Thursday, February 4, 2010

INSAFLAH....SEDARLAH JANGAN NAMPAK KESESATAN ORANG.....SAHAJA



Tak sangka anak diperkosa sahabat baik


2010/02/04





CAMERON HIGHLANDS: Sepasang suami isteri warga Myanmar tidak menyangka rakan senegara yang sangat dipercayai rupa-rupanya ‘musang berbulu ayam’ apabila tergamak merogol anak perempuan mereka berusia empat tahun ketika menjaga kanak-kanak terbabit, Isnin lalu.
Perlakuan lelaki 38 tahun itu yang dilakukan ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja di kebun berhampiran, terbongkar apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluan lalu ibu bapanya membawa mangsa ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom (HSHK), untuk pemeriksaan dan terkejut dimaklumkan terdapat kesan koyak pada kemaluan dipercayai akibat kemasukan objek.


Lebih menyedihkan, mangsa yang akan menyambut hari jadinya Sabtu ini, masih trauma dengan kejadian yang menimpanya dan terpaksa menghadapi pengalaman hitam itu sepanjang hidupnya.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu, mangsa dipercayai dirogol dan laporan polis dibuat doktor yang membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Ipoh.


“Sebelum kejadian, ibu bapa mangsa dikatakan membenarkan suspek menjaga anak perempuannya itu ketika mereka keluar bekerja di sebuah kebun berhampiran namun suspek mengambil kesempatan itu merogol mangsa kira-kira jam 11 pagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, suspek berjaya ditangkap dan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat jika disabitkan kesalahan.

No comments:

Post a Comment