Sunday, August 5, 2012

ITU NAMANYA JODOH

‘Uda’ hilang suara

Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN, SHAKILAWATI ABD RAHMAN dan AMIRUL HASWENDY ASHARI
metahad@hmetro.com.my

TERKENA... Razali terpaksa ‘miming’ ketika menjayakan teater Uda dan Dara bersama Misha Omar kerana hilang suara dipercayai akibat terkena santau.
TERKENA... Razali terpaksa ‘miming’ ketika menjayakan teater Uda dan Dara bersama Misha Omar kerana hilang suara dipercayai akibat terkena santau.
KUALA LUMPUR: Gara-gara menolak lamaran untuk menjadi suami, pelakon dan penyanyi Razali Hussain mendakwa menderita akibat disantau seorang peminat wanita.
Pelakon yang baru muncul dengan filem komedi Man Sewel Datang KL itu berkata, selepas menolak lamaran wanita yang juga peminat tegarnya, dia berdepan pelbagai masalah kesihatan sehingga menjejaskan kerjaya seninya.
Malah, beberapa perniagaan diusahakannya hasil titik peluh bergelar artis turut terkena tempias.

Razali berkata, semuanya bermula apabila dia dihampiri seorang wanita yang mengaku sangat meminatinya. Malah, wanita itu sering memberi hadiah sebagai tanda sokongan. Hinggalah pada satu tahap, wanita itu meluahkan isi hati untuk melamar Razali sebagai suami.


“Saya menolak lamaran wanita itu dengan cara baik, tapi tidak sangka pula dia berdendam. Selepas beberapa ketika, dia masih memberi hadiah tapi tidak lama selepas insiden itu, kami tidak lagi berhubung.

Bayi korban nahas

Laporan dan foto ZUL IKHWAN MUHAMMAD
am@hmetro.com.my

REMUK TERUK... keadaan kereta dan lori kelapa sawit yang terbabit dengan kemalangan di persimpangan.
REMUK TERUK... keadaan kereta dan lori kelapa sawit yang terbabit dengan kemalangan di persimpangan.
ENDAU: “Saya turun daripada lori sejurus kemalangan dan ketika itu, selain membantu dua mangsa yang tersepit di dalam kereta, orang ramai turut mengutip cebisan otak bayi yang melekat pada enjin kereta,” kata Rizuan Ghozali, 28, semalam.
Rizuan yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan kereta dinaiki lima sekeluarga di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, jam 11.45 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pemandu kereta, Lans Koperal Hazwan Harun, 43, yang juga anggota polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, cedera parah manakala isterinya, Normah Daud, 30-an, ibunya, Saemah Sulaiman, 68, dan bapanya, Harun Ab Majid, 70, cedera dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Anak perempuan pasangan itu, Idayatul Naziha berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Ketika kejadian, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke kampung Hazwan di Gua Musang, Kelantan.

Impian jadi kenyataan

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB, ANIZA ZAINUDIN dan NURUL HUSNA MAHMUD
metahad@hmetro.com.my

BAHAGIA... Mohamed Kheireddine bersama isteri dan dua anaknya.
BAHAGIA... Mohamed Kheireddine bersama isteri dan dua anaknya.
KUALA LUMPUR: Kebanyakan orang mungkin memasang cita-cita untuk mengahwini gadis cun dan montok dari Brazil atau jejaka tampan dari Itali, tetapi ada rakyat Malaysia beragama Islam memiliki pasangan hidup dari negara berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Bukan saja dari dua negara terbabit, malah ada rakyat Malaysia berkahwin dengan gadis atau jejaka dari negara yang jarang dikunjungi orang seperti Comoros, American Samoa, Guinea dan Sierra Leone.
Ini berdasarkan statistik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dari 2009 hingga 2011 yang diperoleh Metro Ahad.

Statistik itu menunjukkan 1,166 individu mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidup daripada 48 negara berbeza. Jumlah itu pasti bertambah jika pendaftaran perkahwinan di jabatan agama Islam negeri lain turut diambil kira.


Apa menyebabkan mereka tertarik dengan pasangan luar negara? Ikuti kisah hidup tiga individu yang berkahwin dengan pasangan dari Russia, Iraq dan Tunisia.

