DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Friday, January 29, 2010
MENCARI YANG SEMENTARA
RENCANA UTAMA
Kecantikan yang palsu
Wanita-wanita di Venezuela sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata ingin mengubah bentuk payu dara supaya kelihatan lebih menawan.
WANITA Venezuela dikatakan cukup obses terhadap kecantikan tubuh dan penampilan.
PENCAPAIAN Venezuela yang sering memenangi mahkota Miss Universe bukanlah satu-satunya aspek yang menjadi lambang kebanggaan negara itu berhubung kecantikan wanita Latin. Malah, mereka juga mempunyai pilihan yang meluas terhadap pembedahan plastik.
Pembedahan mencantikkan tubuh badan menjadi perkara biasa di negara-negara Amerika Selatan. Sehinggakan ia muncul sebagai destinasi kegemaran rakyat asing untuk mendapatkan 'penampilan baru' pada harga yang lebih murah.
"Ada wanita yang datang dari Colombia, Amerika Syarikat (AS), Ecuador dan kepulauan Caribbean. Mereka menjalani pembedahan, kemudian menghabiskan beberapa hari untuk melancong," kata ketua sebuah syarikat subsiadiari silikon implan payu dara, Rosi Oyon.
Menafikan bahawa kecantikan mereka adalah semulajadi dan menjadi satu kemestian bagi pertandingan ratu cantik dunia, pakar bedah kosmetik tidak ragu-ragu lagi bahawa Fernandez mendapatkan sedikit bantuan.
Pembedahan implan
Peralihan mahkota Miss Universe daripada peserta Venezuela kepada pemenang gelaran sama pada tahun 2008, Dayana Mendoza dan terbaru, Stefania Fernandez, meletakkan sektor itu ke satu tahap baru.
Ia merupakan kali keenam penganugerahan mahkota Miss Universe kepada Venezuela dalam tempoh 59 tahun penganjuran pertandingan ratu cantik itu. Malah, negara itu pernah memenanginya sebanyak dua kali berturut-turut.
Kemenangan tersebut telah meletakkan Venezuela hanya satu tempat di belakang AS dalam sejarah kemenangan Miss Universe.
Sedangkan Venezuela hanya mempunyai populasi seramai 25 juta penduduk. Kurang satu persepuluh daripada populasi AS yang berjumlah 300 juta orang.
Pakar Pembedahan Plastik, Daniel Slobodianik menjelaskan kecantikan adalah segala-galanya. Namun kecantikan semula jadi pula merupakan tiket untuk bergelar ratu dunia.
Bagaimanapun untuk pembedahan plastik, Fernandez tiada keraguan melakukannya.
"Saya tidak melakukan pembedahan terhadap dirinya. Tetapi saya yakin dia telah membuat sesuatu. Mereka semua ada melakukannya," kata Daniel yang banyak membantu golongan selebriti Venezuela untuk kelihatan cantik ketika memakai bikini.
Seorang penduduk Caracas, Vanessa Brito, 27, yang telah melakukan implan menegangkan payu dara lima tahun lalu berpendapat, pembedahan adalah perkara biasa dalam kalangan wanita di Venezuela untuk meneruskan hidup.
"Saya fikir wujud tekanan berbentuk sosial di Venezuela. Kecantikan yang ideal boleh dilihat pada peserta-peserta seperti Miss Universe. Justeru, semua orang mahu kelihatan cantik," jelasnya.
Seorang pelajar berusia 19 tahun, Laura Gonzalez, pernah melakukan pembedahan pada bahagian hidung dan pembesaran buah dada empat tahun lalu.
"Perkara ini di luar pertandingan ratu cantik. Wanita Venezuela memang gemar untuk kelihatan anggun. Kami begitu menyukai rambut yang didandan dan melaram dengan pakaian.
"Seorang wanita amat perlu berasa selesa terhadap diri sendiri dan itu yang membuatkan saya terpengaruh," katanya.
PEMBEDAHAN payu dara amat popular di Venezuela dengan anggaran seramai 30,000 orang wanita menjalaninya pada setiap tahun.
Hadiah daripada keluarga
Ketua pengedar dan pembekal implan payu dara, Arturo Rojas juga menyatakan wanita Venezuela merupakan antara yang bersikap angkuh di dunia. Kecantikan dilihat sebagai satu keperluan bagi mereka.
Remaja perempuan kadang-kala menerima pembedahan sebagai hadiah daripada keluarga mereka. Misalnya seorang remaja Yudnara, 13, yang datang berjumpa doktor bersama ibunya untuk melakukan proses pra-pembedahan.
"Saya rasa wanita merupakan individu yang sesuai untuk mendapatkan pembedahan ini.
"Kita semua cantik tetapi kadang-kadang kita mahu lebih cantik," katanya.
Walaupun penggunaan implan silikon dalam pembedahan buah dada mempunyai risiko terkena jangkitan, ia langsung tidak menakutkan golongan remaja.
"Mereka tidak sembuh dengan cepat. Ini kerana ada di antara mereka baru berusia 15, 16 atau 17 tahun yang tidak bersedia untuk pembedahan itu," jelas seorang peguam, Emilia de Leon.
Pembedahan payu dara amat popular di Venezuela dengan anggaran seramai 30,000 orang wanita melakukannya setiap tahun.
Bagi bukan warganegara Venezuela, mereka datang ke sana kebanyakannya untuk mengubah garis leher. Kos yang dikenakan juga amat signifikan.
Di Caracas, proses pembesaran buah dada boleh mencecah sehingga RM8,500 berbanding harga yang jauh lebih mahal di negara lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment