Wednesday, February 9, 2011

KEMEWAHAN SERTA SEX TIDAK BOLEH DICUBA-CUBA....KESANNYA KETAGIH YANG MUNGKIN TIADA KESUDAHAN....HANCUR DIDUNIA JUGA HANCUR DIAKHIRAT...ITU SEBAB ISLAM MENGANJURKAN PERKAHWINAN...LARANGAN2@BATAS2 PERGAULAN BERSERTA HUKUM ZINA YANG BEGITU BERAT....HINGGA PIHAK TERTENTU TAKUT MELAKSANAKAN....KERANA MEREKA TAKUT KENA BATANG HIDUNG SENDIRI....

Cagar anak pada along

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.
Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.
Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.

“Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.

“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu.

“Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.


Lelaki temui ajal ketika amuk


ANGGOTA bomba membawa Abdul Rahim yang cedera selepas ditetak di kepala dengan parang.


BAHAU – Tindakan seorang pesakit mental menetak seorang anggota polis selepas berang dengan arahan penguat kuasa itu yang memintanya bertenang memakan diri apabila dia mati ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Chempaka di sini kelmarin.
Kejadian pukul 5.15 petang itu mengakibatkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an maut di tempat kejadian selepas tembakan yang dilepaskan oleh salah seorang daripada empat anggota polis yang berkawal ke rumah mangsa mengenai pipinya.
Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki berkenaan telah dipujuk supaya bertenang oleh empat anggota polis berkenaan selepas mengamuk lebih tiga jam.
Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian itu, seorang anggota, Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan polis cedera selepas kepalanya ditetak berkali-kali dengan parang oleh lelaki tersebut.
Katanya, polis sebelum itu menerima panggilan daripada ibu lelaki berkenaan pada pukul 2 petang memaklumkan anaknya sedang mengamuk.



Polis ditetak bertubi-tubi

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my

LAWAT...Osman ( kiri) melawat Abdul Rahim yang dirawat di HTJS kerana ditetak di beberapa bahagian badan, semalam.
LAWAT...Osman ( kiri) melawat Abdul Rahim yang dirawat di HTJS kerana ditetak di beberapa bahagian badan, semalam.
SEREMBAN: Drama amuk selama tiga jam di sebuah rumah di Taman Cempaka, Bahau, dekat sini, kelmarin berakhir dengan seorang lelaki mati ditembak, manakala seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera parah.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki berusia 30-an yang dipercayai mengalami masalah mental menyerang Sarjan Abdul Rahim Hamid, 50, dengan parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter menyebabkan tengkorak kepala anggota polis itu retak, manakala telinga kirinya hampir putus.

Bagi menyelamatkan nyawa rakan setugas mereka, seorang daripada tiga anggota polis yang berada di tempat kejadian melepaskan satu das tembakan mengenai pipi lelaki terbabit, menyebabkan dia rebah sebelum mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada ibu lelaki itu berusia 50-an yang meminta bantuan berikutan anaknya tiba-tiba mengamuk.

Meraung suami rentung

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

USUNG...anggota  bomba dan penyelamat membawa keluar mayat pekerja kilang perabot.
USUNG...anggota bomba dan penyelamat membawa keluar mayat pekerja kilang perabot.
SEDIH...Liu Tee Hiong tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui suaminya terperangkap dan maut.
SEDIH...Liu Tee Hiong tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui suaminya terperangkap dan maut.
PUCHONG: Seorang isteri hanya mampu menangis hiba sambil meronta kesedihan selepas menyedari suaminya terperangkap dan mati terbakar hidup-hidup selepas kilang perabot tempat mereka bekerja di Jalan BK 1/9, Bandar Kinrara, Puchong, di sini, terbakar awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, wanita terbabit, Liu Tee Hiong, 21, yang juga warga Vietnam sempat lari menyelamatkan diri melalui pintu belakang kilang dengan meninggalkan suaminya, Ma Van Man, 26, yang masih terperangkap dalam kilang dua tingkat berkenaan bersama sepasang suami isteri warga sama, Dao Van Kien, 28, dan Ngo Yen Chai Nhung, 35 serta seorang lelaki warga tempatan, B Prabu, 21 .

Lebih menyedihkan apabila anggota bomba dan penyelamat yang melakukan pemeriksaan sebaik api berjaya dipadamkan sepenuhnya menemui mayat sepasang suami isteri itu hangus dalam keadaan berpelukan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Anuar Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes kebakaran itu jam 1.10 pagi sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, empat jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bukit Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Shah Alam yang dikerahkan ke lokasi kejadian hanya dapat mengawal kebakaran daripada merebak, kira-kira jam 1.58 pagi.

Beliau berkata, kebakaran itu disedari seorang daripada pekerja yang segera mendapatkan bantuan sebuah kereta peronda polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu.

“Anggota polis terpaksa memecahkan rantai kunci di belakang stor itu bagi menyelamatkan mangsa kerana api marak terlalu cepat berikutan terdapat bahan mudah terbakar seperti span dan kayu dalam stor itu,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, terdapat tujuh pekerja dalam kilang itu dan semua mereka sedang lena tidur.

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian hadapan kilang,” katanya,

Bagaimanapun, hanya tiga pekerja kilang itu yang berjaya keluar melalui pintu di bahagian belakang kilang manakala empat lagi pekerja kilang terbabit terperangkap dan mati terbakar.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian kemudian menemui empat mayat mangsa yang rentung di tiga lokasi berbeza di bahagian bawah kilang,” katanya.



Kekasih Vietnam mati berpeluk

PUCHONG – Sepasukan anggota bomba yang menyertai satu operasi memadamkan kebakaran di sebuah kilang membuat sofa tergamam apabila menemui empat mangsa rentung termasuk sepasang kekasih yang mati berpelukan semalam.
Kejadian menyayat hati pada pukul 1 pagi di Taman Perindustrian Kinrara, Bandar Kinrara itu mengorbankan Ma Van Ma, 26, Bao Van Kien, 28, dan seorang wanita, Ngo Yen Tai Nhung, 35. Kesemua mereka merupakan warga Vietnam.
Seorang lagi yang rentung ialah lelaki tempatan, B. Prabu, 21. Kesemua mangsa yang merupakan pekerja kilang berkenaan hangus hampir 98 peratus.
Difahamkan, ketika kejadian terdapat tujuh pekerja yang sedang tidur di pelantar besi di bahagian atas bangunan satu setengah tingkat itu. Bagaimanapun, tiga daripada mereka termasuk dua wanita dapat menyelamatkan diri melalui pintu bilik stor.

Fasha carian tertinggi Google Malaysia


FASHA SANDHA


KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.
Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.
"Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! disini semalam.







Wanita mati terjatuh


ANAK panah menunjukkan lokasi Xiao Shean (gambar kecil)
terjatuh di Apartmen Duta Impian, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seorang pelayan pub ditemui mati dalam keadaan terbaring selepas dia dipercayai terjatuh dari kawasan meletak kenderaan di tingkat tujuh Apartmen Duta Impian, Jalan Abdullah Tahir di sini semalam.
Mayat Ng Xiao Shean, 24, ditemui oleh penduduk apartmen tersebut pada pukul 7.13 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah ekoran bedah siasat mendapati kecederaan mangsa selari dengan kes jatuh dari tempat tinggi.
"Bagaimanapun, kita masih menyiasat punca sebenar kejadian dengan mengambil keterangan daripada ahli keluarga," katanya kepada pemberita di sini semalam.








Ketua polis nyaris lemas gara-gara banjir


MOHD. Mokhtar (dua dari kiri) diselamatkan beberapa anggota polis selepas kereta yang dinaikinya masuk ke dalam parit di Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya tergelincir ke dalam parit di kawasan banjir di Kampung Parit Basri, Sri Medan di sini semalam.
Turut bersamanya dalam kenderaan terbabit ialah Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris.
Pada masa kejadian, Mohd. Mokhtar dalam perjalanan untuk melawat kawasan banjir dan turut disertai oleh beberapa wakil media.
Menceritakan detik cemas itu, Mohd. Mokhtar berkata, ketika melalui kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang tiba-tiba kenderaan tersebut seperti masuk ke dalam lubang yang sebenarnya adalah parit.
Difahamkan, pemandu pacuan empat roda itu sukar membezakan antara jalan dan parit di kawasan berkenaan kerana kawasan itu dilitupi air.


Pulang hanya dengan tiga helai baju


RIBUAN penumpang yang terdiri daripada warga asing menunggu penerbangan untuk pulang ke negara masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah semalam.


KUALA LUMPUR - "Saya terpaksa pulang ke Malaysia berbekalkan tiga helai baju dan pasport sahaja kerana tidak dapat pulang ke Kaherah setelah pulang menziarahi kawan di Iskandariah."
Demikian cerita seorang pelajar tahun dua jurusan perubatan Universiti Ain-Shams, Kaherah, Siti Hajar Ahmad Azhar, 20.
Dia yang berada di Iskandariah selama lima hari sejak 27 Januari, terperangkap di bandar raya Mesir itu apabila perkhidmatan kereta api untuk pulang ke Kaherah ditutup selama tiga hari berikutan pergolakan politik di negara itu.
Siti Hajar yang ke Iskandariah iaitu kira-kira tiga jam perjalanan menaiki kereta api dari Kaherah bersama tiga lagi rakannya bagaimanapun lega apabila Lapangan Terbang Iskandariah tidak ditutup seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Ceritanya, dia dan rakan-rakan pada mulanya tidak mahu pulang ke Malaysia kerana bimbang dan kasihan dengan keadaan kawan-kawan lain di Kaherah yang terputus hubungan.

No comments:

Post a Comment