemilik sebuah rumah di kawasan berkenaan untuk berlindung dari buruan polis.
Menurutnya, mangsa hanya mampu berlindung hampir 20 minit di rumah itu sebelum pemiliknya menghubungi polis memaklumkan perkara itu menyebabkan wanita terbabit dicekup.
Wanita itu kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan manakala dua lagi rakannya dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Difahamkan, rakan suspek belum dicekup dan usaha memburu giat dijalankan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan penahanan terbabit.
Tanggal alat elektrik ketika petir
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata, peringatan mengenai bahaya penggunaan alatan elektrik ketika cuaca buruk sejak sekian lama diuar-uarkan menerusi media massa, namun segelintir masyarakat seolah-olah tidak mengendahkannya.
Menurutnya, tidak kira sama ada menggunakannya atau tidak, ketika petir khususnya, plug peralatan elektrik tidak patut dibiarkan terpasang di soket bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Hukuman ditambah
Panel tiga hakim bersidang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 22 sebatan terhadap R Shanmuganathan selepas menolak rayuannya mengurangkan tempoh hukuman penjara.
Hakim Abdul Malik berkata, hukuman berat perlu dikenakan sebagai amaran kepada perayu (Shanmuganathan).
Pada 26 Julai, 2010, Mahkamah Sesyen mendapati Shanmuganathan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta lima sebatan kerana merogol dan penjara empat tahun serta lima sebatan kerana merompak.
Pada 14 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menambah hukuman kepada penjara 18 tahun dan 12 sebatan tetapi mengekalkan hukuman kerana merompak. selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
‘Isteri atau main bola?’
Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my
zura@hmetro.com.my
Wan Mahyuddin menasihatkan demikian terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak yang tidak hadir ke mahkamah pada prosiding permohonan kembali taat difailkan Aidil terhadap isterinya pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar kerana menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria. Menurutnya, Aidil perlu memberi lebih kepentingan kepada kes mahkamah kerana ia membabitkan soal hidup mati, anak-anak serta dosa pahala.
Nasihat itu diberikan berikutan permintaan peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini supaya Aidil mengemukakan dokumen atau bukti kepada mahkamah berhubung ketidakhadirannya pada prosiding kes itu.
“Alasan diberikan plaintif munasabah, namun plaintif sepatutnya kepilkan dokumen atau bukti menyatakan alasan tidak dapat hadir, bukannya disampaikan secara lisan saja,” katanya.
Justeru, peguam syarie Noor Azlina Che Hasan yang mewakili Aidil berjanji pihaknya akan mengemukakan salinan surat kepada mahkamah dan pihak Rita Rudaini yang menyatakan Aidil tidak dapat hadir kerana mempunyai latihan bola sepak.
Terdahulu, Noor Azlina yang hadir mewakili peguam Aidil, Ahmad Nazib Johari memaklumkan kepada mahkamah pihaknya memfailkan afidavit jawapan kepada bantahan Rita Rudaini berhubung permohonan kembali taat dan diserahkan kepada defendan semalam.
“ Setakat ini pihak kami ada berbincang dengan anak guam menyelesaikan perkara ini, tapi tiada kata putus sah daripada anak guam. Sekiranya ada penyelesaian, pihak kami memberi surat rasmi kepada mahkamah,” katanya.
Pada prosiding semalam Rita Rudaini hadir berseorangan berbaju kurung moden dan bertudung biru lembut.
Aidil memfailkan perintah kembali taat pada 15 Mei lalu supaya Rita, 36, dan dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah disediakan Aidil di USJ1 di sini.
Pada tarikh sama, Aidil menarik balik permohonan cerai terhadap Rita Rudaini atas alasan ingin berbaik semula.
Pasangan itu bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil.
Mereka tinggal berasingan sejak lima bulan lalu selepas Aidil meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini.
Janda cair ayat cinta Nigeria
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Lelaki terbabit dikatakan menghantar kata-kata manis berbaur cinta ke facebook mangsa menyebabkan janda berkenaan ‘mabuk’ cinta walaupun ketika itu mereka baru tiga bulan berkenalan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, mangsa berusia 54 tahun yang juga eksekutif sebuah syarikat swasta mula berkenalan dengan suspek pada Jun lalu melalui laman sosial facebook.
Menurutnya, selepas beberapa bulan berkenalan dan pasti mangsa benar-benar sudah jatuh cinta, suspek dikatakan mula memasang perangkap kononnya dia mahu menghantar hadiah berharga sebagai menghargai hubungan mereka.
“Bagaimanapun, barang dijanjikan tidak kunjung tiba sebaliknya mangsa menanggung pelbagai kos kiriman berjumlah lebih RM10,000 sebelum menyedari tertipu dan tampil membuat laporan polis.
‘Belukar’ dibakar laser
Oleh Na’imah Mohamed
naimah@hmetro.com.my
naimah@hmetro.com.my
Wanita terbabit bukan saja terpaksa menanggung kesakitan sejak 22 Julai lalu, malah turut menghadapi kemungkinan terpaksa menanggung kos perubatan hampir RM50,000 bagi merawat kemaluannya itu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, berkata dia mendapat tahu mengenai pakej pembuangan bulu di bahagian sulit secara kekal itu yang dijalankan sebuah pusat kecantikan melalui iklan di sebuah akhbar tempatan dan tertarik kerana harga yang ditawarkan adalah murah pada awal Januari lalu.
