Diisytihar mati sejak tahun 2000
ALOR SETAR: Satu lagi kes ‘hantu bernyawa’ atau individu masih hidup, tetapi direkodkan sebagai sudah mati oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikesan di sini, namun agak aneh apabila Wahid Bashah, 54, yang mengalami masalah itu hanya berdepan kesukaran ketika berurusan di jabatan imigresen, pada 5 Ogos lalu.
Namun, sepanjang tempoh dia diisytiharkan mati sejak 12 tahun lalu, dia masih boleh membuat perjalanan ke luar negara dan permohonannya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada awal tahun ini, turut diluluskan.
“Masalah hanya timbul apabila saya tidak dibenarkan memperbaharui dokumen perjalanan ketika berurusan di pejabat jabatan imigresen pada 5 Ogos lalu,” katanya yang mula mengesan dia diisytiharkan meninggal dunia pada 2000.
Harian Metro
Kagum dengan Sultan Kelantan
Apabila Raja membuka pintu Istana untuk bersama rakyat menunaikan ibadah sebagaimana berlaku di Kelantan, saya terkenangkan DYMM Sultan Brunei. Setiap tahun dalam bulan Ramadan, baginda akan membuka istana kepada semua umat Islam bersolat sunat tarawih dan seterusnya bertadarus bersama-sama Baginda.
Peristiwa ini begitu mengharukan bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi umat Islam di negara ini juga. Semua rakyat Kelantan tentu sekali berbangga dan bertuah kerana mempunyai Raja yang alim dan pemimpinnya pula seorang Ulama.
Syed Abdullah Osman Jamalullail, Ampangan
Mualaf palsu ikut solat jemaah
PENDANG – Kira-kira 30 jemaah tidak menyangka diri mereka ditipu dengan memberi sumbangan kepada dua lelaki yang menyamar sebagai mualaf ketika menunaikan solat Tarawih di Masjid Sultanah Aminah Tanjung Radin dekat sini, malam kelmarin.Difahamkan, anak-anak kariah ternampak dua lelaki itu ketika majlis berbuka puasa yang dianjurkan kariah masjid terbabit, namun tidak menghiraukan mereka.
Menurutnya, selepas solat imam masjid mengumumkan kepada jemaah bahawa dua lelaki itu adalah mualaf yang ingin memohon sumbangan peribadi untuk kos pembelajaran agama di Pondok Pasir Puteh Kelantan.
“Saya mensyaki dua lelaki itu adalah penipu dan menyamar sebagai mualaf bagi mendapatkan sumbangan.
“Seorangnya daripadanya lingkungan umur 40-an berpakaian baju T dan seluar jeans dan kopiah hitam, manakala seorang lagi lingkungan umur 50-an memakai kemeja berseluar jeans dan berkopiah,” katanya.
Menurutnya, disebabkan perasaan curiga yang kuat terhadap dua lelaki itu menyebabkan dia segera menghampiri mereka selepas solat Tarawih dan tazkirah Nuzul al-Quran bagi mendapatkan kepastian.
“Difahamkan mereka datang dari Melaka untuk memohon sumbangan. Ditanya mengapa datang ke Kedah, sedangkan negeri itu mempunyai banyak masjid dan lelaki itu berkata, kenapa tanya macam-macam sedangkan jemaah lain mudah sahaja bagi sumbangan.
“Mereka juga berkata datang ke Kedah untuk membuka kedai telefon bimbit memandangkan di Melaka sudah mempunyai sebuah kedai menyebabkan saya terkejut. Saya terus meminta mereka menunjukkan kad pengenalan, namun mereka enggan sehingga saya membawanya kepada beberapa jemaah lain dan bilal masjid,” katanya.
Mohd Tarmizi berkata, dia membawa dua lelaki itu bertemu dengan bilal masjid terbabit agar dapat menunjukkan kad pengenalan namun setelah didesak, lelaki itu mengeluarkan sekeping kad keras yang hanya tertulis Yasin sahaja.
“Selepas didesak lagi, mereka berdua beredar dalam keadaan tergopoh-gapah dengan menaiki sebuah kereta perodua Kancil.
