Monday, July 12, 2010

CABUL..ROGOL..ZINA..CURI..BUANG ANAK...JUDI DLL...ALLAH BUAT MANUSIA DAN SEGALANYA..TAK KAN ALLAH LEMAH BUAT UNDANG2..SAMPAI MACAM TAK LAYAK DIGUNA PAKAI..INI KESAN DIJAJAH..TAK PAYAH SURUH JADI KAFIR...RAGU2 HUKUM ALLAH DAH ROSAK IMAN...

Pasangan lagak suami isteri dicekup



2010/07/13

GEORGETOWN: Rahsia di sebalik lakonan sepasang kekasih yang kononnya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sah di sisi agama dan masyarakat akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan selepas disyaki berkhalwat dalam satu pemeriksaan di sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah (SPT) di sini, awal pagi Sabtu lalu.
Pasangan berusia 30-an itu cukup licik menyembunyikan status mereka apabila dipercayai tinggal bersekedudukan secara rahsia tanpa diketahui umum. Ketua Unit Operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Khairul Azman Azizan, berkata pemeriksaan dilakukan kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu membabitkan sepasukan pegawai masjid dibantu pegawai penguat kuasa JHEAIPP hasil aduan awam.
Beliau berkata, dalam pemeriksaan di sebuah rumah teres satu tingkat itu, seorang lelaki yang hanya berseluar pendek tanpa baju membuka pintu.

Katanya, ketika diperiksa, pasangannya bersembunyi di bilik belakang dengan berpakaian lengkap kerana bimbang dicekup pegawai penguat kuasa agama.

Khairul Azman berkata, siasatan mendapati, kedua-duanya bukan suami isteri yang sah selepas gagal mengemukakan dokumen pernikahan dan mengaku belum berkahwin.



Disamun, dicabul pemandu teksi



2010/07/13

KUALA LUMPUR: Malang buat seorang wanita lewat 20-an apabila dia bukan saja disamun seorang pemandu teksi, malah dipaksa melakukan seks oral.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, di Bukit Tunku, di sini, kelmarin, wanita terbabit yang bimbang dirogol dan dibunuh lelaki bersenjatakan pisau itu terpaksa akur.
Mangsa yang kerugian hampir RM5,000 ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, menyebabkannya mendapatkan bantuan orang ramai pulang ke rumah.



Buang bayi dalam semak

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/07/13

JOHOR BAHRU: Menyayat hati apabila mayat seorang bayi lelaki dipercayai hasil hubungan haram sepasang warga Indonesia ditemui dalam keadaan berulat dan dibiarkan reput dalam beg plastik di Kampung Teluk Sedang Pinggir, Jalan Camar 15, Taman Perling di sini, petang semalam.
Perbuatan keji itu hanya diketahui selepas orang awam menggunakan jalan pintas berhampiran kawasan semak itu terhidu bau busuk dari arah beg plastik terbabit.
Individu yang menemui mayat bayi berkenaan menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian kira-kira jam 3 petang.

Polis yang berkejar ke lokasi kejadian menemui mayat bayi cukup sifat itu dalam keadaan berulat dan dipercayai dibuang pada Jumaat lalu.

Difahamkan, polis turut menahan dua wanita warga Indonesia berusia 22 dan 27 tahun dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Suspek dikatakan tinggal di rumah sewa sejak lapan bulan lalu terletak hanya kira-kira 50 meter dari lokasi mayat bayi ditemui.

Seorang daripada suspek terbabit dipercayai ibu kepada bayi malang berkenaan dan zuriat itu diperoleh hasil hubungan haram dengan teman lelaki yang juga warga Indonesia dikenali hampir setahun lalu.

Bagaimanapun, umpama habis madu sepah dibuang, teman lelaki wanita terbabit kembali ke negara asal selepas puas menikmati tubuhnya.

Suspek dikatakan memasuki negara ini secara haram serta tiada sebarang dokumen perjalanan sah selain hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran di sekitar Skudai untuk menampung hidup. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta penahanan dua suspek wanita warga Indonesia itu bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan. “Siasatan awal mendapati kemungkinan, kedua-dua suspek yang tinggal serumah itu adalah adik-beradik, bagaimanapun ia masih dalam siasatan dan belum dapat disahkan lagi.

“Hasil maklumat awal, kami percaya bayi itu dibuang sejurus dilahirkan dan dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lalu sebelum ditemui di kawasan semak terbabit. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun denda atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline Polis Johor di talian 07-2212999


Isteri sembunyi dalam tandas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my
2010/07/13

KUALA LUMPUR: Bimbang dicederakan, seorang suri rumah terpaksa mencari perlindungan dengan berkurung di dalam tandas selepas rumahnya diceroboh seorang lelaki bersenjatakan besi runcing.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, mangsa terpaksa meninggalkan suaminya yang disergah lelaki terbabit sebaik mereka pulang dari menjamu selera di rumah mereka di Jalan Merpati Off Jalan Raja Laut di sini.
Mangsa yang juga pengurus pemasaran, Awang Hamsari Awang Hasbi, 41, berkata, ketika kejadian, dia dan isteri, Hani Hamid, 36, baru masuk ke rumah sebelum berjalan menuju bilik tidur dalam suasana masih gelap.

Menurutnya, sebaik membuka lampu bilik, dia tergamam apabila seorang lelaki bersenjatakan batang besi menyergahnya sebelum mengacukan senjata itu ke arahnya.

“Lelaki itu yang hanya memakai kemeja-T dan berseluar pendek mengugut saya supaya diam dan tidak menjerit jika tidak mahu dibunuh.

“Pada masa sama, isteri saya sempat melarikan diri dengan bersembunyi di dalam tandas,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit memaksanya menyerahkan semua barang berharga secepat mungkin.

“Bimbang nyawa saya dan isteri terancam, saya menyerahkan dua telefon bimbit selain wang RM500 dari poket seluar.

“Sejurus memperoleh barang dihajati, lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu belakang rumah. Lelaki itu dipercayai memasuki rumah kami dengan mengumpil jeriji besi pada bahagian dapur,” katanya.

Menurutnya, dia sempat mengambil batang kayu dan cuba memukul lelaki terbabit dari belakang, namun dia terlebih dahulu meloncat keluar dan melarikan diri.

“Saya menjerit meminta tolong sebelum tujuh jiran berhampiran datang membantu dengan mengejar lelaki terbabit. Namun, lelaki itu sempat lari ke dalam semak dan dipercayai terjun ke dalam sungai berhampiran Jalan Tun Razak di sini.
“Berdasarkan bahasa dipertuturkan, lelaki terbabit dipercayai warga asing berusia 40-an,” katanya.

Mangsa yang kerugian kira-kira RM1,700 membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini.



NEGARA


Judi Piala Dunia setengah bilion



MOHD. BAKRI (kanan) menunjukkan slip bayaran pertaruhan judi haram pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.



KUALA LUMPUR - Seramai 227 individu termasuk kaki judi dan bookie yang dipercayai terlibat dalam sindiket judi bola sepak Piala Dunia 2010 membabitkan wang pertaruhan berjumlah hampir setengah bilion ringgit ditahan di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, beberapa lelaki yang ditahan merupakan ejen kepada ah long yang menawarkan pinjaman wang kepada kaki judi berkenaan.
Ejen-ejen ah long dicekup ketika mereka berada bersama kaki judi ketika serbuan dilakukan polis.
Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 73 tahun itu ditahan secara berasingan dalam 151 serbuan Ops Soga di seluruh negara sejak bermulanya perlawanan Piala Dunia pada 11 Jun lalu dan berakhir semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada 227 yang ditahan, seramai 218 merupakan rakyat tempatan manakala baki sembilan orang lagi warga Indonesia.
"Bertindak atas maklumat, satu unit gempur ditubuhkan dengan kerjasama daripada polis antarabangsa (Interpol) bagi menangani perjudian haram," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Aman di sini semalam.
Menurut beliau, hasil tangkapan tersebut polis merampas sebanyak 78 unit komputer, 69 buah komputer riba, 178 buah telefon bimbit, 12 buah mesin faks, empat buah pencetak dan modem yang digunakan untuk tujuan perjudian haram tersebut.
Selain itu, polis turut merampas sebanyak 450 helai kertas dan nota mengandungi nota-nota berkaitan pertaruhan dan wang tunai sebanyak RM99,266.
"Jumlah tangkapan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 300 peratus berbanding tangkapan semasa perlawanan Piala Eropah pada tahun 2008," kata beliau.
Menurut beliau, Malaysia menduduki tangga kedua tertinggi selepas Thailand di kalangan enam buah negara yang menyertai Asia Pacific Expert Group On Asia Organised Crime (APEC/AOC) bagi membanteras judi haram sempena Piala Dunia 2010.
Selain Malaysia dan Thailand, empat buah lagi negara yang menyertai APEC/AOC ialah Singapura, Hong Kong, Macau dan China.
Mohd. Bakri sebelum ini mendedahkan pihaknya mengenal pasti lebih tujuh orang kenamaan (VIP) terlibat dalam kegiatan perjudian haram tersebut dan mereka telah melarikan diri ke luar negara sebelum berlangsung Piala Dunia 2010 pada Jun lalu.
Bagaimanapun, selepas siasatan beliau kemudian mengesahkan hanya terdapat empat dalang yang terlibat dalam kegiatan judi tersebut tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat kerana mereka telah lari ke negara jiran.
"Kita telah mengenal pasti lokasi negara mereka tinggal dan memantau ahli keluarga mereka di sini," kata beliau.
Keempat-empat dalang tersebut yang dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk merupakan rakyat tempatan dan berusia lewat 40-an.
Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953




NEGARA


Mayat bayi ditemui dalam semak



POLIS membawa keluar mayat bayi yang dijumpai di dalam semak di Taman Perling, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Satu mayat bayi lelaki berusia empat hari ditemui di semak berhampiran sebuah rumah di Jalan Camar 15, Taman Perling di sini semalam.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui di dalam beg plastik oleh anggota polis hasil maklumat orang awam pada pukul 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, bayi lelaki itu dipercayai dibuang selepas dilahirkan.
"Eoran penemuan mayat bayi ini, polis telah menahan dua wanita warga Indonesia berusia 22 dan 27 tahun di sebuah rumah iaitu 50 meter dari tempat kejadian.
"Dipercayai salah seorang daripada wanita ini adalah ibu bayi berkenaan," katanya.
Tambah Ruslan, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat manakala dua wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sementara itu, seorang penduduk yang merupakan jiran suspek, Zainal Madon, 57, berkata, dia jarang bertemu dua wanita itu dan kali terakhir berjumpa adalah dua bulan lalu.
"Saya tidak tahu pula seorang daripada mereka mengandung dan melahirkan anak sebab jarang berjumpa tetapi mereka ramah dengan jiran-jiran," katanya.

No comments:

Post a Comment