Monday, February 1, 2010

MENAKUTKAN...CITE ROGOL BIASA DI DADA2 KHABAR.....



Lima tuduhan rogol
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/02/02
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas sembilan pertuduhan termasuk lima tuduhan merogol mangsa berlainan yang turut membabitkan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan merompak mangsanya.
TERTUDUH...Rashidi dibawa ke lokap mahkamah selepas prosiding kesnya selesai, semalam.
TERTUDUH...Rashidi dibawa ke lokap mahkamah selepas prosiding kesnya selesai, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh, Rashidi Omar, 28, dari Batu 13, Beringin, Durian Tunggal, di sini, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan meminta dibicarakan pada prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen, di sini.


Pada prosiding di Mahkamah Sesyen 1, dia menghadapi tiga pertuduhan iaitu cuba merogol mangsa berusia 14 tahun di Ladang Kelapa Sawit Beh Kim, Lendu, Alor Gajah, kira-kira jam 6.30 pagi pada 20 Oktober lalu.


Tertuduh juga didakwa merogol dua mangsa berusia berusia 15 tahun 11 bulan dan tujuh tahun 10 bulan masing-masing di Ladang Kelapa Sawit Hainan Estate, Cheng, dekat sini, antara jam 6.30 pagi hingga 7.30 pagi pada 1 April 2008, dan di Ladang Kelapa Sawit Hailam Estate, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 24 Mei 2007.


Bagi kesalahan cuba merogol, dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara 15 tahun serta sebatan.


Sementara bagi kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara 20 tahun serta sebatan.


Hakim Al-Baishah Abd Manan tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh selepas meneliti hujah Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar bahawa tertuduh menghadapi pertuduhan berat membabitkan kesalahan seksual.


Pada prosiding kedua di Mahkamah Sesyen 2, Rashidi yang tidak diwakili peguam menghadapi tiga kes membabitkan enam pertuduhan.


Bagi kes pertama, dia dituduh merogol seorang wanita berusia 44 tahun di Ladang Kelapa Sawit Tong Bee, Jalan Kolam Machap, Alor Gajah serta merompak komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai RM200 milik mangsa kira-kira jam 9 malam hingga 9.30 malam pada 7 Jun tahun lalu.


Bagi kesalahan merompak, Seksyen 392 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan denda serta sebat, jika disabitkan.


Seterusnya tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 20 tahun dan merompak telefon bimbit Nokia N-gage miliknya di kebun kelapa sawit belakang perumahan Taman Sri Sutera, Alor Gajah, antara jam 7.20 pagi hingga 7.40 pagi pada 31 Mac 2008.


Bagi kes terakhir, dia menghadapi dua pertuduhan iaitu dengan sengaja melakukan seks luar tabii, iaitu memasukkan zakarnya ke dalam mulut seorang wanita berusia 44 tahun serta merogolnya di sebuah butik di Tanjung Minyak, di sini, kira-kira jam 10.45 pagi hingga 11 pagi pada 7 Oktober lalu.


Kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta sebatan.


Hakim Zaharah Hussain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas menimbangkan hujah pihak pendakwaan.


Perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen 1 bermula pada 23 April, depan manakala di Mahkamah Sesyen 2 bermula pada 28 dan 29 April.

No comments:

Post a Comment