Saturday, October 16, 2010

BILA FILEM LUCAH MUDAH DIDAPATI SERTA DITONTON....UNDANG2 SEDIA ADA TAK BOLEH MENDIDIK SERTA MENGINSAFKAN

Pelajar tidak pulang mati

Oleh RAVALE SAVARINATHAN
metahad@hmetro.com.my
2010/10/17

TELUK INTAN: Kebimbangan seorang bapa terjawab apabila anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sebaik ke sekolah pagi kelmarin ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam.
SIASAT... mayat mangsa ditemui di ladang.
SIASAT... mayat mangsa ditemui di ladang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, bapa mangsa, K Murali, 43, yang juga pengawal keselamatan di ladang berkenaan membuat satu laporan polis kelmarin bagi memaklumkan kehilangan gadis terbabit.

“Mengikut laporan itu, mangsa keluar ke sekolah kira-kira jam 7.30 pagi semalam (kelmarin) sebelum ke kelas tambahan di pekan Teluk Intan dan tidak pulang ke rumah seperti biasa sehingga membimbangkan bapanya,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Katanya, bapa mangsa mendakwa melihat Divya memasuki ladang berkenaan selepas turun dari bas menuju ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok pengawal tempatnya bekerja.
Saksi kejadian memaklumkan menemui beg dan pakaian mangsa terlebih dalu sebelum menemui mayat mangsa dalam parit.

Katanya, beg mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mayat mangsa ditemui, manakala sebahagian pakaiannya ditemui di tepi parit tidak jauh dari situ. “Pihak Jabatan Forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikerah ke tempat kejadian bagi mengesan sebarang bukti yang boleh mengaitkan kematian mangsa. Mayat sudah di hantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat, namun seorang remaja yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai bekas teman lelakinya dipanggil untuk membantu siasatan



Malang si bomoh



2010/10/17

GEMENCHEH: Malang bagi seorang bomoh apabila dibelasah dan dilarikan dari rumahnya, di sini, sebelum ditinggalkan dengan hanya berseluar dalam di tepi jalan di sekitar Tangkak, Johor, semalam.
Harian Metro difahamkan, sekumpulan lelaki terbabit datang ke rumah bomoh berkenaan di sebuah perkampungan di sini kerana tidak berpuas hati dengan cara rawatan yang dilakukan bomoh terbabit terhadap seorang ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara bomoh terbabit dengan kumpulan lelaki itu menyebabkan mangsa dilarikan dengan sebuah kenderaan selepas dibelasah. Bomoh berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan ditemui orang ramai kira-kira empat jam kemudian, berada dalam keadaan separuh bogel yang kemudian menghubungi Balai Polis Tangkak untuk memaklumkan kejadian itu dan mangsa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan polis ada menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

“Polis menerima laporan daripada seorang jiran mangsa yang memberitahu terdengar bunyi bising di rumah bomoh berkenaan dipercayai akibat berlaku pergaduhan dan polis yang bergegas ke rumah mangsa mendapati kediaman itu kosong.
“Kira-kira jam 10.30 pagi, pihak kami menerima laporan daripada Balai Polis Tangkak menyatakan mangsa ditemui di tepi jalan dan dihantar ke Hospital Tangkak,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang menyiasat punca kejadian serta motif pergaduhan itu.

Berikutan itu, beliau meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat atau mengetahui punca kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4411221 atau 06-4411222


Tembak pemandu depan anak



2010/10/17

KOTA TINGGI: “Saya tidak sangka lelaki yang berpura-pura sebagai kenalan bapa itu tiba-tiba mengeluarkan sesuatu daripada seluar sebelum terdengar bunyi kuat berhampiran pintu pagar.
Remaja berusia 14 tahun yang enggan dikenali berkata, beberapa minit sebelum kejadian berlaku, seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an dilihat berdiri di depan kediamannya sebelum menyatakan hasrat untuk bertemu dengan bapanya.

Menurutnya, dia tidak sangka lelaki itu yang kelihatan peramah bagaimanapun berniat jahat apabila bertindak menembak bapanya.