“Saya kesal kerana kebanyakan jemaah sudah memberi sumbangan yang banyak dan ada yang memberi RM10, RM20 dan RM50,” katanya.
Sementara itu, bilal masjid terbabit, Ali Muhammad, 65, berkata, dia tidak menyangka perkara itu berlaku dan kejadian itu mencemarkan institusi masjid, kerana mereka berani masuk dan menipu orang Islam ketika menunaikan solat.
“Tidak menyangka ada orang akan menipu dengan masuk dalam masjid dan turut sama menunaikan solat berjemaah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri Muhamed berkata, Pejabat Agama Kedah mengeluarkan arahan yang dipanjangkan kepada masjid supaya tidak mengutip derma kepada orang ramai sewenang-wenangnya, namun begitu pejabat agama tidak mempunyai hak untuk menghalang orang ramai bersedekah lebih-lebih lagi pada bulan ini.
“Dinasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan siasat latar belakang sekiranya peminta sumbangan ini tidak diberi kebenaran daripada pihak berwajib.
“Perbuatan ini bukan sahaja berlaku di daerah ini, tetapi difahamkan berlaku di beberapa negeri lain dengan menggunakan alasan yang sama iaitu ingin mendalami ilmu agama di Kelantan,” katanya.
Sinar
Cabar Pandelela, peminat tuntut ‘janji kerat’
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.
Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.
Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.
Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, “saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen… siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi.”
“Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa tidak boleh memaafkan orang lain… saya sedihlah,” katanya dalam mesej Twitter berikutnya.
Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian Online mendapati laman sosial itu telah pun ditutup sejak tengah hari tadi.
Pemegang akaun itu juga telah memohon maaf atas keterlanjuran.
Laman Facebook yang dibuka untuk menyokong Pandelela menyebut, “Johari sudah meminta maaf atas tindakkannya mengeluarkan status berbaur lucah terhadap atlet Malaysia.”
Ini merupakan kes kontroversi kedua melibatkan kejayaan dan prestasi atlet negara mengutip pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London.
Sabtu lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mempertikaikan Datuk Lee Chong Wei selepas beliau gagal memperoleh pingat emas dalam acara badminton.
Pemantauan ke atas laman sosial Facebook dan Twitter mendapati mereka menuntut Johari, yang menggunakan nama Johari Yahiko dan alaun @JohariPain, agar menunaikan janji kerana Pandelela berjaya memperoleh pingat gangsa kira-kira jam 3 pagi tadi.
Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, Khairy Jamaluddin berkata, “orang yang paling benci tema ‘Janji ditepati’ adalah brader yang kata nak potong kemaluannya jika Pandelela menang pingat Olimpik. Oh mai.”
Seorang peminat Pandelela, Putera Miza berkata: “Kesian Johari Pain, kena kerat kali kedua, kah kah kah. Siapa suruh cakap macam tu, kan dah terkena. Apa lagi kita potong potong potong.”
Insan Kerdil pula berkata: “Inilah orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”
Sementara itu, terdapat beberapa akaun yang didaftarkan atas nama “Johari Pain Mohon Kerat”, “Johari Pain dah potong ke belum”, “Johari Pain ku tunggu janji mu”, “Janji Johari Pain Janji Dikerat.” telah mendapat jumlah pengikut yang ramai semenjak Johari mengeluarkan kenyataan “janji kerat” di laman sosial Facebooknya.
Seorang lagi peminat Khairulnnisa, menyatakan di Twitter “bila dah gelabah dan-dan buat statement ‘sedangkan Nabi ampunkan umat’, ada akal tak nak guna sebelum buat statement potong penis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat status yang memuji kemenangan penerjun negara itu melalui laman sosial Facebooknya.
Dalam pada itu, dipetik Bernama, Pandelela berkata kejayaannya di Sukan Olimpik London semalam akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut.
Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik,” kata anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik, London.
Sinar
Suami didakwa bunuh eksektutif TV9
PETALING JAYA – Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama
Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan
KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.
Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.
Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.
Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.
Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.
Berikut adalah antara-gambar sekitar program itu malam tadi.
Harakahdaily
Remaja mengaku rogol budak
KUANTAN – Seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan merogol kanak-kanak berusia 7 tahun dalam satu kejadian di Pantai Sungai Ular, Februari lalu.Dalam sebutan yang berlangsung secara tertutup di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah itu, remaja berasal dari Kampung Chendor Tengah, Beserah dekat sini mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali.
Sementara menunggu tarikh itu, remaja yang baru berusia 16tahun ini dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM3,000.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan Pantai Sungai Ular kira-kira jam 6.45 pagi 10 Februari lalu.
Susulan laporan itu, dia berjaya ditahan pada hari yang sama sebelum dihadapkan ke mahkamah itu semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan.
Remaja yang hadir bersendirian tanpa diwakili peguam atau ditemani ahli keluarga itu menjerit memarahi juru gambar akhbar yang merakam kelibatnya ketika diiringi polis ke lokap.
Sinar
Kantoi makan dalam van
KUALA ROMPIN – Nasi lemak, telur masin, sotong masak merah, ayam goreng dan sayur-sayuran. Itu antara menu sarapan pagi yang disediakan sebuah kedai makan di bandar Kuala Rompin, di sini, yang tidak menghormati kesucian Ramadan dengan menjual makanan kepada kaki ponteng puasa, kelmarin.Tindakan penjual terbabit berjaya dihidu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) yang membuat serbuan di premis berkenaan hasil maklumat orang awam.
“Kesemua mereka ini akan disiasat di bawah Seksyen 137 Enekmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan boleh dikenakan denda sebanyak RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Bagi mereka yang masih ingkar serta didapati melakukan kesalahan kali kedua berturut-turut, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Harian.
Adnan berkata, dalam operasi selama dua jam bermula 11 tengah hari hingga 1 petang itu, turut dicekup seorang lelaki yang sedang menikmati makanan dalam sebuah van di tepi Pantai Hiburan.
Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 30 tahun ke atas, malah Jaip mengambil langkah tegas merampas makanan yang dijual di premis terbabit.
Katanya, pihaknya akan menjalankan rondaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang mencemari bulan mulia ini.
Sinar
Jual nasi seawal 10 pagi di bulan Ramadhan
TAMAN KERAMAT – Tindakan segelintir peniaga di AU3, di sini yang menjual makanan seawal jam 10 pagi menimbulkan kecurigaan penduduk setempat apabila ramai pembeli beragama Islam datang membeli.Melalui aduan orang ramai, tinjauan Sinar Harian mendapati tiga gerai nasi berlauk menjalankan perniagaan sekitar jam 10 pagi.
Pengerusi Surau Al- Ehsaniah AU3, Aziz Jaafar berkata, isu peniaga ini sudah berlarutan beberapa tahun setiap kali Ramadan dan penduduk tidak mahu bersubahat sekiranya perniagaan tersebut akan menjurus kepada perbuatan yang dilarang ketika umat Islam melakukan ibadah puasa.
“Penduduk tidak pernah mempertikaikan atau melarang peniaga mencari punca rezeki tetapi waktu mereka berniaga pada bulan Ramadan ini boleh dipersoalkan kerana boleh mengundang pelbagai andaian dan persepsi negatif.
“Pihak berkuasa agama tempatan diharap dapat menyiasat perkara ini kerana selain waktu perniagaan yang terlalu awal, perniagaan ini berkemungkinan boleh mencemarkan kesucian Ramadan sekiranya perniagaan ini menjurus kepada menggalakkan umat Islam untuk tidak berpuasa,” katanya.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Suzieyana berkata, tindakan peniaga ini boleh mencemarkan kebaikan Ramadan sekiranya ada pembeli yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.
“Adalah sesuatu yang tidak rasional dan menimbulkan kemusykilan apabila pembeli membeli makanan nasi berlauk seawal 11 pagi sedangkan waktu berbuka puasa masih lambat.
“Dalam pengetahuan saya, pada bulan Ramadan, peniaga hanya boleh berniaga selepas jam 3 petang dan difahamkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berniaga awal.
“Bagaimanapun, peniaga ini seolah-olah kebal menjalankan perniagaan setelah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa setiap kali Ramadan,” katanya.
Sinar
No comments:
Post a Comment