DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Sunday, January 31, 2010
KERANA CINTA TAK BERBALAS
Dendam lara cinta hampa
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
2010/02/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
JITRA: “Sehari sebelum kejadian, bekas teman lelaki ada menghantar SMS dan mengugut akan membakar rumah saya jika tidak menerima cintanya, tetapi tak sangka pula kejadian itu benar-benar berlaku dan saya mengesyaki dia yang merancang semua ini,” kata Nor Syafawani Zakaria, 18.
Dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat lalu, rumah mangsa di Taman Mutiara Naga, Kepala Batas, di sini, terbakar selepas dipercayai dua lelaki tidak dikenali melontar dua molokov cocktail.
Difahamkan, kejadian itu disedari seorang jiran mangsa yang baru pulang kerja apabila ternampak kelibat dua lelaki menunggang motosikal melontar dua objek ke rumah mangsa sebelum satu daripada botol itu meletup menyebabkan jiran mangsa menyergah suspek yang kemudian melarikan diri.
Bagaimanapun, hanya satu daripada dua bom itu meletup menyebabkan kebakaran kecil.
Nor Syafawani berkata, dia mengenali suspek ketika menyertai program kemasyarakatan di Kuala Nerang tahun lalu dan hanya menganggap lelaki yang sebaya dengannya sebagai teman biasa.
Katanya, selepas berkenalan hampir 16 bulan, dia mula mengetahui sikap sebenar lelaki itu menyebabkan dia tidak mahu meneruskan perhubungan dengan lelaki itu.
“Dia mengajak saya keluar Khamis lalu, tetapi saya menolak dengan alasan sibuk menyebabkannya marah dan dia menghantar SMS memberitahu jangan menyesal jika sesuatu berlaku.
“Saya sangka ia mungkin sekadar ugutan biasa tetapi terkejut apabila rumah saya dilontar dua bom molotov cocktail sehingga mengakibatkan kebakaran kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, jam 5.26 pagi Jumaat lalu.
Bapa mangsa, Zakaria Ahmad, 45, berkata ketika kejadian dia keluar bekerja syif malam di sebuah kilang tayar di Mergong dan hanya dimaklumkan selepas Nor Syafawani menghubunginya dan memberitahu apa yang berlaku.
Katanya, dia bergegas pulang ke rumah dan bersyukur melihat isteri dan anak terselamat dalam kejadian itu.
“Saya tidak akan memaafkan perbuatannya walaupun dia ada menghubungi anak saya kelmarin dan memohon maaf tetapi saya menyerahkan kes ini kepada polis untuk menyelesaikannya,” katanya.
Dalam kejadian itu juga, jiran Zakaria, Afzainizam Abu Bakar, 35, cedera di ibu jari kanan akibat terpijak kaca botol pecah ketika melompat pagar rumah mangsa dalam usahanya memadamkan api. Menurut Afzainizam, dia terdengar bunyi benda pecah di rumah jiran ketika hendak masuk ke bilik air sebelum terdengar jiran di depan rumahnya menjerit memberitahu rumah Zakaria terbakar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 438 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat yang dilakukan dengan api atau apa-apa bahan letupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment