Mengesan Malam Lailatul Qadar 2012/1433H
Posted by Shafi-Q in BULAN ISLAM, Ramadhan,
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Malam lailatul qadar malam yang sangat dinanti2kan...dan masanya pula adalah dalam rahsia Allah swt...cuma dianggarkan atau besar kemungkinan berlaku pada 10 malam terakhir pada bulan ramadhan tersebut.Serta ada yang berpendapat mengatakan peluang agak besar pada malam2 ganjil...21,23,25,27 dan 29.Bagi penulis ,perkara ini adalah kurniaan Allah swt...sesiapa yang IA kehendaki ,maka peluangnya amat cerah,bagi mereka2 yang telah lama mendekati dirinya dengan Allah.
Dalam erti kata yang lain,persiapan@persediaannya telah dibuat awal2 lagi....Mungkin orang yang telah lama bertungkus lumus beribadah,sama ada wajib dan sunnat2....
Disamping akidahnya benar dan ibadah yang sah...berpeluang untuk dikurniakan malam laitul qadar ini.Bagi gulungan macam kita ini,yang mungkin ibadat tidak seberapa...boleh juga mencari2 malam laitul qadar...mungkin juga akan dikurniakan oleh Allah swt.....secara lawak atau bergurau...adakah orang macam kita ini dapat...kalau ibadah kita diluar bulan ramadhan tidak sebaik amalan pada bulan ramadhan....fikir2kanlah jangan kita syok sendiri....Itulah penulis biasa katakan...bulan ramadhan orang berpusu2 ke masjid@surau...untuk solat taraweh....bertadarus dsbnya...jangan pula kita salah beramal,sudahlah,maksud penulis...solat taraweh tetapi belum solat isyak.
Syarat sah solat taraweh ialah solat isyak terlebih dahulu.Sebab ada penulis lihat..ia tidak solat isyak di masjid@surau...datang2 sahaja terus solat taraweh...dikhuatiri ia tidak tahu hukum...mungkin ia menganggap lepas taraweh boleh solat isyak.Memang kena solat isyak...sebab itu wajib....tapi solat taraweh itu tidak sahlah...Ini disebabkan mereka tidak belajar,main ikut2 sahaja...sebab akhir2 zaman ini...ahli ibadah banyak tapi jahil....Rajin ke masjid@surau pada bulan ramadhan,lepas ramadhan tidak nampak kelibatnya lagi datang ke masjid@surau...sedangkan menuntut ilmu fardu ain itu wajib....Disini penulis salin dari kitab 'idaman penuntut pada menghuraikan yang kusut'oleh us.Abdul Ghani Yahya.....bagaimana hendak mencari malam laitul qadar tersebut...'menurut Imam Shafie bahawa laitul qadar itu terkandung dalam sepuluh ramadhan yang akhir,tetapi pada malam2 yang ganjil ada lebih harapan,dan diantara yang ganjil itu pula yang lebih diharap2kan ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga...berkata Imam Ghazali dan lain2 ulamak,laitul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh ramadhan yang akhir.Untuk hendak tahukan tandanya,kena tengok apa hari jatuh pada awal ramadhan.....
Jika sehari bulan kena pada hari Ahad atau Rabu laitul qadar berlaku pada malam 29...
Jika sehari bulan kena pada hari Isnin laitul qadar berlaku pada malam 21
Jika sehari bulan kena pada hari selasa atau jumaat laitul qadar berlaku pada malam 27
Jika sehari bulan kena pada hari khamis laitul qadar berlaku pada malam 25
Jika sehari bulan kena pada hari sabtu laitul qadar berlaku pada malam 23
berkata sheikh Abu Hassan dari sejak saya baligh tidak pernah saya lepaskan peluang untuk mencari malam laitul qadar dengan kaedah yang tersebut....setinggi amalan,ialah dengan memperbanyakkan solat,baca quran serta berdoa...disamping ibadah sunnat yang lain....
Jadi pada tahun ia jatuh pada malam 23....kerana kita bermula berpuasa pada hari sabtu....tapi semua ketentu Allah swt jua.
Posted by Shafi-Q in BULAN ISLAM, Ramadhan,
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.
Bila Lailatul Qadar?
Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.
Berdasarkan pendapat dan kajian para ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka malam ini dijangkakan berlakunya Lailatul Qadar.
.
Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran.
.
.
Menjangka Lailatul Qadar
.
Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.” (Riwayat Bukhari)
Pendapat Imam Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi pula; “Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.”
.
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.
Tepatnya pada malam-malam ganjil iaitu dari malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Berkata Imam Ghazali dan lainnya: “Lailatul Qadar pada malam yang gasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir.” Dan mereka turut berkata: “Sesungguhnya Lailatul Qadar diketahui dengan hari yang pertama dari bulan Ramadhan.”
