Friday, January 29, 2010

Gelora nafsu bos miang




KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej menjalani latihan praktikal di sebuah butik di Ampang dekat sini, trauma selepas majikannya memeluk dan menciumnya ketika tinggal berdua di syarikat berkenaan. Difahamkan, tindakan buas majikan berusia 30-an itu yang turut memegang buah dada selain meraba punggung mangsa berulang kali menyebabkannya tergamam.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam Khamis lalu itu, pelajar berusia 20-an berkenaan mendakwa sebelum itu majikannya tiba-tiba mahu bertemunya selepas waktu bekerja. “Mangsa yang menjalani latihan praktikal di syarikat itu berjumpa dengan majikannya seperti diarahkan.


“Lelaki berkenaan meminta pertolongan mangsa mencuba beberapa helai pakaian ditempah pelanggan,” katanya di sini, semalam.


Tanpa mencurigai apa-apa, mangsa menuruti arahan majikannya dengan mengambil pakaian berkenaan sebelum menuju ke tempat persalinan pakaian yang ada di situ.


“Pelajar wanita itu hanya melakukan apa yang diarahkan lelaki terbabit tanpa sebarang prasangka sebelum masuk ke tempat persalinan pakaian berkenaan,” katanya.


Namun, pada masa sama, majikannya dikatakan memaklumkan supaya mangsa tidak mengunci pintu kononnya untuk melihat pakaian yang sudah dicuba.


Sumber itu berkata, mangsa memakai pakaian berkenaan sebelum tempat persalinan itu dimasuki lelaki berkenaan.


“Mangsa pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa bagaimanapun terkejut apabila majikannya menghampiri dan tiba-tiba meraba serta memeluknya,” katanya.


Menurut sumber, mangsa bertambah terkejut apabila lelaki terbabit meraba buah dada dan punggungnya. “Dalam masa sama, majikan berkenaan dikatakan memakaikan baju yang dicuba secara paksa dan kasar.


“Bagaimanapun, setiap kali pakaiannya dibuka, lelaki miang itu didakwa melakukan perbuatan sama berkali-kali,” katanya

No comments:

Post a Comment