Monday, February 1, 2010

OKU ...YANG LAIN TAK OKU


NEGARA

OKU terkedu ditangkap khalwat

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

SALAH seorang wanita yang ditahan dalam operasi cegah maksiat dibawa menaiki lori di Melaka semalam.

MELAKA - "Saya memang rancang nak kahwin dalam masa terdekat ini bang, tapi kami masih lagi berbincang.''

Itu alasan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) selepas ditahan pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah bilik tumpangan rumah kedai di Jalan Plaza Mahkota di sini kelmarin.

Ketika pintu dibuka, wanita berusia 26 tahun bersama pasangannya yang berusia lewat 20-an sedang duduk berdua-duaan dengan masing-masing hanya berbaju tidur.

Selain OKU, keadaan fizikal wanita itu yang nampak seperti perempuan mengandung juga menimbulkan persoalan. Ketika ditanya, dia menafikan perutnya yang buncit disebabkan hamil anak luar nikah.

''Perut saya memang begini sejak dulu lagi, tapi saya bukan mengandung seperti yang dilihat,'' katanya.

Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Derus Tompang berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua mereka bukan orang Melaka tetapi berasal dari Kuala Lumpur dan Johor.

Kedua-dua mereka bekerja di Bandar Hilir dan menetap bersama-sama di bilik kecil itu sejak setahun lalu dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam Ops Bersepadu yang sama, sepasang warga Indonesia ditahan selepas disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan cuba melakukan seks di sebuah bilik dalam restoran di Jalan Thambi Abdullah.

Mohd. Derus berkata, pada mulanya pasangan lelaki itu tidak mengaku 'melanggan' pasangannya, namun selepas didesak lelaki berusia 30-an akhirnya mengaku telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM50 untuk melakukan seks.

No comments:

Post a Comment