Monday, February 7, 2011

AWAS KAYA NI SATU UJIAN ALLAH YANG BIASA ORANG AKAN TEWAS....KEBAHGIAAN DAN SENANG YANG HAKIKI IALAH....DIMANA ALLAH KURNIA SYURGA AKAN KETAATAN SERTA KETAKWAAN KITA.....

NEGARA


'Lanun tarbus' kebas wang OKU


ZAINI menunjukkan beberapa perkataan yang ditulis oleh sekumpulan penjenayah di papan putih selepas memecah masuk premis PDK di Felda Neram Dua, Kemaman semalam.


KEMAMAN – Sekumpulan ‘lanun tarbus’ dapat melarikan tabung yang mengandungi RM500 selepas memecah masuk sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk orang kurang upaya (OKU) di Felda Neram Dua di sini semalam.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku lewat malam tetapi ia hanya disedari pada pukul 7.30 pagi oleh penyelia premis, Zaini Muda, 45, selepas melihat pelbagai jenis barangan bertaburan di atas lantai.
Pencuri tersebut turut menulis beberapa perkataan sebelum melarikan diri dan wang dari premis berkenaan seperti ‘lanun tarbus, terima kasih dan makan malam’.
Zaini yang terkejut dengan keadaan di premis itu kemudian telah membuka pintu dan selepas diperiksa, dia mendapati tabung untuk menyimpan wang membeli makanan pelajar sebanyak RM500 lesap.



NEGARA


Tauke kedai maut ditembak


MAYAT Pitchai terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas ditembak penjenayah di dalam kedai miliknya di Jalan Barrack, Taiping semalam.


TAIPING - Seorang pemilik kedai barangan lusuh maut selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan penjenayah yang memecah masuk premis miliknya di Jalan Barrack berhampiran Pejabat Pos Taiping di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, selain mangsa, K. Pitchai, 71, dua lagi pekerja yang berada di dalam premis terbabit cedera termasuk seorang daripadanya parah kerana ditetak di kepala.
M. Palsamy, 67, yang cedera parah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Taiping manakala seorang lagi mangsa, Subramaniam, 60-an, cedera ringan di kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd. Diah berkata, Pitchai maut di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di kepala dan dada.
"Ketika kejadian, Pitchai berada di dalam premis bersama tiga pekerjanya sebelum didatangi tiga penjenayah yang memakai topeng muka.
"Suspek kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang tetapi warga emas itu dikatakan enggan mengikut arahan tersebut," katanya di sini semalam.


NEGARA


Penoreh raih RM8,000 sebulan


WAN ALIAS menoreh getah yang kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.
Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.
Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.
Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.
"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


NEGARA


MPSP bersihkan 'mini Hatyai'


SEBUAH jentolak merobohkan binaan tambahan dalam operasi khas di Taman Pelangi, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semalam memulakan operasi besar-besaran bagi membersihkan imej kawasan perumahan Taman Pelangi di sini yang sebelum ini lebih dikenali sebagai 'mini Hatyai'.
Taman Pelangi menerima gelaran tersebut kerana menjadi kawasan penempatan pekerja warga asing dengan sebahagian blok bangunan diubah suai sebagai asrama sejak beberapa tahun lalu.
Keadaan itu menyebabkan taman tersebut menjadi tumpuan warga asing daripada pelbagai negara sehingga menyebabkan ada warga asing yang berani membuka premis perniagaan di situ.
Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran berkata, operasi berkenaan dilaksanakan setelah pihak MPSP menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa mereka tidak selesa dengan keadaan tersebut.
"Kita memang terima banyak aduan mengenai pelbagai masalah yang berlaku di kawasan ini sejak dibanjiri pekerja warga asing.
"Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar rumah tingkat bawah di kawasan ini turut diubah suai menjadi premis perniagaan dan ada yang bertindak berani membuat penyambungan elektrik secara haram di premis berkenaan.
"Begitu juga penduduk tempatan yang ambil kesempatan menyewakan premis tersebut kepada warga asing untuk dijadikan premis perniagaan," katanya ketika ditemui semasa mengikuti operasi berkenaan semalam.

No comments:

Post a Comment