Sunday, January 24, 2010

CINTA ITU SATU ANUGERAH ALLAH




Andaikata dunia hendak meraih cinta,ia tidak akan mampu dan andai kata ia akan menolaknya ia juga tidak akan berkuasa,kerana cinta itu adalah satu anugerah..! bukan satu hasil usaha,Cinta berasal dari Tuhan...Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi juga,jangan terlalu sedih........terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu! Cinta itu seperti sinar matahari,memberi tanpa mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari tidak memilih sesiapa yang disinari.Cinta itu seperti sinar matahari yang memberikan kehangatan di hati....Cinta adalah sebuah janji,cinta adalah sebuah cenderahati,sekali diberi tidak akan dilupakan dan jangan di biarkan ia hilang.....Jika ia sebuah cinta , ia tidak hadir dengan permintaan...namun ia hadir kerana ketentuannya....jika ia sebuah cinta,ia tidak akan hadir dengan kemewahan dan kebendaan...namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa.Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin akan berakhir dengan perit sekali....Cinta tak semestinya membawa kebahagiaan dan keindahan.Cinta juga adalah pembunuh dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang.Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut dan menerima huluran cinta daripada seseorang.Cinta itu tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata manis,sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya.Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukan dari hati yang ikhlas dan suci.......Cinta itu satu siksaaan jika tiada kepastian...jiwa pasti gelisah dalam menantikan sebuah kepastian....gelisah memikirkan sama ada cinta yang yang dihulurkan berbalas atau bertepuk sebelah tangan.Apa juga keputusan yang bakal diterima,tabah lah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita akan menjadi kenyataan dan milik kita yang abadi !

Cinta tak semestinya di akhiri dengan perkahwinan.Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal.Keyakinan,kejujuran dan keredhaan allah adalah segala-galanya.Untuk bercinta kita harus berani,jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran.

Bersedialah menghadapi sebuah kegagalan sebelum kegagalan itu menghancurkan hidup kita.Ingat disetiap waktu ada orang yang lebih menyayangi diri kita,kita tak akan kehilangan nya sekiranya kita terus menyayangi dirinya dengan sepenuh hati kita.!!Cinta wanita itu ibarat seperti layang-layang ,bila dikejar ia lari bila di tunggu ia menanti.Manakala cinta lelaki itu ibarat seperti cermin walaupun ia tidak berbohong tetapi sukar di fahami.Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang setia tetapi sampai hati membiarkan pungguk merindunya.

Andai kita menyintai,jangan dipuji cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya.Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya....Cinta itu ibarat dua hati yang disatukan,apabila dua hati itu dijarak kan maka jiwa akan mengalami ketegangan...semakin jauh dua hati ini direnggangkan semakin kuatlah dua hati itu ingin bertemu...Cinta yang dimulai dengan senyuman ,tumbuh dengan dakapan dan sering kali berakhir dengan air mata.Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat,tetapi basi jika di biarkan.Cinta itu BUKAN sesuatu yang indah jika berakhir dengan perpisahan.

Cinta itu PENYAKITiaitu membuat jantung gementar. Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkan jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada.Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan mengahancurkan hatinya...

Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya "BERBOHONG"

Ada cinta yang agung antara hamba dan tuhan nya.Cinta kudus antara bonda dan anak nya.Ada cinta rafik yang setia.Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara.Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingannya.Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta di katakan hampir tidak memilih usia.Cinta juga tidak mengira rona bangsa.Tidak kenal miskin atau kaya dalam cacatan kamus cinta.Jesteru cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setiap jiwa!!!

No comments:

Post a Comment