Sheikh Abu Hassan sentiasa meraih Lailatul Qadar pada malam yang tepat sejak mula baligh, setelah mengikut petua di atas. Beliau menyatakan sekiranya puasa pertama jatuh pada hari Sabtu, seperti tahun ini (1432H), maka ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 23 Ramadhan.
.
Nah inilah peluang kita meraih seberapa banyak pengampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dengan mengimarahkan malam ini menerusi Qiamullail.
Walaubagaimanapun janganlah kita beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada 10 malam-malam terakhir yang lain juga.
.
Allah SAW menyembunyikan tarikh Lailatul Qadar sebagai perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak serta menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

LAILATUL QADAR
TAHUN NI LAITUL QADAR BERLAKU PADA MALAM 27(JUMAAT)23(SABTU) RAMADHAN...TAPI NI SEMUA KETENTUAN ALLAH CARILAH 10 MALAM TERAKHIR...
MALAM LAITUL QADAR
Malam lailatul qadar malam yang sangat dinanti2kan...dan masanya pula adalah dalam rahsia Allah swt...cuma dianggarkan atau besar kemungkinan berlaku pada 10 malam terakhir pada bulan ramadhan tersebut.Serta ada yang berpendapat mengatakan peluang agak besar pada malam2 ganjil...21,23,25,27 dan 29.Bagi penulis ,perkara ini adalah kurniaan Allah swt...sesiapa yang IA kehendaki ,maka peluangnya amat cerah,bagi mereka2 yang telah lama mendekati dirinya dengan Allah.
Dalam erti kata yang lain,persiapan@persediaannya telah dibuat awal2 lagi....Mungkin orang yang telah lama bertungkus lumus beribadah,sama ada wajib dan sunnat2....
Disamping akidahnya benar dan ibadah yang sah...berpeluang untuk dikurniakan malam laitul qadar ini.Bagi gulungan macam kita ini,yang mungkin ibadat tidak seberapa...boleh juga mencari2 malam laitul qadar...mungkin juga akan dikurniakan oleh Allah swt.....secara lawak atau bergurau...adakah orang macam kita ini dapat...kalau ibadah kita diluar bulan ramadhan tidak sebaik amalan pada bulan ramadhan....fikir2kanlah jangan kita syok sendiri....Itulah penulis biasa katakan...bulan ramadhan orang berpusu2 ke masjid@surau...untuk solat taraweh....bertadarus dsbnya...jangan pula kita salah beramal,sudahlah,maksud penulis...solat taraweh tetapi belum solat isyak.
Syarat sah solat taraweh ialah solat isyak terlebih dahulu.Sebab ada penulis lihat..ia tidak solat isyak di masjid@surau...datang2 sahaja terus solat taraweh...dikhuatiri ia tidak tahu hukum...mungkin ia menganggap lepas taraweh boleh solat isyak.Memang kena solat isyak...sebab itu wajib....tapi solat taraweh itu tidak sahlah...Ini disebabkan mereka tidak belajar,main ikut2 sahaja...sebab akhir2 zaman ini...ahli ibadah banyak tapi jahil....Rajin ke masjid@surau pada bulan ramadhan,lepas ramadhan tidak nampak kelibatnya lagi datang ke masjid@surau...sedangkan menuntut ilmu fardu ain itu wajib....Disini penulis salin dari kitab 'idaman penuntut pada menghuraikan yang kusut'oleh us.Abdul Ghani Yahya.....bagaimana hendak mencari malam laitul qadar tersebut...'menurut Imam Shafie bahawa laitul qadar itu terkandung dalam sepuluh ramadhan yang akhir,tetapi pada malam2 yang ganjil ada lebih harapan,dan diantara yang ganjil itu pula yang lebih diharap2kan ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga...berkata Imam Ghazali dan lain2 ulamak,laitul qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh ramadhan yang akhir.Untuk hendak tahukan tandanya,kena tengok apa hari jatuh pada awal ramadhan.....
Jika sehari bulan kena pada hari Ahad atau Rabu laitul qadar berlaku pada malam 29...
Jika sehari bulan kena pada hari Isnin laitul qadar berlaku pada malam 21
Jika sehari bulan kena pada hari selasa atau jumaat laitul qadar berlaku pada malam 27
Jika sehari bulan kena pada hari khamis laitul qadar berlaku pada malam 25
Jika sehari bulan kena pada hari sabtu laitul qadar berlaku pada malam 23
berkata sheikh Abu Hassan dari sejak saya baligh tidak pernah saya lepaskan peluang untuk mencari malam laitul qadar dengan kaedah yang tersebut....setinggi amalan,ialah dengan memperbanyakkan solat,baca quran serta berdoa...disamping ibadah sunnat yang lain....
Jadi pada tahun ia jatuh pada malam 23....kerana kita bermula berpuasa pada hari sabtu....tapi semua ketentu Allah swt jua.