“Saya masih trauma dengan kejadian yang berlaku di depan mata itu... kami sekeluarga tidak dapat membayangkan terpaksa kehilangan insan penyayang seperti bapa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohamed Sebot berkata, mangsa G Tamil Selvam, 44, yang bekerja sebagai pemandu lori ditembak di hadapan kediaman di Jalan SS3/4, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
Beliau berkata, mangsa yang mempunyai tiga anak itu kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurutnya, siasatan polis mendapati mangsa mempunyai dua kesan tembakan di dada dan bahagian rusuk kanan.

“Kejadian disaksikan oleh anak mangsa berusia 14 tahun yang pada awalnya menyedari kehadiran seorang lelaki berkulit gelap dan memakai topi besbol di hadapan rumah.

“Suspek dikatakan datang bersendirian dan berjalan kaki sebelum berpura-pura menyuruh saksi memanggil keluar bapanya dari rumah dengan tujuan ingin berjumpa,” katanya.

Osman berkata, mangsa dipercayai ditembak dari jarak jauh satu meter.

“Kami dalam usaha memerangkap penjenayah itu termasuk dengan hasil rakaman kamera litar tertutup di sebelah rumah mangsa,” katanya


Khalwat di hotel



2010/10/17

GEORGETOWN: Seorang lelaki ditemui hanya memakai seluar dalam sambil bersujud di tepi katil ketika dicekup berkhalwat dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Jalan Penang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam operasi ‘Ops Noda’ itu turut disertai anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, ketika pintu bilik diketuk, seorang wanita tampil membuka pintu dengan hanya memakai baju tidur dan ketika soal siasat dilakukan suspek hanya berdiam diri saja tanpa berkata apa-apa.

Katanya, selepas memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa agama, pihaknya menemui kelibat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di tepi katil.

“Lelaki itu dipercayai cuba menyembunyikan diri daripada dilihat pegawai penguat kuasa agama namun tindakannya gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan dilakukan kedua-dua suspek mengaku belum mempunyai sebarang ikatan perkahwinan dan sekadar mengaku sudah bertunang serta mendakwa bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan dan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya


Laporan akhbar berkaitan jerat siber



2010/10/17





  • 14 September 2010

    KUALA LUMPUR: Laman sembang sosial yang popular untuk mencari rakan, menyalur maklumat dan tempat bersembang menerusi maya dikesan turut disalah guna segelintir lelaki sebagai alat menjerat gadis termasuk masih di bangku sekolah rendah terjebak dalam kancah perzinaan.

    Mendedahkan barah sosial yang menakutkan itu, sSeorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Elin, 13, berkata dia didedahkan dengan sembang Internet sejak kecil oleh keluarganya.

    “Saya jadi obses bersembang di ruang maya hingga sanggup tidak turun makan. Balik sekolah terus menghadap komputer, berjam-jam pun tak menjadi masalah.
    “Seronok ada ramai kawan sebab di rumah selalu sunyi. Masa itu pun saya ada lebih 2,000 kawan di ruangan Friendster itu yang kebanyakan tak pernah jumpa bersemuka pun.

    “Dalam ramai-ramai, ada juga beberapa lelaki cuba mengurat dengan menghantar ayat cinta dan saya akui seronok,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.











  • 7 Ogos 2010
    KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dilamar untuk berkahwin akhirnya menjadi mangsa tipu seorang lelaki ‘warak’ yang menggunakan himpunan kata pedoman serta doa ayat suci di Internet untuk memikat mangsa supaya menyerahkan wang.

    Lelaki itu yang kerap tampil berserban selain tidak lekang bibirnya mengungkap himpunan hadis menyebabkan ramai gadis mudah jatuh cinta kerana menyangka dia benar-benar alim dan boleh dipercayai.

    Namun, mangsa yang dijerat melalui laman sosial Facebook atau Tagged hanya menyedari niat sebenar suspek ‘romeo Internet’ itu selepas wang dalam akaun mereka ‘disedut’ sedikit demi sedikit.

    Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lin, 30-an, berkata, taktik itu menyebabkan dia rugi hampir RM20,000 tunai selepas diperdaya menyerahkan nombor akaun bank kepada lelaki berkenaan.

    Katanya, dia mengenali lelaki itu melalui laman sembang Internet dan tertarik dengan personalitinya yang kerap melontarkan nasihat berbentuk keagamaan selain bijak memberikan tazkirah berhubung masalah hidup.

    “Buah fikiran bernas diselangi doa menyebabkan saya tertarik dengan tanggapan dia lelaki matang dan benar-benar mahu membantu wanita bermasalah,” katanya.