Maut ditembak jarak dekat



PERIKSA... anggota polis forensik melakukan pemeriksaan pada mayat yang  mati ditembak.
PERIKSA... anggota polis forensik melakukan pemeriksaan pada mayat yang mati ditembak.
SERI KEMBANGAN: Tiga rakan yang asyik minum arak di tepi jalan di Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, di sini, dikejutkan dengan tiga das tembakan yang mengorbankan seorang daripada mereka dalam kejadian dipercayai bermotifkan dendam, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam, Kesavan Subramaniam, 27, yang melepak di bahu jalan itu bersama dua rakannya dihampiri dua lelaki bermotosikal sebelum pemboncengnya melepaskan tiga tembakan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, mangsa yang tidak bekerja dan berasal dari bandar ini mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Siasatan forensik di tempat kejadian mendapati mangsa ditembak di kepala dan tubuh dari jarak dekat. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.

“Pembonceng terbabit turun dari motosikal sebelum menembak dan hanya menyasarkan mangsa berikutan dua lagi rakannya tidak diapa-apakan,” katanya.

Katanya, rakan mangsa mendakwa gagal mengecam wajah dua lelaki terbabit berikutan mereka memakai topi keledar bertutup penuh.

“Namun, kedua-dua suspek dipercayai berusia lingkungan 20-an dan menaiki motosikal jenis Yamaha LC.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Suami isteri sering gaduh



KUALA LUMPUR: Sepanjang beberapa tahun berkahwin, rumah tangga artis jelita ini tidak pernah bergelora. Bagaimanapun, kebahagiaan itu berubah sekelip mata apabila emosi suaminya menjadi tidak menentu secara tiba-tiba.
Enggan berfikir perkara buruk, pelakon popular itu menganggap perkara itu mungkin disebabkan hasutan keluarga yang sebelum ini tidak merestui hubungan mereka, dan perselisihan faham yang berlaku akan berakhir apabila hati si suami kembali sejuk. Biasalah, adat orang berumah tangga.

Bagaimanapun, apabila masalah berlarutan malah bertambah buruk, timbul kesangsian di hati. Apatah lagi, suami yang dulunya sangat penyayang pasti mencari gaduh setiap kali pulang daripada bertemu ahli keluarganya.

Paling menyedihkan, si suami seolah-olah hilang pertimbangan apabila sanggup memulakan pertengkaran walaupun anak berada di sebelah.


Ini menyebabkan si anak trauma, mengigau pada waktu tidur, sering meradang tanpa sebab dan paling membuatkan hatinya tersentuh, keluar perkataan ‘papa jahat’ daripada mulutnya.

Lalai agama punca ‘terkena’



KUALA LUMPUR: Lalai dan mendekati perkara yang dilarang agama antara penyebab utama ramai penggiat seni mudah terkena gangguan sihir.
Ancaman masalah rohani ini kemudian mengundang masalah besar apabila ramai merana akibat sakit, hilang sumber pendapatan, kerjaya merudum dan lebih parah, rumah tangga bergolak.

Hakikat ini diakui mudir program realiti Imam Muda yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz yang menegaskan, mereka yang leka dengan suruhan Allah SWT, mendekati maksiat dan bergaul bebas, mudah didekati syaitan dan jin.
“Perkara ini tidak mustahil kerana mereka dikelilingi persekitaran yang memudahkan berada di bawah pengaruh sihir. Seperti yang kita ketahui, sihir amalan syaitan dan jin dan ia boleh berlaku dengan pelbagai cara, sama ada melalui makanan atau angin.

“Mereka terkena sihir biasanya jatuh sakit, minda tidak stabil, murung, rumah tangga tidak bahagia dan semakin jauh dengan Allah.

“Paling banyak masalah berpunca daripada sihir di kalangan artis adalah krisis rumah tangga, diikuti kerja tidak menjadi hingga nama jatuh merudum.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada yang benci melihat wajah suami, suami menyampah dengan isteri, bahkan hilang kasih terhadap anak apabila terkena sihir. Pantang ada salah sikit, kepala anak dihantuk ke dinding.

“Si pelaku tidak sedar kerana badannya dipengaruhi jin. Ada juga kes jin menjadi teman tidur,” katanya yang tidak menafikan sikap dengki mengundang bala apabila ada yang tergamak menggunakan cara halus untuk merosakkan hidup orang lain.
Bagaimanapun, Hassan berkata, setiap penyakit ada penawarnya, tetapi mestilah menggunakan kaedah yang dibenarkan syariat. Selain itu, mereka yang terkena sihir mesti menjauhi perkara lagha, menjaga pemakanan, pakaian serta pergaulan.

“Sebaik-baiknya, berkawan dengan mereka yang patuh dengan suruhan agama dan menjauhi maksiat. Paling penting, jangan tinggal solat lima waktu dan basahkan lidah dengan bacaan al-Quran. Itulah penawar paling mujarab, sekali gus menghindari sihir, gangguan jin serta syaitan.

