DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Tuesday, February 2, 2010
HARUS DIFIKIRKAN
3 bulan merana di Lombok
Oleh Sahlina Sahkirin
am@hmetro.com.my
2010/02/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MERSING: Tiga bulan berada di Lombok, Indonesia kerana lari mengikut kekasih hati nyata memberi pengajaran berguna kepada seorang wanita dari Kota Tinggi, dekat sini, apatah lagi ‘syurga’ dijanjikan lelaki bermulut manis itu sebenarnya indah khabar daripada rupa.
SYUKUR...Norazuana kembali ke pangkuan ibunya, Suraya Utok dan bapanya, Aziz.
SYUKUR...Norazuana kembali ke pangkuan ibunya, Suraya Utok dan bapanya, Aziz.
Bagi Norazuana Aziz, 22, kembali ke pangkuan keluarga di sini, baru-baru ini ibarat mati hidup semula kerana setiap detik hidupnya di samping teman lelaki di tanah asing itu diselubungi kepayahan dan keperitan yang sangat menyeksakan.
“Saya menyabung nyawa menaiki bot pancung dalam keadaan berhimpit dengan 44 penumpang selama lebih satu setengah jam meredah ombak besar dan angin kencang pada waktu malam dari sebuah pangkalan haram di Johor menuju Batam.
Menurutnya, sebaik tiba di Pulau Batam, dia ditempatkan di sebuah rumah yang dijadikan transit sementara menunggu menaiki kapal terbang untuk ke satu daerah lain di Indonesia sebelum meneruskan perjalanan selama lebih dua jam dengan menaiki lori untuk sampai ke Lombok.
Katanya, selama tiga bulan berada di sebuah perkampungan di Lombok, dia ditempatkan di sebuah rumah seorang wanita berasal dari Pahang yang berkahwin dengan penduduk tempatan dikenali sebagai Kak Lin.
“Sepanjang tinggal di sana, makanan disediakan hanya berlauk ikan sungai dan sayuran kampung yang pahit serta jarang ditemui di negara ini.
“Ketika itu baru saya sedar dan mula tertekan kerana semuanya tidak seperti dijanjikan. Mujur penderitaan saya tidak lama selepas berjaya menghubungi keluarga di kampung melalui telefon bimbit,” katanya.
Menurutnya, episod pahit dalam hidupnya itu bermula apabila dia berkenalan dengan seorang pemuda Lombok dikenali sebagai Riali, lebih setahun lalu ketika bekerja di sebuah ladang di Kota Tinggi berhampiran tempat tinggalnya.
Katanya, pada 3 Oktober tahun lalu, dia membuat keputusan meninggalkan rumah akibat terpedaya kata-kata manis pemuda berkenaan yang konon mahu menjadikannya isteri dan berkahwin di kampung halamannya di Lombok.
“Saya keluar ketika semua anggota keluarga tiada di rumah dengan membawa sebuah beg pakaian.
“Selepas seminggu bersembunyi di lokasi yang saya sendiri tidak tahu di mana, saya dibawa menaiki sebuah bot pancung yang sarat pendatang tanpa izin yang ingin pulang ke Indonesia,” katanya yang dibawa pulang hasil bantuan Biro Antarabangsa Pemuda Umno Bahagian Mersing, baru-baru ini.
Menurutnya, sepanjang berada di Lombok, dia melihat ramai anak gadis dari Malaysia di sana kerana dipercayai turut mengalami nasib sepertinya selepas terpedaya kata-kata manis pemuda Lombok.
“Mereka mungkin takut dan malu kembali ke pangkuan keluarga sedangkan kehidupan di sana begitu menyeksakan. Saya sendiri terpaksa mengerjakan sawah untuk hidup.
Norazuana berkata, dia berjaya melarikan diri dengan bantuan seorang rakyat Lombok yang pernah bekerja di sebuah ladang di Mersing.
“Dia menyuruh saya menyamar sebagai rakyat Indonesia dan memberikan pas perjalanan sebelum membawa saya menaiki bot untuk ke satu lokasi di Kota Tinggi,” katanya.
Mengenai teman lelakinya, dia berkata, lelaki berkenaan masih berada di Lombok dan setakat ini tidak mencarinya.
Bapanya, Aziz Ali, 49, berkata dia bersyukur kerana bantuan Pemuda Umno bahagian itu akhirnya berjaya membawa pulang Norazuana ke pangkuan keluarga.
“Sejak dia pergi, hidup kami sekeluarga menjadi tidak menentu, hampir setiap hari saya menangis mengenangkan nasib anak yang berada jauh di negara orang.
“Namun, semuanya berubah apabila saya menemui seorang Jawatankuasa Umno Bahagian Mersing, Hanafiah Jonid dan menceritakan masalah dihadapi dan mereka berusaha membantu hingga anak kembali kepada kami,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment