DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Monday, February 1, 2010
CAMNE ANDA TAK TAKUT
DUNIA
Lelaki amuk bunuh bekas kekasih
BEBERAPA buah kenderaan polis dan ambulans diletakkan di luar sebuah pusat beli-belah yang menjadi lokasi Ibrahim mengamuk di Espoo, Finland semalam.
HELSINKI - Polis di Finland mengesahkan bahawa seorang lelaki yang membunuh lima orang di bandar Espoo telah membunuh diri.
Seorang pegawai polis, Jukka kaski berkata, lelaki yang berumur 43 tahun itu, Ibrahim Shkupolli menembak diri sendiri di rumahnya di Espoo.
Menurutnya, Ibrahim membunuh diri selepas mengamuk membunuh seorang bekas kekasihnya dan empat orang lagi di sebuah pusat beli-belah.
Polis enggan mendedahkan kerakyatan Ibrahim.
Namun, beberapa laporan berita menyatakan dia merupakan seorang etnik Albania dari Kosovo.
IBRAHIM
Kaski berkata, Ibrahim telah tinggal di Finland selama beberapa tahun.
Polis Finland masih belum mengetahui motif lelaki itu mengamuk.
Bagaimanapun, polis menyatakan Ibrahim diarahkan oleh mahkamah supaya tidak menghubungi bekas kekasihnya.
Menurut polis, kejadian tembakan itu mungkin mempunyai kaitan dengan hubungan mereka. Media tempatan melaporkan bahawa lelaki tersebut sebelum ini pernah disabitkan kesalahan senjata api. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment