NEGARA
Penoreh sanggup toreh getah muda dapatkan hasil
SUNGAI PETANI - Kenaikan harga sekerap beku melebihi RM7 sekilogram menyebabkan ramai pemilik kebun getah di sini sanggup menoreh pokok muda yang baru berusia lima tahun.
Biarpun sedar menoreh pokok getah yang tidak matang boleh merosakkan pokok sekiranya tidak ditoreh berhati-hati, namun disebabkan harga yang mahal, risiko itu diketepikan. Pokok getah sesuai untuk ditoreh ketika berusia tujuh tahun.
Seorang penoreh, Hashim Bakar, 60, dari Kampung Hujung Padang, Guar Lobak berkata, dia menoreh pokok getah muda di Kampung Banggo, Mukim Sidam Kiri di sini kira-kira sebulan lalu.
"Setiap hari saya boleh menoreh sebanyak 450 pokok, pendapatan ketika ini melebihi RM1,000 sebulan," katanya ketika ditemui semalam.
NEGARA
Kos operasi sangat tinggi
KUALA LUMPUR - Kementerian Luar akan melakukan bedah siasat terhadap Ops Piramid, satu tindakan kerajaan bagi membawa keluar kira-kira 8,000 pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir.
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, bedah siasat yang akan dilakukan selepas operasi itu selesai Sabtu ini turut merangkumi kos yang terlibat.
"Kalau semuanya berjalan lancar, Sabtu ini operasi boleh selesai. Selepas itu, kita akan buat bedah siasat peringkat kementerian sama ada operasi ini berjalan lancar atau tidak," katanya kepada Bernama di sini semalam.
NEGARA
Mengamuk dalam mahkamah
KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang mendakwa dirinya dipukau dan disihir ketika berkahwin dengan seorang lelaki Pakistan mengamuk di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas lelaki itu mengatakan mereka telah dinikahkan di negara berkenaan pada 2008.Turut mengamuk ialah ibu dan bapa wanita itu.
Kejadian memalukan itu berlaku di hadapan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan sebaik plaintif, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 47, yang juga ahli perniagaan selesai memberi keterangan dalam perbicaraan pengesahan nikah terhadap pasangannya, Yuni Yuhana Mohd. Zamri, 25, selaku defendan.
Yuni Yuhana diwakili peguam syarie Othman Mohd. Noor.
Kejadian selama lima minit itu berlaku ketika Muhammad Kamran baru sahaja duduk di sebelah peguamnya, Ismanizam Ismail. Ketika itu, bapa defendan, Mohd. Zamri yang duduk di kerusi galeri awam menjerit sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.
NEGARA
Tragis kematian dua beranak
|
|
SERI KEMBANGAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menemui ajal secara tragis apabila dia tercampak dari tingkat enam ketika berada dalam dukungan ibunya dalam kejadian di Jalan SK 6/1, Pangsapuri Aman di sini semalam.
Kejadian pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan kanak-kanak tersebut, Chong Man Lin, 5, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Lebih memilukan, ibu kanak-kanak itu, Tan Lee Eng, 35, yang disyaki menghidap penyakit mental turut menemui ajal tidak berapa lama kemudian selepas dia terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri sama.
NEGARA
Pelajar pintar maut jatuh koridor sekolah
|
|
MELAKA – “Belikan saya keranda dan inilah sambutan terakhir Tahun Baru Cina.”
Demikian antara coretan terakhir yang ditulis oleh seorang pelajar perempuan, Sally Lee Qian Chun, 17, dalam laman sosial, Facebook miliknya sebelum dia maut dipercayai terjatuh dari tingkat dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, Air Leleh di sini semalam.
Kejadian pukul 9.20 pagi itu dikatakan berlaku ketika pelajar tingkatan lima itu sedang mengikuti kelas mata pelajaran Kimia di Makmal Kimia yang terletak di tingkat satu.
Kejadian tersebut turut mengejutkan 906 pelajar warga SMK Seri Kota yang ketika itu sedang mengikuti aktiviti pembelajaran di kelas masing-masing.
NEGARA
Cikgu cuba rogol murid dijel 8 tahun
|
|
KOTA BHARU - Seorang guru dijatuhi hukuman penjara 16 tahun setelah didapati bersalah cuba merogol dan mencabul kehormatan anak muridnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun serta memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit dan komputer riba empat tahun lalu.
Hakim Zainal L. Salleh memutuskan hukuman lima tahun penjara bagi kesalahan mencabul kehormatan, lapan tahun penjara untuk cubaan merogol dan tiga tahun penjara bagi kesalahan memiliki gambar lucah ke atas Nasir Abd. Rahman, 54.
Hukuman ke atas guru bahasa Inggeris itu bagaimanapun berjalan serentak menyebabkan dia hanya menjalani hukuman penjara lapan tahun.
NEGARA
3 beranak sesak nafas terhidu gas
SEREMBAN – Sepasang suami isteri warga Myanmar dan anak mereka berusia dua tahun nyaris maut akibat terhidu gas untuk memasak di rumah mereka di Taman Sri Inai dekat Sikamat di sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ekoran tindakan lelaki berusia 35 tahun tersebut memotong sebuah tong berisi gas menggunakan gergaji.
Akibatnya, mangsa yang bekerja mengutip barangan lusuh itu tiba-tiba mengalami sesak nafas.
Isterinya yang berusia 32 tahun dan anak lelaki mereka yang berada di dalam rumah turut terhidu gas tersebut. Mereka mengalami kesukaran bernafas, mata berair dan muntah.
No comments:
Post a Comment