DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Sunday, January 31, 2010
SELAMAT USTAZ
Lelaki khalwat bukan ustaz
2010/02/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 30-an dan pasangannya pelajar berusia 16 tahun oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam sebuah kereta di Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, dekat Tendong, petang Khamis lalu.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAHEAIK, Mohd Ab Aziz Mohd Noor, berkata pihaknya bagaimanapun menafikan lelaki ditahan itu seorang ustaz seperti didakwa ahli SRS itu sebaliknya kakitangan sebuah badan berkanun.
“Pelajar ditahan itu bersekolah di sekolah agama dan kedua-duanya sudah diambil keterangan sebelum didakwa mengikut Seksyen 5(1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 Tahun 1985.
“Jika sabit kesalahan mereka akan dikenakan denda tidak lebih dari RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment