Monday, February 1, 2010

BAGAIMANA...BETUL TAK APA PENULIS KATA


Budak 5 tahun dicabul sepupu


2010/02/02
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Musykil dengan keadaan kanak-kanak berusia lima tahun yang disyaki menjadi mangsa rogol, seorang doktor membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, Khamis lalu.

Difahamkan, kanak-kanak itu yang bersekolah di tadika pada mulanya dibawa kakaknya yang berusia 23 tahun untuk menjalani rawatan selepas curiga dengan keadaan adik perempuannya. Menurut sumber, pada mulanya, kakak mangsa yang berkongsi bilik dengan adiknya itu hairan melihat tingkah laku kanak-kanak terbabit yang kerap melondehkan seluar selain tidur dalam keadaan menonggeng. “Sikap pelik adiknya itu menimbulkan keraguan sebelum kakaknya mendesak mangsa menceritakan apa yang berlaku kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan adiknya itu. “Selepas beberapa kali didesak, kanak-kanak itu akhirnya memberitahu yang dia pernah beberapa kali menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang juga sepupu mereka,” katanya.


Sumber berkata, terkejut dengan pengakuan itu, kakak mangsa akhirnya nekad membawa kanak-kanak terbabit menjalani pemeriksaan doktor pada keesokannya di sebuah klinik sebelum dinasihatkan ke Hospital Ampang. “Doktor yang memeriksa kanak-kanak terbabit mula curiga dan mengesyaki yang kanak-kanak itu mungkin menjadi mangsa rogol dan membuat laporan polis.


“Berikutan itu, polis menahan seorang remaja berusia 13 tahun tidak lama selepas laporan dibuat sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. Katanya, hasil siasatan mendapati remaja itu mengaku pernah beberapa kali menggesel kemaluannya pada kemaluan mangsa, namun tidak pernah merogol kanak-kanak terbabit. “Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan sepenuhnya daripada pemeriksaan doktor dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.


Difahamkan, remaja itu sepupu mangsa dan mereka mendiami kawasan perumahan sama di Projek Perumahan Rakyat di Hiliran Ampang.


Remaja terbabit dikatakan sering mengunjungi rumah berkenaan disebabkan mereka mempunyai pertalian saudara dan mangsa anak keenam daripada tujuh beradik. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment