DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Friday, January 29, 2010
Taubatlah
KUALA LUMPUR: Enam wanita Melayu berusia separuh abad yang ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini, perlu sedar pekerjaan mereka sebagai pelayan pelanggan (GRO) dilarang di sisi agama dan amat mengaibkan.
Perunding motivasi Fitrah Power Resources, Ahmad Shukri Yusoff, berkata pada peringkat usia emas, wanita terbabit sudah sepatutnya kembali ke pangkal jalan dan mendampingkan diri dengan Allah, bukannya bergelumang dengan maksiat.
Menurutnya, mati memanglah tidak mengenal usia seseorang, baik muda mahupun tua, tetapi kebarangkalian untuk mati pada usia tua lebih tinggi.
“Jadi, bila dah tua dan dekat dengan mati, pohonlah hidayah daripada Allah, semoga Dia memberikan petunjuk dan jalan, supaya sisa hidup yang dilalui diserikan dengan keredaan, bukannya kemaksiatan,” katanya, diminta mengulas enam GRO nenek, yang menjadi tajuk muka depan Harian Metro, semalam. Menurut laporan itu, usia mereka sudah separuh abad serta mempunyai anak dan cucu, tetapi bekerja sebagai GRO, malah dikatakan tanpa berselindung turut menawarkan perkhidmatan seks di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya. Dengan berpakaian seksi hingga menampakkan payu dara, mereka juga tidak kekok menyajikan minuman keras kepada pelanggan, malah membiarkan tubuh dijamah pengunjung tanpa mengira tua mahupun muda.
Kegiatan jijik dan meloyakan GRO tua berpakaian seksi yang layak bergelar nenek itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jais menyerbu pusat hiburan terbabit. Mereka dibawa ke Jais sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin dan akan dipanggil semula ke pejabat agama untuk disiasat mengikut Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah Selangor, permulaan melakukan pelacuran.
Ahmad Shukri yang juga moderator program Halaqah, di TV9, berkata, masalah sosial terbabit sebenarnya tidaklah terlalu rumit untuk difahami, kerana lazimnya mereka yang melakukan pekerjaan mengaibkan itu mewarisinya daripada usia muda.
“Selalunya pada usia muda dia sudah terjebak dengan pekerjaan sebegini, jadi sampai ke tua kalau tidak berubah terus terbabit, selagi tidak mahu bertaubat.
“Mungkin jauh di sudut hati, golongan seperti ini ada terdetik, nantilah, tunggulah untuk bertaubat. Sebenarnya, bisikan kecil itu adalah tanda yang menunjukkan sudah sampai waktunya untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan. Jangan tunggu lagi,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment