Sunday, July 11, 2010

SEDARLAH KITA MANUSIA....SAKIT...TUA...LEMAH DAN AKHIRNYA MATI....ITU SEMUA ATURAN ALLAH..NAK IKHTIAR TU AGAK2LAH...FIKIR2LAH KENAPA JADI BEGITU@LEMAH....

Produk rangsang seks boleh membawa maut



2010/07/12

KUALA LUMPUR: “Pengambilan pil perangsang dan gula-gula seks hanya akan menyebabkan kebergantungan terhadapnya malah pengguna juga berisiko mengalami ketagihan akibat pengambilannya lebih-lebih lagi tanpa nasihat pakar perubatan,” kata pakar sakit tuan, Dr Ismail Tambi.
Beliau berkata, kesedaran orang ramai mengenai punca kelemahan syahwat amat rendah menyebabkan mereka memilih jalan mudah mengubatinya dengan mengambil produk sebarangan tanpa nasihat doktor.

“Risiko mendapat penyakit berbahaya lain amat tinggi malah ada kes yang menyebabkan pengamalnya buta dan mengalami kerosakan buah pinggang kerana mengambil produk yang kononnya boleh menambah daya seksual lelaki,” katanya. Beliau mengulas laporan Harian Metro, Sabtu lalu, mengenai rampasan pelbagai jenis pil perangsang dan gula-gula seks dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dalam satu serbuan di sebuah kilang haram yang menjadi stor menyimpan bahan haram itu di Balakong.

Bahan berkenaan yang dipercayai diseludup dari China dan Thailand dikesan mengandungi pelbagai kimia fosfodiesterase (PDE) selain turut dicampur Analog Tadalafil atau Sildenafil boleh menyebabkan penggunanya diserang penyakit jantung. Menurutnya, lemah tenaga batin sebenarnya petanda individu terbabit mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang serta jantung dan masalah mereka itu hanya boleh diselesaikan dengan rawatan doktor.

“Ramai beranggapan tubuh mereka sihat, hanya bermasalah tenaga batin. Bagaimanapun tanggapan itu salah, sepatutnya mereka perlu berjumpa doktor untuk mengetahui penyakit sebenar mereka, bukan mengambil produk yang bukan-bukan apatah lagi yang dijual di tepi jalan. “Mereka tidak sedar ubat pendorong seksual ini mengandungi racun berbahaya dan memberi kesan sampingan hingga membawa maut,” katanya. Ismail berkata, lebih membahayakan apabila digunakan oleh mereka yang tidak memerlukannya tetapi mempunyai penyakit jantung dan kencing manis, ia pasti mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan

No comments:

Post a Comment