  • 20 Julai 2010

    KEPALA BATAS: Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nurul Gersang’ dikesan menggunakan laman sembang sosial menawarkan diri untuk dijadikan teman tidur sebelum menjerat mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya.

    Wanita berusia 20-an itu turut memuatkan nombor telefonnya dalam laman sosial popular itu serta mempamerkan gambar seorang wanita seksi bagi menawan ‘mangsa’ tetapi dipercayai bukan dirinya.

    Apabila ada individu menghubunginya, wanita berkenaan akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat untuk bertemu.

    Bagaimanapun, wanita berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan walaupun wang sudah dimasukkan dalam akaunnya.











  • 5 Jun 2010

    KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Asia Barat.

    Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh.

    Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Ita, 35, kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu.

    Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan.











  • 13 Mac 2010

    KUALA LUMPUR: Kata- kata memikat dan ayat meraih simpati menjadi helah seorang penganggur mengikis wang beberapa wanita dalam satu masa.

    Dengan penampilan menarik, kasanova berusia 20-an, itu menggunakan laman sosial di Internet untuk mencari mangsa sebelum dipujuk bertemu.

    Mangsa yang ‘cair’ dengan pujuk rayu lelaki terbabit diajak menjadi kekasih dan pada masa sama, wanita yang menjadi sasaran dipujuk menyerahkan wang ribuan ringgit kepadanya untuk berbelanja.

    Difahamkan, lelaki itu bekerjasama dengan seorang lagi rakannya untuk memperalatkan wanita sebelum ‘melesapkan’ wang mangsa.

    Mangsa terbaru, seorang wanita berusia awal 20-an yang bertugas sebagai penolong pegawai perancang ekonomi di sebuah syarikat di ibu kota.











  • 30 Januari 2010

    KUALA LUMPUR: Perkenalan seorang wanita dengan teman lelaki warga asing melalui Internet kononnya mahu memperisterikannya mengundang padah apabila menerima ugutan gambar bogelnya akan disebarkan kepada umum semata-mata enggan membayar sejumlah wang kepada lelaki terbabit.

    Mangsa yang mahu dikenali sebagai Annie, 32, berkata dia mengenali lelaki berusia 30-an dikenali ‘William Bobby Madolf’ melalui Internet sebelum perhubungan mereka intim, pada Mac 2009.

    “Kami hanya berkomunikasi atau ‘berdating’ melalui laman sosial berkenaan dan dia (lelaki) yang mendakwa bekerja sebagai doktor perubatan di Amerika itu berjanji mengahwininya.

    “Kerana terlalu percaya dan sayang, saya akur permintaannya yang meminta saya menunjukkan seluruh tubuh melalui kamera web beberapa kali,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA.











  • 14 Januari 2010

    KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.

    Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.

    Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.

    “Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga penuntut pengajian syariah di sebuah kolej swasta di ibu negara.










  • 30 Januari 2010

    KUALA LUMPUR: Perkenalan seorang wanita dengan teman lelaki warga asing melalui Internet kononnya mahu memperisterikannya mengundang padah apabila menerima ugutan gambar bogelnya akan disebarkan kepada umum semata-mata enggan membayar sejumlah wang kepada lelaki terbabit.

    Mangsa yang mahu dikenali sebagai Annie, 32, berkata dia mengenali lelaki berusia 30-an dikenali ‘William Bobby Madolf’ melalui Internet sebelum perhubungan mereka intim, pada Mac 2009.

    “Kami hanya berkomunikasi atau ‘berdating’ melalui laman sosial berkenaan dan dia (lelaki) yang mendakwa bekerja sebagai doktor perubatan di Amerika itu berjanji mengahwininya.

    “Kerana terlalu percaya dan sayang, saya akur permintaannya yang meminta saya menunjukkan seluruh tubuh melalui kamera web beberapa kali,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA









  • Boleh jadi barah

    Oleh RAJA NORAINA RAJA RAHIM
    rnoraina@hmetro.com.my
    2010/10/17

    KUALA LUMPUR: Peningkatan penyalahgunaan laman sosial terutamanya di kalangan gadis dan wanita kesunyian yang menjadikan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan MySpace sebagai tempat mendapatkan keuntungan dan melampiaskan nafsu dikhuatiri boleh menjadi ‘barah’ pada masa depan.
    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi Metro Ahad mendakwa sehingga kini, laporan yang diterima berhubung penyalahgunaan laman sosial adalah sedikit dan berpendapat ia masih boleh dibendung. Menurutnya, perkara ini yang dianggap ‘trend’ terbaru golongan muda perlu dibendung dari semasa ke semasa kerana ia boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan moral.

    Beliau berkata, ramai gadis pada mulanya menjadi mangsa lelaki miang apabila gambar peribadi yang dimuat turun ke dalam laman sosial disalahgunakan oleh lelaki terbabit untuk tujuan pemerasan.

    Menurutnya, lelaki miang gemar mengambil kesempatan ke atas mangsa di kalangan gadis dengan mengambil gambar berunsur negatif dan mengugut mangsa mahu menyebarkan gambar itu sekiranya mangsa tidak menuruti kehendak mereka yang bertujuan mendapatkan keuntungan.

    “Kebanyakan gadis mengakui mereka mulanya melayari laman sosial sebagai tempat bersembang bagi menghilangkan kesunyian dan secara tidak langsung mula seronok dan mahu berkenalan lebih dekat dengan rakan laman sosial itu. “Tanpa disedari mereka sudah terjerat dalam perangkap lelaki yang mahu mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.
    Khairi berkata ada mangsa mengakui hidup keseorangan dan sunyi menyebabkan mereka sunyi dan mencari alternatif untuk mendapatkan kenalan




    Enggan masuk campur

    Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan MURSHID EUNOS
    metahad@hmetro.com.my
    2010/10/17

    KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu campur tangan atau terbabit dalam masalah itu kerana ia tiada kaitan langsung dengan saya. Walaupun ada pihak yang lebih selesa menggunakan panggilan, ‘adik Rosyam’ berbanding nama dia (adik) sendiri, saya tidak mampu berbuat apa-apa.
    Rosyam ketika dihubungi Metro Ahad berkata, dia lebih senang mendiamkan diri kerana masalah terbabit masih dalam siasatan pihak berkuasa.

    Katanya, dia memohon kerjasama supaya tidak terus mengaitkan masalah itu dengan dirinya.

    “Sejujurnya saya sibuk dengan pelbagai urusan kerja lain. Seribu satu macam perkara yang perlu diselenggarakan di syarikat saya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan begitu juga dengan persediaan bagi melancarkan program realiti terbitan saya sendiri yang kini masuk musim kedua, Pilih Kasih.

    “Saya memohon maaf kerana tidak mampu lagi menyumbat pula beban ini (masalah adiknya) ke atas bahu saya,” katanya.
    Terdahulu, seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ramlah, 50, mendakwa dia diperdaya adik Rosyam menyertai satu pelaburan yang memberi pulangan berganda dalam tempoh singkat.

    “Kami sebelum itu adalah kawan rapat dan kerana terlalu mempercayainya saya menyertai pelaburan ditawarkan sejak 2006. Pada tahun itu, saya melabur jumlah yang kecil dan mendapat untungnya.

    “Pada 2007, saya melabur dengan jumlah yang lebih besar mencecah RM125,000, namun sehingga kini tiada perkembangan. Saya berdepan tekanan sehingga hampir gila,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.

    Turut serta, tiga mangsa lain yang melabur sekurang-kurangnya RM7,000 menerusi Ramlah.

    Ramlah mengakui dia terpesona dengan janji manis adik artis itu yang menjanjikan pulangan wang berganda sehingga RM500,000 menyebabkan dia rela menggadai tanah, membuat pinjaman bank dan mengeluarkan semua simpanannya yang kesemuanya berjumlah RM125,000.

    “Apabila ditawarkan pulangan yang besar, saya tertarik kerana sudah tidak larat bekerja apatah lagi dalam keadaan kudrat semakin lemah dan tua.

    “Bagaimanapun, saya diperdaya kerana rupa-rupanya pelaburan ditawarkan hanyalah satu penipuan. Saya hanya mengetahuinya selepas dia beritahu individu yang menguruskan pelaburan itu sudah melarikan diri pada 2008,” katanya.
    Ketika itu barulah Ramlah sedar pelaburan itu adalah penipuan apabila membaca laporan akhbar, dalangnya, Rohaniza Aladib, yang menipu ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air termasuk Amy Search dan Hattan sehingga mencecah RM400 juta dipercayai melarikan diri ke luar negara bersama wang hasil kerja jahatnya.

    Wanita itu kini menjadi penjenayah wanita yang paling dikehendaki dan diburu polis.

    “Menambah lagi tekanan, saya bukan saja melabur wang sendiri tetapi turut menjadi orang tengah kepada sesiapa yang mahu melabur wang kepada individu itu. Saya ikhlas mahu membantu orang lain terutama yang susah merubah kehidupan mereka dengan menyertai pelaburan itu, tetapi ia satu penipuan.

    “Jika dicampur dengan jumlah pelaburan orang lain, RM300,000 sudah saya serahkan kepadanya,” katanya.

    Ramlah berkata, selepas memberitahu Rohaniza sudah melarikan diri, individu itu langsung menjauhkan diri dan enggan melayan permintaannya supaya memulangkan semula wang yang dilaburkan.

    Katanya, adik artis itu dipercayai sudah menukar nombor telefon kerana percubaan untuk menghubunginya gagal.

    “Walaupun Rosyam tiada kena mengena, ada mangsa yang mencari Rosyam. Tidak pasal-pasal Rosyam yang menjadi mangsa,” katanya.

    Pada Jun lalu, Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin terpaksa mengadakan sidang media khas untuk membersihkan namanya selepas pelbagai laporan media mendedahkan beberapa ahli yang bernaung di bawah jenama Rosyam Nor Group (RNG) berasa ditipu


    Wang keluarga gadis pula hilang



    2010/10/17

    JERTIH: Ibarat pepatah 'sudah jatuh ditimpa tangga', begitulah nasib malang keluarga Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang menanggung derita akibat gangguan misteri sejak tiga bulan lalu berterusan apabila wang simpanan pula hilang.
    Katanya, paling menyedihkan wang derma orang ramai kepada Siti Balqis yang disimpan dalam Al-Quran turut ghaib dipercayai dilarikan jin selepas gagal melarikan Siti Balqis sejak lima hari lalu.

    Menurutnya, sejumlah RM2,000 wang simpanan didapati lesap tanpa diketahui siapa yang mengambilnya.

    “Saya yakin wang itu bukan hilang diambil orang kerana bilik Siti Balqis sentiasa berkunci dan orang lain tidak berani masuk kerana mereka takut sejak Siti Balqis didakwa dikawal oleh jin,” katanya kepada Metro Ahad.

    Bagaimanapun, dia tidak melaporkan kehilangan wang berkenaan kepada polis kerana masih percaya ia bukan dicuri manusia.
    Mengenai penemuan 15 biji batu permata yang tiba-tiba jatuh dalam rumahnya sejak tiga hari lalu, Norizan berkata, kejadian itu tidak lagi berlaku semalam selepas Siti Balqis mengalami kesakitan di badannya.

    Katanya, dia juga menolak permintaan orang ramai untuk membeli permata berharga itu kerana dinasihatkan pengamal perubatan Islam supaya menyimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air zam zam bagi mengelak ia hilang


    Pengakuan tidak cukup kuat

    Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
    mohdazam@hmetro.com.my
    2010/10/17

    KUALA LUMPUR: “Ini hanya permulaan saja,” kata Pakar Kriminologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr P Sundramoorthy, ketika mengulas hukuman tujuh tahun penjara membabitkan dua suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, selepas mengaku bersalah memusnahkan bahan bukti kes terbabit.
    “Pengakuan itu hanya menjurus kepada pembabitan kedua-dua suspek yang bertindak memusnahkan bahan bukti saja, dan bukan bukti terhadap siapa yang terbabit dalam pembunuhan itu.

    “Jadi, jangan kita terlalu teruja dengan perkembangan itu kerana secara dasarnya, fokus kes itu adalah bagi mengenal pasti siapa yang merancang, yang memberi arahan serta yang membunuh semua mangsa, bukan orang yang hanya mengikut arahan saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Dalam kes terbabit, menurutnya, terdapat dua situasi serta masa berbeza di mana satu membabitkan waktu pembunuhan dan satu lagi selepas pembunuhan dilakukan.

    “Waktu pembunuhan merujuk pada pembabitan orang yang membunuh mangsa dan waktu selepas pembunuhan mungkin juga tidak berkaitan dengan orang yang membunuh itu,” katanya.
    Katanya, pihak pendakwaan perlu bekerja lebih erat dengan polis supaya sebarang bukti atau petunjuk dapat membantu mereka memenangi kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga rakannya itu.