Keutamaan Lailatul-Qadr
Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)
Maksudnya,
beramal pada malam tersebut seperti solat, dzikir dan membaca al-Quran
lebih utama dari amalan selama seribu bulan yang tidak mempunyai
Lailatul-Qadr.
Sunnat Mengintai Lailatul-Qadr
Disunnatkan
mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh
hari terakhir dari bulan Ramadhan. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam
amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?
Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.
Di
antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh
satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga,
ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia
berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan
bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh
hari yang terakhir.
Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”
Namun,
dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu
malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH
setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir
Ramadhan.
Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr
Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya: “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malamjatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Katakanlah:“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”
Tulisan
di atas telah saya salin dari kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh
Sayyid Sabiq dari bab puasa. Semoga kita semua dapat memanfaatkan
perkongsian ini, insyaALLAH.
Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, amin…
Kemuliaan Lailatul Qadr |
BULAN
Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana Allah SWT
meluaskan rahmat-Nya agar menaungi seluruh hamba-hamba- Nya yang tekun
beribadat dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang
berlipat kali ganda. Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan, iaitu lailatul qadar. Padanyalah diturunkan al-Quran yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5). Oleh itu, sesiapa yang beribadat pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatul qadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1,000 bulan. Apakah itu lailatul qadar? Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu. Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Syaaban merupakan malam di mana Allah menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Mereka berhujah dengan firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku. (al-Dukhan: 3-4. Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Syaaban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan. Malam yang diberkati itu adalah malam lailatul qadar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Qadr yang penulis paparkan sebelum ini. Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya: "Allah berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Qadr: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. (al-Qadr: 1). Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman Allah: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya...(al-Baqarah: 185). Pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah al-Dukhaan itu) adalah malam Nisfu Syaaban seperti yang diriwayatkan daripada 'Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatul qadar) adalah pada bulan Ramadan. (Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-'Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137). Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata: "Keyakinan bahawa malam Nisfu Syaaban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah". Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-Arabi mengatakan bahawa firman Allah di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Syaaban adalah tidak benar kerana Allah tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Syaaban. Ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatul qadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 185 di atas tadi. Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nisfu Syaaban bertentangan dengan Kitabullah dan jauh terpesong dari isi kandungannya. Perlu kami ingatkan bahawa Allah sendiri menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam al-Qadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Syaaban. (Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada'at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156). Bilakah berlakunya lalitaul qadar? Sabda Rasulullah SAW: Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. (riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, no: 2017. Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165). Kombinasi hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.
|
Pencarian Lailatul Qadr Bermula Sebelum Ramadhan Lagi
Gambar hiasan.
Alhamdulillah, sekarang kita berada dalam bulan Rejab.
Insya ALLAH selepas itu akan tiba Sya'ban, disusuli bulan teragung dalam kesemua 12 bulan, ya'ni Ramadhan.
Terlintas dalam fikiran saya, bagaimana pernah dinasihatkan oleh orang soleh kepada kita:
"Orang yang benar-benar
ingin mencari dan mendapatkan Lailatul Qadr, pencariannya sudah pun
bermula dalam tempoh sebelum tibanya Ramadhan."
Pencarian yang dimaksudkan
bermula sebelum tibanya Ramadhan dapat kita fahami sebagai persediaan
ruhaniah. Hati dan ruhani mula dididik untuk lebih menghargai setiap
detik peluang amal kebaikan.
Lebih baik lagi, dibuat perencanaan, perancangan apa yang mahu dicapai dalam Ramadhan akan datang.
Mungkin tahun lepas, kita ada
menjamu orang yang berbuka puasa dengan air minuman sahaja, mungkin
pada kali ini, insya Allah kita akan menjamu mereka dengan sesuatu yang
lebih baik.
Ataupun, mungkin tahun lepas,
kita sekadar menumpukan pembacaan al-Quran semata-mata tapi tanpa cuba
mengambil sedikit inisiatif melihat terjemahannya, insya Allah pada
kali ini kita akan lebih menghidupkan penghayatan makna ayat Al-Quran
itu dengan asbab mengambil tahu terjemahan, asbabun nuzul (sebab
penurunan) dan tafsir mengenainya.
Juga, mungkin pada Ramadhan
lalu, kita mampu menamatkan 1 juzuk pembacaan Al-Quran, insya Allah
pada tahun ini kita pertahankan jumlah tersebut dan lebih baik lagi
dapat ditingkatkan lagi.
Ya lah, mengapa tidak bersedia
jika benar-benar diinginkan, dirindui malam tersebut. Malam agung yang
sangat istimewa kedudukannya di sisi Allah.
Insya ALLAH, moga ALLAH
izinkan kita, ibu bapa dan keluarga kita, serta seluruh umat Nabi
Muhammad shollallahu 'alaihi wa sallam untuk bertemu dengan Ramadhan
tahun ini.
No comments:
Post a Comment