“Saya kemudian menghubungi nombor telefon tertera pada iklan berkenaan sebelum membuat temu janji dan menandatangani perjanjian untuk menjalani rawatan selama dua tahun dengan bayaran RM3,500.
“Rawatan menggunakan cahaya nano ataupun laser itu dijalankan sekali setiap bulan oleh pekerja yang sama sehinggalah bulan ketujuh apabila pekerja berkenaan bertukar dan memberitahu tahap laser berkenaan perlu ditingkatkan,” katanya ketika hadir di sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.
Lee berkata, ketika menjalani proses rawatan bersama pekerja baru itu, dia pada mulanya mendapati bau hangit yang kuat serta berasa kesakitan di kemaluannya sehingga menyuruh pekerja terbabit menghentikan proses berkenaan.
“Bagaimanapun, sehari selepas rawatan itu, bahagian sulit saya menjadi bengkak, kesan kemerah-merahan sebelum melecet sehingga menyukarkan saya untuk berjalan dan tidur. “Risau dengan keadaan berkenaan, saya mengunjungi sebuah klinik kulit dan selepas diperiksa, doktor mengesahkan saya mengalami kesan kebakaran tahap kedua yang menyebabkan lapisan kulit bahagian dalam turut terbakar,” katanya.
Katanya, apabila dia mengunjungi pusat kecantikan itu semula, pemiliknya bersikap lepas tangan dan hanya mahu memulangkan kos rawatan yang telah dibayar sebanyak RM3,500 sebelum ini malah menjelaskan ia bukan kesilapan pihaknya.
“Mereka menyatakan ia adalah risiko yang perlu ditanggung pelanggan dan mereka mendakwa pekerja berkenaan mempunyai pengalaman lebih dua tahun bekerja di pusat kecantikan berkenaan.
“Kini, saya bukan saja terpaksa menanggung kesakitan di atas kecuaian mereka malah saya terpaksa membelanjakan kira-kira RM50,000 lagi untuk menjalani rawatan memulihkan kemaluan saya namun kesan terbakar pada kulit akan kekal selamanya,” katanya.
Susulan kejadian itu, Lee berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat kecantikan itu.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong yang turut hadir di sidang media berkenaan menasihatkan semua wanita yang mahu sentiasa kelihatan cantik agar mendapatkan nasihat doktor sebelum menjalani sebarang rawatan yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Penjenayah tumpu kenderaan model lama tempatan, Jepun
Pakar baik pulih kenderaan, Tham Chong, 50-an, berkata, penjenayah terbabit mempunyai beberapa kaedah popular untuk melakukan jenayah itu berdasarkan pengamatan dan pengalamannya membaiki kenderaan mangsa penjenayah.
Menurutnya, biasanya penjenayah yang menyasarkan bateri kereta hanya perlu membawa pembaris besi atau pemutar skru yang dibengkokkan pada bahagian hujungnya.
“Kaedah paling popular digunakan penjenayah adalah dengan menggunakan pembaris besi yang dijolokkan pada bahagian sisi pintu kereta bagi membolehkan tombol kunci kenderaan dinaikkan dan pintu dapat dibuka.
“Penjenayah kemudian akan membuka bonet hadapan kereta secara manual sebelum wayar penyambung pada bateri itu dipotong atau ditanggalkan,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.
Dia yang berpengalaman membaiki kenderaan sejak 30 tahun lalu mendakwa kebiasaannya kes curi bateri kenderaan ini tertumpu kepada kereta model lama buatan tempatan atau Jepun.
“Biasanya penjenayah yang berpengalaman dan mempunyai tangan yang kurus serta panjang mampu melakukannya dengan pantas. Bonet akan dapat dibuka sebalik kabel wayar itu ditarik,” katanya yang turut membuat demontrasi kepada wartawan.
“Namun, kebanyakan pemilik kenderaan yang pernah menjadi mangsa akan mengambil langkah berhati-hati dengan melakukan pemasangan kepingan logam keselamatan bagi menutupi wayar berkenaan,” katanya.
Diperkosa ‘pegawai jabatan agama’
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng berkata, sebelum dirogol, mangsa bertemu teman lelakinya di bawah Jambatan Tanjung Mas, di sini pada jam 2 pagi dan ketika berbual, dua lelaki datang memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan agama.
Katanya, suspek mengugut mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan pejabat agama kerana melakukan maksiat. “Bagaimanapun, teman lelaki mangsa memberitahu mereka hanya berbual dan tidak melakukan maksiat.
“Suspek menyuruh teman lelaki mangsa pulang manakala mangsa akan dibawa ke balai polis oleh mereka,” katanya.
Menurutnya, mangsa dan teman lelakinya mempercayai kedua-dua suspek kerana melihat mereka mengeluarkan kad namun tidak pasti sama ada kad jabatan agama atau sebaliknya kerana keadaan di bawah jambatan gelap.
“Teman lelaki mangsa pulang ke rumah seorang diri manakala mangsa dibawa dengan motosikal oleh seorang suspek ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol bergilir-gilir oleh dua suspek berkenaan dan tiga lagi lelaki tidak dikenali,” katanya.
“Suspek menggunakan modus operandi menunjukkan kad kuasa palsu jabatan kerajaan untuk merogol. “Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya memastikan terlebih dahulu kad kuasa yang ditunjukkan adalah benar atau sebaliknya dan jika terdapat sebarang keraguan, laporkan terus dengan balai polis berdekatan,” katanya.
No comments:
Post a Comment