    “Siasatan terhadap kaitan antara kes ini dengan pihak lain, terutama yang masih bebas, sangat perlu. Ini memang perlu diberi perhatian serta siasatan lebih terperinci kerana tidak mustahil ada pihak lain yang mempunyai motif sama dengan niat untuk membunuh mangsa, turut mengambil kesempatan terhadap rancangan pembunuhan itu,” katanya.

    Kelmarin, Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua lelaki, K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, atas tuduhan melupuskan bahan bukti.

    Sarawanan dituduh membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada 30 Ogos lalu di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting antara 9.45 malam dan 12.00 tengah malam.

    Sementara Suresh didakwa menghilangkan bahan bukti itu dengan membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 31 Ogos lalu antara 8 pagi hingga 10 pagi.

    Rabu lalu, empat suspek utama membabitkan peguam, N. Patmanabhan, 41, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret yang sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin



    1 pelombong Chile ‘mati’



    2010/10/17

    SANTIAGO: Kepulangan pelombong yang terperangkap lebih dua bulan di bawah tanah sepatutnya diraikan dengan gembira oleh keluarga masing-masing tetapi berbeza pula keadaannya bagi Claudio Yanez.
    Bagi Yanez, 34, dia berharap kepulangannya disambut dengan meriah melalui parti dianjurkan pasangannya sejak 12 tahun lalu, Cristina, yang sempat dilamarnya ketika terperangkap 700 meter di bawah tanah di lombong San Jose.

    Pendapat itu mendapat tentangan keras Jennifer.

    Menurut adik perempuan Yanez itu, pelombong terbabit tidak sepatutnya bertindak begitu dengan mengetepikan keluarga sendiri.

    Disebabkan terlalu marah, Jennifer tidak lagi menganggap Yanez selamat daripada tragedi berkenaan.
    “Bagi saya Yanez sudah mati,” katanya.

    Keluarga Yanez juga tidak senang dengan sambutan cuba diatur Cristina apabila mereka mengoyakkan sepanduk mengalu-alukan kepulangan pelombong itu yang dipasang teman wanitanya.

    Adik lelaki Yanez, Andres Navarrete, adalah antara individu terawal menarik dan mengoyakkan sepanduk bertulis ‘Kami sayangkan anda, Claudio’. Sementara itu, difahamkan Yanez bukanlah satu-satunya pelombong berdepan masalah peribadi selepas diselamatkan dari bawah tanah.

    Florencio Avalos - pelombong pertama ditarik keluar oleh penyelamat - dilaporkan tidak bertegur sapa dengan bapanya, Alonso, kerana berang lelaki itu ditemuramah media sebelum ini.

    Sumber berkata, ketika bersemuka di hospital, isteri Avalos terpaksa menjadi orang tengah kerana mereka masih tidak berkomunikasi secara langsung. - Agensi


    Zainuddin MZ bersumpah tidak perkosa penyanyi dangdut



    2010/10/17

    JAKARTA: Tokoh bergelar Pendakwah Sejuta Umat, Zainuddin MZ, dilaporkan bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah menyentuh, apa lagi memperkosa penyanyi dangdut Indonesia, Aida Saskia.
    Kata Hafiz Syahnara, walaupun mengalami tekanan perasaan yang amat serius, Zainuddin memilih untuk tidak membuat sebarang komen.

    “Setakat ini beliau masih mahu bersabar dan menahan emosi. Kata Zainuddin, diam adalah pilihan terbaik untuknya,” katanya.

    Ketika kali pertama mendapat tahu mengenai tuduhan Aida, kata Hafiz, Zainuddin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan seperti didakwa penyanyi terbabit.

    Sebelum ini, Aida dilaporkan bersungguh-sungguh mahu mengheret Zainuddin ke mahkamah dan memenjarakannya kerana enggan mengaku terlanjur satu ketika dulu.
    Kata Aida, 26, tuntutan asalnya adalah mahukan Zainuddin meminta maaf dan mengaku salah atas perbuatannya meniduri artis berkenaan.

    “Saya mempunyai bukti mencukupi bagi menunjukkan dia memang memperkosa saya sembilan tahun lalu,” katanya. - Agensi

    No comments:

    Post a Comment