“Selain itu, dalamilah agama. Kalau tak tahu, belajar dan tanya mereka yang arif. Jika kita faham dan beramal, insya-Allah akan pulih dan kehidupan bertambah baik.

“Kalau ada gambar tidak senonoh di rumah, buang segera. Jangan berlama-lama di tempat yang menjadi tempat kesukaan syaitan seperti tandas atau berkunjung ke tempat yang tidak sepatutnya seperti kelab malam.

“Mungkin ada yang melihat perkara ini remeh, tapi hakikatnya tidak boleh ambil mudah,” katanya yang menyarankan sentiasa mengamalkan ayat tiga qul, Yasin dan al-Baqarah (ayat 105) untuk mengelakkan terkena sihir.

Hadiah beg tangan umpan sihir



KUALA LUMPUR: Persahabatan mereka bermula atas dasar kerja sewaktu sama-sama menjayakan persembahan. Sebagai artis baru, bertemu penyanyi pujaannya membuatkan hati rasa berbunga.
Layanan baik ditunjukkan setiap kali bertemu membuatkan hubungan antara mereka lebih rapat.

Memanggil penyanyi kesayangannya sebagai kakak, apabila berkesempatan bertemu, mereka duduk berbual. Peluang itu digunakan untuk belajar dan mendalami ilmu penyanyi ternama itu, terutama membabitkan industri muzik tempatan.
Artis wanita ini sewaktu ditemui berkata, pada permulaan persahabatan mereka, penyanyi terbabit sering memberikannya hadiah. Pemberian itu dianggap sebagai penghormatan terhadap persahabatan yang dijalin.

“Saya tak pernah terfikir buruk mengenainya dan menganggap pemberiannya ikhlas. Hinggalah satu hari saya memuji beg tangan dipakainya. Terharu saya apabila dia terus menghulurkan beg terbabit dan mahu saya menerimanya sebagai hadiah.

“Menghargai pemberiannya, saya sering menggunakan beg terbabit. Namun setiap kali menyandang atau menggenggam beg terbabit, tangan saya terasa panas seperti terkena bara api. Sedikit demi sedikit, saya berasa bahang panas itu merebak ke seluruh tubuh,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, situasi dialami turut mengganggu tumpuannya setiap kali mahu mengadakan persembahan di pentas. Debaran dada menjadi kencang, susah untuk bernafas dan pernah suaranya hampir tidak keluar.

“Yang menyebabkan saya pelik, apabila pergi ke klinik dan hospital, doktor kata saya sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit.
“Perkara itu berlarutan hampir tiga bulan hinggalah setelah bertemu doktor sama sebanyak tiga kali, dia menasihati saya supaya mendapatkan rawatan alternatif,” katanya.

Artis baru ini kemudian berjumpa pakar perubatan alternatif dan terkejut apabila ustaz yang mengubatinya mendakwa ada orang cuba mensabotaj kerjaya seninya. Sihir menjadi pilihan orang terbabit untuk mencapai hasratnya dan cara terbaik dilakukan menerusi barangan diberikan.

Tawar pelacur bulan Ramadan



KUALA LUMPUR: Tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam menyambut Ramadan, sindiket pelacuran, khususnya di Bukit Bintang, terus beroperasi dengan sasaran bukan saja penduduk tempatan, malah pelancong, terutama warga Asia Barat.
Malah, ulat atau ‘kapten’ yang berlegar sekitar kawasan itu tidak putus-putus menawarkan perkhidmatan urut dan perkhidmatan ‘tambahan’ setiap kali wartawan melintasi pusat urut refleksologi, walaupun menyedari wartawan dan jurugambar beragama Islam.

Bagaimanapun, mereka tidak menyedari kunjungan berkenaan sebenarnya untuk menyertai ‘Ops Noda’ oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Bukan saja penduduk tempatan, golongan itu turut menyasarkan pelancong Islam, terutama dari Asia Barat yang bercuti di Malaysia, terutama sepanjang Jun, Julai dan Ogos.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, pihaknya menyedari kegiatan berkenaan dan sentiasa memantau aktiviti seumpama itu di sekitar ibu negara.

“Walaupun terkawal, kita sedar kegiatan maksiat di kawasan ini masih berlaku, terutama pada bulan puasa, dan ia serba sedikit disebabkan permintaan di kalangan warga asing, terutama dari Asia Barat,” katanya selepas mengetuai operasi sekitar Bukit Bintang, awal pagi semalam.

No comments:

Post a Comment