NEGARA
Perogol wanita lembam dipenjara 15 tahun
KOTA BHARU – Angkara nafsu, seorang bapa kepada tujuh anak dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah merogol seorang wanita lembam sehingga mangsa melahirkan anak lelaki kira-kira lima tahun lalu.
Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan tersebut selepas Mokhtar Hassan, 53, didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Berdang, Jeli pada April 2006.
Mengikut pertuduhan, kejadian pada waktu pagi itu hanya disedari seorang kakak mangsa beberapa bulan kemudian selepas melihat perut adiknya semakin membesar akibat mengandung sebelum melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 Februari 2007. bayi itu kemudian disahkan anak tertuduh.
Berikutan itu, Mokhtar didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Wanita korban peragut
PETALING JAYA – Kebimbangan seorang suami yang resah menunggu isterinya yang tidak muncul-muncul untuk memulakan perniagaan di sebuah warung ternyata berasas apabila wanita itu menjadi mangsa ragut dalam kejadian di Jalan PJS 1/25 Pangsapuri Permai di sini.
Lebih mendukacitakan apabila isteri yang sangat dicintainya itu, Zabedah Abas, 46, disahkan meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari semalam selepas tiga hari koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.
Ibu kepada empat anak itu mengalami kecederaan parah di kepala selepas dia terjatuh apabila beg pinggang yang dipakainya cuba diragut oleh dua lelaki bermotosikal pada pukul 3 petang Khamis lalu. Ketika kejadian Zabedah menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.
NEGARA
Anak bunuh bapa dibebas
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan seorang pembaiki bot daripada tuduhan membunuh bapa kandungnya setelah didapati tidak siuman semasa melakukan perbuatan itu pada Februari tahun lalu.Shahrul Azmi Che Mat, 21, yang memakai baju-T berwarna putih dan seluar hitam kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Yazid Mustafa.
Mohd. Yazid ketika membacakan keputusan itu memerintahkan Shahrul Azmi ditempatkan di Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan sehingga mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Dalam penghakimannya, Mohd. Yazid berkata, pemeriksaan dan pemerhatian selama tiga bulan ke atas tertuduh di Hospital Permai mendapati dia melakukan kesalahan itu dalam keadaan tidak waras dan tidak siuman.
Kata beliau, pihak pendakwaan berjaya mengemukakan serta membuktikan kesalahan tertuduh namun, keterangan daripada Pakar Runding Forensik Psikiatri Hospital Permai, Dr. Badi'ah Yahya mendapati lelaki itu mengalami gejala psikosis.
UFO di Sabak Bernam?
SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.
Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.
Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.
“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.
“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dua pekerja kilang mati kena tetak
afifihafiz.nor@kosmo.com.my".
SERI KEMBANGAN – Pergaduhan di antara empat rakan serumah warga Myanmar berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut ditetak berkali-kali selain leher salah seorang mangsa dikelar dalam kejadian di tingkat tiga bangunan rumah kedai di Taman Universiti Indah di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, dua pekerja sebuah kilang katrij komputer berusia dalam lingkungan 20-an ditemui mati di ruang tamu dan bilik rumah tersebut dengan pada badan masing-masing terdapat 10 dan 12 kesan tetakan.
Difahamkan, dua lagi rakan serumah mangsa telah menghilangkan diri. Salah seorang daripada mereka dipercayai turut tercedera dalam pergaduhan tersebut berdasarkan penemuan kesan darah dari lokasi kejadian hingga ke kaki lima bangunan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, pihaknya turut menemui sebilah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
NEGARA
Pasangan pengantin bersanding di laut.
ALOR GAJAH – Seorang pengantin lelaki membuat kejutan apabila terjun ke dalam laut sedalam paras pinggang sambil membawa isterinya sebagai gimik persandingan selepas diarak menaiki sebuah bot di Kampung Tanjung Dahan di sini semalam.
Menurut lelaki tersebut, Zahari Mohd, 28, rancangannya untuk bersanding di dalam laut tidak diberitahu kepada sesiapa termasuk isterinya, Norhidayah Abu Kassim, 28.
Zahari berkata, dia sudah merancang untuk berbuat demikian sebulan sebelum mereka disandingkan.
DAH DILARANG AGAMA DALAM BAB SANDING...NAK BUAT LAGI MACAM NI....HERAN BIN PELIK BETUL....
Bas tiada permit, 500 terkandas
PASIR PUTEH – Gara-gara tiada permit bas tambahan daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), lebih 500 penumpang gagal pulang ke Kuala Lumpur selepas seminggu bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina semalam.
Kebanyakan penumpang telah menempah tiket bas tambahan tersebut di beberapa kaunter jualan sejak sebulan lalu dan dijadual menaiki bas tersebut untuk ke ibu negara malam kelmarin.
Sebanyak 14 buah bas telah disediakan untuk membawa penumpang terbabit ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, Pasir Puteh, dan Tanah Merah, tetapi mereka tidak dimaklumkan mengenai larangan penggunaan bas persiaran sebagai bas tambahan oleh LPKP.
Bagaimanapun, hasil campur tangan pegawai LPKP, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, kesemua penumpang terbabit telah mendapat semula wang mereka.
Sementara bas-bas persiaran yang ada pula meninggalkan perhentian bas di sini tanpa penumpang kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
NEGARA
Hanya 55 peratus rancang pelan persaraan
KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara maju sering mengimpikan untuk bersara awal dengan melakukan perkara yang mereka idam-idamkan selepas umur persaraan wajib tanpa terbeban dengan isu berkaitan kewangan.Namun, semua impian itu mampu dicapai jika golongan pekerja tersebut merancang pelan persaraan masing-masing dengan teliti.
Pengurus Jenama dan Komunikasi AXA Affin Life Insurance Bhd., Michelle Tew berkata, bagaimanapun, fenomena tersebut kurang berlaku di negara ini kerana tidak ramai rakyat yang merancang pelan persaraan masing-masing pada masa yang betul.
“Secara purata setiap individu berkerjaya di Malaysia hanya mempunyai RM80,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur persaraan malah sebahagian besar mereka terpaksa terus bekerja sehingga ada yang mencecah umur 70 tahun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Beliau menjelaskan, warga pekerja perlu menyimpan pendapatan yang mereka peroleh pada kadar yang tetap dan ini dapat membantu meningkatkan jumlah simpanan.
No comments:
Post a Comment