Friday, January 29, 2010

Duda miang dijel 15 bulan


MERSING: Duda miang yang ditahan polis kerana mengintai dan merakam aksi ranjang beberapa penduduk di beberapa taman perumahan di sini, dihukum 15 bulan penjara selepas mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing, semalam.

MERSING: Duda miang yang ditahan polis kerana mengintai dan merakam aksi ranjang beberapa penduduk di beberapa taman perumahan di sini, dihukum 15 bulan penjara selepas mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing, semalam. Tertuduh, Abdul Hamid Rashid, 56, seorang pembantu kedai membuat pengakuan salah selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Fadlee Mamat.


Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara 15 bulan dan disebabkan gagal membayar denda yang dikenakan, Abdul Hamid terpaksa menjalani hukuman penjara. Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mengintai dan merakam menggunakan alat perakam video melalui tingkap di belakang rumah seorang penduduk di No 88, Jalan Utama, Taman Sri Daik, di sini kira-kira jam 11.15 malam, Khamis lalu. Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Abdul Hamid mengaku bersalah sebelum menundukkan kepala ketika pertuduhan itu dibacakan. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Lee Chong Heng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

No comments:

Post a Comment